Saturday, December 18, 2010

Bintang Hati - 13

Wajah Benjamin Alif tersembul di muka pintu tatkala dia melangkah keluar. Wajah itu di pandangnya dengan mata yang berkaca-kaca. Tanpa berkata barang sepatah kata, Maisarah berlalu meninggalkan Benjamin Alif yang masih memerhati tingkahnya.


Dia melabuhkan punggung di atas kerusi yang terletak di luar hospital. Kesejukkan angin malam langsung tidak dihiraukannya. Maisarah mendongak memandang dada langit di celah kepekatan malam. Peliknya! Malam itu tiada bintang!


"Ya Allah! Janganlah Kau biarkan dia pergi.......Sekurang-kurangnya, biarlah dia tahu yang aku juga menyintainya..." Maisarah merintih sayu. Lirih! Hiba! Dia menangis lagi. Matanya sudah merah. Bengkak! Tak lagi berdaya menampung saratnya air mata yang bergenang.


Maisarah kembali mendongak ke langit. Tercari-cari, ke mana menghilangnya bintang malam ini. Hatinya kian hampa. Perasaan pilu kian menghimpit hatinya.


"Mai...." Suara Benjamin Alif kedengaran di cuping telinganya. Dia sekadar mendiamkan dirinya. Merenung ke bawah. Memerhati rumput-rumput hijau yang lembap dibasahi dek embun. "Mai buat apa kat sini? Kat luar ni sejuk. Nanti Mai jatuh sakit kalau lama-lama dekat sini" Benjamin Alif bersuara lembut. Cuba menenangkan kekalutan yang bersarang di hati Maisarah.


Maisarah masih begitu. Kaku membisu. Wajahnya masih tunduk merenung ke bawah. Benjamin Alif melapaskan nafasnya perlahan-lahan. Sesak tatkala melihat keadaan Maisarah, sesak, memikirkan tentang Hakim.


Jaket yang dipakainya ditanggalkan, perlahan-lahan diletakkan menutupi tubuh Maisarah. Namun Maisarah masih tetap sama. Kaku membisu. Tidak bergerak! Tidak berganjak. Dia seolah-olah hilang dalam kelam. Hilang dalam diri sendiri!


Bintang-bintang berkerdipan
Hanya satu mengusik pandang
Hanya satu antara seribu
Pilihanku


Berkerdipan menghiasi
Hanya satu bintang di hati
Hanya dikau dalam seribu yang telah
Menawanku


Datanglah ke dalam hidupku
Bawakanlah cahaya cintamu
Datanglah ke dalam hidupku
Kini dirimu aku rindu


Di mataku kau berbeza
Kilauanmu menyentuh rasa
Kaulah bintang bersama cahaya
Tersembunyi


Bintang hati kau penyeri
Ku dambakan kasih sayangmu
Geloraku Setiap waktu berlalu
Kau ku tunggu


Bintang-bintang berkerdipan
Yang datang mengusik pandang
Kau satukan antara seribu pilihanku
Hanya kau ku rindu

No comments:

Post a Comment