Monday, December 20, 2010

Pencari Cinta - 45

TEMPAT

" Eh, macam kenal... La inilah tempat 'last' sekali aku jatuh. " Razif telah membawa tempat terakhir dimana Iman jatuh tak sedarkan diri.

" Ha, siap ada kesan darah lagi tu. " Salim menyampuk.

" Itu minyak hitam lorilah. Apalah kau ni... "

" Eh, tapi.., macamana kau boleh tahu? "

" Ha.., satu soalan yang baik. Macam ni, sebenarnya yang uruskan kau pergi hospital semuanya aku kau tahu tak. "

" Ha..! " Iman dan Salim terkejut serentak.

" Petang tu, aku lalu ikut jalan ni.., tiba-tiba aku nampak ada beberapa orang datang kerumun kau kat tengah jalan raya. Masa tu kau baru jatuh pengsan, aku cakap dengan abang tu kau ni kawan aku, lepas tu aku pun telefon ambulan. "

" Eh, tapi.., bukankah aku kena langgar lori. Setahu aku.., akhir sekali yang aku ingat, ada lori hon, lepas tu aku pengsan. Tapi aku rasa lori tu tengah jalan.., jadi.., dia mestilah langgar aku. "

" Sebenarnya.., lori tu baru nak berhenti. Dia bunyikan hon sebab dia nak ambil kawan dia, abang yang bawak lori tu sendiri yang cerita kat aku. Dia bunyikan hon sebab nak panggil kawan dia yang tengah beli air kat warung tu ha. " Razif pun menunjukkan kedai minum yang berhampiran.

" Oh.., jadi bukanlah lori tu langgar aku. "

" Sentuh pun tak. Dia pun pelik, tiba-tiba je ada orang jatuh pengsan depan lori dia. Dia kata nasib baik kawan dia nampak masa nak naik lori, kalau tak.., habislah kau kena lenyek dengan lori. Ha, lagi satu, lepas dia turun lori jumpa kau je.., masa tulah aku sampai. Kemudian tak lama lepas tu. Adik beradik, dengan beberapa orang yang cuba selamatkan bayi pun sampai... "

" Eh, apa cerita bayi tu? "

" Alhamdulillah.., akak dialah yang ceritakan semuanya pada aku, yang kau sebenarnya cuba tolong selamatkan adik dia. Tapi.., macamana pulak badan kau boleh luka parah..? "

" Oh, sebenarnya sebelum tu aku dah jatuh kat tempat lain. "

" Patutlah kau pengsan... Sebab darah kau banyak hilang. " Salim mencelah.

" Eh, 'deck' aku kau ada nampak tak? "

" Ada aku simpan. "

" Eh, Zif kau jalan sini buat apa? " Salim bertanya.

" Sebenarnya aku pergi ke satu tempat. "

" Tempat? Tempat apa Zif... "

" Jom aku bawak pergi tempat tu. Kau boleh jalan tak Man? "

" O.k... "

Razif membawa Salim dan Iman berjalan kaki menyusur kaki lima hingga ke sebuah taman permainan, kemudian mereka pun merentas ke sebuah padang permainan kemudian ke taman perumahan. Tidak berapa lama selepas itu mereka telah memasuki ke sebuah hutan belukar.

" Eh, Zif kau ni biar betul sikit. "

" Alah.., kau ikut je, jangan takut, aku masih waras lagi.

" Kau sebenarnya nak bawa kita orang pergi mana? "

" O.k, kau dengar tak buny tu. " Salim dan Iman mengamati bunyi tersebut.

" Eh, bunyi apa tu.., macam bunyi orang sorak je. "

" O.k jom kita daki bukit ni. Kau o.k tak Man? " Razif pun bertanya Iman yang dari tadi diam dan agak kebingungan. Iman seperti tersentak dari lamunan.

" Ha? Eh, o.k.., jom. " Tanpa banyak soal mereka pun mendaki bukit itu.

Tidak berapa jauh dari situ mereka dapat melihat dengan jelas beberapa kumpulan dari pelbagai sekolah sedang berkumpul dan sedang mengadakan sebuah pertarungan. Suasana yang jauh ke dalam hutan membuatkan perbuatan mereka tidak dapat dikesan.

" Eh, ni kat belakang sekolah kan? " Salim seperti terperasan sesuatu.

" Kau tengok tu. " Iman menunjuk sesuatu.

" Eh, tu Dino tu. "

" Konsert ni sebenarnya dia punya. " Salim dan Iman agak terkejut.

" Apa cerita sebenarnya ni Zif. " Salim cuba mendapatkan kepastian yang sebenar. Sementara mendengar Iman khusyuk menyaksikan pertarungan yang sedang berlangsung, Black S.T dengan seorang pelajar sekolah luar. Ternyata tempat mereka menonton agak tersorok dan jauh dar mereka.

" Ceritanya begini.., Dino dengan kawan-kawannya sedang membuat satu pertarungan antara semua sekolah-sekolah untuk menentukan siapakah yang paling hebat dan kuat diantara mereka. Setiap orang dan kumpulan yang masuk bertanding akan dikenakan bayaran. Duit dari pembayaran tersebut akan menjadi wang pertaruhan atau hadiah bagi mereka yang akan menjuarai. "

" Sejak bila diorang buat benda ni? "

" 'Start' cuti sekolah. "

" Eh, korang tengok tu. " Tiba-tiba Iman menegur mereka yang sedang berbual. Mereka lhat Dino dan lima orang masuk ke gelanggang. Kemudian Dino sengaja menutup matanya sendiri.

" Eh, gila ke dia tu? " Salim seolah-olah macam tak percaya apa yang sedang Dino lakukan.

" Dia sekarang telah bertambah hebat. " Razif pula bersuara.

Pertarungan pun bermula. Kelima-lima mereka menyerang Dino serentak. Dino mengelak seperti angin. Kesemua pukulan mereka di kesampingkan dengan begitu tepat dan bersahaja. Ada diantara mereka yang agak marah telah menggunakan kayu lalu memukul kepala Dino. Dino seolah-olah membiarkan sahaja kepalanya dipukul. Kayu itu pun terpatah dua, suasana menjadi senyap seketika. Mereka seolah-olah menjadi musykil, kenapa Dino tidak jatuh malah mendiamkan diri ketika kepalanya dijamah kayu. Dalam keadaan mereka semua serba salah, tiba-tiba Dino pun membuka jurus, mereka pun menyerang Dino serentak. Dalam masa yang sama juga Dino menyerang balas. Kakinya seperti tidak jejak ke bumi langsung. Dalam sekejap masa sahaja mereka semua terbaring berdarah dan mengerang kesakitan. Dino pun membuka ikatan matanya.

" Eh, jom, blah cepat. " Razif terus menarik tangan Salim.

" Eh, nantilah dulu jap. " Iman masih lagi mahu melihat.

" Aku kata gerak, geraklah... " Razif cuba berkeras.

Bilamana Iman menoleh ke gelanggang kembali, dia lihat Dino sedang merenung tepat ke arahnya. Iman agak terkejut. Kemudian Dino mengangkat penumbuknya dan terus meluruskan telunjuknya tepat kearah Iman.

" Wei, tunggu aku... " Iman terus berundur dan beredar dari situ.

No comments:

Post a Comment