Wednesday, December 8, 2010

Pencari Cinta - 35

PEREMPUAN

Masa makan Iman tak banyak bercakap, diamnya seolah-olah dia sedang memikirkan sesuatu. Sambil itu Iman mendengar perbualan pakcik dan makciknya mengenai perkembangan perniagaan Pak Su.

Kini perniagaan Pak Su bertambah maju dan berkembang. Ada pertambahan pekerja dan beberapa kenderaan untuk penghantaran. Setiap kali Pak Su dan Mak Su bercerita Iman mesti mendengar nama Mukhriz disebut. Tapi Iman tak ambil pusing sangat, dia pun tak tahu siapa Mukhriz. Dulu dia ada tanya Mak Su sekali tentang Mukhriz, Mak Su cuma bagitahu.. Mukhriz adalah pekerja Pak Su, itu sahaja.

Selepas makan Iman membantu Mak Su. Iman mengangkat pinggan-pinggan dan mengemas meja makan. Manakala Mak Su didapur pula menguruskan pinggan mangkuk yang lain didalam sinki. Pak Su duduk di ruang tamu menyambung tugasnya yang lain.

Iman meletakkan pinggan-pinggan kotor kedalam sinki. Kemudian dia mengambil pinggan yang telah dibasuh lalu mengelapnya satu persatu sebelum disusun kembali diraknya. Pinggan-pinggan itu kembali kerumahnya dalam keadaan kering dan bersih. Iman masih lagi mengelamun.

" Hai, masih terfikirkan si dia ke? " Mak Su bertanya dalam keadaan mengusik sambil menjeling Iman.

" Susah nak cakaplah Mak Su... " Iman menjawab sambil tangannya berjalan.

" Mak Su.. macamana kita nak tahu perempuan tu suka kat kita ke tak? " akhirnya Iman meluahkan perasaanya. Mak Su hanya tersenyum. Dia seperti dapat mengagak apa sebenarnya didalam hati Iman.

" Iman teka berapa harga untuk satu rahsia ni? "

" Ala.., Mak Su ni, Iman mana ada duit. "

" Eh, takkan tak ada cara lain? "

" O.klah... Apa sahaja, selain duit. " Iman cuba tawar-menawar. Sekali lagi Mak Su tersenyum dengan gelagat anak saudaranya itu.

" Iman, Iman... Perempuan ni ada macam-macam. Ada yang suka duit, ada yang suka lelaki kacak, ada yang suka hiburan. Ada juga yang suka cara lain. Mungkin dengan cara dia ambil berat tentang kita. Terlalu ambil berat. Dia nak kita ni berjaya. Biasanya orang yang macam ni, anak orang kaya. Dia tak kisah siapa pun kita ni, asalkan kita dapat buat dia gembira. Budaknya macamana.. "

" Cantik Mak Su. "

" Cantik je.., agama dia macamana? Kenapa pilih cantik, kenapa tak pilih agama dia. Macamana hubungan dia dengan Tuhan, apakah dia jenis orang yang suka melanggar perintah Tuhan. Atau dia orang yang liar, tak menjaga maruah. "

" Tapi dia pakai tudung Mak Su. "

" Iman, Iman. Tolong Mak Su masak air. "

" Baik Puan. " Iman memberi tabik hormat. Mak Su pun mencapai teko dan cawan-cawan. Kemudian diletakkan didalam sebuah dulang. Kopi dan gula dicampur sekali masuk kedalam teko. Kemudian dia pun duduk sambil menunggu air masak. Iman pun duduk sekali.

" Iman nak dengar tak kisah perempuan zaman dulu? "

" Eh, nak... "

" Ada satu kisah zaman dahulu di tanah arab, ada seorang pemuda.. dia ni jenis pemuda yang baiklah. Pada suatu hari dia berjalan di sebuah pasar, tiba disuatu gerai dia terpandang seorang perempuan. Walaupun perempuan itu memakai purdah, namun pemuda itu telah terpandang sepasang matanya yang sangat cantik. Lalu pemuda itupun telah jatuh hati...

Pemuda itu mengikut kemana sahaja perempuan itu pergi. Tapi perempuan itu tetap tidak melayani pemuda itu, dia bersama pembantunya hanya buat tak tahu sahaja dengan kehadiran pemuda tersebut. Tetapi pemuda itu tetap juga mengekori beliau. Perempuan tu masuk kedai, dia masuk kedai.., perempuan tu keluar kedai, dia pun keluar kedai juga. Perempuan tu diam je, dia sedikit pun tak marah. Hinggalah sampai satu masa, perempuan tu pun balik rumah... Lelaki tu pun ikut juga perempuan tu sampai ke rumah. Bila perempuan tu masuk rumah, lelaki tu pun tinggal kat luar. Oleh kerana terlalu sukakan perempuan tu, lelaki itupun mengetuk pintu rumahnya. Perempuan itupun bertanya dari balik pintu tanpa membukanya.

