Thursday, December 9, 2010

Pencari Cinta - 36

RASULULLAH SAW


" Bang, anak awak ni ada hajat... " Mak Su terus sahaja meletakkan air yang baru dibuat tadi diatas meja. Pak Su yang khusyuk dengan kerjanya terhenti sebentar. Di letakkan pen diatas meja.

" Ha, Man.., apa ceritanya? " Iman yang masih memegang pinggan biskut agak serba salah. Wajahnya mengorak mimik seperti orang yang tak tahu nak bermula dari mana. Dia pun meletakkan pinggan diatas meja.

" Err.., Pak Su, boleh tak cerita.., e'e'eh bukan.., erm.., apa yang Pak Su tahu tentang Rasulullah. Boleh tak ceritakan sedikit. He... " Mak Su tersenyum hingga ditutup mulutnya. Pak Su juga mengorak sebuah senyuman manis. Rupanya itu yang Iman mahukan.

" Oh.., tentang Rasulullah... Sebenarnya Pak Su taklah tahu banyak sangat. Tapi bolehlah ceritakan sedikit kalau Iman nak tahu. Sebelum tu Pak Su nak tanya Iman.., apa yang Iman tahu tentang Rasulullah? "

" Err.., tak tahu lah Pak Su. " Iman hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.

" O.k takpa kalau begitu kita mula dari keluarga. Pergi ambil pen dengan kertas, salin apa yang Pak Su cakap. "

Iman pun bergegas mengambil pen dengan kertas. Tidak sampai beberapa minit dia pun kembali semula dengan pen dan kertas ditangannya. Mak Su pula menyambung jahit sulamnya sambil duduk diatas kerusi.

" O.k Pak Su.. saya dah bersedia. _"

" Baiklah Pak Su cakap Iman catit faham. " Lalu Iman pun mencatit nama-nama seluruh keluarga Rasulullah yang Pak Su sebutkan.

" Dah tulis semua Man? "

" Dah Pak Su... "

" Cuba bacakan. " Iman pun membacakannya seperti yang tertulis.

BIODATA RASULULLAH DAN KELUARGANYA


NABI MUHAMMAD SAW
Nam ibunya: Siti Aminah bt Wahab
Nama Bapa: Abdullah bin Abdul Mutallib

Nama Isteri-isteri baginda:

1. Siti Khadijah bt Khuwailid
2. Saudah bt Zam’ah
3. Siti Aisyah bt Abu Bakar
4. Habsah bt Umar
5. Zainab bt Khuzaimah
6. Ummu Salamah
7. Ummu Habibah bt Abu Sufyan
8. Juwairiah
9. Sofiyah bt Huyey
10. Zainab bt Zahsyi
11. Raihanah

Nama anak-anak baginda:

1. Zainab
2. Ruqayyah
3. Ummu Kalsom
4. Siti Fatimah
5. Qosim
6. Abdullah
7. Ibrahim

(Anak-anak lelaki baginda semuanya meninggal sewaktu masih kecil)

Dari perkahwinan Siti Fatimah dan Sayyidina Ali bin Abi Talib

Anak-anak mereka:

1. Sayyidina Hassan
2. Sayyidina Hussin
3. Zainab (Al Kubra)

Lepas Iman bacakan nama-nama tersebut suasana diam seketika. Iman lihat Pak Su sedang mengesat air matanya. Manakala Mak Su pula berhenti dari kerjanya dan termenung panjang.

" Err.., kenapa Pak Su menangis? " Dengan selamba Iman bertanya kepada pakciknya.

" Kerana nama yang Iman sebutkan tadi semuanya nama ahli-ahli syurga. Mereka adalah manusia-manusia yang hebat. Disebabkan merekalah kita semua dapat nikmat Iman dan Islam sampai hari ni. " Mak Su mencelah. Iman tertunduk seolah faham dengan maksud makciknya.

" Oh, patutlah... " Iman terdetik didalam hatinya.

" Baiklah Iman sekarang awak dah tahu nama-nama keluarga Rasulullah... Ada apa-apa yang awak nak tahu lagi tentang Rasulullah? " Wajah Pak Su tenang, sambil mengorak senyuman. Sejuk mata memandang.

" Err.., waktu lahir? " Iman kehabisan idea. Pak Su tersenyum.

" Baiklah Pak Su cerita Iman catit. "

" O.k. " Iman bersemangat.

