Friday, January 7, 2011

Pencari Cinta - 48

PERGI SEKOLAH

Iman bersiap awal pagi itu. Kemudian dia ke dapur membantu Mak Su menyiapkan sarapan. Hari ini merupakan hari pertama ke sekolah setelah sekian lama bercuti. Iman kelihatan cergas dan bertamah sihat.

Kebanyakkan pelajar, naik sekolah merupakan satu perkara yang sangat melemahkan semangat hingga memberi kesan pada anggota badan. Ibarat berjalan berbatu-batu ketika bangkit dari tidur untuk ke sekolah, kalau boleh cuti sekolah ingin diperpanjangkan lagi, tapi apakan daya…

Selepas bersaarapan seperti biasa Pak Su menghantar Iman ke sekolah. Cahaya pagi masih lagi samar-samar, sejuk masih lagi terasa. Jalan raya agak lengang, perjalanan terasa selesa tanpa kesibukan kereta, suguhpun begitu perjalanan masih lagi dirasakan lambat buat Iman. Ketika hampir sampai tiba-tiba Pak Su membuka bicara setelah membisu sepanjang perjalanan.

“ Awaslah orang yang menyanjung-nyanjung kita, takut kita terlena. Ambillah perhatian orang yang menghina kita, mungkin kita dapat pelajaran darinya… Tak usahlah dipersoalkan kesukaannya itu atau kenapa dia menghina kita.

“ KenapaPak Su? “

“ Memberi maaf orang malu dan hormat, meminta maaf orang hormat dan senang. Bermaaf-maafanlah satu sama lain agar nanti berlaku senang-menyenangi dan hormat-menghormati. “ Iman terdiam seperti memikirkan sesuatu. Kereta berhenti perlahan tepat didepan pintu masuk pagar sekolah.

“ Pak Su, minta satu lagi. “ Pak Su tersenyum seolah faham maksud anak saudaranya itu.

“ Seorang murid yang mampu membesarkan jasa guru lebih dari kesalahan guru, adala murid yang sejati dan abadi. “

“ Terima kasih Pak Su. “ Iman terus keluar dan menutup pintu. Pak Su masih belum jalan lagi. Tiba-tiba pintu terbuka kembali.

“ Pak Su, nak salam. “ Pak Su tersenyum sambil menghulurkan tangan kanannya

Iman melangkah masuk ke pintu pagar, suasana masih agak lengang. Langkahnya laju menuju ke suatu tempat.

Sementara di suatu sudut yang lain pula kelihatan sekumpulan budak perempuan. Hanisah dan Latifah juga berada di situ, mereka sdang sibuk memberi burung makan. Mereka kelihatan gembira dengan apa yang mereka sedang lakukan, manakala budak yang lain pula sedang duduk di bangku sambil berbual.

“ Nak jadi ketua pengawas ni bukannya senang, cabarannya banyak, kena lasak. Sebab kita akan terdedah dengan pelbagai ujian yang boleh menyebabkan kita jadi tertekan. Malah bukan sahaja tekanan, tetapi ancaman. Sebab tu jiwa kena kuat dan yang paling penting kena ada minat, kerana itu adalah pemangkin dan sumber semangat untuk kita berani menerima tugas ni.

“ Wah, macam tu sekali ya Kak Ica, saya ingatkan kerja ni seronok dan senang. “ Latifah seperti baru tahu sesuatu. Hanisah hanya tersengih.

“ Akak jadi ketua pengawas ni dah lama dah. Jadi akak dah biasa dengan situasi ni. Dulu ernah juga orang gantikan akak jadi ketua pegawas, tapi nampaknya ramai yang tak sanggup, mungkin mereka pun ingat kerja ni senang. “

“ Tapi apa yang membuatkan kerja ni jadi susah kak? Maksud saya.., bukankah sekolah ini merupakan sekolah yang paling cemerlang di daerah ini ? “ Nanisah tersengih mendengar kata-kata Latifah, kemudian dia merenung jauh. Pandangan ditarik kembali, sambil tersenyum dia pun memandang Latifah dan berkata.

“ Akak faham apa yang Ifa maksudkan. Sungguh pun kita mempunyai kadar pencapaian yang terbaik dalam pelajar berbanding dengan seluruh sekolah di daerah ini.., tapi ada satu rahsia yang masih belum tercungkil. Sebenarnya seluruh permasaalahan sosial yang berlaku di seluruh sekolah di daerah ini, berpunca dari sekolah ini. “

“ Apa maksud akak? “

“ Dalangnya berada disini, cuma tiada bukti yang kukuh untuk mendakwa mereka. “

“ Siapa kak ? “ Tiba-tiba pandangan mereka beralih melihat Dino dan kawan-kawannya dari jauh. Kemudian ada pula sekumpulan perempuan datang menghampiri mereka. Dino bertemu seorang perempuan dan orang itu adalah Ain, mereka seperti berbincang sesuatu yang penting kerana jarak mereka diantara kumpulan mereka agak berjauhan. Tiba-tiba Hanisah memecah suasana.

