Saturday, January 22, 2011

kasihku untukmu - 5

Kereta sport meluncur laju di kota metropolitan. Jalan yang sesak tidak membosankan kedua-dua pasangan didalam kereta dua pintu yang bergerak laju. Lagu “If you are not the one” dari Daniel Bedingfield berkumandang dicorong radio. Mereka berdua melayan perasaan masing-masing dengan lirik lagu tersebut.

Di D’cafĂ©… Hakimi sedang menunggu mereka. Dia mengenakan longsleeve biru, berkacamata hitam dari DKNY. “Sorry, am I late?” sapa Adam Haiqal.
“Yessss, so…todays lunch… will be under your account.” Balas Hakimi sambil ketawa. Matanya menuju kepada seorang wanita disebelah Adam Haiqal. Dia merenung wanita itu.
“Kimi, this is Sarah Saffya. Sarah..this is Hakimi, my friend dan juga merupakan jejaka melayu terakhir. Kawan ke kita ni Kimi?” Adam Haiqal memperkenalkan Sarah kepada Hakimi.
“Hi, I’m Kimi...” Hakimi memulakan bicara sambil menghulurkan tangannya. Dia berfikir sejenak.” Looks familiar.”
“Sarah...., how are you?” balas Sarah sambil menjabat tangannya.
“I, ok je. You keje mana, Sarah.? Muke you macam I pernah lihat je.” Tanya Hakimi lagi sambil mengajak mereka untuk duduk bersamanya.
“Hey man, banyaknya soalan. Order first, will you?!” Adam Haiqal mencelah.
“Hek eleh! Jelouslah tu. Relax aaa” Hakimi mengusik lagi.

Sarah hanya ketawa melihat telatah mereka berdua, Fikirnya sudah tentu Hakimi merupakan teman rapat kepada Adam Haiqal. Mereka bersembang panjang. Sarah Saffya terasa kedamaian dihatinya apabila bersama Adam Haiqal. Cintanya mula berputik. Inikah Cinta, jika benar ini yang dinamakan Cinta, inginku terus mencintai dan dicintai. Cinta, jangan kau pergi dari hidupku ini. Damailah kau disini bersama sekeping hati. Penuhilah hatiku ini bersama cintamu yang suci. Ohh Cinta, Demi cinta, ku rasa cinta, ku bahagia!.

“Sedapnya nasi lemak hari ni. Pandai Mak Milah masak”
“Ye ke? Jika begitu, tambahlah lagi Sarah.”
“Tak naklah. Gemuk nanti.”
“Gemuk sikit tak ape.”
Perbualan di antara Sarah Saffya bersama Jamilah, pembantu rumah keluarganya itu terhenti apabila handsetnya, Nokia 6810 berdering. Di screen handsetnya terpapar nombor telefon kawannya, Amyra.
“Hello.”
“Sarah, good morning! Today kau ade any planning tak?” Tanya Amyra.
“Hmm, so far.. nothing yet. Nak belanja yer? Gurau Sarah Saffya.
“Belanja? OK je. Bosanla kat rumah. Sulaiman ke outstation pulak. Kita gi movies, nak?”
“Ooo, patutla. Bila si dia tak ade, barulah nak ingat yang awak tu ade seorang kawan yer?”
“Yela..yela, aku ngakula.. aku selalu abaikan kawan aku tu. Siape namanya yer..” ketawe Amyra.
“Myra.. Sarah pun nak ke Kinokuniya Bookstore, so kita menonton saje di KLCC. Is that ok with you?”
“Ehhh, ok saje tu. Set! Sarah ambil Myra ke?”
“OK, 12.30 nanti sampailah Sarah didepan rumah tu. Jangan bersiap lama-lama tahu tak.”
“Yes ma’am! Heheh”

Ketika dibilik air, dia terdengar handsetnya berbunyi. “Qal………”fikirnya. Cepat-cepat dia keluar.
“Hello.”
“Sarah……. Qal ni. Tengah buat ape?”
“Sarah nak mandi. Qal sihat?”
“Sihat.. hati je tak berape sihat.”
“Qal ni…. Memain je. Dah makan?”
“Sudah. Sarah nak keluar ke ni?
“A’ah. Sarah janji ngan Amyra, nak ke KLCC petang ni.”
“Ohh, ye ke? OK then.” Adam Haiqal merasa sedikit sedih.
“ Qal nak pergi memane ke?” Tanya Sarah Saffya.
“Qal fikir..nak ajak..hmm…tak apelah. Next time.” Nada suaranya semakin rendah.
“Maafkan Sarah, Qal. Tonight Sarah call Qal, is that ok?”
“No, its ok. Sarah pergilah. I call you tonight, ok?
“ok then. Sarah pergi yer. Bye Qal. Assalamua’laikum.”
“Waalaikumsalam”.

BMW 3 series memasuki ruang tempat letak kereta Apartment Sri Impian. “Assalamualaikum, pakcik Ali” sapa Sarah Saffya.
“Waalaikumsalam. Ehh! Lama pakcik tak nampak anak? Sudah berpindah yer?” balas seorang lelaki tua berumur lingkungan 50an yang menjadi pengawal di Apartment Sri Impian.
“Yer pakcik. Saya tinggal bersama keluarga sekarang ini. Hmm, pakcik sihat?”
“Alhamdulilah. Sihat. Nak jumpe cik Amyra yer?”
“Yer pakcik. Saya pergi dulu yer.”
“Baiklah.”

No comments:

Post a Comment