" Subuh tanggal 12 Rabiul awwal Tahun Gajah, adalah suatu detik paling besar dan agung yang pernah berlaku mencatatkan sejarah kelahiran seorang makhluk yang paling mulia disisi Tuhan... Itulah sejarah Maulidur Rasul.., kelahiran Nabi Muhammad SAW...

Tidak ada yang lebih besar dan agung darinya, samada sebelum atau sesudahnya. Ia sejarah luar biasa yang merubah watak-watak manusia. Kerana itulah, apa sahaja yang berhubung dengannya walaupun sekadar 1 titik, atau 1 huruf, atau 1 perkataan, betapalah 1 baris ayat, mengandungi hikmah besar dan rahsia yang tersirat yang akan tercungkil kalau Tuhan sendiri tidak memberitahunya...

Segalanya penuh simbolik...

Baginda lahir pada hari isnin, isnin artinya 2. Ia bukan satu kebetulan, Maha suci Tuhan dari berbuat sesuatu sesuka hati, bahkan sebesar habuk pun ada maksudnya yang tersirat. Sesungguhnya di waktu lahirnya Baginda, hanya dua sahaja yang mengenali Tuhan yaitu Tuhan yang kenal diriNya sendiri, dan selainNya, hanya Rasulullah SAW sahajalah yang mengenali TuhanNya. Walaupun sebelum itu para Rasul pernah diutuskan, tapi akidah sudah rosak semuanya. Hinggalah akhirnya yang tinggal hanya 2 yang kenal Tuhan, Tuhan & Rasulullah SAW. Itulah isyarat dari Tuhan. Bahkan sesiapa yang mahu memeluk Islam, mesti menyebut kedua-duanya, kalau tidak, Islamnya tidak sah.

Bulan rabiul awal pula ertinya Awal musim bunga. Bukankah akhlak itu laksana bunga... Ertinya Rasulullah menjadi contoh bagi seluruh manusia di sudut akhlaknya.

Tanggal 12 juga penuh dengan rahsia Tuhan... Angka 12 kalau dirujuk kepada malam, jam 12 mlm ialah kemuncak kegelapan. Ertinya kelahiran Baginda adalah di waktu dunia gelap dengan kezaliman, kesusahan, kerosakan dan maksiat. Segala-gala yang negatif berada di tahap kemuncaknya.

Angka 12 itu dirujuk kepada siang pula, 12 tegahari adalah kemuncak cahaya, simboliknya, kedatangan Rasulullah SAW membawa cahaya atau rahmat dari Tuhan untuk sekelian alam, bukan sahaja manusia, termasuk binatang, kayu-kayan dan alam semuanya tidak boleh sesuka hati dicacatkan, bahkan seketul batu yang diambil akan ditanyakan oleh Tuhan tujuannya.

Dirujuk kepada bulan, angka 12 adalah kemuncak bulan. Simboliknya Tuhan lahirkan Rasulullah SAW sebagai kemuncak rasul. Kalau rasul-rasul terdahulu, datangnya mereka hanya untuk satu kelompok dan satu zaman, tetapi kedatangan Rasulullah SAW adalah untuk semua etnik dan bangsa sepanjang zaman.

Kalau 12 dirujuk kepada bintang, bintang 12 adalah bintang yang paling cerah di antara bintang yang jutaan banyaknya. Ertinya kelahiran Rasulullah SAW membawa syariat, petunjuk dan rahmat yang legkap dari dunia sampai akhirat. Ajarannya adalah yang paling sempurna dibanding ajaran-ajaran Rasul sebelumnya.

Rasulullah SAW lahir pada tahun gajah. Sebelum kelahiran Baginda, telah datang tentera bergajah dari Yaman yang diketuai Abrahah bertujuan meruntuhkan Ka'bah. Selain itu, Abrahah juga berhasrat merampas sekelian ternakan, termasuk yang dirampas ialah kambing-kambing Abdul Muthalib ninda Rasulullah saw. Keluarlah beliau bertemu Abrahah minta dikembalikan ternakan miliknya. Ditanyakan pula oleh Abrahah tentang Kaabah, Jawabnya, Kaabah bukan miliknya, ada tuan yang empunya iaitu Tuhan, terpulang pada Abrahah untuk berurusan dengan Nya. Tersingkaplah rahsia bahawa keluarga Rasulullah SAW masih beragama dengan agama Nabi Ibrahim. Ertinya keturunan Rasulullah SAW bersih, dijaga oleh Tuhan.

