Friday, November 26, 2010

Pencari Cinta - 31

GANGSTAR


" Daerah ni besar Man. Semua ada 10 buah sekolah. Satu sekolah Cina, dua buah lagi jenis kemahiran.., yang semua lebih kepada akedemik. " Salim sedang menerangkan sesuatu kepada Iman. " Jadi di setiap sebuah sekolah mestilah ada budak yang baik dan budak yang jahat. Betul tak? "

" Hmm.., betul. "

" Jadi disetiap buah sekolah akan wujud kumpulan-kumpulan yang mana mereka ini sifatnya ingin berkuasa dan pasti akan wujud seorang ketua yang paling berkuasa mengetuai kumpulan tersebut, betul tak? "

" Betul. "

" Kemudian mereka juga akan cuba mencabar ketua-ketua disetiap sekolah untuk mengetahui siapakah yang paling hebat diantara mereka, o.k. "

" Er.., o.k. "

" Oleh sebab itu, peristiwa yang baru terjadi dan juga yang baru kau saksikan tadi merupakan satu fenomena yang bukan baru. Ia sebenarnya dah lama, malah telah pun menjadi tradisi, ia ibarat larian 'batton', hari ni kita tengok dia pegang, besok mungkin orang lain pula.., siapa kuat dia akan menang. "

" Jadi sebenarnya siapa yang paling kuat dalam sekolah ni? "

" Secara umumnya.., Dino lah yang menguasai.., tapi sebenarnya ada yang lebih hebat dari dia, cuma kita tak tahu. "

" Contohnya? "

" Abang dia. "

" Hmm.., ya tak ya juga. O.k yang paling kuat diantara semua sekolah? "

" Dino juga. "

" Aik? Kenapa pula kau cakap macam tu? "

" Kau tak kenal Dino ni siapa. Pada aku dia ni bukan sahaja jahat, malah pandai. Sebab tu musuh-musuh semua tunduk dengan dia. Dia mempunyai strategi, juga dia mempunyai kekuatan. "

" Tak pernah pun aku tengok dia pukul orang. Selalu yang pukul semua budak-budak dia je. "

" Itulah sebabnya aku cakap dia tu pandai. Kau tengok budak-budak dia dahsyat tak? "

" Dahsyatlah, ganas, zalim. "

" Takkan orang tak boleh agak ketua dia macamana. Betul? "

" Hmm.., lojik juga ya. "

" Aku biasa tengok kalau dia pukul orang, dia mesti pastikan satu pukulan sahaja orang itu tumbang. "

" Kau pernah tengok dia pukul orang? "

" Sepuluh orang dua belas saat. "

" Fuyoo.., lajunya. "

" Kaki macam tak jejak bumi. "

" Oh, jadi Dino lah budak yang paling berkuasa diantara semua sekolah sekarang ni. "

" Betul. "

" Yang paling pandai pula budak sekolah mana? "

" Sini juga. "

" Eh, periksa penggal kedua tinggal lagi seminggu kan? "

" Eh, apasal pula.. tiba-tiba je kau ni kelam kabut? "

" Aku nak belajar rajin-rajin. "

" Ha, eloklah tu. Tapi tak perlulah kelam kabut. "

" Sebab aku nak jadi budak paling pandai. " Serius sungguh Iman menjawab. Salim ketawa berdekah-dekah.

" Ha, eloklah tu. Kau ni kelakarlah Man. Kalau kau nak jadi pandai cepat, kena makan tebu banyak-banyak. "

" Eh, betul ke? " Semakin kuat Salim ketawa.

" Aduh, kau ni betul-betul kelakarlah Man.., kalau kau nak pandai.., kenalah kuat belajar, bukannya kuat berangan.., dahlah jom kita duduk kat sana, kejap lagi diorang sampai. Aduh, lawak, lawak. " Mereka berdua pun bangun berjalan menuju ke bangku. Sebentar lagi 'study group' akan bermula.



