Monday, November 22, 2010

Pencari Cinta - 27

TUNGGU


" Ish, lambatnya diaorang ni. Naik keras aku duduk kat sini. " Sambil melihat jam di tangannya. " Lah.., patutlah baru pukul 2.30, bengong betullah aku ni. " Kata iman dalam hatinya. Iman seperti orang yang tak tentu arah, sekejap duduk, sekejap berdiri.

Kawasan yang dijanjikan itu merupakan kawasan taman. Suasananya tenang, redup dan sejuk walaupun cuacanya panas kerana dikelilingi dengan pokok-pokok besar dan rendang. Manakala bangunan sekolah tersergam megah tidak jauh dari situ.

Banyak bangku-bangku kayu yang disediakan dan Iman lihat ramai pelajar-pelajar sekolah sedang duduk mengulangkaji, ada yang seorang dan ada pula yang berkumpulan. Iman hanya duduk di tangga simen yang besar dan luas. Suasana tempat itu memang sungguh aman dan tenang.

Di suatu sudut kelihatan juga seorang pelajar yang sedang keseorangan. Mata iman tertumpu kepadanya. Iman lihat dia seolah-olah kerunsingan menghadap sekeping kertas. Dia sedang duduk di sebuah bangku kayu bersama buku-buku teksnya yang berlonggokan diatas meja. Lantas iman pun bangun dan terus berjalan menuju ke pelajar itu.

" Assalammulaikum.."

" Waalaikummusalam.." Pelajar itu menjawab lemah seperti acuh tak acuh.

" Saya tengok abang macam ada masalah je." Iman terus duduk dihadapannya.

" Takde apa-apa.. Kau ni pelajar dari kelas mana.?" Pelajar itu berkata sambil menongkat dagu.

" Saya pelajar dari kelas 4 pipit." Spontan sahaja Iman menjawab dan disambut dengan sengihan sinis dari pelajar itu. Pelajar itu terus mengalihkan pandangannya ketempat lain. Iman tidak peduli kerana fokusnya ialah kepada kertas soalan yang terletak diatas meja berhadapan pelajar itu. Tanpa disedari Iman mencapai kertas tersebut.

" Oh.., soalan ni senang je. "

" Yelah tu. "

" Pinjam pensil. " Tidak lama selepas itu. " Ha, dah siap. " Pelajar itu menyambut kertas itu dengan tersenyum. Lama juga dia meneliti kertas tersebut, tiba-tiba wajahnya berubah menjadi ceria.

" Eh, macamana awak boleh dapat, betul ke ni? " Dia pun mencapai kakulatornya. " Eh, betullah. Eh, tolong ajarkan saya. " Iman pun menyambut permintaan tersebut.

" Soalan matematik ni memang nampak susah, lagipun formula yang saya pakai ni memang tak ramai yang tahu. " Iman pun menerangkan kepada pelajar tersebut. Iman tak sedar yang gelagatnya diperhatikan oleh Salim dari jauh.

" O.k bang, faham tak? "

" Hmm... Lojik, lojik. Betul. Eh, siapa nama awak ya? "

" Iman. "

" Terima kasih ya Iman. "

" Sama-sama. Eh, abang ni siapa pula? "

" Oh, nama saya Fauzi. "

" Eh, bang kawan saya dah datanglah. " Tiba-tiba Iman terlihat Salim dari jauh.

" O.klah nanti ada masa kita jumpa lagi. "

" O.k. " Iman pun bergegas meninggalkan Fauzi.

" Wah, apa kau buat kat situ tadi? " Salim terus menyapa Iman ketika Iman hampir kepadanya. Iman pun duduk.

" Saje tolong jawabkan soalan abang tu. "

" Kau tolong abang tu jawabkan soalan? " Salim seperti terperanjat tak percaya.

" Yelah kenapa? " Tiba-tiba Salim terus gelakkan Iman.

" Kau jangan nak beranganlah.., kau tahu tak abang tu siapa? "

" Fauzi. " Sekali lagi Salim gelakkan Iman. Kali ni agak kuat sedikit. Iman terpinga-pinga tak faham apa yang sedang berlaku. Setelah agak reda barulah Salim berkata.

" Tahulah nama dia Fauzi, satu sekolah ni tahu nama dia Fauzi. Siapa yang tak kenal dia, dia tu tingkatan enam atas pelajar terbaik sekolah ni, tahu tak?! " Salim terus gelakkan Iman. " Kau ni memang kuat beranganlah Iman. "

" Oh.., patutlah baju dia lain. Dia mesti sebaya dengan abang Dino. " Iman membuat kesimpulan didalam hatinya. Kemudian Iman pun memandang Salim dan cuba menerangkan sesuatu.