Lahirnya pula sebelum subuh membawa erti bahawa kedatangan Rasulullah SAW membawa rahmat, kegelapan itu sudah akan berakhir, sebentar lagi rahmat Allah akan tiba.

Itulah di antara simbolik yang terjadi disebalik waktu kelahiran Rasulullah SAW iaitu sebelum subuh 12 Rabiul Awwal Tahun Gajah. "

" Wow... Sebenarnya saya.. "

" Tak pernah dengar sebelum ni? " Pak Su tersenyum.

" Mm.., macam tu lah. Eh, Pak Su, saya ada baca tentang Rasulullah, orang kata Rasulullah itu.. 'illiterate', betul ke? "

" Semoga Allah mengampunkan kita di atas salah tanggap dan salah tafsir terhadap status baginda Rasulullah SAW sebagai seorang rasul yang Ummiy. Selama ini kita difahamkan bahawa Ummiy itu bererti orang yang tidak tahu membaca dan menulis, ertinya buta huruf. Jika begitu fahaman kita ertinya kita menganggap baginda orang yang tidak belajar, bererti seorang yang bodoh.

Memang ada Ensiklopedia barat mendefinasikan Muhammad sebagai seorang yang illiterate. Bagi orang yang tidak prihatin, hal ini mungkin tidak menjadi apa-apa masalah baginya, tapi bagi yang prihatin, yang hatinya terbuka, kita rasakan seolah-olah ada yang tidak kena dengan maksud Ummiy itu. Mana mungkin seorang rasul yang kemuliaannya sampai namanya digandingkan dengan nama Tuhan, dikatakan buta huruf. Sebenarnya yang dimaksudkan Ummiy itu ialah orang yang belajar secara luar biasa, bukan mengikut kaedah biasa atau belajar secara proses biasa. Tujuan belajar adalah supaya menjadi pandai, dengan mengisi ilmu kepada akal dan rohnya. Itulah hakikatnya. Jika akal dan roh tidak diisi dengan ilmu maka seseorang itu tidak akan dapat menjadi pandai. Orang yang hendak menjadi pandai secara biasa, kenalah melahirkan sebab lahiriah untuk mencapai matlamatnya.

Contohnya melalui menulis, membaca, berguru, belajar di sekolah dan lain-lain. Bagi orang biasa, jika tidak mengikut kaedah ini, maka tidak akan menjadi pandai. Itulah lumrahnya. Tetapi itu adalah proses untuk manusia biasa. Oleh kerana Rasulullah itu orangnya luar biasa, Allah pandaikan dia tanpa melalui proses biasa. Demikianlah Maha Besarnya Tuhan, Rasulullah dipandaikan melalui proses luar biasa. Jadi Rasulullah sebenarnya seorang yang belajar tidak secara biasa tapi secara luar biasa. Oleh itu sama sekali tidak benar jika dikatakan Rasulullah tidak belajar. Sebenarnya Rasulullah SAW tidak perlu membaca dan menulis.

Mari kita bahaskan pula perkataan Ummiy itu. Ummiy didasarkan kepada ‘ibu’.

1. Ibu kalau dibahaskan secara lahir ia merupakan punca zuriat kerana ibu melahirkan. Jika tidak ada ibu, mana mungkin dapat melahirkan zuriat.

2. Bagi yang tidak bernyawa yang disebut ibu juga contohnya, ibu roti. Daripada ibu rotilah dapat hasilkan roti. Itu disebut ibu juga.

3. Ibu secara batin atau maknawi punya erti yang lebih hebat, iaitu ibu dan ayah pada diri kita ialah akal dan roh. Tanpa akal dan roh, tiada erti apa-apa. Sebab itulah Allah terus bagi ilmu pada Rasulullah tanpa menggunakan alat. Itulah sebabnya Rasulullah dikatakan Ummiy iaitu belajar secara terus dari Tuhan. Allah terus campakkan ilmu pada ibu dirinya iaitu akal dan roh. Oleh itu salah besarlah jika dikatakan Rsulullah tidak belajar.

