Friday, December 17, 2010

Pencari Cinta - 42

TERPAKSA


Dua orang budak sedang berjalan sambil menyorong kereta bayi. Seorang budak perempuan berusia lingkungan lapan tahun manakala abangnya yang sedang menyorong kereta bayi itu pula dalam lingkungan belasan tahun. Bayi lelaki yang dalam kereta sorong itu pula dalam lingkungan enam bulan.

" Abang, kenapa abang tipu mak? "

" Eh, mana ada abang tipu mak? "

" Eleh, abang kata abang nak bawa adik jalan-jalan. "

" Habis tu awak tengok abang tengah buat apa. "

" Memanglah abang tengah bawa adik jalan-jalan. "

" Ha, kemudian apa salahnya? "

" Sebenarnya abang nak pergi hisap rokok dengan kawan-kawan abang kan... " Abangnya terdiam. Kemudian dia berkata dengan adiknya secara perlahan.

" Awak jangan bagitahu emak dengan ayah tentang hal ni ya, kalau tidak.., siap awak. Nah awak bawa adik ke taman, tunggu sana sampai abang datang, jangan pergi mana-mana faham! " Dia terus pergi meninggalkan adiknya.

Sementara itu Iman terus melunsur dengan wajah yang penuh ceria. Cuaca petang itu sangat baik. Angn bertiup lembut, awan yang berarak meneduhkan suasana dari terik panas cahaya matahari. Tiba-tiba Iman terasa pedih dbelakangnya.

" Aduh, apa ni? " Di raba belakangnya terasa berair. Bila dia lihat apa yang berada ditangannya dia sedikit terperanjat.

" Eh, darah. Patutlah basah semacam.., aku ingatkan peluh. "

Iman membelokkan papan lunsurnya dan berhenti di sebuah tangga. Dia pun duduk sambil melepaskan penat dan menahan kesakitan lukanya yang semakin terasa pedih.

" Aduh... Ni mesti sebab aku tergolek tadi ni. " Sedang Iman duduk menahan kesakitan tiba-tiba dia terdengar suara menjerit meminta tolong.

" Tolong, tolong. " Tidak jauh dari situ dia lihat seorang budak, kemudian dia lihat sebuah kereta sorong bayi sedang laju menuruni bukit. Di ahkir jalannya pula ialah jalan raya utama yang sibuk dengan kenderaan.

" Alamak.., macamana ni. Ah..! Nanti jelah aku sakit. Sekarang ni masa untuk menyelamatkan nyawa. "

Iman pun terus mencampakkan papan lunsurnya ke atas tempat pemegang tangga manakala dia juga melompat sama dan melunsuri papannya turun dengan laju. Tiba di bawah dia pun mengayuh lagi papan lunsurnya untuk menambahkan lagi kelajuannya.

Dia pun menuruni bukit itu. Kelajuannya telah sampai ketahap yang sungguh bahaya. Sekiranya dia tersalah atau tergoyang sedikit sudah pasti dia akan jatuh tergolek dan sekali lagi dia akan terseret, tapi kali ni kecederaannya akan menjadi dua kali ganda teruknya kerana dia akan lebih jauh terseret malah tergoloek-golek. Tapi Iman tetap mengawal keseimbangan badannya. Wajahnya kelihatan tenang.

Akhirnya Iman berjaya menangkap tempat pemegang kereta tersebut. Dia lihat ada seorang bayi yang sedang menangis. Dia memandang wajah bayi itu dengan penuh perasaan kasih sayang. Kalau bayi itu tidak diselamatkan.. entah apa akan berlaku kepadanya. Iman pun cuba untuk memberhentikan kereta sorong itu dengan memperlahankan papan lunsurnya. Dia menurunkan sebelah kakinya hingga menyeret jalan dan dengan seretan itu kadar kelajuan pun berkurang.

