Thursday, November 25, 2010

Pencari Cinta - 30

BIASA

" Hoi, pondan!.., kenapa kau tak melawan hah! Kan aku ni tingkatan empat, kau pula tingkatan lima.., tapi apasal kau bodoh macam keldai? " Sekali lagi Black S.T melepaskan satu sepakan ke punggung Razif. Cermin mata Razif tercampak, Razif pun pergi mengambilnya.

" Aku bukan nak bergaduh, aku cuma tak nak kau kacau adik aku. " Salim dan Iman yang berada disitu tak dapat berbuat apa-apa. Mereka dikelilingi oleh kuncu-kuncu Dino. Adik Razif juga terceruk ketakutan di belakang Salim dan Iman, nasib baik mereka tidak mengganggunya lagi. Kini tumpuan diberikan pada Razif.

" Kau pukul je lagi budak pondan ni Black. " Salah seorang kawan Black cuba mengapikannya.

" Kenapa kau tak nak kawan dengan aku hah? Apa aku ni tak 'hensem' ke? Terima je lah aku ni... " Black cuba menghampiri adik Razif ketika Razif sedang mengambil cermin matanya. Tiba-tiba adik Razif menjawab dengan suara yang menjerit.

" Aku tak ingin orang macam kau ni setan! Pergi.., bodoh! Ah..! "

" Woi, Black! Jangan kacau adik aku. " Razif cuba menghalang, tetapi Black telah memberikan satu tendangan ke perutnya. Razif pun membongkok.

" Bodoh kau panggil aku... Abang kau ni yang bodoh, nah! " Satu tumbukan padu dilepaskan ke kepala Razif. Razif jatuh tersembam ke bumi.

" Dah lah, aku dah malas nak layan lagi. Kau orang semua ingat.. " Black menundingkan jarinya tepat ke muka Salim dan Iman. " jangan lupa bawa duit pula besok. Jangan sampai masa aku nak kutip duit nanti.. tak ada duit, nahas kau aku kerjakan, faham! " Salim dan Iman hanya mengangguk.

" Wei, Black belasahlah lagi... Dia masih tak cukup tu. Kata semalam baru dapat jurus baru.., masa ni lah kau cuba. "

" Ntah Black.., macam ni tak samseng lah. "

" Mana boleh.., walaupun dia ni bodoh, tapi dia bakal abang ipar aku. " Black terus `berjalan pergi. Kawan-kawannya yang lain terpaksa mengikut walaupun masih tak berpuas hati.

" Eh, Razif kau tak apa-apa? " Salim terus mendapatkan Razif. Tapi Razif terus bangun tanpa bantuan Salim. Mimik mukanya macam tiada apa-apa yang berlaku. Iman pun pelik, padahal dia dibelasah teruk oleh Black.

" Aku tak ada apa-apa. Biasa je. "

" Apa kau cakap tak ada apa-apa? Kau dah kena belasah teruk kau kata tak ada apa-apa? " Iman macam tak puas hati.

" La.., pukul macam bapok kat 'chow kit'.., teruk apa. " Selamba je Razif menjawab. Salim tergelak. Iman semakin hairan. Razif terus mendapatkan adiknya.

" Kenapa abang tak lawan? "

" Tak baik bergaduh. "

" Abang memang tak guna. " Adik Razif terus pergi meninggalkannya dalam keadaan marah.

" Kau ni terlampau baik sangatlah Zif... Apasal kau tak lawan balik. Kalau aku jadi kau aku pukul je Black tu. "

" Habis tu kenapa kau tak pukul? " Salim terdiam.

" Kau ni baik sangat sampai orang pijak kepala kau tahu tak. "

" Sebenarnya kau silap.., aku bukannya orang baik, tapi aku berlakon jadi baik. Mudah-mudahan satu hari nanti Tuhan jadikan aku orang yang betul-betul baik. Dah jom gerak.., kalau tak aku terajang kau mampus. " Razif melawak sambil membuat gaya pahlawan tomoi dengan satu kakinya diangkat.

