Tuesday, December 21, 2010

Pencari Cinta - 46

RUMAH


Iman sampai ke rumah petang. Pak Su telah pun ke masjid dan yang tinggal hanya Mak Su. Mak Su pula sedang sibuk menguruskan bunga-bunganya, ada bunga baru dan ada juga pasu yang baru. Selepas menjawab salam Mak Su pun bertanyakan perkembangan Iman.

" Ha, Man. Macamana awak rasa sekarang, sihat? Balik tadi naik apa? "

" Alhamdulillah Mak Su. Tadi balik naik teksi. Tapi rasa sakit di belakang ni.., masih adalah sikit. Insya'allah lagi dua tiga hari baik agaknya. Eh, Mak Su banyak bunga, baru beli ke? "

" Ya Man. Eh, awak dah makan ke belum? "

" Takpalah Mak Su, saya tak selera pula nak makan. Tak sedap hatilah... "

" Bukan tak sedap hati, tak sedap perut. "

" Eh, salah pula, tak sedap perut. He... Eh, Mak Su, Pak Su.., mana? "

" Dah ke masjid. "

" Mak Su.., err.., saya rasa nak rehat dululah ya, saya masuk dulu ya Mak Su. "

" Hmm... " Iman pun beredar dan terus masuk ke biliknya.

Tiba didalam bilik dia pun terpandang radio 'hi fi' nya. Dia duduk di atas katil direnungnya radionya itu. Kemudian dia pun menyelongkar kotak dimana dia menyimpan kesemua c.d-c.dnya dan dia pun mengeluarkan sekeping c.d.

" Wo.., lama aku tak dengar 'Deicide' ni. "

" Man, cepat sikit, dah nak maghrib dah ni. " Tiba-tiba suara makciknya kedengaran dari balik pintu.

" Ha, o.k. " Iman meletakkan c.d diatas radionya, kemudian dia pun terus masuk ke bilik air dan bersiap untuk sembahyang.



TOLONG



" Hmm, o.k... Tapi mama belikanlah sekali hadiah untuk Ifa, o.k? "

" Boleh, tapi selama dua hari mama tak ada ni, mama nak Ifa jaga diri baik-baik. Jangan keluar tak tentu fasal, boleh? "

" Mama jangan risaulah mama.., Ifa mana ada 'boy friend'. "

" O.klah.., nanti apa-apa hal mama 'call'. Assalamua'laikum. "

" Wa'laikummussalam. " Ifa mengakhiri perbualan telefon dengan ibunya.

Dia tersenyum kegembiraan, seperti ada sesuatu yang membuatkannya berasa terlalu seronok. Kemudian dia pun keluar bilik turun tangga dan terus ke dapur.

" Eh, apa anak dara ni buat kat sini? " Makcik Esah menegur.

" Tipah nak tolong makcik-makcik ni semua memasak. "

" His, masak apalagi.., orang dah habis masak dah ni. Kalau rajin sangat.., ha tu pinggan mangkuk tu semua basuh. " Mak Nab yang sedang memasak pula menyambung.

" O.k. " Dengan bersahaja Latifah terus membasuh pinggan mangkuk tersebut yang berada didalam sinki.

" Eh, Tipah, mama kemana dah tiga hari tak nampak? " Mak Esah bertanya.

" Mama dia ke Autralia ada urusan... Betul Tipah? " Mak Nab yang hanya memanggil Latifah Tipah cuba menjawabkan.

" Wah, hebatlah Mak Nab ni.., macamanan Mak Nab boleh tahu? "

" Eh, Mak Nab tahulah, mama yang bagitahu. "

" Oh.., patutlah. "

" Bilanya pulak dia balik? "

" Lagi dua hari Mak Esah. "

" Oh.., lagi dua hari... Yang awak ni dari tadi asyik tersengih macam kerang busuk ni apa ke halnya? "

" Eh, mana ada? " Latifah cuba menafikan.

" Mana ada apa? Dari awak turun tadi kami nampak awak tersengih macam orang gila bayang. " Mak Nab pula menyambung.

" Tak ada apa-apalah... "

" Eh, Tipah budak lelaki yang eksiden tu apa ceritanya? Selamat ke? "

" Alhamdulillah Mak Esah, dia dah balik dah. "

" Oh.., patutlah dia senyum sampai ke telinga.., 'boya pren' dia dah sihat. "

" Eh, mana ada 'boy friend' Mak Nab ni, kami cuma kawan je lah... "

" Eleh.., Tipah, kamu jangan cuba nak tipu kamilah. Kami bela kamu tu dari kamu bayi lagi tau. "

" Iyalah Tipah, tak pernah kami tengok awak gembira sampai macam ni. Tapi takpalah Tipah, awak kan dah besar. Cuma pesan kami.., elok berhati-hati. Jangan sesekali belakangkan orang tua. Kalau jodoh tu, eloklah orang tua yang pilihkan. Zaman sekarang ni tak macam zaman dulu, bila bincang bab nikah kahwin je, mesti tanya duitnya dulu. Duit dah cukup ke belum? Lepas tu kahwin baru setahun dua, dah bercerai.., hutang kahwin pun tak habis bayar. "

" Betul tu Pah, lepas tu anak-anak jadi mangsa. Orang dulu lain, bila bukak pasal kahwin, mula-mula yang ditanya dah cukup ke ilmunya, macamana akhlaknya, layak ke dia jadi seorang ayah. Tapi zaman sekarang ni jauh beza.., dia boleh duduk sama-sama tanpa berkahwin. "

" AstaghfirullahalA'dzim... "

" Hai, entahlah. Tak takut Tuhan langsung. Kadang-kadang tu nak keluar pun takut, bukan apa tak larat nak tengok. "

" Alah, Mak Esah dengan Mak Nab jangan risaulah.., Insyaalah saya pandai jaga diri. Saya ingat semua pesan-pesan Mak Esah dengan Mak Nab. "

No comments:

Post a Comment