Monday, December 6, 2010

Pencari Cinta - 33

GLOBAL


Dalam perjalanan ke masjid Iman telah membuka perbincangan tentang tajuk petang tadi bersama Mak Su.

" Sebenarnya bunyinya macam ni Man, untuk mensyumulkan Islam secara intensif peringkat global dia ada empat peringkat. Yang pertama ia mesti bermula dengan diri, yang kedua keluarga, yang ketiga masyarakat, yang keempat barulah negara. "

" Kesyumulan tu apa Pak Su? "

" Syumul tu maknanya lengkap. "

" Jadi untuk melengkapkan Islam tu ada empat peringkat, begitu? "

" Hmm. "

" Kenapa mesti syumul? Kenapa tak yang macam Mak Su terangkan tadi? "

" Bila kita sebut syumul ni.., ia ibarat sebuah pakej. Dimana didalamnya terkandung sistem, kepimpinan, pendidikan, cara hidup, syariat, hukum-hakam, Akidah, keselamatan dan macam-macam lagi hinggalah akhirnya kepada taqwa. Semua perkara yang disebutkan tadi ibarat tajuk-tajuk kecil yang mana setiap tajuk-tajuk tersebut mempunyai pecahannya sendiri. Contoh sistem. Dalam sistem Islam yang syumul kita mesti kena ada sistem pendidikan cara Islam, kebudayaan, kewangan, politik dan banyak lagi. Setiap satu sistem yang disebutkan tadi juga mempunyai cara pelaksanaan yang berbeza tetapi tetap menepati asas syariat Tuhan. Itu baru satu bab kita perkatakan, belum bab-bab yang lain. Kesimpulannya, 'rangkuman' semua perkara yang telah disebutkan tadi secara ringkasnya disebut 'kesyumulan'. Jadi untuk masuk kedalam Islam.., kita mestilah masuk secara keseluruhan, kita tak boleh mencampur adukkan dengan selain Islam kerana Islam itu lengkap dan melengkapkan yang lain, selamat dan menyelamatkan yang lain, Islam bukanlah sebuah anak syarikat, tetapi Islam adalah sebuah syarikat yang menaungi syarikat-syarikat yang wujud. "

" Jadi apakah maksud sebenar 'kesyumulan Islam secara intensif peringkat global' tu Pak Su? "

" Baiklah disini kita cuba huraikan secara ringkas dua bab sahaja.., iaitu diri dan keluarga. Sebab bab yang lain itu agak kompleks dan mungkin awak belum bersedia menerimanya atau mungkin ia akan menjadi terlalu berat untuk awak buat masa sekarang. "

" O.k. "

" Baiklah untuk mensyumulkan Islam didalam diri itu sekurang-kurangnya kita mestilah lulus ilmu fardhu ain. Lulus disini bermaksud kita sekurang-kurangnya dah ada dan tahu ilmu tentang fardhu ain iaitu rukun iman, rukun Islam dan tasawuf. Baiklah ada berapa perkara terkandung dalam rukun Iman? "

" Err.., enam. "

" Sebutkan. "

" Yang pertama, percaya kepada Allah, yang kedua percaya kepada malaikat, err.., yang ketiga percaya kepada kitab, yang keempat percaya kepada Rasul, yang kelima percaya hari kiamat dan yang keenam percaya dengan qada' dan qadar. "

" Hmm.., bagus. Jadi apa yang dimaksudkan dengan percaya kepada Allah ialah.., kita kena tahu apakah sifat yang wajib bagiNya serta jumlahnya, yang mustahil dan yang harus. Malaikat pula.., ada berapa malaikat yang wajib kita ketahui serta peranan-peranannya, begitu juga dengan Rasul dan yang lain-lain. Itu semua Iman kena cari dan belajar, faham dan laksanakan, tapi itu baru satu tajuk, bagaimana pula dengan rukun Islam? Ada berapa rukun Islam? Apakah tuntutannya? Sudahkah dilaksanakan? Akhir sekali barulah tasawuf. Baiklah Man, apa itu tasawuf? "

" Tak tahu Pak Su. "

" Tasawuf itu ertinya akhlak. Ada dua asas yang terkandung dalam ilmu tasawuf, iaitu sifat mahmudah dan sifat mazmumah. "

" Sifat mahmudah dan sifat mazmumah tu apa Pak Su? "

" Sifat mahmudah ialah seluruh sifat-sifat atau akhlak-akhlak yang mulia contohnya seperti sabar, redho, tawakkal.. dan sekurang-kurangnya ada sepuluh sifat mahmudah yang wajib kita ketahui dalam ilmu tasawuf. Manakala sifat mazmumah pula ialah seluruh himpunan sifat-sifat yang keji, juga ada sepuluh sifat yang wajib kita ketahui dalam ilmu tasawuf seperti bakhil, tamak, pemarah, cinta dunia, ego dan lain-lain. "

" Wow... " Iman agak terkejut dan kagum dengan penerangan Pak Su.

" Saya tak pernah dengar ilmu macam ni sebelum ni. Itu baru satu bab.., bab kekeluargaan pula macamana? "

" Baiklah setelah ilmu-ilmu itu dihayati dan dilaksanakan dalam kehidupan sehingga ia berjalan sebagai cara hidup.., barulah ia dikatakan syumul pada peringkat individu atau diri seseorang. Itu baru peringkat pertama. Pada peringkat keluarga pula, seorang suami mesti tahu apakah peranan dia sebagai seorang suami, bagaimana cara memimpin serta mendidik isteri-isteri dan anak-anaknya, isteri pula kena tahu apakah peranan sebagai seorang isteri. Suami tak boleh jadi suami yang fasik, manakala isteri pula tidak boleh jadi seorang isteri yang nusyuz. Mereka kena tahu peranan masing-masing serta tahu cara mendidik anak mengikut cara Rasulullah, bukan cara mereka sendiri. Jika ini tidak dilakukan dengan betul.., mereka akan melahirkan generasi-generasi yang rosak. Jika generasi yang rosak ini dilantik menjadi pemimpin mereka akan merosakkan orang lain. Percaya atau tidak perkara ini sedang terjadi. "

" Taqwa tu apa Pak Su? "

" Himpunan sifat-sifat mahmudah. Iman kena tanamkan azam untuk menjadi orang bertaqwa. "

" Kenapa Pak Su? "

" Sebab hanya orang bertaqwa sahaja yang akan mendapat pembelaan dan jaminan Tuhan diakhirat.., dan hanya orang bertaqwa sahaja yang layak memimpin sebenarnya. "

" Apa jadi kalau orang yang bertaqwa memimpin kita? "

" Dia akan memimpin dengan adil. "

" Adil? Err.., apa makna adil Pak Su? "

" Cuba Iman teka. "

" Err... "

" O.k takpa, lepas sembahyang nanti kita sambung. Pak Su bagi Iman masa untuk berfikir. " Kereta pun membelok perlahan masuk ke perkarangan masjid.



No comments:

Post a Comment