" Terajang mampus konon, baru kena belasah nak terajang orang. Kau cermin muka kau yang bengkak tu dulu.. baru terajang orang. Berlagak tak 'cover'... " Salim menjawab, mereka bertiga pun berjalan sambil tergelak-gelak menuju ke tapak perhimpunan pagi. Pagi itu merupakan satu pagi yang penuh cabaran buat Iman. Tidak lama kemudian loceng pun berbunyi.

Diam tak diam sudah seminggu hari berlalu. Iman kini mempunyai rutin hariannya sendiri. Setiap pagi dia ke sekolah. Habis sekolah dia menghabiskan masanya di perpustakaan sementara menunggu waktu 'study group'. Fauzi sering bersamanya ketika di perpustakaan.

Sampai kerumah dia dan Pak Su pergi sembahyang di masjid. Balik masjid makan malam kemudian dia pun tidur. Tengah malam dia akan bangun untuk sembahyang tahajjud.

Iman juga menjadi semakin terkenal dan sering menjadi bualan. Dikalangan guru-guru dia terkenal kerana sering tertidur di dalam kelas, Di kalangan kawan-kawan sekelas dan 'study group'.. dia terkenal dengan orang yang tidak fokus kerana sering memberi jawapan yang mereka tak pernah dengar dan lari dari soalan. Iman terlalu sukakan Latifah, tetapi Latifah tidak tahu akan hal itu. Dia hanya memandang Iman seperti biasa. Tetapi Iman tak peduli.., kerana wataknya memang selamba. Walau apa pun jolokan dan kata-kata yang diberikan kepadanya dia tetap bersahaja, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Iman ke sekolah naik 'skate board'.

Pada suatu hari seperti biasa Iman dan Fauzi membaca buku dan mengulangkaji sementara Iman menunggu waktu untuk 'study group'. Tiba-tiba masuk dua orang murid tingkatan enam kedalam perpustakaan sambil mengeluarkan isyarat kepada Fauzi.

" Iman, saya ada hal lah... Saya minta diri dulu ya. " Iman hanya mengangguk tanda setuju. Tak lama lepas itu Iman juga mengambil keputusan untuk beredar dari situ. Iman sempat menjeling kekawasan bilik bacaan guru-guru, dia nampak kebanyakkan mereka menggunakan 'laptop' diatas meja.

Iman keluar dan duduk dibangku luar. Lama juga dia termenung, dia seperti memikirkan sesuatu. Kemudian dia mengeluarkan sesuatu dari dalam kocek begnya. Rupanya ia adalah sebuah telefon bimbit.

" Mungkin tempat ni ada 'wi fi'.., sebab nampak gaya mereka macam sedang melayari internet. Hmm.., ada baiknya aku cuba. " Dia pun menenekan telefonnya yang ada lambang buah epal yang telah digigit itu.

" Yes! Aku dah agak dah... Oh, dia nak 'password' ya. Minta maaflah ya, saya tak ada 'password'. Tapi saya boleh masuk ke tempat anda tanpa 'password'. " Akhirnya dia telah berjaya melayari internet menggunakan telefonnya.

Keluar sahaja dari halaman Macintosh terus keluar gambar rokok besar. Iman jadi terdiam sekejap. Tapi dia terus mengalihkan pandangannya dan menekan untuk masuk ke dalam 'e-mail' nya.

Tiba-tiba lalu dua guru lelaki dihadapan Iman. Mereka terus masuk kedalam perpustakaan. Kelam kabut Iman menyembunyikan telefon bimbitnya. Lepas mereka lalu.. semerbak bau rokok yang masih segar seperti baru lepas dihisap.

" Eh, bau rokok lah... Tapi.., "

" Ala.., sekali je Man... " Nafsu menghasut.

" Tak boleh, aku dah berhenti. " Hati Iman menjawab.

