Sunday, January 23, 2011

kasihku untukmu - 6

Apartment Sri Impian merupakan tempat penginapan bagi Sarah Saffya di satu ketika dulu. Agak lama juga dia tinggal menyewa disitu bersama 2 orang rakannya yang lain iaitu Amyra dan Nadia.
“Nadia mane, Myra?”
“Biaselah.. awal-awal dah keluar. Ehh, ok tak baju ni?”
“Ok, dah cantik tu.”
“Malasla nak pakai tudung ni. Lagipun Sulaiman taka de. Buke je.”
“Hmm, whatever. Saya rasa awak cantik bertudung, myra.”
“Ye ke? Tapi aku rasa kau nampak lebih matang bila dah bertudung ni Sarah… berbanding dulu time freehair. Dulu, kau nampak cute macam budak-budak. Ape-ape pun, pipi kau yang macam Apple tu tetap maintain ok.”
“Kesitu pulak. Cepatla, nak pergi atau tidak ni?”
“OK, I'm ready. lets go!”

Di ruang legar KLCC…… “Ehh! Abang Anuar ke tu? Sarah…. Anuar Zain la!” Amyra menarik tangan Sarah Saffya meluru ke ruang legar.
“Huh! Ye ke ni, Amyra?” Sarah Saffya mengikut saja arahan sahabatnya itu.
“Abang Anuar…” sapa Amyra. Sarah Saffya hanya tersenyum gembira
“Hai..”
“Shopping ke bang?” Tanya Amyra.
“Saje jalan-jalan. Tengok-tengok jika ade yang berkenan.”
“Abang Anuar, saya Amyra…kawan saya ni minat giler ngan Abang. Ambil gambar boleh?” pinta Amyra lagi. Cepat-cepat Sarah Saffya menarik lengan Amyra. “Ehh, mane de camera, myra”
“Abiss, kau tak tahu nak guna handphone mahal kau tu ke?”
“Errr, ok ke?”
“Ambil je.. Nak ke tak nak ni….?”
“Errr..ok”
“Maaf, abang. Kawan saya ni pemalu sikit. Ok Sarah… kau pergilah sana. Biar aku je yang snap picture korang ni.”
“Terima Kasih, Abang Anuar.”
“Sama-sama. Awak ni……..?”
“Saya Sarah Saffya. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa mengambil gambar. Maaf jika saya telah mengambil sedikit masa Abang Anuar.”
“Its ok. Jumpe lagi Sarah… hmmm siapa tadi nama awak? Amy… Amyra ya!”
Selepas mereka bersalaman, Anuar Zain meninggalkan mereka bersama beberapa temannya.

“See, bagus juga kau ikut aku ke KLCC ni. Dapat juga kau bertemu dengan Anuar Zain tu. Itu belum jumpe Justin Timberlake ke, Tom Cruise ke” ketawe Amyra.
“Myra ni… ehhehe.”
“Alaa Sarah, kalau asyik kerja everyday pun bosan jugak kan? Tapi kau ok la. Keje ngan big company. Aku ni dah keberapa kalinya tukar kerja. Semuanya tak sesuai dengan aku.” Runggutnya lagi.
“Sarah rasa myra janganlah terlalu mengikutkan hati myra sangat. Keje dulu..timba pengalaman. Barulah mencari peluang yang lain.”
“Sekarang ni, aku pikir nak stay dulu kat tempat ni. Jadi secretary pun secretarylah. Lagipun Boss tu handsome.”
“Kesitu pulak dia.Tak habis-habis dengan handsome. Sulaiman tu ok ape Sarah rasa. Yang penting hati dan perasaan.”
“Ehh, kita nonton citer Val Helsing ni nak?” tajuk perbualan mereka bertukar apabila mereka berada di kaunter tiket wayang.
“Hmm, ok je. 3.30pm. Sempatlah Sarah nak ke Kinokuniya kejap. Nak beli new series of Charmed.”
“Yang kau tu pulak tak habis-habis dengan Charmed. Haiyoooo.Bila nak ade boyfriend ni?. Agaknya cari lelaki yang suke siri Charmed tu jugaklah yer.”

No comments:

Post a Comment