Tuesday, December 14, 2010

Bintang Hati - 9

Benjamin Alif mundar mandir di lobby hotel. Dirinya kelihatan tidak terurus. Janggut dan misainya sudah beberapa hari tidak bercukur. Tali leher yang mencengkam tengkuknya, dilonggarkan dengan keras. Sesekali dia mendengus menghilang resah yang asyik bertandang. Sejak berpisah dengan Nadia, barulah dia sedar, hanya cinta Maisarah yang benar-benar bererti buatnya.


Benjamin Alif mengukir senyuman. Kelibat Maisarah yang kelihatan di perkarangan hotel benar-benar menggembirakan hatinya. Gadis ayu bertudung labuh itu di nantinya dengan perasaan tidak sabar.


"Mai...." Hanya itu yang terkeluar di bibirnya tatkala Maisarah berdiri di hadapannya. Wajah ayu bujur sirih itu ditatapnya puas-puas. Rindu! "Mai tak mahu lama-lama kat sini. Bimbang kalau-kalau tunang Mai tahu. Ben nak apa?" Maisarah memulakan bicara. Dia tidak mahu berada lama-lama di sisi Benjamin Alif. Takut kalau sayangnya yang telah dibuang jauh-jauh datang kembali.


"Kalau ye pun, duduklah dulu." Ujar Benjamin Alf. Tidak selesa rasanya berbicara dalam keadaan begini. Maisarah mengeleng-ngelengkan kepalanya. Dia tidak mahu duduk! Dia tidak mahu lama di sini! Benjamin Ali mendenguskan nafasnya. Sedikit geram dengan kedegilan Maisarah.


"Mai...Kita kahwin!" Hampir terbeliak matanya mendengar bicara Benjamin Alif. Kata-kata yang memang tidak dijangka olehnya. "Gila ke? Mai kan tunang orang!" Bentak Maisarah keras. "Kenapa? Tak boleh ke? Dia cuma tunang Mai, bukannya suami!" Nafas Benjamin Alif mula turun naik. Sakit hati!


"I don't care anymore! Mai mesti kahwin dengan Ben!" Keras suara Benjamin Alif seakan mengugut. Maisarah mengurut dadanya beberapa kali. Terkejut melihat perlakuan Benjamin Alif yang agak berlainan.


"Ben ni dah gila agaknya!" Keras Maisarah bersuara. Dia melangkah ingin berlalu pergi. Perangai Benjamin Alif benar-benar sudah berubah. Takut dia dibuatnya.


Belum pun sempat dia berlalu, tangannya sudah dicengkam kuat. Maisarah terkejut. Benar-benar terkejut bila Benjamin Alif sudah mengheretnya memasuki lif menuju ke tingkat atas hotel. "Ya Allah! Ben kenapa ni? Jangan buat Mai macam ni!" Maisarah merayu dalam tangisnya yang mula pecah.


Benjamin Alif seolah-olah sudah hilang akal. Entah apa yang merasuknya. Tubuh Maisarah ditolak kasar ke katil. Suara tangisan Maisarah yang merayu-rayu itu bagaikan menaik rasa ghairah di hatinya. "Kalau aku tak dapat! Orang lain pun jangan mimpi nak dapat" Jerit Benjamin Alif bagaikan orang yang dirasuk syaitan.


Tudung labuh milik Maisarah direntap kasar. Rambut Maisarah yang terurai tatkala tudungnya direntap, menambahkan lagi rasa berahi di hatinya. "Ben bawa mengucap! Jangan buat Mai macam ni!" Maisarah merayu lagi. Berpuluh kali! Namun hati Benjamin Alif yang sudah dikuasai nafsunya sudah tidak mampu lagi untuk lembut. Keinginannya hanya satu! Ingin memiliki tubuh Maisarah!


Namun belum pun sempat bibir merah milik Maisarah itu dijamahnya, tendangan kuat di pintu bilik mematikan tingkahnya. Dia tergamam bila melihat susuk tubuh Hakim yang sudah berdiri di hadapannya.


Hakim menoleh memandang Maisarah yang menutup mukanya sambil tersedu-sedu menangis. Hatinya dirundun pilu. Tanpa salam tanpa bicara sebuah tumbukkan hinggap di pipi kiri Benjamin Alif. "Berani kau tumbuk aku!" Bentak Benjamin Alif. Dia cuba bangun untuk melawan. Tetapi tumbukkan kedua pula singgah di pipinya. Darah pekat yang mengalir di bibirnya dikesat dengan kasar.


Benjamin Alif mengetap bibirnya menahan marah. Dia bangun meluru ke arah Hakim, namun ternyata kekuatannya tak mungkin mampu menandingi kegagahan Hakim. "Kau ni kenapa Benjamin? Dah gila ke? Macam ni ke rasa cinta yang kau nak buktikan pada orang yang kau sayang!" Jerkah Hakim kuat. Matanya bulat bersinar-sinar memandang Benjami Alif yang terketar-ketar untuk bangun.


"Kau tu yang buat aku gila Hakim! Aku anggap kau kawan aku, tapi kau tikam aku dari belakang! Kau rampas hak aku!" Balas Benjamin Alif keras. Hakim menarik nafasnya dalam-dalam.


"Semua tu salah kau sendiri Benjamin! Tak tahu nak menilai yang mana kaca yang mana permata! Kau sendiri yang tak tahu nak menghargainya!" Bentak Hakim geram. Benjamin Alif terdiam mendengar kata-kata Hakim. Bagaikan menusuk ke tangkai hatinya. "Now, get out!!!!" Jerkah Hakim masih berang.


Benjamin Alif bangkit perlahan-lahan dengan wajah yang berkeriut-riut menahan sakit. Baju kemejanya yang dibuka tadi, disarung semula ke badan. Langkahnya terhenti tatkala melintasi Maisarah. "Maafkan Ben........" Dia bersuara perlahan. Sesal!

1 comment: