Tuesday, January 25, 2011

Kasihku UntukMu - 7

Setelah tamatnya wayang, mereka keluar dari pawagam 5. “Nak kemana ni?” Amyra memulakan soalannya.
“Near to 6.00pm, kita balik nak?”balas Sarah Saffya.
“Laparla, makan nak?”tanya Amyra lagi.
“Hmm, baiklah. But tak nak lewat, ok!”
“Baiklah tuan puteri. Takut kasut kaca tuan puteri tersangkut kat mana-mana ke jika lewat pulang?” gurau Amyra sambil ketawa.
“Myra ni…... nanti jalan jam kan?” jawab Sarah Saffya. Hatinya mula merindui ..... rindukan seseorangl.
“Kita makan di Dome saje. Jom!”
Di Dome, Amyra memesan Spaghetti Bolognese dan Sarah dengan menu utamanya Roasted Chicken Sandwich. Mereka memesan minuman Ice Lemon Tea.
“Laparnya…..”bisik Amyra sambil memandang sekumpulan remaja sedang berkumpul di tepi tasik.
“You see Sarah, budak-budak sekarang ni. Macam-macam hal mereka buat. Lebih teruk dari aku dulu.”
“What do u mean?”
“Yela. Aku dulu pernah jugak kantoi dengan bende-bende modern ni. Dalam banyak-banyak balak yang aku jumpe, Sulaiman lah yang paling ngam dengan aku. But sometimes, bila nampak balak handsome, hati aku tergugat jugak.Hehehe.” ketawa Amyra.
“Sulaiman tu Sarah rasa baik orangnya. Bukan mudah untuk kita mencari seseorang yang dapat menerima diri kita seadanya, myra. Janganlah buat hati Sulaiman terluka. Kesian dia.”
“Baik ke dia? Maybe kot! Tapi dia tu suke sangat mengongkong aku. Itu tak boleh, ini tak boleh. Tapi kan. Aku buat jugak..” senyum Amyra lagi.
“Well, I don’t know what to say.”
“Alaa, Sarah. Mungkin dia juga ada gf lain ke. Mane aku tau. Dia kan selalu ke outstation. Ntah-ntah.. holiday dengan gf baru dia tak?” nada suara amyra sedikit menurun.
“Ishk. Jangan fikir yang bukan-bukanla. Negative thinking tu. Sarah rasa Sulaiman sukakan awak sorang je. Awak tu saje yang suke fikir yang bukan-bukan. Makanla cepat.”
Amyra hanya terdiam membisu.Dia mula memikirkan Sulaiman. Dia tersenyum sendirian.

“Sarah Saffya!” sorang lelaki Cina berbadan tegap berumur lingkungan 20an menyapa Sarah.
“Yes.” Sarah cuba mengingati lelaki tersebut.
“Do you remember me?” Tanya lelaki yang tidak dikenalinya itu.
“I’m sorry.Are you Alex?.”
“Yes. Now you remember me. Can i?” Alex menarik sebuah kerusi disebelah Sarah Saffya dan duduk disebelahnya.
“Alex, this is Amyra. Myra… Alex.” Sarah memperkenalkan Amyra kepada Alex.
“Hello, nice meeting you, Amyra.”
“Nice meeting you too, Alex.”
“So, Sarah.. what are you doing now?”
“Working…this is my card”
“Ohhh, Marketing Director at Teguh Holdings.. Big Company.....” Ucapnya sambil melihat business card pemberian Sarah.
“ OK, Sarah. This is my card. Call me, will you?. I need to go now. See ya again. Bye Sarah.. Amyra.” Alex memberikan business card nya kepada Sarah. Selepas mengucapkan selamat tinggal, dia beredar dari situ.

“Kau ni Sarah, peminat ramai sangat. Baik kau jadi artist. Aku sokong!” Amyra bersuara ketika mereka memasuki kedalam kereta.
“Peminat? Mane de. Merepekla, myra ni.” Balas Sarah.
“Handsome juga mamat tu, ape namanya….. Alex kan?” Tanya Amyra lagi.
“Sudah..sudah! Ingat Sulaiman tu.” Gertak Sarah Saffya.
“Yela.. Sulaiman memang dalam hati aku. Mata aku saja yang berminat pada Alex.Salah ke?”
“Awak tak salah, myra. Mata awak tu je yang salah.”
Mereka berdua ketawa. Selepas makan, Sarah Saffya menghantar Amyra pulang ke Apartment Sri Impian. Dia juga tidak sabar untuk pulang kerumahnya. Hari semakin gelap. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang dua jam itu amat membosankan apabila tiada teman untuk dia berbual-bual. Hatinya mula resah, rindu bayangan menyinggahi dirinya. Tiba-tiba handsetnya berbunyi……….

“Sarah…………..” satu suara kedengaran di hujung talian.
Sarah Saffya terdiam. Suara itu benar-benar menusuk kejiwanya. Sudah lama suara itu tidak kedengaran.
“Sarah……….”
Cepat-cepat Sarah Saffya off-kan handsetnya. Hatinya sayu, memikirkan tentang pemanggil tadi. Dia memandu laju lagi.
Jam menunjukkan hampir pukul 10.30 malam. Siaran HBO dari Astro tidak menarik minatnya. Dia termenung sendirian.

No comments:

Post a Comment