Wednesday, January 19, 2011

Kasihku Untukmu - 2

“Qal, b’fast first.” Seorang wanita separuh umur bersuara apabila melihat Adam Haiqal menuruni anak tangga. “Mom, I’m late. Gotto go!” Balas Adam Haiqal. “Bangun lewat”. Tambahnya lagi sambil tersenyum. “Bye Mom” Adam terus berlalu pergi. Datin Hasnah tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. “Ape nak jadi pada budak ni. Makan pun tak nak. Itulah tidur lewat, bangun pun lewatla jawabnya.

” Datin Hasnah mengomel sendirian terhadap anak lelaki bongsunya itu. Adam Haiqal mempunyai dua orang kakak iaitu Allya Hazima yang mempunyai syarikatnya sendiri. Allya telah mendirikan rumahtangga dengan Irfan, pemuda pilihannya sendiri. Mereka telah lama menetap di New Zealand. Allyna Hazelin merupakan seorang peguam, mempunyai syarikat guamannya sendiri. Dia menetap di Damansara dan dia selalu berulang-alik dari rumahnya ke rumah ibubapanya bila rindukan mereka. Banglo mewah Sri Impian yang dibina oleh Tan Sri Mustafa Dean menjadi sunyi sepi kerana anak-anak mereka sudah besar dan selalu sibuk dengan tugas masing-masing.

Adam Haiqal anak lelaki bongsu keluarga Tan Sri Mustafa telahpun pulang ke Malaysia sejak 6 bulan yang lalu. Selama 8 tahun Adam Haiqal menghabiskan masa di Texas, USA. Setelah tamat belajar, Adam Haiqal mula bekerja di New York di sebuah syarikat pembinaan yang besar. Dia mula menimba pengalaman yang secukupnya sebelum pulang ke Malaysia. Tiada siapa yang tahu kenapa Adam Haiqal mahu menetap disana sedangkan dia mampu bekerja di syarikat milik daddynya, Tan Sri Mustafa.

“Encik Adam, call from Teguh Holdings, cik Sarah. Line 1” Nina menyambungkan talian telefon. “Sarah?!… hmmm. sambungkan” balas Adam Haiqal.
“Hello, Assalamualaikum. Encik Adam Haiqal.”
“Waalaikumsalam.”

“This is Sarah from Teguh Holdings. Sorry if I’m disturbing you”
Kelembutan suara Sarah Saffya menarik hati Adam Haiqal. Suara yang mampu semarakkan gelora hatinya. Dia cuba membayangkan wajah ayu Sarah Saffya ketika berbual dengannya. “Arrgghh!! Terlalu indah bicaramu, sayang.” Fikirnya.

“Encik Adam..are you still there?” Suara Sarah mengejutkan suasana.
“Yes..yes…. kita jumpe today. Kita bincangkan time lunch nanti, is that possible? One more thing, just call me Qal. Tak perlu berencik-encik. Formal sangat!” Adam memulakan perbualan. Dia sebenarnya baru terjaga dari bermimpi.Tersenyum riang.

“Errr, today? OK. But dimana?” Tanya Sarah lagi.
“D’café, is that ok with you?” balas Adam Haiqal.
“OK, see u then at 1.00pm.” Sarah setuju dan talian diputuskan.

Sejak pertemuan di D’café itu, Adam Haiqal selalu menelefon Sarah Saffya. Kerjasama di antara Syarikat gergasi milik Damai Holdings Sdn Bhd dan Teguh Holdings Sdn Bhd merapatkan lagi hubungan mereka yang mula terjalin, membenihkan cinta. Mereka selalu keluar lunch bersama-sama, saling bertukar-tukar pendapat. Adam Haiqal mengagumi sikap dan cara Sarah Saffya bekerja.

Sarah seorang yang berdedikasi tinggi, walaupun Sarah bertudung namun wanita itu lincah dan tegas berbicara. Bakal menjadi seorang wanita korporat yang disegani. Bagi Sarah Saffya pula, Adam Haiqal seorang yang bijak dan dengan berbekalkan pengalamannya semasa berada di luar Negara telah banyak menolong dia membuat keputusan yang bijak demi keutuhan syarikat Damai Holdings.

Setiap keputusan yang dibuat adalah penting dan setiap kali lelaki itu tersenyum… yer..senyumannya mampu meruntunkan jiwa setiap wanita. Lelaki tiga puluh empat tahun itu memang seorang yang kacak. Sarah Saffya senang bergaul dengan Adam Haiqal. Hubungan mereka semakin hari semakin rapat sehinggalah………

No comments:

Post a Comment