Saturday, December 11, 2010

Pencari Cinta - 38

BALIK

Latifah kelihatan bersemangat sedikit bila mendengar dia dapat berjumpa dengan Iman lepas habis sekolah nanti. Loceng waktu balik merupakan loceng yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakkan murid di semua sekolah. Ia umpama loceng 'keramat' yang mana bunyinya dapat memberi tenaga bagi mereka-mereka yang sudah keletihan selepas letih bekerja menggunakan akal. Tapi bagi Latifah dia seperti mendapat dua kekuatan tenaga.

" Ifa.., Ifa. "

" Eh, Dino. " Keluar sahaja dari kelas tiba-tiba Dino memanggilnya.

" Eh, kenapa dah lama tak jumpa..? "

" Oh, saya sibuklah sekarang ni. Maaflah Dino saya kena cepat ni, ada hal. " Latifah bergegas dengan kawan-kawannya meninggalkan Dino yang agak kebengangan. Agak lama juga Dino menunggu disitu, tetapi jawapannya sungguh menghampakan. Tiba-tiba lalu seorang budak perempuan juga keluar dari kelas yang sama.

" Eh, Ain, Ain... "

" Oh, Dino... "

" Eh, kenapa dengan Latifah tu? "

" Kenapa pula, tak ada apa-apa.. o.k je aku tengok. "

" Oh, kau mungkin tak tahu yang dia beberapa hari ni tak jumpa aku. "

" Oh.., macam tu. Eh, yelah aku pun perasan macam tu juga. Mungkin dia sibuk dengan 'study group' dia agaknya.., Sebab dia terlalu risaukan budak dari kelas empat pipit tu kan.. "

" Ha..! Lelaki ke perempuan? "

" Lelakilah... "

" Siapa?! "

" Entah, aku pun tak tahu nama dia. Alah budak bodoh... Aku pun malas nak layan. Aku dengan 'diorang' tak satu kumpulan, tapi dari sumber yang aku dengar macam tu lah. O.klah Dino, aku ada hal lah. Apa-apa hal kau 'call' lah aku. kalau Latifah tak ada.. aku ada. " Ain tersengih manja, tetapi tidak bagi Dino. Hatinya membara. Bibirnya diketap hingga mukanya merah adam. Tetapi mukanya tetap dikawal tenang.

Dino melihat Ain berjalan meninggalkannya, dia pun berpaling. Dino berjalan menyusur koridor berselisih dengan pelajar-pelajar yang berjalan dari arah yang bertentangan. Tiba-tiba Dino melepaskan satu tumbukan padu ke dinding koridor. Tumbukannya cepat dan tangkas tetapi sepanjang koridor itu bergegar. Semua orang panik kerana dinding itu tiba-tiba bergegar. Dino tetap berjalan tenang. Kini dia tahu dari mana puncanya.

Sebuah kereta 'Mercedez S500' berwarna hitam kilat sedang menunggu di hadapan sekolah. Didalam kesibukan warga sekolah yang berduyun banyaknya keluar dari sekolah tiba-tiba seorang budak perempuan yang cantik manis berjalan menuju ke kereta itu. Dia mengetuk perlahan cermin gelap dibahagian depan penumpang kereta. Cermin pun diturunkan. Selepas memberitahu sesuatu.. kereta itupun pergi.

" Eh, Latifah.. awak tak balik ke hari ni? " Kawannya kehairanan kerana melihat Latifah tidak menaiki keretanya seperti biasa.

" Tak, saya nak pergi perpustakaan. " Kawan-kawannya semakin hairan.

" Tak pernah-pernah pun awak pergi ke perustakaan waktu sekarang ni? "

" Ala.. saja nak ubah angin. Eh, awak semua nak balik dulu ya.., nanti kita jumpa masa 'study group' ya.. "

" Eh, saya nak ikut awaklah... "

" Saya pun. "

" Eh, saya pun. " Akhirnya semuanya pergi perpustakaan.

Suasana didalam perpustakaan agak lengang. Hanya tinggal beberapa orang. Kaunter pula tidak ada orang yang menjaganya. Kebayakkannya murid tingkatan enam. Iman tidur di atas meja disebelahnya pula Fauzi yang sedang mentelaah. Meja mereka penuh dengan selerakan buku. Mereka memilih tempat yang agak tersorok.

" Eh, Iman.., ni apa maksud dia. " Iman terjaga bila dikejut Fauzi. Dalam mata yang agak berkunang dia pun meneliti lampiran buku dihadapannya.

" Oh, yang ni semua tak payah, yang ni je ambil. Sebenarnya maksud dia kat sini je. Yang lain tu penting juga, tapi dia punya matan kat sini. " Fauzi terfikir sejenak. Kemudian dia tersenyum.

" O.k saya dah faham. Terima kasih ya Man. "

" Hmm... " Iman sambung kembali tidurnya.

