Monday, December 13, 2010

Pencari Cinta - 40

DENDAM


Cuti sekolah merupakan saat yang paling ditunggu-tunggu. Inilah masanya murid-murid merehatkan badan dan fikiran mereka dengan aktiviti-aktiviti yang lain. Ada yang pergi bercuti, ada yang hanya duduk di rumah, ada yang beriadah dan lain-lain lagi.

Kelas Lima Enggang terlibat dengan berbagai-bagai program dan persatuan. Cuti sekolah mempunyai pelbagai aktiviti dan padat dengan program yang telah disusun. Begitu juga dengan Dino dan rakan-rakannya. Mereka juga mempunyai persatuan dan padat dengan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.

Mereka telah mencabar ramai jaguh-jaguh dari persatuan-persatuan silat, taekwado, karate dan bermacam-macam lagi seni pertahanan diri yang lain agar bertarung dengan mereka untuk mengetahui siapakah yang digelar juara. Kali ini Dino sendiri turun padang dan menangani mereka dengan tangannya sendiri. Mereka menjuarai kesemua tempat yang dicabar. Dino terlalu kuat dan seolah-olah lupa diri. Kotak fikirannya bersilih ganti dengan bayangan Latifah dan Iman. Dino seperti sedang melepaskan kemarahannya yang terpendam.

Ain merupakan seorang gadis cantik di sekolah itu. Tapi sayang.. mulut dan perangainya pula tidaklah secantik raut wajahnya. Dia mempunyai berbagai kes disekolah dan sentiasa keluar masuk bilik disiplin. Dia juga mempunyai kawan-kawan yang sewaktu dengannya dan kumpulan mereka juga mempunyai pengaruh yang kuat.

Pada cuti hari yang ketiga, Ain datang kesekolah itu dengan beberapa orang kawannya. Dia seperti ada tujuan yang lain. Dia masuk kekelas seperti biasa tetapi kawan-kawannya menunggu diluar. Dia terus menuju kearah Latifah yang sedang duduk keseorangan meneliti sesuatu dihujung kelas. Dia pun mencapai kerusi dan duduk disebelah Latifah.

" Eh, Ifa... "

" Eh, Ain... "

" Macamana dengan 'study group'? Apa perkembangan Iman? "

" Hmm.., dia o.k. Cuma.., dia cuti sekejap, mungkin naik sekolah ni dia akan masuk balik. "

" Kesian Iman tu kan... "

" Apa maksud awak? "

" Yelah.., dia tu kan lemah dalam pelajaran. "

" Sebenarnya apa yang awak sangkakan tu semuanya salah. "

" Salah? Hei, Ifa.. satu sekolah kenal dia tu siapa. Kaki tidur, periksa pun gagal. "

" Hei, Ain, awak cakap baik sikit ya. Sebenarnya apa yang awak nak ha?! "

" Saya nak tahu kenapa awak terlalu mempertahankan dia, kemudian saya juga nak tahu kenapa awak terlalu ambil berat sangat tentang budak tu! "

" Oh, awak nak tahu ya.., kenapa yang awak sibuk nak tahu? Apa kena mengena dengan awak?! "

" Oh, ia mungkin ada kena mengena dengan saya, emm.., hairan kan, kalau enggang boleh berkawan dengan pipit. "

" Sebenarnya apa yang awak nak hah?! "

" Saya cuma nak satu kepastian tentang Dino. "

" Dino dengan saya tak ada apa-apa. Kami hanya berkawan tak lebih dari tu. Saya tahu awak sukakan Dino, kalau awak nak dia.. ambil, saya tak kisah. Tapi tolong jangan kacau hidup saya lagi faham! "

" 'Yes'! Terima kasih Cik Latifah. Tapi.., jangan menyesal... " Jelingan Ain seperti memberikan satu amaran buat Latifah. Dia pun pergi meninggalkan Latifah. Kawan-kawan Latifah pun segera menghampirinya.

" Eh, kenapa Ifa? "

" Apa yang berlaku Ifa? "

" Entahlah orang gila.., malas nak layan. "

" Dia tanya.. pasal apa? "

" Iman, Dino... "

" Kenapa sebenarnya Ifa..? "

" Eleh.., dia tu sebenarnya sukakan Dino, dia cemburu tengok Dino sukakan awak, tak suka kat dia... "

" Memang Dino suka kat awak Latifah. Awak jangan peduli sangat dengan budak tak sedar diri tu. Dia ingat dia tu cantik sangat apa. "

" Tapi saya tak suka dia. "

" Lah.., kenapa Ifa? Baguslah kalau awak dapat kawan dengan Dino, tak ada orang nak kacau awak. Lagi pun, awak dengan Dino sesuai apa.., sorang cantik, sorang gagah dan kacak. "

" Macam pinang dibelah dua... " Mereka semua tergelak kerana mengusik Latifah. Tetapi Latifah hanya tersenyum sahaja.