Rupa-rupanya begitu hebat Allah memproses hamba-hamba yang dikehendaki-Nya dengan cara dipandaikan tanpa melalui proses belajar secara biasa. Itulah sebenarnya mukjizat Rasulullah yang cukup agung dan hebat. Ummiy itu adalah lambang kebesaran Rasulullah sebenarnya. Layaklah Rasulullah itu dikatakan ibu, kerana baginda ialah ibu segala ilmu, ibu segala kebaikan, ibu kepada perjuangan, ibu kasih sayang, perpaduan dan lain-lain kerana daripadanya lahirlah ilmu, kebaikan, perpaduan, kasih sayang, pengorbanan, perjuangan dan lain-lain.

Malah yang membenarkan dan melayakkan lagi baginda menjadi ibu berlandaskan gelaran Ummiy tersebut ialah kerana rohnya adalah ciptaan Tuhan yang pertama. Dan dari kerana kebesaran dan kemuliaan Nur Muhammad inilah diciptakan langit dan bumi, haiwan, tumbuhan, Syurga, Neraka dan lain-lain. Begitulah hebat dan mulianya Rasulullah hinggakan baginda dilantik menjadi Penghulu manusia dan namanya diangkat sebaris dengan nama Tuhannya.

Musuh-musuh Islam terutama Yahudi dan puak orientalis sebenarnya sangat kenal siapa Rasulullah. Kehebatan dan kemuliaannya ada dalam pengetahuan dan kajian mereka. Lalu mereka cuba mengelirukan dan mengkelabukan pemikiran umat Islam dengan mengatakan bahawa: “Rasulullah itu Ummiy yakni tidak tahu membaca dan menulis untuk membuktikan bahawa Al Quran itu bukan dari tulisan Rasulullah.”

Nampak macam logik dan rasional hujah tersebut. Tapi sebenarnya mereka menutup maksud Ummiy yang sebenar yang memperlihatkan kehebatan Rasulullah SAW. Akhirnya umat Islam dari generasi ke generasi beranggapan Rasulullah itu buta huruf, dan kesan saikologi terhadap pemahaman palsu ini menyebabkan umat Islam menjadi umat yang mundur bukan setakat miskin ilmu, harta, kemajuan, dan lain-lain tetapi yang lebih parah dari itu ialah miskin iman.

Usaha-usaha untuk memperkecilkan martabat Rasulullah memang telah sekian lama dirancang oleh para musuh Islam. Mereka sengaja hendak memperlihatkan Rasulullah sebagai tidak bertamadun agar umat Islam juga akan mencontohinya. Kebesaran dan kemuliaan Rasulullah cuba ditutup dan dilindungi.

Untuk memperlihatkan dengan lebih jelas bahawa Ummiy adalah satu mukjizat besar Rasulullah dan bukannya buta huruf, mari kita lihat pula kaedah menuntut ilmu melalui proses luar biasa ini. Rasulullah itu digelar Ummiy kerana padanya diberikan ibu segala ilmu. Sepertimana Al-Fatihah dikatakan Ummul Kitab, kerana di dalamnya adalah intipati Al Quran. Begitu jugalah dengan Rasulullah, di mana wahyu yang diturunkan kepadanya adalah ibu segala ilmu. Oleh kerana apa yang dianugerahkan kepada Rasulullah itu adalah ibu ilmu, ia tidak boleh diterima melalui proses biasa. Ibarat seseorang yang ingin mengail ikan yang besar, mestilah menyediakan kail yang besar dan kuat, umpan yang baik, tali kail mestilah kemas dan tahan, peralatannya mestilah gagah dan sesuai dengan ikan yang hendak dikail.

Begitu jugalah bagi seseorang yang ingin memperolehi ilmu luar biasa dari Tuhan sepertimana Rasululah mendapat wahyu, tidak cukup sekadar melalui proses biasa dengan menggunakan pancaindera. Ilmu wahyu yang Allah anugerahkan pada baginda adalah diajar terus kepada ibu dirinya iaitu akal dan roh. Ilmunya bukan dari sumber membaca dan menulis. "

" Roh dan akal Rasulullah tu kuat ke Pak Su? "

" Nisbahnya seperti 1000 orang yang paling bijak dalam dunia. "

" Maksudnya disini orang yang hendak menerima wahyu tu mesti orang yang kuat akal dan rohnya. Begitu? "

" Ya. "

" Kalau orang biasa macam kita..? "

" Mati. "

No comments:

Post a Comment