Beberapa orang perempuan masuk ke dalam perpustakaan. Suasana agak riuh sedikit, mungkin kerana mereka sedar tiada penjaga. Salah seorang dari mereka terperasan sesuatu, kemudian menegur kawannya secara berbisik.

" Eh, tu Fauzi lah... "

" Mana? "

" Tu... "

" Ha'alah... Eh, siapa pula kat sebelah dia yang tengah tidur tu.., selamba je tidur dalam perpustakaan. "

" Mana? "

" Tu sebelah Fauzi tu. Orang duduk membaca, dia pergi tidur pula. "

" Eh, tu Iman lah..

" Ya Allah, Iman ke... Padanlah lama tak nampak rupanya tidur dalam ni. Apalah jenis budak dia ni... Hei, panggil Latifah. Psst. "

" Latifah... Ifa, sini cepat. " Latifah yang sedang memilih-milih buku pun terhenti sebentar. Kemudian dia terus ditarik menuju ke meja Fauzi dan Iman. Fauzi terperasan kedatangan Latifah kemejanya.

" Eh, Latifah. Ada apa-apa yang boleh saya bantu? " Fauzi terus menegur tatkala Latifah dan kawan-kawannya duduk berhadapan dengannya. Agak terperanjat dan gugup sedikit Fauzi bila menerima kunjungan yang tiba-tiba.

" Kami datang ni ada hajat. Kami nak minta tips untuk belajar. " Salah seorang dari mereka berkata.

" Eh, boleh apa salahnya... Tapi.., saya rasa elok kita duduk jauh sikit supaya tidak mengganggu orang kat sebelah ni. " Mereka seolah faham dan tergelak kecil. Cuma Latifah sahaja yang tersenyum sambil matanya tak lepas dari Iman yang agak buruk cara dia tidur.

" Dah lama ke Iman kat sini? " Antara soalan Latifah yang pertama.

" Hmm.., lama juga, dari lepas sembahyang dia terus ke sini. Tapi dia memang hari-hari ada kat sini. "

" Dia ke sini hanya untuk tidur je ke? " Kawannya pula menyampuk.

" Tak juga. Dia mula tidur-tidur ni lepas keputusan periksa dia keluar. "

" Dia 'boring' sebab tak lulus agaknya. "

" Tak lulus? Dia saja tak nak bagi lulus. "

" Apa maksud Fauzi? " Latifah agak pelik. masing-masing juga kehairanan. Kemudian Fauzi pun menceritakan kepada mereka siapa Iman sebenarnya yang dia kenal. Masing-masing agak tercengang dengan cerita Fauzi. Tiba-tiba terdengar suara Iman berdengkur perlahan tapi jelas.

" Wah, berselera nampaknya dia tu... " Masing-masing tergelak spontan mendengar kata-kata salah seorang dari kawan Latifah. Agak lama juga mereka berbual hingga berubah ke topik pelajaran.

Entah macamana tiba-tiba Iman terjaga. Mungkin kerana terdengar perbualan mereka yang agak kuat. Iman hanya membuka kecil sebelah matanya. Dia lihat Fauzi sedang berbual dengan sekumpulan gadis. Tiba-tiba dia terpandang Latifah sedang berbual rancak dengan Fauzi.., hatinya pun membara.

" Cis, tak guna... Ni yang aku bengang ni! " Hati Iman panas. Tanpa mereka sedari Iman bangun dan meninggalkan tempat itu.

Iman turun ke bawah. Mukanya masam macam cuka, merah padam. Bengang betul dia, mesti dia ingat tujuan sebenar Latifah ke situ hanya sebab nak jumpa Fauzi. Agak laju juga Iman turun tangga, sekejap je dah sampai tingkat bawah bangunan dua tingkat.

" Hish.., bengang betul aku..! " Iman pun menyepak tiang batu sekolah dengan sekuat hatinya.

" Aduh! Aduh.., sakitnya. " Iman mengerang kesakitan. Dia tak sedar gelagatnya sedang diperhatikan oleh tukang kebun sekolahnya. Seorang tua yang berusia lingkungan lima puluhan sedang mengemas stor dan perkakasnya.

" Memanglah sakit.., yang kau pergi tendang batu tu buat apa. Kau nak robohkan sekolah? Kalau kau nak robohkan satu bangunan ni kau kena guna bom, mana boleh kau tendang bangunan ni lepas tu bangunan ni roboh... Lojik la sikit. Aku yang sekolah tak habis ni pun lagi pandai dari kau. Hai.., budak-budak zaman sekarang ni, banyak sangat tengok t.v. Dah, kau pergi ambil plastik ni, tolong aku pungut sampah.. lagi baik, nah. " Pakcik itu menyerahkan palstik pada Iman. Iman agak tersipu-sipu, kemudian dia pun mengambilnya tanpa banyak soal.