" Tapi.., saya pun tak tahu kenapa saya tak minat dengan orang macam tu... "

" Ifa.., Dino tu rebutan ramai kat sekolah ni. Hampir mustahil kalau orang tak suka dia. Dia tu 'handsome' tahu tak... Ramai yang iri hati dengan awak sebab Dino rapat dengan awak. "

" Apa masaalahnya Ifa... Kenapa awak tak suka dia? "

" Oh.., saya tahu awak suka siapa... "

" Awak jangan cakap dengan kami awak suka Iman... Budak tu.., dah lah selekeh, kuat tidur, kuat berangan.., eii.. tak kuasa aku. Eh, tapi.., Iman tu sebenarnya baik hati tau. Awak nak tahu tak apa yang saya dengar tentang dia. "

" Eh, ceritalah apa dia..? " Latifah agak bersemangat hendak mendengar.

" Awak tahu.. selama ni dia tak pergi kantin rupanya dia habiskan masa dia kat perpustakaan. "

" Alah.., itu kami pun tahu... "

" Tapi awak semua tahu pasal apa dia buat macam tu? "

" Ha, sebab apa? "

" Sebab.., duit belanja dia, dia beri pada Aminah dengan Wani. "

" Aminah dengan Wani? "

" Alah.., budak miskin tu lah. Aminah tu anak yatim, mak dia pula lumpuh. Wani tu pula mak ayah dia masuk penjara. "

" Ish, kesiankan... Baik betul Iman kan... "

" Itu satu.., hari tu pulak orang nampak dia tolong pakcik tukang kebun sekolah kita pungut sampah satu sekolah. "

" Iya?! " Latifah agak terkejut.

" Iya Ifa... "

" Ya Allah.. rajinnya dia. "

" Eh, tapi awak agak.. betul ke apa yang Fauzi cerita pada kita tentang Iman tempohari? "

" Awak rasa? "

" Entah, macam tak percaya pulak. Pada awak macamana Latifah? "

" Pada saya.., Iman tu istimewa bukan pada kepandaiannya.., tetapi pada hatinya. Tidak ada seorang pun dalam sekolah ni yang mempunyai hati yang macam tu. Dia bukan sahaja penyayang pada manusia, tetapi juga pada haiwan. Saya pernah nampak dia sanggup masuk kedalam longkang semata-mata untuk menyelamatkan seekor anak kucing. Masa tu hujan lebat, sorang pun tak pedulikan kucing itu kecuali dia.., itulah hari pertama dia disekolah ni. Sebab tu saya suka beri burung-burung makan tiap-tiap pagi.., sebab saya tertarik dengan sikap dia yang penyayang terhadap makhluk-makhluk Tuhan. Dia seorang yang tidak mementingkan diri. "

" Ifa... Baru saya faham sekarang kenapa awak suka dia. Saya pun setuju dengan pilihan awak. Untuk apa kita pilih orang yang kacak dan berpengaruh tapi sombong. Jangan risau Ifa.., kami akan sentiasa menyokong awak. "

" Ya, Ifa.., saya pun setuju. "

" Saya pun Ifa. "

" Eh, kenapa awak ni semua? Saya tak kata pun saya suka dia? Hei, apa ni? "

" Eh, kami ingatkan awak suka dia. "

" Siapa cakap saya suka dia.., saya cuma suka dengan sikap dia, itu je, faham. "

" Oh.., ingatkan awak suka dia. "

" Kalau gitu, saya je lah kawan dengan dia. "

" Nampak ni... " Latifah menunjukkan penumbuknya.

" Eh, marah nampak. "

" Bukan marah, tapi saya taknak awak mempermain-mainkan dia. Dia tu orangnya lurus, faham. "

" Faham Cik Tipah sayang.., aww... "

" Ke awak takut dia dikebas orang... "

" Itu rahsia saya, awak semua jangan sibuk. Dah jom, cikgu dah panggil dah tu. " Mereka pun beredar sambil mengusik-usik Latifah.

" Iman. "

" Diamlah... " Latifah tersipu-sipu, tapi dikawal juga wajahnya yang kemerah-merahan dengan melakonkan watak serius.

No comments:

Post a Comment