“ Orangnya licik dan pintar, sungguh berhati-hati dalam setiap jenayah yang dilakukan. Dia bukan sahaja pandai dalam mata pelajaran, tetapi pandai dalam merancang. “

“ Siapa kak? “ Sekali lagi Latifah bertanya.

“ Ianya masih lagi dalam rahsia sekolah Ifa, jadi akak tak dibenarkan membuka mulut. Tapi kalau awak nak tahu, pagi ni mungkin akan ada satu kes. “ Tiba-tiba kawan-kawan Latifah datang dari belakang.

“ Eh, Ifa kau tengok tu. Ain dengan Dino… “

“ Eleh, kenapa? “

“ Eh, awak tak cemburu ke? “

“Iyalah Ifa, takkanlah awak tak rasa cemburu? “

“ Saya tak hairanlah. Biarlah mereka, eloklah mereka berdua, macam pinang dibelah dua. “ Latifah ketawa sendirian, manakala kawan-kawannya yang lain hanya memandangnya kehairanan.

“ Eh, seronok jugakan bagi makan burung ni. “ Tiba-tiba Hanisah mencelah.

“ Iyalah, macam-macam warna ada, cantikkan ? “ Kawan-kawan Latifah pun turut serta. Masing-masing mencapai makanan burung di tangan Latifah.

“ Macam-macam perangai pun ada, tengok tu.., eii, kelakarnya. “

“ Macam budak-budak dalam sekolah ni jugalah… “ Tiba-tiba Hanisah mencelah. Latifah tergelak spontan seolah faham dengan maksud Hanisah.

Sementara itu Iman baru sahaja keluar dari perpustakaan. Ketika dia membelok untuk turun tangga, tiba-tiba dia terserempak dengan Black S.T dan kawan-kawannya. Spontan dengan itu juga Iman terus teringatkan pesanan Pakciknya sebentar tadi dan kesimplannya terus datang, baru Iman faham kenapa pakciknya tiba-tiba sahaja berkata begitu.

“ Eh, Black lamanya tak jumpa.., kau apa khabar? Eh, nah ni ada hadiah untuk kau. “ Mesra betul Iman menegur Black, hingga mereka semua jadi serba salah dengan keramahannya. Tiba-tiba sahaja Iman menyerahkan duit seperti biasa tanpa dipinta.

“ Eh, kau ni… “ Black macam tak percaya.

“ Eh, Blacak apa-apa hal kita peluk dulu.., sebab aku rindu kat kau, maklumlah lama tak jumpa… Bak kata pepatah, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat sendiri. “ Mereka mula mengerut dahi mendengarkan pepatah Iman.

“ Err… “ Tak sempat Black menghabiskan kata-katanya tiba-tiba Iman terus menyambung.

“ Eh,nanti… “Tangan Iman menyeluk poket. Mereka semua menunggu dengan penuh tanda tanya. “ Nah, ni ada lagi dua ringgit, maaflah aku tak perasan. Eh, rupanya ada lagi lima ‘posen’ ‘sorry’. “

“ Eh, Man… Habis nanti kau nak makan macamana? “ Black benar-benar serba salah.

“ Alah, kau jangan risaulah.., aku dah biasa. “ Iman pula memberikan alas an.

“ Err, nahlah kau ambil dua ringgit ni. “

“ Hmm, o.k. “

“ Terima kasih ya Man. “ Black mengucapkan terima kasih seelum pergi.

“ Terima kasih ya Man. “

“ Man, terima kasih Man. “ Diikuti oleh kawan-kawannya yang lain.

Mereka berjalan hingga hilang dari pandangan Iman. Kemudian Iman pun melangkah untuk meneruskan perjalanannya. Destinasinya ialah tapak perhimpunan. Baru sahaja beberapa tapak melangkah tiba-tiba ada tangan menyelak lehernya dari belakang manakala tangan yang lagi satu berada di pinggang Iman. Seperti ada sesuatu yang diacukan.

“ Jangan bergerak! “ Orang itu memberikan amaran. Iman hanya tersenyum dan hamper tergelak bila mendengar suara orang itu. Suaranya yang garau dibut-dibuat itu benar-benar menggelikan hati Iman. Dia seolah-olah kenal akan suara itu.

“ Baik encik, saya menyerah… “ Iman mengangkat tangan.

“ Wang atau nyawa! “ Iman diberi pilihan.

“ Err.., atau? “ Iman memilih atau. Mungkin Iman ingatkan orang itu memberinya tiga pilihan. Tiba-tiba Iman terdenngar suara orang gelak. Rupanya penjenayah itu berdua. Iman kenal sangat suara orang yang tergelak itu.

“ Ya, betul! Dah lepaskan dia penyamun, dia dah jawab betul dah. “ Iman lega bila dilepaskan. Dia pun menoleh kebelakang, wajah Salim bengang manakala Razif pula masih lagi tersenyum kerana gelihati. Salim betul-betul terkena.

“ Cis, tak guna kau Man. Takpa kali kau lepas. “ Salim mencucuk pinggang Iman sekali.

“ Oi, gelilah. “ Mereka jalan bersama sambil tergelak-gelak.

No comments:

Post a Comment