Agak lama juga Iman menolong pakcik itu. Iman tak sangka sampah yang dimaksudkan di seluruh kawasan sekolah. Dia ingatkan hanya di satu tempat sahaja. Lepas habis buat kerja Iman pergi ke tempat biasa dia baring dan tidur sepanjang dia tidak menghadiri 'study group'. Jam menunjukkan pukul 3.45pm.

" Aduh.., lepaknya. Aku ingatkan sikit.., rupanya satu sekolah. Sekarang ni dah pukul 3.45, Asar masuk pukul 4.15, maknanya aku ada masa 15 minit je untuk rehat. Ish, baik aku tidur sekarang. "

Sementara itu di tempat 'study group' mereka berkumpul seperti biasa. Latifah tidak semurung sebelumnya. Kini semua orang dapat lihat dia tersenyum. Dia solah-olah berpuas hati kerana dapat melihat Iman dan tahu kedudukannya.

" Eh, jam nak dekat pukul empat ni. Apa kata kita bersurai dulu, kemudian macam biasa lepas sembahyang kita jumpa balik, kita bincang tentang program untuk musim cuti sekolah. Maklumlah besokkan dah mula cuti. " Razif memberikan cadangan.

" Ha, o.k juga tu. " Salah seorang dari mereka menyetujui rancangan itu.

" Eh, kata nak pergi melawat Iman. Jom lah kita pergi tengok dia dulu. "

" Oh, takpa. Tadi kami dah jumpa dia dah. " Latifah menjawab.

" Ha, kat mana? " Salim agak terperanjat.

" Kat dalam perpustakaan tengah tidur. " Kawan Latifah mencelah.

" Kelakar betul dia tidur kan... "

" Ya lah.., siap berdengkur pula tu. " Semua orang tergelak dengan cerita itu. Tetapi Latifah agak tidak senang dengannya. Razif peka memerhati, dia seakan dapat membaca suasana. Tetapi dia tidak bercakap sepatah pun, dia hanya tersenyum.

" Ya Allah.., budak tu memanglah kaki tidur. Orang kat dalam perpustakaan baca buku, dia pergi karang buku. " Salim menyambung selepas tergelak sakan.

" Mungkin dia terlalu letihlah... Apa awak tahu... " Latifah cuba mempertahankan Iman.

" Oh.., awak nak bagitahu kami yang awak lebih kenal dia dari kami ya... Habis.., macamana dengan percintaan kita Latifah? Eh, tapi.., padanlah wajah Cik Latifah kita tak semendung sebelum ni.., rupanya dia dah jumpa Iman.., patutlah... " Salim melawak. Muka Latifah tiba-tiba berubah menjadi kemerah-merahan.

" Sebelum ni saya risaukan pelajaran dia. "

" Kemudian... "

" Tapi sekarang ni saya tak perlu risau lagi. O.klah jom kita pergi surau. " Cekap sungguh Latifah menyembunyikan perasaannya. Kemudian mereka pun pergi meninggalkan Salim dan Razif.

" Eh, Zif, kau kata kau nak bawak aku pergi jumpa Iman, jomlah. "

" Eh, aku ingat kau dah tahu. "

" Mana ada.., dah jom, jom. " Razif pun membawa Salim ke tempat Iman tidur.

" Ya Allah, tidur lagi budak ni. Kan betul aku dah cakap.. dia ni kaki tidur, tapi orang tak nak percaya. Woi Man bangun, bangun. Apa kau nak jadi ni.. kau ni memang tak pernah nak insaflah, atas bangku pun kau boleh tidur. Memanglah kau ni kaki tidur, bangunlah woi. " sekali lagi Salim ketawa berdekah-dekah melihat gelagat Iman yang sedang tidur diatas bangku.

" Jangan kacau akulah.., aku penat ni. Aku mengantuk. "

" Wei, dah pukul empatlah... Kau tak nak sembahyang ke? "

" Ha, dah pukul empat. Ya Allah... " Iman terus bangun dan duduk. " Eh, jomlah pergi sembahyang. " Iman terus bingkas dan berjalan. Mereka pun gerak bersama.

" Kau ni apa nak jadi Man.., asyik tidur je, dalam kelas tidur.. "

" Hei, cakap baik sikit ea.., sekarang ni aku dah tak tidur dalam kelas lagi tau. " Salim tergelak mendengar jawapan Iman.

" Patutlah kau tidur dalam perpustakaan, rupanya sebab kau dah tak tidur dalam kelas lagi. "

" Ye lah.., aku dah tak tidur dalam kelas, tapi aku tidur luar kelas.., apa salahnya. Eh, mana kau tahu aku tidur dalam perpustakaan ha? "

" Ha.., adalah sumbernya... " Salim pun bercerita dengan Iman yang Latifah jumpa Iman tidur di perpustakaan, manakala Razif hanya diam sambil mendengar cerita Salim. Mereka berjalan menuju ke surau.

No comments:

Post a Comment