Thursday, January 20, 2011

kasihku Untukmu - 3

“Sarah, Qal ambil Sarah lunch nanti yer? Kita makan bersama.” Adam Haiqal mengajak Sarah makan bersama. Rindu hatinyanya kepada Sarah Saffya. “Today…. OK. But Sarah ada appointment at 3.30pm. Jangan lewat tau!” balas Sarah tersenyum. “ Bye sayang” Ucap Adam Haiqal dan dia cepat-cepat offkan handsetnya. “What!” Sarah terdiam. Malu.

Di D’café, di café inilah mereka selalu berjumpa, lebih-lebih lagi time lunch, hinggakan tauke D’café pun sudah mengenali mereka berdua. “Sarah, projek di Langkawi tu dah dapat approval. Qal akan ke Langkawi minggu depan.” Adam memulakan bicaranya. “How long Qal disana?” Tanya Sarah Saffya. “Well, 2-3 days je. Miss me?” gurau Qal. Direnungnya wajah Sarah. “I’m gonna miss you like crazy, sayang” hatinya bersuara.

Sarah tersenyum.. “Of coz I will miss you. Tak ade orang yang nak buli Sarah!” balas Sarah.
“Waaaaa, yerla. Selama ini Qal aje yang suka buli Sarah. Sarah diam aje yerk?” gurau Adam lagi.

“Yerla..yerla..betul tu.” Jawab Sarah.
“But Sarah, one thing…. Qal rasa Qal akan rindukan seseorang la.” Adam meluahkan perasaannya.

“Hmm, tentu hebat orang itu kerana dia berjaya membuatkan Qal rindukannya.”
“Entahlaaa, akan rindukah orang itu pada Qal?”
“Pasti orang itu akan rindukan Qal. Siapa orangnya? Secret yer?” gurau Sarah lagi.
Bersambung…….

Adam Haiqal hanya tersenyum sambil fikirannya melayang-layang. Alangkah gembiranya jika Sarah tahu isi hatinya. Dalam diam, hati Adam Haiqal berbisik, jika benar cintaku ini hanya buat Sarah, akan ku tunggu cinta ini untuk bersatu. Namun dia juga risau sekiranya hati Sarah sudah dimiliki oleh seseorang. Mana mungkin wanita 20an sepertinya tidak mempunyai sesiapa yang mampu meraihkan cintanya.

Malam itu, dia berfikir lagi. Jam hampir menunjukkan tepat pukul 1.00 pagi. Matanya tidak mampu lelap. Fikirannya seakan-akan melayang-layang mencari cintanya. Hatinya sepi, rindu. Hanya satu dimindanya…Sarah Saffya. Kenapa wanita ini yang kurindu?Adakah dia juga merasakan apa yang kurasa? Satu hari aku tidak lihat bayangannya ataupun mendengar suara manjanya, kurasakan seperti kekosongan yang mencengkam jiwa. Sarah, Qal rindukan Sarah. Oh Tuhan! Tenangkan hatiku ini. Sesungguhnya aku mencintai wanita ayu yang mampu mencuri hatiku, Sarah Saffya. Namamu seindah wajahmu.

“Hello, Sarah.” Adam bersuara. “Maaf ganggu. Qal tahu 1.00 pagi ni.” Tuturnya lagi.Hatinya girang kerana Sarah menjawab panggilannya itu.
“Qal…..Qal sihat? Dah makan?” Sarah bertanya. Sebenarnya Sarah mula merasakan hatinya mula bertaut kepada jejaka tampan itu. Dan dia juga belum melelapkan matanya walaupun sudah berkali-kali dia mencuba, namun setiap kali matanya terpejam, wajah kacak dan tersenyum milik jejaka yang berjaya membuka hatinya itu akan menjelma. Apakah perasaan ini? Dia mula terasa sesuatu yang berlainan kepada dirinya. Satu hari dia tidak mendengar suara jejaka itu, hatinya muram mengundang duka.

“I’m fine. I cant sleep.Panas agaknya. Sarah dah tidur? Maaf menggangu.” Adam cuba menutupi rahsia hatinya.
“Really? Qal…. Sarah…hmmm” Sarah tidak tahu bagaimana hendak diucapkan tentang perasaan rindunya.
“Kenapa belum tidur ni? Rindukan Qal la tu?” Adam cuba menduga sambil ketawa.
“Yelaa, kita rindukan awak tapi awak rindukan orang lain.” Balas Sarah dengan nada rendah.

“Ehh, Qal rindukan Sarah ape. Rindu..rindu gileeee ni.Kalau boleh, nak jerit satu Langkawi!!” Seloroh Adam Haiqal.
“Yelaa..Qal, bila nak pulang?” Tanya Sarah lagi.
“Suppose to be on this Wednesday. Banyak dokumen perlu disemak.” Sarah, tidurlah. Dah lewat ni. Just wanna say……hmm.. good night!Take care.” Adam juga tidak mampu menerangkan kepada Sarah betapa rindunya dia terhadap wanita itu.
“Yelah. Nak tidur ni. Qal pun jaga diri yer. Pulang cepat. Good night!” Sarah membalas. Talian dimatikan dan dia kembali untuk melelapkan matanya.

No comments:

Post a Comment