" Tapi betul... " Iman cuba menyakinkan, tetapi gelak Salim semakin kuat.

" Aduh, cukup Man, cukup. Ya ampun.., kelakarnya.., tolong! " Berguling-guling Salim ketawa sambil memegang perutnya. Tidak lama kemudian Razif pun sampai.

" Wah, aku ingatkan orang gila mana, rupanya kau Salim. Gelak dah macam orang hilang akal. Sampai sana dengar. "

" Kau apa tahu kau baru sampai. " Salim terbaring keletihan.

" Kau sihat Man? " Razif menegur Iman. " Kau jangan risau, dia ni memang 'zeng' sikit. " Iman hanya tersenyum.

" Woi! iman Aku kau tak nak tanya? " Sambil baring Salim berkata.

" Kau nak buat apa. Tengok pun dah tahu. "

" Tak guna kau Razif, kutuk aku ya. " iman berang, Razif hanya tersengih.

" Wei, bangun Latifah datang. " Razif menepuk kaki Salim. Salim pun bergegas bangun.

" Hai.., dah lama tunggu ke? " Latifah tiba dengan kawan-kawannya. Sekali lagi Iman tercengang dengan kecantikan Latifah. Mulutnya ternganga sedikit.

" Mestilah lama. Tapi Iman paling lama, he... " Mulut Iman terkatup balik. Sekali lagi Salim ketawakan Iman. Merah padam muka Iman. ' Kelu lidah seribu bahasa '.

" Paling semangat. Maklumlah orang nak berjaya. Tak begitu Iman? " Razif tenang mengawal suasana. Iman hanya mengangguk lemah.

" Fuh.., nasib baik. Tak guna punya Salim. " Rungut Iman didalam hatinya.

" Eh, Ifa jom la kita duduk sana. " Salah seorang kawan Latifah menunjukkan sebuah bangku kayu tidak jauh dari mereka.

" Eh, jomlah. Hari pun dah nak gelap ni. " Salim terus sahaja menarik tangan Iman, mereka semua pun bergerak menuju ke bangku itu. Masing-masing mengambil tempat. Iman duduk ditepi sekali. Perempuan duduk sebaris bertentangan mereka. Latifah duduk ditengah-tengah.

" O.k hari ni.., kita buka bab sejarah. " Razif mengeluarkan arahan. Mereka semuanya ikut dan mengeluarkan buku latihan sejarah. " Kita bincang bab tingkatan empat, sebab tak lama lagi periksa penggal kedua, jadi secara tak langsung kita bantu Iman ulangkaji. O.k? "

" O.k. " Latifah menjawab, manakala yang lain pula hanya mengangguk setuju. Mereka pun menyelak buku masing-masing tanpa membuang masa. Iman masih lagi terkial-kial, diperhatikan sekeliling rupanya disetiap bangku ramai budak-budak kelasnya bersama kelas-kelas lain pun sedang mengulangkaji sepertinya.

" Oh.., aku ingatkan aku seorang.., rupanya semua kelas aku terlibat dalam program ni. " Detik Iman didalam hatinya.

" Baiklah Iman, Iman tahu tak macamana cara kita nak buat 'study group' ni? " Iman hanya menggeleng. Kemudin Razif meneruskan lagi. " Baiklah kalau begitu kita jemput En. Salim untuk memberi penerangan, sila En. Salim. "

" Ehem, ehem... Baiklah Man, oleh kerana kau budak baru.., kita akan suruh kau duduk diam-diam dan tengok. Bukan tengok je.. tapi dengar sekali.. bukan dengar je tapi catit.. keluarkan kertas, tulis apa yang.. "

" Hei, hei, hei.., apa yang kau merepek ni. " Razif menegur Salim, Latifah dan rakan-rakannya yang lain hanya tergelak dengan gelagat mereka.

" O.k macam ni. " Razif pula menyambung. " Kita akan mulakan dengan soalan.., kemudian semua orang akan menjawab soalan tersebut. Disitu kita akan nilai jawapan mana yang paling baik.., maka jawapan itulah yang akan kita pilih. Disitu juga kita akan dapat menguji sejauh mana kefahaman kita. Jadi buat masa ni, Iman cuma dengar sahaja. Catit jawapan tersebut dan diakhir nanti barulah kami akan menyoal Iman pula. Kami nak tengok sejauh mana kecekapan Iman. "

Mereka memulakan majlis. Dalam kesibukan itu pandangan Iman masih lagi asyik kepada Latifah. Iman hilang tumpuan. Semua soalan dan jawapan berlalu begitu sahaja. Iman suka melihat gelagat Latifah bersama mereka. Sungguh bersemangat. Fikiran Iman mula menerawang. Tidak lama selepas itu azan pula berkumandang menunjukkan waktu Asar telah pun tiba.

