Saturday, December 18, 2010

Pencari Cinta - 43

MATI


" Eii.., 'best'nya... Eh, nanti saya pun nak pergi jugalah. "

" Seronok Ifa, Pulau Tioman ni merupakan sebuah pulau yang cantik. "

" Eh, apa lagi yang awak nampak kat dalam sana masa awak 'snokling' tu? "

" Saya nampak taman.., cantik sangat, terumbu karang, hidupan-hidupan macam ikan-ikan dan tumbuh-tumbuhan.. semuanya berwarna warni. Ada warna hijau, biru. merah jambu dan macam-macam lagilah.., macam taman. Terumbu-terumbu karang dia macam pokok-pokok bonzai. "

" Ya Allah, seronoknya. "

" Eh, apa kata lepas habis S.P.M nanti kita buat rombongan dengan budak-budak 'study group' kita? "

" Yes! Eh, ada 'incoming call' lah. Ha, tepat pada masanya. "

" Siapa 'call' Ifa? "

" Salim. Eh, awak jangan letak telifon tau, sebab telefon saya ni boleh cakap tiga orang serentak. " Ifa pun menekan satu butang pada telefon bimbitnya yang ada lambang buah epal yang telah digigit.

" Assalamua'laikum... " Salim memberi salam dengan suara yang sangat lembut.

" Wa'laikum... Eh, Salim apa cerita? "

" Oh, Latifah.., lama I tak dengar you punya suara. You apa khabar? Semenjak cuti sekol.. "

" Woi, Salim.. apa yang kau merepek ni ha?! "

" Eh, siapa ni ? " Salim terperanjat kerana ada suara lain yang sedang berada di talian. Latifah tergelak spontan.

" Woi, aku pun kau tak kenal ya... Amboi, amboi.., berani kau mengurat Latifah ya. " Salim dimarahi oleh kawan Latifah.

" Eh, tak... Sebenarnya aku ada satu berita untuk 'korang'. "

" Eh, berita apa pula Salim? " Latifah bertanya kehairanan.

" Satu berita yang menyayat hati... Iman masuk hospital. "

" Ha, masuk hospital?! " Serentak Latifah dan kawannya menjerit terperanjat.

" Ya Allah... Kenapa Salim? " Kawan Latifah menyambung.

" Teruk ke? Bila? " Latifah pula bertanya.

" Petang tadi. Aku dengar sekarang ni dia masuk I.C.U. "

" Ya Allah... Kenapa sebenarnya Salim? " Latifah bertanya lagi. Bunyi suaranya berubah seperti orang yang sedang menahan sebak.

" Dia sebenarnya.., kena langgar lori. " Latifah tidak dapat menahan sebaknya lagi. Dia terus menutup telifonnya dan menangis semahu-mahunya. Dia terbayang keadaan orang yang digilis lori dan bermacam-macam lagi banyangan yang timbul dalam kotak fikirannya. Sehinggalah dia terbayangkan sebuah kematian. Setelah agak lama dia pun berdoa kepada Tuhan.

" Ya Allah.., Engkau selamatkanlah Iman.., janganlah biar dia mati... " Kemudian dia pun kembali menangis. Semasa dia sedang menangis tiba-tiba dia berhenti.

" Eh, buat apa aku menangis, lebih baik aku bersiap sekarang dan pergi ke hospital dan tengok sendiri keadaannya. " Latifah pun mengesat-ngesat air matanya. Dia pun menguatkan semangatnya lalu bingkas bangun dan mencapai bajunya didalam almari.

Latifah bergegas keluar dari bilik dalam keadaan yang tergesa-gesa. Dia menuruni tangga dengan agak laju seperti hampir berlari. Jam menunjukkan pukul 9.15 p.m.

" Eh, awak nak ke mana malam-malam ni Latifah? "

" Papa mana mama? "

" Papa belum balik lagi... Awak kenapa sebenarnya ni Ifa? Kenapa menangis-nangis ni? Cuba cerita dengan mama... Apa yang dah terjadi? "

Latifah pun menceritakan perihal yang sebenar pada ibunya. Wajah Latifah yang masih basah mencerminkan kesungguhannya. Ibunya akur dan memahami perasaan anaknya, dia pun membenarkan pemergian Latifah. Mak Esah dan Mak Nab ikut sekali menemani. Mereka dihantar oleh pemandu peribadi mereka. Latifah hanya membisu sepanjang perjalanan. Air mata Latifah tidak henti-henti membasahi pipi. Semasa dalam perjalanan pandangan dilontarkan keluar tingkap. Hujan turun dengan lebat, kereta Mercedez meluncur laju membelah kepekatan malam.

No comments:

Post a Comment