Saturday, November 13, 2010

Pencari Cinta - 26

STUDY GROUP

Iman terus menuju ke meja Razif dan Salim. Kali ni pandangannya cukup dijaga, tiada lagi dia menoleh kiri dan kanan. Matanya fokus kedepan. Pinggan mee gorengnya dikawal rapi, sementara tangan kirinya memegang air.

" O.k Man, kau dah bersedia ke belum? " Salim membuka bicara tatkala Iman baru sahaja melabuhkan punggungnya.

" Eh, bersedia apa pula ni? " Iman pura-pura tak tahu.

" Petang ni kita mula 'study group' Man. " Razif pula menyambung. Padahal inilah masanya yang Iman tunggu-tunggu.

" Eh, ye ke? Hmm.. pukul berapa? " Iman mengawal mukanya sedangkan jiwanya sedang bergolak.

" Pukul 3.30 p.m, kau 'free' tak petang ni? Ke kau ada hal? Kalau kau ada hal.. tak apalah.., nanti aku bagitahu Latifah yang kau tak dapat.. "

" Eh, 'free',free'. " Sepantas kilat Iman menjawab. Dia merasakan Salim seperti mengugut dia. Semua orang sedikit terkejut dengan jawapan Iman yang spontan dan dengan suaranya yang sedikit meninggi serta kelam kabut. Razif tersenyum dan menyambung kembali makanannya. Salim pula masih terdiam dengan sudunya yang masih diluar mulut. Tiba-tiba dia pun tersengih..

" Sebelum suboh beta sampai. " Salim melawak menggunakan dialog arwah Tan Sri P. Ramlee.

" ' Takkan lari gunung dikejar '. " Razif pula menyambung perlahan. Muka Iman mula berubah merah. Dapat dirasakan tembelang sudah mula dihidu.

" Ini bukan satu soalan ni En. Salim.., ini sebenarnya satu cabaran untuk saya. " Sekali lagi Razif melawak.

" Aww! " Salim menyambut spontan.

" Cis! Tak guna. " Bentak Iman didalam hatinya. Sedang mereka gelakkan Iman, Iman tetap mengawal wajahnya.

Entah macamana tiba-tiba Latifah datang. Mereka semua terdiam dan terus membetulkan duduk masing-masing. Iman semakin tidak keruan. Latifah ditemani oleh lima orang rakannya.

" Assalammulaikum. "

" Waalaikummusalam." Razif menjawab. Salim terus memandang Iman. Mata Iman tidak berkelip, terpegun dia memandang wajah Latifah. Latifah betul-betul duduk dihadapannya.

" Eh, dah ada ke pelajar 4 pipit yang nak 'join' kita 'study group' tu.?" Tanya latifah kepada salim dan Razif. Ha, ni semua kita punya kumpulan. " Latifah memperkenalkan kawan-kawan perempuannya kepada mereka.


" Dah ada pun. Kenalkan yang ini namanya iman. Dia yang akan 'join' kita mas_a 'study group' nanti." Razif memperkenalkan Iman kepada mereka."

" Man, man... Hoi, Man! Kenapa dengan kau ni. Kenalkanlah diri kau. " Salim menepuk bahu Iman. Tersentak iman dari lamunan.

" Erm, erm..Nama saya iman." Iman tersipu-sipu, Latifah dan kawan-kawannya gelihati melihat gelagat Iman.

" Saya latifah. O.klah salim, Razif, 3.30 p.m nanti kita jumpa ya. Jangan datang lambat tau. " Latifah terus bangun bersama kawan-kawannya pergi meninggalkan mereka.

" Baiklah Cik Tipah. " Razif menjawab. Salim menjeling ke arah Iman.

" Tipah tertipu bang.., aww! " Salim mencucuk pinggang Iman.

" Woi! " Terkejut Iman dengan tindakan Salim. Mereka semua gelakkan Iman.

No comments:

Post a Comment