Tuesday, January 18, 2011

Kasihku Untukmu - 1

“Oppss!I’m sorry.”ucapan tidak disengajakan dari Adam. Fail yang dibawa oleh Sarah jatuh bertaburan. Sarah mencebik. “Hmm.” Sarah mengeluh sambil membongkokkan badannya untuk mengambil fail-fail yang terjatuh. Adam dengan selambanya meluru dan terus mencapai fail-fail tersebut. “Maafkan saya, tidak sengaja.” Keluh Adam sambil memandang jam tangannya. Sarah tersenyum menampakkan kedua-dua lesung pipitnya.

Mesyuarat bersama pengarah Mutiara Sdn Bhd ditunda. Malas rasanya untuk berfikir tentang sebab-sebab penangguhan mesyuarat. Adam meneliti dokumen-dokumen yang berada dimejanya. Salah satu dokumen itu adalah daripada syarikat Teguh Holdings. Dia mula terfikirkan tentang Dato’ Mansor, pengarah syarikat Teguh Holdings yang begitu berpendirian tinggi. Ramai yang mengagumi Dato’ Mansor di atas kreadibilitinya menubuhkan syarikat Teguh Holdings.Tiba-tiba fikirannya mula melayang-layang kepada seseorang. Dia mula terfikir, siapakah gadis misteri yang difikirkannya itu.

“Encik Adam, call from Semerah Padi Sdn Bhd. Mr Patrick on line 3.” Panggilan Nina, secretary Adam Haiqal mengejutkan dia dari lamunannya . “Okey, sambungkannya.” Yes, Mr Patrick. How are you?” Balas Adam. Syarikat Semerah Padi merupakan syarikat kecil yang telah lama membuat perniagaan bersama Syarikat gergasi seperti Damai Holdings Sdn Bhd.

Ketukan dari luar pintunya sekali lagi menghentikan lamunan Adam Haiqal. “Masuk!” jawabnya. “Encik Adam, appointment encik dengan wakil dari syarikat Teguh Holdings petang ni yer.” Nina memulakan bicaranya. “What time? Sempat tak saya lunch dulu”Tanya Adam. “1.30pm, encik. Maybe Encik makan disana saja.” Jawab Nina lagi.
“Its ok, Nina. Maybe saya tak ambil lunch. Saya pergi terus saja. in Crown Princess Hotel, right?” Tanya Adam lagi.

Kereta Mercedez Sport hitam bergerak pantas menuju ke jalan Bukit Bintang. Lagu Mungkin dendangan Anuar Zain beralun merdu di radio. Terasa sejuk dingin dengan air-cond. Kereta Sport milik Adam Haiqal membelok kekiri dan terus masuk ke parking Hotel Crown Pincess. Dicapainya kot hitam dan briefcase crocodile yang dibelinya di UK satu ketika dulu.

“Good afternoon, Sir” sapa receptionist lelaki, separuh umur dan berkulit hitam manis di kaunter. Adam Haiqal meluru ke lift dan menekan punat yang bernombor 5. Sebelum pintu lift tertutup, sekujur tubuh berdiri cemas dan cuba memasuki lift tersebut. Pantas Adam menekan punat pembuka. Pintu lift terbuka. Kelihatan seorang wanita korporat yang bertudung manis, tinggi, berkulit putih. “Thank you” ucap wanita itu sambil tersenyum manis. Arrgghh manisnya senyuman itu, fikirnya. Wangian Aramis menusuk ke hidung wanita itu. “Hmm, haruman Aramis juga.” Terasa nyaman. Hatinya berdetik, hebat wanita ini, semanis orangnya, sewangi bauan perfume yang dipakai olehnya. “Same taste”. Fikirnya. Sedang fikirannya entah kemana. Pintu lift terbuka. “Cepatnya sampai!”hatinya berkata. Wanita itu meluru keluar. Dia hanya memandang kosong melihat wanita itu meluru ke hadapan. “I wish………”
Sedang dia mengelamun jauh…“Hey, Adam! Lama tak jumpe. Apa khabar?” satu suara kedengaran. Dia berpaling. “Kimi? Hakimi Hassan? Heyy... I’m fine, man!” Balasnya sambil memeluk sahabat lamanya Hakimi Hassan. “Waaaa, Big Boss ke kau ni?” Tanya Hakimi. “Ehh, mane de la.”balas Adam. “You are doing great, man!” pintas Hakimi. “Well, good to be back. I tell you, I’m back!”Seloroh Adam. “Well, man. Catch you later. Got meeting now. Hey, call me, take this.” Adam berkata sambil mengeluarkan business card dari wallet nya. Selepas mereka berjabat tangan, Adam meminta izin untuk beredar ke meeting room.

“Selamat petang. Sorry I’m late!” Adam memulakan perbualan. Seorang wanita berbaju Korporat berwarna hitam, bertudung kelabu tersenyum. “Its ok! Hmm, awak?”
“Yer, Adam Haiqal from Damai Holdings. And you are?” pintas Adam sambil tersenyum melirik. Mereka berjabat tangan. Direnungnya wanita itu berkali-kali. Arrgghh, ayu sungguh. “I’m Sarah. Sarah Saffya. Nice meeting you, Encik Adam Haiqal.”Balas Sarah tersenyum. Adam masih merenung wajah ayu milik Sarah. “Ayu, jelita, tidak mungkin dapat kulupakan wajah seayu ini.” Mindanya berfikir laju. “Encik Adam..Encik Adam.. Can we carry-on?” Sarah memulakan perbualan kerana dia terasa malu dipandang sebegitu.

Malam yang dingin itu, Adam tidak dapat melelapkan matanya. Fikirannya melayang-layang jauh. Dia mula mengingati wajah wanita yang selalu diimpikannya. Tersenyum manja, raut wajah yang ayu. Dia berfikir, akhirnya hatinya terbuka jua. Milik siapakah wanita hebat itu. Ayu bertudung sopan, masa meeting itupun, terasa seperti indahnya suasana. Adam tersenyum sendirian mengenangkan saat-saat indah itu walaupun ia sekadar meeting. “Arrgghhh, jatuh hatikah aku ini? Am I Crazy? Sarah Saffya, hatiku telah kau tawan.” Adam tersenyum lagi ….

No comments:

Post a Comment