PERIKSA


Kini tibalah hari peperiksaan, semua kelas tingkatan empat digabungkan kedalam satu dewan. Malangnya pada kertas pertama lagi Iman dah tertidur. Dia hanya sempat menjawab sebahagian daripada soalan yang diberi, kerana dia telah diulit oleh mimpi yang indah.

Kertas yang pertama telah mematahkan semangat Iman untuk menjawab kertas-kertas yang selanjutnya. Oleh itu Iman hanya jawab acuh tak acuh sahaja. Adakalanya soalan mudah pun sengaja dijawab salah, dengan alasan ini hanyalah periksa penggal dan ianya tidak berapa penting. Begitulah seterusnya hinggalah sampai ke akhir peperiksaan.., Iman tetap juga tidak dapat melupakan Latifah.

"Engkau betul ke nak cakap dengan dia Latifah?" Latifah hanya terdiam tidak berkata apa-apa.

"Kalau kau nak jumpa dia kami boleh panggilkan."

" Dia ada tu.. kat kantin dengan Salim dan Razif. " Kawannya lagi seorang pula mencelah. Pagi itu hanya mereka bertiga sahaja, yang lain belum lagi muncul.

" Ifa nak jumpa dia seorang sahaja, yang lain Ifa tak nak jumpa. " Latifah membuat keputusan. Mereka pun segera pergi ke kantin untuk memanggil Iman.

" Eh, kau orang berdua ni datang nak apa? " Salim bertanya kepada dua orang budak perempuan yang datang. Sementara itu Razif dan Iman terus berbual.

" Kami nak jumpa Iman lah... " Iman tersentak.

" Fuyoo.., apasal pula kau dua orang nak jumpa Iman? Ni mesti ada apa-apa ni... Eh, panggillah kami sekali. "

" Sibuklah kau ni.., Latifah lah yang nak jumpa dia, kami cuma tolong panggil je. " Semua orang tercengang termasuklah Iman. Dia seolah tak percaya dengan apa yang baru didengarnya.

Tanpa banyak soal Iman pun mengikut budak perempuan itu pergi. Mereka telah membawa Iman ke taman dimana Latifah sedang menunggunya. Iman lihat Latifah sedang duduk menunggu di bangku taman. Dia hanya seorang diri. Iman mula menggelabah bercampur suka yang teramat sangat. Iman mula menyusun ayat didalam hatinya supaya tidak keruannya terkawal. Iman pun mengawal wibawanya.

Iman menghampiri Latifah tetapi Latifah tidak sedar akan kehadirannya. Iman lihat Latifah sedang menghayati langit yang terbentang luas bersama udara pagi yang aman, nyaman dan segar. Tanpa duduk Iman terus membuka bicara..,

" Bila manusia memandang ke bulan mereka terus berkata.., " Alangkah cantiknya bulan itu. " Tetapi selepas angkasawan naik keatasnya lalu memandang ke bumi.., dia pun berkata.., " Alangkah cantiknya bumi berbanding dengan bulan. " Iman harap kata-katanya tadi akan berhasil mencipta suasana. Tetapi bila dia memandang wajah Latifah, Latifah sedang memandanganya dengan wajah yang sangat serius.

" Awak ada nampak bulan ke kat awan tu? " Iman hanya menggeleng. " Jadi awak tengok apa yang awak dah buat. " Latifah pun meletakkan kertas soalan Iman dihadapannya. Sementara itu dua orang kawan Latifah sedang menunggu dan hanya menyaksikan dari jauh.