" Apa yang tuan mahu? "

" Saya ingin berkenalan dengan awak. "

" Tak boleh. "

" Kenapa pula tak boleh? "

" Kenapa pula tuan mahu berkenalan dengan saya? "

" Err.., kerana saya telah terjatuh hati dengan awak. Awak mempunyai sepasang mata yang sungguh cantik. Ianya bersinar seperti.. "

" Baiklah tunggu sekejap. "

Belum sempat lelaki tu habis cakap.. perempuan tu suruh dia tunggu sekejap. Baiklah awak tolong Mak Su ambil air panas tu dulu. "

Mak Su bercakap dengan Iman. Iman yang tengah khusyuk mendengar cerita Mak Su pun bangun dan mengambil air panas yang telah masak. Cerita pun tergantung. Iman seperti tak sabar untuk mendengar cerita yang selanjutnya. Apakah perempuan itu menerima lamaran lelaki itu. Kenapa dia suruh lelaki tu tunggu.

Iman kembali ke tempat duduknya dengan air panas yang baru dijerang. Dia menunggu makciknya menuangkan air panas kedalam teko dengan penuh kesabaran. Kemudian makciknya menggodak air yang telah dicampur dengan kopi dan gula itu perlahan-lahan.

" Kemudian Mak Su..? " Ternyata Iman tak boleh tahan.

" Oh... Lama juga pemuda itu menunggu. Kemudian pemuda itu pun tak boleh sabar kerana menunggu lama.., dia pun mengetuk pintu rumah itu kembali. Tok, tok, tok.., tok, tok, tok. Tapi tak ada orang jawab. Kemudian dia cuba lagi sekali, barulah pembantu perempuan itu keluar sambil memberikan pemuda itu satu piring yang bertutup dengan sehelai kain diatasnya. Didalamnya seperti ada sesuatu.

" Tuan saya menyuruh saya menyerahkan ini kepada encik.., katanya ini adalah barang yang encik mahukan. Dan setelah encik mendapat barang ini, dia minta encik jangan mengganggunya lagi. Kerana dia ingin memberikan tumpuannya untuk Tuhan. "

Pembantu perempuan itupun terus masuk kembali setelah menyerahkan bungkusan itu. Pemuda itu tercengang-cengang kerana dia tak berapa faham apa maksud sebenar bungkusan tersebut.., lalu dia pun membuka kain yang penutup itu. Rupanya ada sepasang mata yang masih segar. "

" Ha.., mata? Mata apa Mak Su? "

" Mata perempuan tadi tulah. "

" Hah! Mata perempuan tadi?! Macamana boleh jadi macam tu? " Iman semakin terkejut. Dia seolah-olah tak percaya dengan apa yang didengarnya.

" Perempuan tu korek mata dia sendiri, lepas tu dia bagi pada lelaki tu. "

" Kenapa boleh jadi macam tu? "

" Sebab itu yang lelaki tu nak. "

" Tapi.. " Mak Su tersenyum, dia lihat Iman panik.

" Sebabnya begini.., perempuan itu sebenarnya adalah seorang wali Allah. Wali ialah seorang yang sangat takut dan cinta dengan Tuhan. Seseorang yang telah dilamun cinta akan buat apa sahaja, akan korbankan segala-galanya demi untuk menjaga hubungan dengan kekasihnya. Betul tak? " Iman hanya mengangguk. " Jadi disini, perempuan itu sanggup mengorbankan sepasang matanya agar cintanya tak berubah kepada selain Tuhan. Faham tak? " Sekali lagi Iman mengangguk.

" Habis tu.. apa jadi pada perempuan tu Mak Su? "

" Selang tak berapa lama lepas tu, perempuan tu pun mati. "

" Hah! Mati?! " Sekali lagi Iman terkejut. Mak Su hanya mengangguk sambil menyusun biskut dari dalam tin ke atas pinggan. Air mata Iman bergenang kemudian mengalir perlahan ketika dia memejamkan matanya. Dia cukup menghayati cerita tersebut. Perasaannya telah tersentuh.

" Tapi Iman tahu tak apa jadi pada pemuda tu? "

" Apa jadi kat dia Mak Su? " Iman kembali segar untuk mengetahui cerita yang selanjutnya.

" Selepas kejadian tesebut, pemuda itu telah jadi seperti orang yang kehilangan arah. Dia seperti orang gila. Dia telah menangis dan benar-benar menyesal, lalu dia pun bertaubat... Akhirnya Allah telah mengangkat darjatnya hingga dia menjadi seorang ulama dan wali besar. "

" Iya Mak Su? Ya Allah, rupanya itu hikmah disebalik cerita tu... Pelik sungguh kerja Tuhan kan Mak Su? "

" Hmm.., tapi tu cerita masa zaman Tabiut Tabiin. "

" Tabiut Tabiin tu apa Mak Su? "

" Kalau orang yang dapat bertemu Rasulullah itu dipanggil Sahabat. Kalau orang yang tak dapat bertemu dengan Rasulullah.. sekalipun dia hidup sezaman dengan Rasulullah.., itu dipanggil Tabiin. Tapi orang yang hidup selepas zaman Tabiin.., itu dipanggil Tabiut Tabiin.. faham. "

" Oh.., baru saya faham. "

" Iman nak dengar tak pasal Rasulullah? "

" Eh, nak... " Iman mengesat air matanya.

" Jom kita tanya Pak Su kat depan. Ha, tolong bawa biskut ni sekali. "

" Baik Puan. " Iman bertindak mengikut arahan.


No comments:

Post a Comment