Wednesday, November 24, 2010

Pencari Cinta 29

MAKAN MALAM


Lepas makan malam Iman sengaja menolong Mak Sunya didapur. Mak Su pula buat selamba macam tiada apa-apa yang berlaku, walaupun dia tahu inilah kali pertama Iman menolongnya didapur.

Iman mengangkat pinggan Mak Su pula mencucinya. Ketika Mak Su mencuci Iman mengelap dan meletakkan kembali pingga-pinggan itu ke tempatnya. Iman kelihatan seronok.

" Kerja rumah semua dah siap Man? "

" Beres Mak Su. "

" Sekolah macamana? "

" O.k. Mak Su.., siapa Mukhriz yang Mak Su dengan Pak Su ceritakan tadi? Sehari dua ni Iman perasan Mak Su dan Pak Su asyik cerita pasal dia je... "

" Oh.., pembantu Pak Su yang baru. Sekarang ni kilang soya Pak Su dah ada pembantu... "

" Oh.., jadi dialah pembantunya ya Mak Su. "

" Begitulah Man. "

" O.k Mak Su, antara akal dan hati yang mana lagi hebat? " Tiba-tiba Iman mengajukan soalan kepada Mak Su. Tersengih Mak Su mendengar soalannya.

" Ini bukan soalan ni Man.., ini satu cabaran ni. " Iman pula tergelak. " O.k man, apa kata Mak Su tak jawab soalan Iman, tapi Mak Su gantikan dengan sebuah cerita. " Mak Su cuba tawar menawar.

" He.. apalah Mak Su ni.., orang tanya lain, lain pula yang dijawabnya. "

" O.klah... hati dengan akal ya.. hm..., sudah tentulah hati. "

" Sebab apa? " Mak Su terdiam sebentar.

" Sebenarnya soalan ni agak berat sikit Man.., tapi Mak Su cuba jawablah ya... Sebenarnya didalam diri seseorang manusia itu wujud sebuah kerajaan yang dikenali sebagai kerajaan diri. " Mak Su pun memandang Iman sementara tangannya masih sibuk membasuh pinggan. Muka Iman berubah kehairanan, kemudian Mak Su pun menyambung. " Susunan asalnya ialah roh sebagai raja, akal sebagai menteri atau penasihat, nafsu pula sebagai musuh, banduan atau tawanan dan seluruh anggota merupakan rakyat jelata. Susunan ini berlaku kepada semua manusia walaupun dia adalah seorang tukang sapu. "

" Wow.., hebatnya. Ini satu ilmu baru ni. " Terkagum Iman didalam hatinya.

Seorang raja yang bijak akan mengarahkan seluruh 'jenteranya' untuk meraih atau mencari sebanyak-banyak kebaikkan dan keredhoan Tuhan mengikut peranan masing-masing. Manakala beliau sendiri akan sedaya-upaya patuh akan perintah Tuhan dan tidak melanggarnya serta tidak berlaku zalim keatas rakyatnya. Jika ini berlaku maka raja tersebut juga merupakan seorang raja yang adil kerana berjaya meletakkan sesuatu itu pada fungsi atau tempatnya. Jika ini benar-benar terjadi, maka negaranya akan berada didalam suasana aman makmur serta mendapat keampunan Tuhan.

Tetapi jika raja itu merupakan seorang yang lemah, maka tampok pemerintahannya akan dirampas oleh musuhnya iaitu ‘NAFSU’. Seseorang yang telah dikuasai nafsu akan bertindak diluar batasan. Sebab itu tidak hairan mengapa seseorang itu sanggup membunuh, mencari harta tanpa mempedulikan Tuhan, halal atau haram, berzina, mengumpat, memfitnah dan bermacam lagi perangai syaitan yang terkutuk yang dimilikinya.

Syaitan pula ialah penasihat kepada nafsu. Tugas syaitan ialah menghasut nafsu sehingga dia dan seluruh negaranya akan dihumban kedalam neraka. Puncak kezaliman nafsu ialah bila dia mengaku dirinya Tuhan.., contohnya Firaun.

Ada sebuah cerita pendek mengenai Firaun dan syaitan. Pada suatu hari, selepas makan, syaitan yang menjaga Firaun pun datang balik pada Firaun untuk menyambung kembali tugasnya sebagai penasihat. Tiba di balik pintu dia terdengar Firaun berkata kepada rakyatnya bahawa dirinya adalah Tuhan.
"Wahai rakyat beta sekalian, ketahuilah kamu bahawa beta adalah tuhan kamu dan mulai sekarang kamu mestilah menyembah beta." Lebih kurang begitulah bunyinya. Bila sahaja syaitan mendengar kata-kata Firaun itu dia pun terperanjat lalu berkata.
"Woi Firaun! Kau ni dah gila agaknya. Aku yang lagi jahat dari kau ni pun tak berani nak mengaku Tuhan, inikan kau yang tah apa-apa ntah, berani mengaku diri Tuhan. Kalau macam ni lebih baik aku cabut, sebab kau lagi teruk daripada aku." Iman pun tergelak spontan dengan lawak makciknya itu. " Begitulah rungutan syaitan kepada Firaun, walaupun Firaun tak dapat mendengarnya tapi syaitan tetap menyuarakannya kerana terlalu terperanjatnya dia. Selepas menggelengkan kepalanya syaitan pun pergi daripada situ dan tak pernah datang lagi. Begitulah cerita pendek antara setan dan Firaun. "

" Itu cerita betul ke Mak Su? "

" Entah, agaknya kut. " Sekali lagi Iman tergelak.

" Mak Su ni kelakarlah. " Mak Su hanya tersenyum. Selesai membasuh pinggan dia pun membancuh kopi untuk minum malam. Sambil itu dia pun menyambung.

" Kesimpulannya disini ialah, nafsu merupakan sejenis makhluk yang dijadikan Tuhan tidak takut kepada sesiapa. Dia tak takut dengan Tuhan, dia tak takut dengan syaitan atau dengan sesiapa sahaja. Tapi malangnya wataknya pula yang menakutkan. Kalau tak dapat dididik dia akan bertuhankan diri dia sendiri. Ada juga yang bertuhankan nafsu walaupun dia tidak mengaku dirinya Tuhan, kerana ini berlaku secara dia tidak sedar. Dia telah menjadikan nafsu sebagai sumber rujukannya. Jadi apa sahaja jalan penyelesaiannya dibuat mengikut nafsu. Bunuh diri, bunuh orang, jual maruah dan bermacam-macam lagi. "

" Betul juga kata Mak Su tu kan? Hari ni saya baca dalam surat khabar macam-macam hal terjadi, bunuh diri, bunuh orang, rogol dan macam-macam lagi. Nasib baik saya dapat ilmu ni.., ni pertama kali saya dengar ilmu ni Mak Su, sebelum ni saya tak pernah dengar pun tentang hal ni. "

" Kalau membunuh, berzina, minum arak, Tuhan masih lagi boleh ampunkan. Tapi kalau dah murtad, jadi macam firaun? Itulah sebenarnya dosa yang paling dahsyat. Tapi.., walaupun kita sudah mendapat panduan mengenainya, belum tentu juga kita mampu melawan godaan nafsu dan syaitan ni. Jadi terpulanglah kepada diri masing-masing... " Iman hanya termenung memikirkannya.

No comments:

Post a Comment