" Sekali sedut pun jadilah... Dah lama sangat kita tak rasa. "

" Tak boleh. "

" Tengok jam pukul berapa? " Iman pun melihat jam. " Larat ke nak tunggu..? Ni sempat lagi ni, takkan kita nak duduk saja. " Iman kalah. Dia pun bingkas bangun.

" Yes! Jom kita pergi kedai Abang Din kat bawah. Situ 'line clear'. "

Iman berjalan menuju ke kawasan belakang sekolah. Iman tiba di tebing padang sekolahnya tetapi masih didalam kawasan. Entah macamana tiba-tiba dia berhenti.

Dari jauh di belakang padang.. luar sekolah, terdapat hutan belukar yang agak tebal juga. Iman berhenti kerana dia lihat sekumpulan budak-budak cina menaiki motosikal sedang berkumpul menghadap hutan tersebut. Kelihatan seperti mereka dari sekolah lain. Iman hanya duduk menanti apa yang akan berlaku, kenapa mereka berkumpul begitu seperti menunggu sesuatu.

" Woi, Dino! Kalau lu berani lu keluarlah! Apa lu takut sama kami ka ha?! " Akhirnya salah seorang dari mereka bersuara. Budak itu duduk diatas motor. Semua ada lima buah biji motor, dia berada dihadapan manakala yang lain semua berada dibelakangnya. Setiap motor ada dua orang, jadi mereka semua ada sepuluh orang.

Tiba-tiba Iman lihat yang berteriak tadi mula mengeluarkan sebatang kayu besbol dari dalam bakul motor, kemudian semua orang juga mengeluarkan kayu yang sama. Keadaan menjadi semakn tegang.

" Woi, lu takut ka ha! " Sekali lagi budak cina itu mencabar Dino. Budak itu terus juga berteriak, kali ini dia menggunakan bahasa cina. Kawan-kawannya yang lain tergelak-gelak mendengar kata-kata cina itu.

Sementara itu didalam hutan belukar.. rupa-rupanya Dino dan kawan-kawannya sedang mengambil dua buah sarang kerengge yang besar. Sementara yang lain menyiapkan alat lontaran.

" Woi, baik-baik. " Dino memberi arahan semasa mereka hendak meletakkan sarang itu ke alat lontaran.

" O.k sangkut. Bagus dua-dua dah siap. Aku kira sampai tiga baru korang lontar o.k... Satu, dua, tiga.. lontar! " Mereka pun melontar sarang kerengge itu serentak.

Sedang budak cina itu membebel-bebel, tiba-tiba dia melihat dua benda melayang laju menuju ke arahnya. Budak cina itu hanya tersenyum mengejek melihatkan dua benda melayang laju kearahnya.

" Aiya, bodoh punya budak baling gua sampah. Kalau mau bagi gua mati baling batu la.., bodo! " Budak cina itu terus memukul sarang kerengge yang disangkakan sampah.

Apalagi terburailah isi dalam sarang tersebut lalu jatuh ke mukanya. Kerengge itu pun terus menyerang dengan menggigit muka dan seluruh badan budak itu. Sarang kedua pula jatuh dan pecah di atas badannya. Ibarat jatuh ditimpa tangga. Budak yang diboncengnya juga turut digigit kerengge yang banyaknyan tak terkira.

Budak cina itu tidak sempat melarikan diri. Dua buah sarang kerengge tepat jatuh keatasnya. Kelam kabut mereka sambil terjerit-jerit hingga motor yang mereka naiki pun terjatuh.

Sementara itu kawan-kawannya yang lain juga kelam kabut membantu. Semua turun dari motor dan mencampakkan kayu masing-masing kerana cuba membantu kawan mereka.

Sedang mereka terjerit-jerit kecoh, Dino dan kawan-kawannya keluar dari tempat persembunyian. Melihatkan semua orang tidak bersedia.. mereka pun apalagi.. lalu membelasah semua orang menggunakan kayu-kayu besbol mereka sendiri. Inilah yang dinamakan senjata makan tuan.

Sementara itu Iman yang terkejut melihat fenomena itu telah mengambil keputusan untuk beredar dari situ. Tidak sanggup dia melihat keganasan yang berlaku didepan matanya.