" O.klah kita sembahyang dulu.., lepas ni kita sambung. " Razif membuat keputusan.

" O.k. " Latifah dan beberapa kawannya mengangguk setuju.

" Lepas ni sessi soalanlah kan? Bagus Man, lepas ni kami akan soal kau pulak. " Salim memberi cadangan dengan penuh semangat yang berkobar-kobar sambil menggoncang-goncang bahu Iman.

" Hah?! " Iman mula menggelabah.

" Ha.., betul juga tu. " Salah seorang kawan Latifah mengiakan cadangan tersebut. Semua orang setuju. Kemudian mereka pun bergerak menuju ke surau sekolah.

Selepas bersolat mereka pun bertemu kembali ditempat yang sama. Masing-masing mengeluarkan perkakas masing-masing. Iman juga berpura-pura mengeluarkan sekeping buku, padahal satu apa pun tidak disalinnya. Kemudian dia keluarkan juga perkakas-perkakas yang lain walaupun tidak ada kena mengena.

" Eh, Man kenapa muka kau ni pucat.., macam jumpa bidadari je... " Razif sempat mengusik Iman. Iman malu. Dia pun mendongak memandang sekeliling. Dia lihat semua orang sudah bersedia sedangkan dia masih lagi terkial-kial.

" Dah bersedia Man? " Razif bertanya kepadanya. Iman hanya mengangguk lemah. Semua orang memberi tumpuan kepadanya. Soalan pun diberikan, Iman pun menjawab soalan tersebut satu persatu sehingga selesai semua soalan.

" Baiklah semua soalan sudah pun dijawab, jadi.. semua orang sila beri penilaian masing-masing tentang Iman. " Salah seorang budak perempuan memberi penerangan. Lalu mereka pun membuat penilaian. " Baiklah kita akan bermula dari hujung. " Budak perempuan itu menyambung. Penilaian bermula dari pihak perempuan.

" Tak betul. Semua jawapan salah. "

" Main-main. " Yang berikutnya pula menyambung.

" Tak serius. " Iman semakin tertekan.

" Jawapan tak sama dengan soalan. " Kini tiba pula giliran Latifah memberi komen, Iman semakin berdebar.

" 'No' komen. " Ringkas sahaja jawapannya. Lega sedikit hati Iman. Kini tiba pula giliran Salim.

" Gagal. buang 'karen'... Kalau macam ni, macamana kau nak lulus periksa. Walaupun kau masih lagi tingkatan empat.., kau jangan anggap... "

" O.k masa dah tamat, giliran aku pula. " Terus sahaja Razif memotong. " Baiklah, sebenarnya semua jawapan Iman tu betul, cuma kau orang je tak pernah dengar, sebab semua jawapan-jawapan tu merupakan jawapan yang lebih 'detail'. Kalau kau orang tak percaya kau orang pergi perpustakaan, cari buku-buku sejarah dunia. Cuma disini.., untuk peperiksaan, semua jawapan-jawapan tersebut tidak dinilai, kerana ia tiada dalam buku teks. Jadi disini Iman kena lebih fokus, jawab berdasarkan soalan. O.k. " Iman hanya mengangguk lemah. " O.k lah besok kita sambung lagi. Iman kena datang, jangan tak datang. " Razif menyambung.

" Mana boleh tak datang. ' Walau ribut sekalipun aku tetap datang '. " Sekali lagi Salim mengusik Iman. Iman hanya diam, semua orang pergi meninggalkan Iman, tetapi Iman tetap duduk di bangku tidak berganjak. Mukanya semakin layu.

" Aduh.., padan muka kau. " Iman berkata seorang diri didalam hatinya. " Itulah lain kali kenalah fokus. Yang aku pergi berangan tu buat apa. " Tiba-tiba ada seseorang duduk dihadapannya. Rupanya orang itu adalah Fauzi.

" Hai dah habis ke buat 'study group'. " Fauzi menegur Iman.

" Dah. " Iman pula jawab macam acuh tak acuh. Tanpa disedari Fauzi mengambil sehelai kertas soalan yang ditinggalkan di atas meja.

No comments:

Post a Comment