" Kau rasa apa jadi? "

" Mana aku tahu, tapi nampak gaya Latifah macam marah betul kat dia.., habislah Iman. Bukan apa, dia tak sedar yang Latifah tu sangat berusaha agar dia berjaya, tapi dia macam tak serius. "

" Aku pun nampak juga, tapi Latifah aku tengok tak pernah begitu serius, kenapa dengan Iman ni dia lain macam pula. "

" Apa maksud kau? "

" Kau tengok tu.., kertas-kertas soalan Iman semuanya disimpan, malah dia tolong semakkan kau tahu tak? Mana pernah dia buat kat orang lain selama ni. "

" Mungkin dia mula belajar nak lebih bertanggungjawab agaknya.., maklumlah Iman tu kan kumpulan dia, jadi dia pun taknaklah malu.., betul tak? "

" Eleh, kumpulan dia kumpulan kau juga... Hmm.., boleh jadi juga dia macam tu. Atau.., dia ada maksud lain? " Budak itu mencuit lengan baju kawannya sambil tersengih-sengih. Mereka berdua saling pandang berpandangan.

" Aku tak cakap apa-apa.., engkau yang cakap. "

" Eh.., mana aku ada cakap apa-apa.. " Mereka pun sama-sama ketawa.

Iman masih lagi duduk dibangku setelah Latifah pergi. Kemudian dia pun beredar balik ke kantin sekolah. Wajahnya tak seceria tadi. Ada sesuatu yang dirahsiakannya. Razif dan Salim pun tidak berapa dilayan. Loceng sekolah pun berbunyi.

Iman melangkah longlai masuk ke dalam kelas. Suasana bising dalam kelas juga tidak dihiraukan. Dia masih lagi terbayang wajah Latifah yang telah membebel kepadanya sebentar tadi. Semuanya gara-gara dia tidak menjawab soalan dengan betul. Kini dia berasa sedih, sedih kerana telah membuat Latifah kecewa. " Saya kecewa dengan sikap awak! " Itulah antara kata-kata Latifah kepadanya.

Tiba-tiba suasana bising bertukar senyap, itu pun tidak mengherankan Iman. Rupanya guru kelasnya masuk. Selepas memberikan ucap selamat, guru terus mengedarkan kertas keputusan. Iman melihat dia mengedarkan sendiri kertas tersebut kepada tuan punya nama hinggalah sampai ke tempatnya.

" Tahniah Iman, kerana awak telah berjaya menjawab penuh kertas soalan ini. " Iman tersenyum menerima ucap hormat dari gurunya. Gembira sungguh dia kerana terasa dihargai. Tapi tiba-tiba wajahnya berubah bila melihat keputusannya dikertas jawapan. Hanya lima sahaja yang betul, yang lain semuanya salah. Baru dia sedar kenapa cikgunya mengucapkan tahniah kepadanya.

" Yelah cikgu.., lebih baik ada daripada tak ada kan... " Iman menjawab lemah didalam hatinya.

Pagi itu Iman mendapat semua keputusan periksanya. Semua guru menggelengkan kepala bila memberikan kertas kepadanya. Waktu rehat Iman tidak turun ke kantin. Dia rehat di perpustakaan.

" Saya memang geram dengan dia tadi... Awak tahu tak apa dia cakap... "

" Dia cakap apa Ifa? " Semua kawan-kawan Latifah memasang telinga ingin mendengar cerita Iman. Mereka semua sedang berkumpul ditaman. Hari ini mereka juga tidak pergi ke kantin.

" Dia kata.., " Bila manusia memandang ke bulan mereka terus berkata.., " Alangkah cantiknya bulan itu. " Tetapi selepas angkasawan naik keatasnya lalu memandang ke bumi.., dia pun berkata.., " Alangkah cantiknya bumi ini. " Mereka semua ketawa.

" Iman ni kelakarlah budaknya kan? "

" Dia tak tahu ke yang awak sebenarnya marah dengan dia? "

" Lepas tu awak buat apa Ifa kat dia? "

" Marahlah.., dia tu tak pernah serius. Semuanya nak main, masa belajar main, dalam kelas pun tidur.., habis bila nak serius, kalau macam ni macamana nak berjaya. Saya tak nak dia gagal. "

" Habis tu awak tak suka dia ke Ifa? "

" Saya tak suka dia, sebab dia suka main-main. "

" Habis, awak suka dia macamana? " Yang lain juga cuba mengorek rahsia.