Bila sahaja Iman menoleh kedepan dia terus terpandang sebuah pili bomba yang semakin hampir. Kini dia terpaksa membuat keputusan. Jika dia lambat sahaja, dia akan merempuh pili itu dan bayi itu pula mungkin akan jatuh tergolek. Oleh itu dengan terpaksa dia pun melepaskan kembali kereta sorong itu dan dengan sekuat tenaga dia pun melompat melepasi pili tersebut.

Satu masaalah selesai, kini timbul pula satu lagi masaalah. Lepas sahaja Iman berjaya melepasi pili bomba itu.., kini jalan telah terbahagi kepada dua, satu naik ke atas satu lagi turun kebawah. Oleh kerana Iman meluncur terlalu laju, dia terpaksa memilih jalan naik ke atas, jika tidak akan berlaku dua kemungkinan, samaada dia akan jatuh tergolek atau merempuh besi penghadang.

Dari jauh dia terlihat satu tangga untuk turun kebawah. Dia lihat dari atas, kereta sorong dan dia sama bersaing.

" O.k ni ada satu peluang lagi. Jika aku berjaya memotong dia dan melunsur di pemegang tangga itu.., bermakna aku akan jatuh didepan dia dan ini juga bermakna aku akan sempat menahan dia sebelum dia terlepas ke jalan raya. Tapi kalau aku lambat sedikit.., nampak gayanya aku memang tidak ada harapan. Tapi belakang aku ni aku rasa semakin sakit, pandangan aku pun dah lain macam je ni. Ah.., tak apa, apa-apa hal aku kena selamatkan budak tu dulu. Lepas ni kalau aku nak pengsan, pengsanlah. "

Iman pun mengayuh papan lunsur untuk menambahkan lagi kelajuannya. Tiba dekat tangga dengan tidak teragak-agak dia pun melompat ke atas tempat pemegang tangga dan melunsur ke bawah dengan laju sekali. Iman mendarat dihadapan kereta sorong itu. Kemudian dia pun terus memusingkan papan lunsurnya hingga terseret (power slide). Kemudian dia pun mendepangkan kedua belah tangannya dan kereta sorong itu pun melanggar badannya. Kereta sorong itu tidak terjatuh atau terbalik kerana dia tidak berhenti secara mengejut apabila tersentuh badan Iman, sebaliknya kelajuan kereta sorong itu menjadi perlahan secara evolusi.

Setelah terseret beberapa lama akhirnya Iman dan kereta sorong itu pun berjaya berhenti tepat pada tempatnya. Hanya tinggal beberapa langkah sahaja lagi jika tidak mereka pasti akan terlepas ke jalan besar dan sudah pasti juga mereka akan menjadi mangsa kenderaan-kenderaan yang sedang laju dan yang bersimpang siur.

Iman terlajak beberapa langkah hingga terkeluar selangkah ke atas jalan raya tetapi kereta sorong dan bayi itu selamat kerana tersangkut di papan lunsur Iman yang berhenti secara secara melintang. Iman menongkat lutut. Kepalanya seolah-olah ada masaalah.

" Eh, kenapa pandangan aku sekejap gelap sekejap terang. Eh, macamana dengan budak tu? " Iman pun menoleh dan dia pun berasa lega kerana melihat kereta sorong itu tersangkut di papan lunsurnya.

Iman pun menggeleng-gelengkan kepala seperti mahu menstabilkan pandangan matanya. Dia juga mengetuk kepalanya beberapa kali.

" Poon.., poon..! " Tiba-tiba Iman terkejut kerana terdengar bunyi hon yang kuat sekali. Bila ditoleh rupanya sebuah lori besar sedang datang menuju kearahnya. Pandangan Iman semakin kabur, sekali lagi hon dibunyikan diketika itu juga pandangan Iman terus hilang dan bilamana hon dibunyikan untuk kali yang ketiga.., Iman sudah tidak mendengarnya kerana pandangan Iman dan segalanya sudah tidak lagi wujud.



No comments:

Post a Comment