Wednesday, January 26, 2011

Kasihku Untukmu - 8

Telefon biliknya berdering.
“Hello..” Sarah bersuara dengan nada yang rendah dan tergetar-getar.
“Sarah.. Qal ni… Kenapa suara tu? Sakit ke?” Adam Haiqal bertanya.
“Tak.. Tak ade pape, Qal.” Jawab Sarah Saffya ringkas.
“Are you ok? Handphone pun off. Maaf jika Qal mengganggu.”
“No.. Qal tak menggangggu. Sebenarnya Sarah nak call Qal juga. Handphone Sarah off ke? Hmm.entahlah.”
“Are you sure, Sarah? Qal rasa macam ade yang tidak kena ni. Can I see you now?”
“Now?!!! Qal… dah lewat ni. Sarah tak nak keluar.I’m ok. Qal jangan risau, ok.”
“Qal tak puas hati la. Esok, kita jumpe, boleh?”
“InsyAllah.”
“But Qal nak jumpe Sarah sekarang. Online boleh?”
Qal….. Sarah nak tidur. Letih sangat ni. Maafkan Sarah yer.”
“OK. But.. jika Sarah tidak dapat tidur, just online, mungkin Qal masih ada.Bye. Good night.”
“Good night Qal.”

Sarah Saffya tidak dapat melelapkan matanya. Fikirannya bercelaru. Dia merasa bersalah kepada Adam Haiqal. Dia memandang laptop kesayangannya itu. Lantas dia bangun dan mencapai laptopnya. Dia mula online ke Yahoo Messenger.
sweet_saffya: Assalamualaikum. Maafkan saya.
sweet_saffya: Mungkin awak dah tidur sekarang. Saya tidak dapat melelapkan mata.
putera_semut: :)
sweet_saffya: Qal.. is that u? bukankah invisible………….
putera_semut: kenapa tak tido ni? Rindukan Qal yer?
sweet_saffya: yelaaaa
putera_semut: hehhehe
putera_semut: kenapa diam?
sweet_saffya: tengah berfikir
putera_semut: fikirkan Qal yer? Bagusla..fikirla lagiii..lagi..dan lagi… :)
sweet_saffya: Qal ni….. :)
putera_semut: Baguslah jika puteriku sudah gembira.
sweet_saffya: so, kat mana kita nak tinggal ni? Di sarang semut yer? Hehhehe
putera_semut: akan ku bina sebuah castle khas buatmu, puteri. Anyway, on yr webcam pls. Qal nak lihat Sarah.
sweet_sarah: Tak nak!
putera_semut: Nak jugak..jugak..jugak
sweet_saffya: Eiiii, teruknya… hehhee. Dah mlm ni.
putera_semut: yela. Dah mlm.kat situ x de electric yer? :)
sweet_saffya: yela..yela…
putera_semut: :) :)
sweet_saffya: senyum saje?
putera_semut: terima kasih. Malam-malam pun Sarah nampak cantik. :)
sweet_saffya: ye ke? Ehh, itu bukan Sarah kot. Ehhhee
putera_semut: Huh! Hantu Sarah yer? Hantu pun hantu la…hahhaha
sweet_saffya: Ishk. Qal ni.. mulalah tu. :). Dah mlm2 begini, jgn memain aaaa.
putera_semut: takut yer??. Kan Qal ade ni. :)
sweet_Saffya: yela..yela..macamlah Qal boleh masuk through monitor tu jika something happened overhere. :)
putera_semut: Don’t worry..Qal tak akan biarkan apa2 yg berlaku pada Sarah. Semut gigit pun Qal akan belasah.
sweet_saffya: waaaaaaaaa!! Biar betul. Semut tu kan org kuat Qal. Jgnlah belasah mereka.
Putera_semut: I will !!! jika mereka ganggu Sarah. :)
sweet_saffya: Qal…....
putera_semut: yes, honey
sweet_saffya: honeybear? Hehehe
putera_semut: honeybear pulak? Ok je…honeybear..teddybear…ape lagi yer?
sweet_saffya: hehhee. Ade2 je la Qal ni…thanks sebab sudi chat ngan Sarah.
putera_semut: ehh sarah ni.Qal yg nak chat kan? Ape pulak.
sweet_Saffya: yelaa. Pape pun. Terima kasih jugak. But dah lewat ni. Esok kita nak bekerja. Awak tu big boss. Jgn lewat bangun :)
putera_semut: baiklah tuan puteri. Kasih awak telah lama saya simpan.
sweet_saffya: waaaaa. Simpan untuk kenangan yer?
putera_semut: simpan buat perhiasan dihati. :)
sweet_saffya: good night Qal. Sweet dream!! mimpikan yang indah.
putera_semut: Sure mimpikan puteri semut :). Good night.
sweet_Saffya: Assalamua’laikum
putera_semut: Waalaikumussalam. Esok kita jumpe. Bye

Malam itu, mereka tidur dengan jiwa yang tenang dan gembira. Masing-masing tersenyum memikirkan sesi chatting tadi. Kerinduan dihati telahpun terubat, walaupun seketika cuma. Mungkinkah esok masih ada untuk menikmati hari-hari bahagia? Tidurnya hari ini, menantikan hari esok menjelma bersama sebuah harapan yang baru.

Malam
damaikan hatiku disini
bersama mimpi-mimpi indah
kenangan kita berdua

No comments:

Post a Comment