" Saya suka dia serius. "

" Macam Dino ke Ifa? "

" Bukanlah macam tu, maksud saya dalam pelajaran. Awak pun tahu kan saya dengan Dino memang tak ada apa-apa. kami sekadar kawan je, tak lebih dari tu. "

" O.k, lagi awak suka dia macamana? " Sekali lagi soalan dikemukakan.

" Saya suka dia.., err.., saya suka dia... Macamana ya, hmm.., saya suka dia.. "

" Awak suka dia ke Ifa? "

" Eh, mana saya ada cakap saya suka dia. " Muka Latifah berubah kemerahan.

" Tadi awak cakap awak suka dia. " Kawan-kawannya menahan gelak.

" Eh, Ifa.., awak tahu tak, semalam saya ada dengar keputusan anugerah 'Sains dan Matematik', awak tahu siapa yang menang? "

" Eh, siapa? " Kawannya yang lain pula menyampuk.

" Siapa lagi.. Fauzi lah... "

" Hmm.., itu semua orang tahu. " Latifah hanya mendengar dan memasang telinga.

" Tapi.., awak tahu apa dia cakap masa dia ambil hadiah di pentas ucapan. "

" Eh, dia cakap apa? " Semua orang beria ingin tahu. Latifah hanya diam dan mendengar.

" Dia ucapkan terima kasih pada Iman budak tingkatan empat pipit, kerana kebanyakkan formula yang dia dapat dia belajar dari Iman. "

" Eh, awak biar betul. " Yang lain seolah macam tak percaya.

" Betul ke ni? " Latifah juga kelihatan agak terperanjat bercampur gembira.

" Entahlah, saya pun sebenarnya dengar cerita orang. "

" Hmm.., apalah dia ni, takkan lah Iman ajar Fauzi, tak lojik langsung. "

" Eh, tapi nanti saya tanyalah balik. "

" Hmm.., tak payahlah, buang 'karen' je. " Tapi cerita itu cukup memberi kesan pada Latifah.

Sementara itu dikantin Razif dan Salim sedang makan ditempat biasa. Tapi Iman tidak ada bersama mereka.

" E'eh, ribut tak ada, hujan pun tidak.., kenapa pula Iman tak turun? Entah-entah dia 'dating' lagi dengan si Latifah kut... "

" Biarlah dia. "

" Kau tengok tak tadi pagi, lepas dia balik dari jumpa Latifah.., amboi, kita pun dia dah tak mahu layan lagi. Sombong betul. "

" Biarlah dia, yang kau ni cemburu tak tentu pasal kenapa? "

" Dia tu yang berlagak tak tentu pasal. Aku o.k je. Kau tengok tu, Latifah pun tak muncul, Dino pun duduk 'sorang-sorang'.., kalau kau tak pelik ke? "

" Pelik? Buat apa nak pelik.., kalau dia tiba-tiba 'hensem' satu hal jugak. Ha.., yang tu baru aku pelik. "

" Kau ni aku serius, buat lawak pula. Apalah... "

Hari itu merupakan satu hari yang panjang buat Iman. Keputusan menunjukkan bahawa dialah murid yang paling terakhir dalam sekolah untuk peperiksaan tingkatan empat. Dia menjadi bahan bualan dan gelak orang, kawan dan guru-guru. Tapi semua itu merupakan perkara kecil baginya. " Saya kecewa dengan sikap awak. " Kata-kata itu yang sedang mengganggu fikirannya sekarang, ia sentiasa terngiang-ngiang hingga membuat Iman begitu sedih sekali.

Habis sekolah Iman tidak pergi ke perpustakaan seperti biasa, dia juga tidak pergi 'study group'. Lepas habis sekolah dia terus keluar pagar dengan papan lunsurnya.

No comments:

Post a Comment