Thursday, January 6, 2011

Pencari Cinta - 47

MAKAN MALAM


Makan malam merupakan antara agenda yang Iman tunggu-tunggu.Iman menghadap makanan dengan penuh berselera,sementara itu Pak Su dan Mak Su sibuk berbincang sesuatu.

Sedang asyik menjamah makanan,fikiran Iman pula menerawang ke peristiwa semasa di hospital,Dia mula mengelamun tesenyum dan tersengih seorang diri.Gelagatnya menarik perhatian Pak Su.Sesekali Pak Su menjeling tanpa Iman sedari.

"Eh,Iman!cuti sekolah hanya tinggal beberapa hari lagikan?".Iman yg sedang mengelamun pun tersentak.

"Err,ya kenapa Pak Su?".

"Belakang awak tu dah o.k ker?".

"hmm,o.k,tapi ade lah sakit sikit-sikit".

"Tapi kalau tak sihat lagi,tak payah la pegi sekolah tu lagi",Tiba-tiba Mak Su mencelah.

"Eh,takpe,takpe,saya o.k,Ha!nampak ni",Iman mengangkat kedua dua belah tangannya.

"itu tanda o.k ke Iman?".Mak Su tersenyum sambil meminta kepastian.

"Eh,ni tanda o.k la ni,ha!tengok mana sakit lagi".Iman menyakinkan dengan penuh kesungguhan,ditepuk belakangnya beberapa kali demi menyakinkan yang dia dah sihat.Dia benar-benar ingin ke sekolah.

"Eh!Tadi sakit ni tiba-tiba dah baik".

"Awak tak perlu risau sebab ubat dia sekarang ni ade di sekolah,insyaallah dia sampai sekolah dia akan bertambah sihat".

"Oh ye ke iman,padanlah awak bersemangat betul nak ke sekolah kan?".

"Eh!Mane ade Mak Su".Wajah iman berubah kemerahan.

"Tak pe lah Iman,Cuma satu saje yang Pak Su nak pesan,jangan dedahkan apa yang ada dalam kocek awak,simpan elok-elok,pastikan juga poket tu tak bocor,takut barang yang kita bawa jatuh,nanti semua orang tau".

"Baik Pak Su!".Iman menangguk paham kemudian dia pun menyambung kembali makannya.

Mengemas meja selepas makan adalah rutin harian Mak Su,Kini ia menjadi rutin Iman juga,seperti biasa Mak Su dan Iman membasuh pinggan di sinki.

"Iman faham ke ape yang Pak Su katakan tadi?".

"Eleh Mak Su ni,sudah garu bertanya pula,sudah tahu bertanya pula".Muka Iman bersahaja walaupun peribahasanya salah.Mak Su tergelak kecil.

"Eh!kenapa Mak Su tergelak?".

"Bukan macam itulah Iman,bunyi dia macam ni 'sudah geharu cendana pula,sudah tahu bertanya pula' Mak Su memperbaiki peribahasa Iman.

"Oh ye ke?Salah lagi,Tapi macam mana Mak Su dan Pak Su boleh tahu apa yang saya fikirkan?".

"Mana la Mak Su tahu apa yang kamu fikirkan".Mak Su buat-buat tak tahu.

"Alah pasal budak perempuan yang saya suke tu lah,Mak Su jangan bimbang,saya takkan bagi tau sesiapa tentang hal ini,saya simpan sorang-sorang".

"Mak Su pun tak sangka pula apa yang Pak Su katakan tadi tu ada kaitan dengan perempuan atau perasaan awak".

"Habis tu Mak Su tak tahu lah pasal apa yang saya fikirkan".

"Tadi tak tahulah,sekarang ni Mak Su dah tahu".

"Hee,Habis tu apa sebenarnya yang Mak Su faham yang Pak Su katakan tadi?".

"Eh!apa yang Pak Su cakap tadi?Mak Su terlupa".

"Pak Su kata,jangan dedahkan apa yang ada dalam kocek Iman,simpan elok-elok,pastikan kocek kita tak bocor,takut barang yang kita bawa jatuh,nanti semua orang tahu,apalah Mak Su ni,tu pun lupa.Err,Mak Su!Tu apa maksud sebenarnya?"Mak Su terdiam sebentar. .

Pinggan baru sahaja habis di basuh,Mak Su mengelap tangannya yang basah hingga kering,kemudian dia mengambik bahan-bahan untuk buat air,Iman hanya mengekor kemudian dia pun menarik kerusi lalu menghadap Mak Cik nya

"Awak nak tau tak jawapan Mak Su?".

"Nak".

"Bagus pergi masak air dulu".

Walaupun terasa berat namum Iman tetap membuat nya.Pada dia,dia mesti tahu jawapan mak ciknya.Apa yang dia faham dari apa yang telah Pak Su katakan.Apakah maksud dari ungkapan tersebut?.Iman selesai memasak air,dia pun kembali menghadap mak cik nya menuntut janji nya.

"Baiklah apa yang Iman tahu tentang sifat mazmumah?".

"Himpunan seluruh himpunan sifat-sifat yang terkeji".

"Seperti?".

"Sombong,tamak,cinta dunia".

"Bagus,jadi kesimpulan dia kat sini.mazmumah itu merupakan kelemahan.Setiap manusia itu ada kelemahan ataupun mazmumah,betul tak?".

"Betul".

"Jadi maksud Pak Su di sini,setiap kelemahan kita mestilah kita simpan dan janganlah didedahkan pada orang,simpan elok-elok,jangan sampai orang tahu,maknanya kita kenalah cepat baiki kelemahan kita dan kena kuat melawan hawa nafsu.kalau kita masih lagi belum boleh ataupun masih ada lagi mazmumah dalam diri,kita kenalah bermujahadah supaya mazmumah kita tidak terkeluar dan terkena orang lain.Sebab apa kita kena faham mazmumah supaya dia tak keluar?"tiba-tiba Mak Su memberikan Iman soalan.

"Sebab mazmumah itu sifatnya rosak dan merosakkan orang lain".

"Ha!tahu pun.mana awak belajar?".

"Pak Su yang bagi tahu".

"Cuba Iman buat satu kesimpulan".

Kesimpulannya disini adalah walaupun kita masih tidak baik,kita kenalah berlkon jadi orang baik,supaya kejahatan kita tidak terkeluar dan merosakkan orang lain,betul ke Mak Su?"."

"Mula-mula kita berlakon dulu,mudah-mudahan satu hari nanti,Tuhan jadikan kita orang yang betul-betul baik,ini hanyalah salah satu perubahan diri maksud nya tadi,Mak Su tak tahu apa yang awak faham,mungkin awak faham lain".

"Eh! Mak Su saya pegi ambilkan air".Iman terus sahaja mengalihkan tajuk perbincangan.

"Mak Su apa maksud geharu dan cendana?".

"Kayu untuk buat minyak wangi".

"Mak Su ada tak lagi peribahasa untuk saya belajar?".

"Ada.".

"Apa dia Mak Su?"Iman cukup teruja.

"Sekilas ikan di air,sudah ku tahu jantan betinanya".


No comments:

Post a Comment