Friday, December 10, 2010

Bintang Hati - 5

Sudah hampir dua minggu dia di sini. Keramahan guru-guru di sini begitu memikat hatinya. Sedikit sebanyak dapat mengubat rindunya di kampung. Dan juga rasa kecewanya. Namun ada sesuatu yang mengusik hatinya. Sejak hari pertama dia di sini, sentiasa ada bintang-bintang kertas di atas mejanya. Setiap hari tiga biji bintang-bintang kertas akan kelihatan di mejanya. Dan setiap hari dengan warna-warna yang berbeza.


Pertama kali menerimanya, dicampakkan sahaja ke dalam tong sampah. Hari kedua, ketiga dan seterusnya, perasaannya mula berbelah bahagi. Bintang-bintang kertas itu di bawa balik dan di simpan rapi di dalam botol kaca. Hatinya sentiasa tertanya-tanya. Tunangnya kah? Atau Benjamin Alif? Mungkin juga gurauan pelajar-pelajar di sini? Tetapi bila difikirkan semula semua itu bagaikan tidak masuk dek akal.


Tunangnya? Terasa terlalu misteri lelaki itu. Puas sudah dirisik-risik, puas sudah ditanya-tanya, namun jawapanya masih hampa. Kekadang dia terasa agak lucu. Tertanya-tanya sendirian, benarkah dia sudah bertunang? Tunang yang tidak pernah dikenalinya, yang tidak pernah mendengar suaranya. Malah nama sebenarnya juga dia tidak tahu. "Siapa nama tunang Sarah umi?" Maisarah teringat kembali soalan yang di tanya kepada umi nya. "Umi pun tak tahu Sarah. Tapi mereka cuma suruh Sarah panggil dia dengan nama Im sahaja"


Maisarah kian buntu. "Im ? Im apa? Imran ke? Imtihan ke?" Desisnya perlahan. Dia tersenyum sendirian. Entah mengapa lucu pula yang dia rasa


"Hai ustazah, senyum sorang-sorang pulak" Hakim yang entah dari mana muncul tiba-tiba bersuara. Maisarah tersenyum simpul. "Bila masa pulaklah dia ni datang" Gerutunya perlahan. "Ustazah tak balik lagi ke? Dah pukul 2 petang ni. Ada kelas tambahan ke?" Soal Hakim sedikit mengah. Dia baru selesai dengan latihan bola keranjang. Dua bulan lagi ada perlawanan peringkat sekolah-sekolah di sekitar Kuala Lumpur. Dia selaku jurulatih pasukan terpaksa memberi sepenuh tumpuan.


"Errr...Tak ada kelas tambahan petang ni. Saya cuma habiskan kerja saya. Sekejap lagi saya baliklah" Bicara Maisarah perlahan. Wajahnya ditunduk merenung buku-buku latihan yang melambak di depannya. Sengaja dia menundukkan wajahnya. Segan pula nak memandang Hakim yang cuma bersinglet, menampak sebahagian tubuhnya yang agak sasa.


"Ustazah dah makan?" Soal Hakim lembut. Maisarah sekadar mengeleng-ngelengkan kepalanya. "Jom makan dengan saya." Ajakkan Hakim benar-benar mengejutkan Maisarah. Dia terdiam tanpa kata. "Kenapalah aku tak cakap dah makan je tadi" Gerutunya di dalam hati. Maisarah serba salah bila melihat Hakim sudah berdiri di depannya.


"Errr...Saya on diet hari ni" Ujar Maisarah sambil ketawa. Ketawa yang sengaja dibuat-buat. Walhal di dalam hatinya berdegup kencang. "On diet ke atau tak sudi nak makan dengan saya" Bicara Hakim sedikit kecewa. "Eh bukan macam tu cikgu! Bukan saya tak sudi, tapi memang saya tak rasa nak makan tengah hari ni" Pintas Maisarah cepat-cepat. Bimbang maksudnya di salah erti. Bukan dia tak sudi cuma dia rasa tidak betah untuk duduk semeja dengan Hakim.


Hakim ketawa kecil mendengar jawapan Maisarah. Dia perasaan Maisarah agak serba salah untuk menerima pelawaannya. "Tak mengapalah ustazah. Saya balik dulu. Tapi bakal pengantin tak sesuai kalau terlalu kurus. Nanti tak berseri!" Ujar Hakim sambil berlalu pergi. Maisarah sedikit tersentak. "Bakal pengantin? Mana dia tahu aku dah bertunang ?" Maisarah tertanya-tanya sendirian

No comments:

Post a Comment