Wednesday, December 15, 2010

Bintang Hati - 10

Maisarah masih terduduk di penjuru bilik. Sendunya masih kedengaran. Hakim memandang dengan perasaan sebak di dada. "Sayang abang..." Desisnya perlahan. Tudung Maisarah yang terjelepok di lantai dikutipnya dengan hati yang berkecamuk. "Jangan menangis lagi......Everything it's okay right now" Hakim bersuara lembut. Air mata yang mengalir di pipi Maisarah dikesatnya perlahan-lahan. Dengan berhati-hati tudung milik Maisarah disarungkan di kepalanya.


"Cikgu...." Kata-kata Maisarah bagaikan tersangkut di kerongkong. "Shhhh....Saya hantar ustazah balik dulu. Perkara ni tak perlulah kita bincangkan lagi" Ujar Hakim lembut. Kalau lah boleh ingin sahaja dirapatkan tubuh Maisarah ke dadanya. Memeluk lembut penuh kasih sayang. Kalaulah boleh ingin sahaja diusap lembut rambut Maisarah agar hilang rasa sedih dijiwanya. Tapi mana mungkin! Maisarah bukan miliknya !


Tingkap kaca biliknya dibuka perlahan-lahan. Maisarah menumpang dagu, mendongak memandang ke langit. Biarpun langit hitam dan pekat namun bintang-bintang yang berteraburan tetap kelihatan dan berkelip-kelip.


Perasaannya dihimpit kecewa. Dan perasaan kecewanya makin bertambah-tambah tatkala teringatkan Benjamin Alif. Maisarah menarik nafasnya dalam-dalam. Cuba dihilangkan rasa sesak yang dirasainya. Tapi rasa sesak itu kian menjadi-jadi pula.


Dia teringatkan Hakim. Sukar nak digambarkan perasaannya namun tidak memandang wajahnya, rasa rindu pula datang bertandang. Bagaimana pula dengan Abang Im? Tunangnya yang penuh misteri. Jika dia sengaja membaja perasaan rindunya terhadap Hakim, dia akan rasa bersalah pula terhadap tunangnya.


Maisarah kembali memandang bintang-bintang yang berteraburan di dada langit. Biarpun sudah 2 hari peristiwa hitam itu berlalu, tapi baginya bagaikan baru tadi ia berlaku. "Macam mana cikgu tahu saya ada dekat sini?" Maisarah teringat kembali soalan yang diajukan terhadap Hakim tempoh hari. Hairan juga dia bila Hakim tiba-tiba muncul menyelamatkannya.


"Kebetulan saya ada temu janji dengan kawan kat sini. Tiba-tiba saya ternampak lelaki tu tergesa-gesa menarik ustazah. So saya rasa mesti ada sesuatu yang tak baik akan berlaku." Maisarah mengerutkan keningnya mendengar jawapan Hakim.


"Cikgu kenal dengan Benjamin? Cara cikgu bercakap dengan dia macam dah kenal lama" Soal nya lagi. Hairan betul dia, bagaimana Hakim boleh tahu nama Benjamin Alif. Puas juga dia menuggu jawapan Hakim



"Dia tu kan peguam. Dia yang uruskan pembahagian harta pusaka arwah ayah saya. Sebab tu saya boleh kenal dia" Maisarah terdiam. Boleh masuk akal juga jawapannya!


Dia yang begitu asyik mengalamun tiba-tiba tersentak. Vibrate telefon yang kedengaran itu mematikan lamunannya. "Sarah dah tidur?" Sms yang diterimanya itu dibiarkan sahaja tanpa menjawab. "Terlalu berahsia sangat! Malas aku nak layan!" Gerutunya geram.


"Sarah marahkan abang?" Sms kedua yang diterimanya sekadar dipandang sepi. "Patutlah bintang kat langit malam ni muram saja. Ada orang tengah hot!" Maisarah mengigit bibirnya tatkala membaca sms ketiga yang diterimanya. Cepat-cepat telefon bimbitnya dimatikan. Makin Sakit hati pula bila membacanya!

No comments:

Post a Comment