" Gila betullah mereka ni. Pecah-pecah muka orang mereka kerjakan. " Iman beredar sambil mengelengkan kepalanya kerana terkenangkan ganasnya budak-budak Dino. Sedang dia berjalan untuk naik ke atas tiba-tiba dia ditegur dari belakang, bila ditolehnya rupanya dua orang budak lelaki dari kelasnya.

" Wei, Man. Kau nak kemana? "

" Kau dari bawah ya Man? "

" Kedai Abang Din beli rokok ya Man? "

" Tak adalah, mana ada aku keluar. "

" Eleh Man.., kau jangan nak bohonglah. Aku tahu kau hisap rokok. "

" Ntah Man... Kau jangan takutlah Man, sebenarnya kami pun merokok juga. "

" Tak ada, mana ada aku beli rokok. "

" O.klah. Kalau begitu jom kita kongsi duit beli rokok. Aku pergi belikan. "

" Aku tak hisap rokoklah. "

" Sudahlah Man, kau jangan nak pura-pura baik depan kita orang pulak. "

" O.klah.., aku tak hisap rokok tapi aku hisap dadah, o.k! " Iman cuba menipu.

" Wei! Kau cuba bagitahu aku.. ada berapa juta penagih dalam Malaysia ni, kemudian berapa ramai yang hisap dadah tanpa rokok? Kau tahu tak, orang belajar hisap dadah bermula dari rokok kau tahu... Sebab cara hisap dadah sama macam hisap rokok tahu tak! Orang minum arak pun hisap rokok, kau cakap dengan aku, apa benda jahat yang tak guna rokok?! Berlagak baik konon. Blah la hei! Bodoh-bodoh aku pun aku tahu perkembangan, baca buku.., engkau tu dah lah bodoh, lepas tu nak kelentong orang pulak. Itulah lain kali masa belajar jangan tidur dalam kelas, kan dah bodoh. "

" Orang bodoh mana hisap rokok. " Perlahan sahaja Iman berkata.

" Kau jangan cari gaduh Man! " Tapi cukup menyengat.

" Dahlah.., blah la, kau jangan layan budak ni. "

" Kau juga yang cakap dengan aku rokok tu punca orang buat jahat. Kau dah tahu rokok tu tak elok.., kenapa kau pergi hisap? Aku ke.., engkau yang bodoh? "

" Kurang ajar kau Man! " Budak itu pun mengejar Iman. Iman pun lari. " Aku tumbuk muka kau! "

" Dah lah wei..! " Kawannya cuba menahannya.

" Woi! Kalau berani, sinilah... Takut ke ha?! Apalah takut... Orang jahat kenalah berani. " Iman lihat budak itu berhenti ditahan kawannya. Dia pun mencabarnya. Budak itu bertambah geram, dia pun mengejar Iman kembali. Iman pun lari. Kali ini kawan yang menahannya tidak dipedulikannya lagi.

Iman sungguh cekap melarikan diri. Sengaja ditepuk-tepuk punggungnya dan budak itu semakin panas. Ternyata budak itu memang tidak dapat mengejarnya. Iman terus melencung masuk ke pejabat pentadbiran dan terus pura-pura bertanya kepada kerani sekolah tentang sesuatu. Budak itu berhenti mengejarnya.

" Eh, awak buat apa disini? Bukankah awk tidak dibenarkan berada disini kecuali ada urusan? Kenapa pakaian awak comot? " Budak itu menoleh perlahan, ternyata yang menegurnya adalah guru besar. Baru dia sedar sekarang ini dia berada dikawasan larangan.

" Er.., tak ada apa cikgu sebenarnya saya tengah tunggu kawan. "

" Tunggu kawan di kantin bukan disini tempatnya. Tengok pakaian awak.., oh, awak cuba nak tunjuk lagak awak ya, tadah tangan! " Dua kali sebatan pun singgah ditangannya.

No comments:

Post a Comment