Sunday, December 5, 2010

Pencari Cinta - 32

KENAPA

Petang itu Iman kembali lebih awal. Lepas sembahyang Asar dia duduk minum petang dengan makciknya. Iman tak banyak bercakap. Gelagatnya menjadi persoalan.

" Kenapa ni Man..? Macam tak lulus periksa je... "

" Eh, macamanana Mak Su boleh tahu? "

" Apa nak heran.., kalau awak semua orang boleh agak... Tapi.., Mak Su rasa.. bukan sebab keputusan periksa yang membuatkan awak jadi macam ni, ni ada sebab lain ni. "

" Aik? Macamana Mak Su boleh tahu? " Iman bertambah hairan.

" Hmm.., o.klah Man, Mak Su nak tanya awak, awak ada masaalah dengan perempuan ke? Iman terdiam.

" Tak ada. " Iman cuba menafikan.

" Awak ada suka perempuan? "

" Eh, mana ada. " Mak Su tersenyum.

" O.k, kalau tak ada takpa, tapi kalau ada elok jangan bagitahu sesiapa. "

" Eh, kenapa Mak Su? " Iman terus bangun dari sandarnya. Dia tertarik.

" Sebab.., nanti awak boleh dapat pahala 100 orang mati syahid. " Terbeliak mata Iman.

" Betul ke ni Mak Su? "

" Betullah, kenapa awak taknak ke? "

" Eh, mestilah nak. Nasib baik saya tak bagitahu siapa-siapa lagi. Fuh, selamat. "

" Jadi betullah awak ni ada masaalah dengan perempuan. " Iman terdiam, dia seperti tersedar sesuatu.

" Aduh.., salah cakap lagi aku ni... " Mak Su tersenyum.

" Mak Su.., apa yang Mak Su tahu tentang perempuan? "

" Lelaki adalah pemimpin kepada perempuan. " Iman terdiam sambil berfikir. Sementara itu Mak Su pula menghirup air kopi panas. Sambil memegang piringnya sekali.

" Cuba Mak Su terangkan lagi. "

" Cuba Iman bayangkan kalau Iman ada seorang perempuan yang Iman suka, kemudian Iman kahwin dengan dia, apa yang akan Iman buat? "

" Iman akan.., he.., Iman akan carikan dia rumah, belikan dia kereta, baju.. "

" Lagi? "

" Kemudian kami akan ada anak, "

" Anak Iman pula macamana? "

" Iman akan didik dia, hantar dia ke sekolah dan Iman akan buat yang terbaik untuk mereka semua. " Mak Su mendengar tenang.

" Itu je.., agak-agak mereka bahagia ke dengan apa yang Iman buat? "

" Kalau mereka inginkan kebahagiaan Iman akan carikan mereka harta. "

" Sebab apa? "

" Sebab kalau Iman dah mati nanti mereka boleh lagi hidup tanpa Iman. "

" Iman, Iman. Itu cara akal berfikir. Nak cari makan, cari tempat perlindungan kemudian ada anak, kemudian besarkan anak, bagi anak makan.., itu haiwan pun buat, apa beza Iman dengan haiwan kalau macam tu? Kalau Iman fikir harta boleh membuat orang bahagia.., macamana pula dengan orang miskin? Oh, selama ni orang miskin tak bahagialah ya. Orang miskin lagi untung. Tak payah nak fikir nak bayar cukai banyak, kalau dia tak ada kereta tak perlu nak fikir bayar bulanan kereta, tak payah nak pening kepala nak isi minyak, lagi banyak harta, lagi banyak nak fikir.., nak fikir macamana nak jaga harta. Lagipun kalau ada penyakit.. duit banyak pun tak guna, apa pun tak boleh nak makan, yang dia cuma boleh makan hanya ubat sahaja. Kesiankan? Sebenarnya yang merasa bahagia tu siapa? " Mak Su meninggalkan soalan untuk Iman sementara dia menjamah air kopi. Kemudian Iman teringat kembali semua pelajaran yang pernah Pak Su dan Mak Su ajar kepadanya.

" Sebenarnya yang merasa bahagia itu hati. "

" O.k.., sambung lagi. "

" Jadi Iman kena bawa keluarga Iman semua kepada Tuhan, kenalkan mereka kepadaNya, hingga mereka takut dan cinta kepadaNya. "

" Sebab apa? "

" Sebab haiwan tak buat macam tu, manusia sahaja yang buat macam tu. "

" Jadi... "

" Nak memimpin keluarga mesti dengan hati. "

" Sebab apa? "

" Sebab hati sahaja yang kenal Tuhan. "

" Habis tu akal tak kenal Tuhan? "

" Akal hanya tahu Tuhan, kenal dengan tahu itu berbeza. "

" O.k sambung lagi... "

" Diri ini ibarat sebuah kerajaan, hati sebagai raja, akal sebagai penasihat dan nafsu sebagai musuh atau orang tawanan.., manakala yang lain bertindak sebagai rakyat jelata. Negara akan lemah jika rajanya lemah, raja akan kuat jika dia kenal Tuhan. "

" Ha.., pandai pun. Baiklah Mak Su tambah sedikit secara yang lebih luas, untuk memimpin.., kita mesti mulakan dengan diri. Kita mesti pimpin diri kita sendiri untuk kenal Tuhan, hingga datang rasa cinta dan takut kepadaNya, kemudian baru layak pimpin keluarga, kemudian masyarakat, akhir sekali barulah kita layak memimin negara. Tapi sebelum memimpin kita kena ada apa dulu Man? "

" Ilmu. "

" Ha.., tahu pun. Mana awak belajar? "

" Pak Su pernah cakap.., sebelum kita nak buat sesuatu kita mesti kena ada ilmu dahulu, nak sembahyang kena ada ilmu, nak masuk syurga pun kena ada ilmu. "

" Jadi untuk memimpin kita kena ada ilmu yang macamana Man? "

" Hmm.., kita kena lulus ilmu fardhu ain. "

" Kenapa tak ilmu matematik? "

" Sebab ilmu matematik tu cuma ilmu sampingan, tapi ilmu fardhu ain adalah ilmu asas mengenal Tuhan. Err.., jadi.. disini ilmu fardhu ain ni pun saya kena bermula dari diri saya dululah kan? Kemudian saya kena didik keluarga, kemudian masyarakat, kemudian barulah negara, macam tu ke Mak Su? "

" Rasulullah diutus Tuhan kepada kita dengan dua tugas, iaitu mendidik dan memimpin. Jadi dua tugas ini merupakan satu pakej yang tak boleh dipisahkan. Sebab itulah Rasulullah pernah berpesan, manusia akan rosak jika dua golongan ini rosak. "

" Apa dua golongan tu Mak Su? "

" Pemimpin dan ulama. "

" Jadi kesimpulannya disini.., kalau saya nak jadi pemimpin yang baik saya mesti kena ada ilmu, dengan ilmu itu saya kena didik keluarga saya, kemudian masyarakat lepas tu baru negara, betul ke Mak Su? "

" Tapi itu masih dalam konteks pendidikan, tapi kepimpinan ada lain sedikit. "

" Apa dia Mak Su? "

" Seorang pemimpin kenalah berlaku adil. "

" Adil tu macamana pula Mak Su? "

" Itu awak kena tanya Pak Su. "

" Hmm.., o.k. "

" Ha.., macam ni baru lulus. "




No comments:

Post a Comment