Friday, November 12, 2010

pencari Cinta - 25

DALAM KELAS

" Yes!.. yes, yes..!' " Hati Iman menjerit keriangan.

" Tak sangka pula tiba-tiba ada buat 'study group'. " Iman mula berangan. Sambil bersandar dia pun membayangkan bagaimana suasana 'study group' yang bakal dia sertai itu nanti.

" Siapa yang nama iman dalam kelas ni. " Cikgu sakinah panggil untuk perbincangan pasal 'study group'. " Entah macamana sedang dia berangan tiba-tiba ada suara memanggil namanya. Iman menjengah dan kelihatan seorang pelajar dari kelas lain sedang berdiri didepan kelas.

" Siapa nama Iman, Cikgu Sakinah panggil. "

" Saya. " Iman terus mengangkat tangannya.

" Ha, mari ikut saya. "

Iman terus bangun untuk ikut pelajar itu." yes! masa nilah aku boleh jumpa dengan Latifah." Iman berkata dalam hati.

Tengah iman berjalan,tiba-tiba dia ditahan dino dan kawan-kawannya. Rupa-rupanya pelajar yang panggil iman tadi adalah kawan dino.

" Hei budak,ada hati kau nak join 'study group' dengan latifah.. Kau tahu dia tu milik siapa." Kata dino kepada iman."

" Apa ni,kau jangan salah anggap pulak." aku join 'study group' pasal diorang yang pilih aku."

" Ah..! Kau jangan nak berdalih pulak... Wayang ni dah main dah dulu. Aku tengok hari tu kau kat kantin kau pandang dia lain macam je.. apa hal?! "

" Mana ada, kau salah anggap ni. Aku sekadar 'study group' je dengan dia."

" Kau ingat biji mata aku ni dah pecah?! Kau ingat aku ni dah buta? Kau belum kenal siapa aku. Belum pernah budak kat sekolah ni main gila dengan aku tahu tak! "

" E'eh, betul aku dengan dia takde apa-apa. Kau jangan pikir bukan-bukan. aku dengan dia 'just' kawan untuk 'study group' je."

" Kau ni banyak bunyi ah.." Gedebuk satu penumbuk sampai kat iman.

Terjatuh iman kena tumbukan dino.. Tiba-tiba seekor katak melompat keluar dari rimbunan pokok bunga kertas. Katak itu terus melompat kearah Iman.

"Wei..! Jauhkan katak tu dari aku! tolonglah, tolong..! Jauhkanlah katak itu dari aku." Entah macamana tiba-tiba Dino menjerit-jerit bagaikan orang yang kena histeria. Iman berasa sedikit pelik, dia lihat Dino begitu takut dengan katak. Kemudian hatinya terdetik.

" Oh, dia takut katak rupanya. " Kemudian dia pun teringat cerita makciknya tentang seorang maharaja dengan lembu. " Kesian kan.., walaupun seorang maharaja yang hebat, tetapi dia terpaksa mengalah juga dengan makhluk Tuhan yang bernama lembu. "

Terngiang-ngiang kata-kata Mak Su ditelinga Iman, kemudian tanpa rasa geli dan takut Iman pun mengambil katak itu dan berjalan menuju kearah Dino. Sekali lagi Dino menjerit-jerit ketakutan sambil memanjat tiang bangunan sekolah. Manakala rakan-rakan Dino yang lain seolah-olah tidak dapat berbuat apa-apa. Ada yang seperti kegelian melihat katak yang Iman pegang.

"Tahu kau takut!, baru katak je aku bagi, belum tuhan yang balas."

"Tolonglah iman, aku janji aku tak ganggu kau lagi."

" Baiklah.., aku maafkan kau. Mari turun. " Iman pun mencampakkan katak itu kembali kedalam semak. Apabila Dino lihat Iman telah mencampakkan katak itu, dia pun turun kebawah. Iman pun duduk di sebuah bangku panjang, dia pun memanggil Dino dan kawan-kawannya yang lain duduk bersamanya dan memberi ceramah kepada mereka.

Tiba-tiba kepala iman diketuk. " Eh, siapa ketuk kepala aku ni ha? " Terpusing-pusing Iman mencari siapa yang telah mengetuk kepalanya. Dino dan kawan-kawannya pun mencari siapa yang mengetuk kepala Iman. " Aduh! " Sekali lagi kepala Iman diketuk, kali ini agak kuat juga hingga berkunang-kunang pandangan Iman. Dia pun menggosok matanya beberapa kali.

Bila matanya kembali seperti biasa, dia lihat pemandangannya telah berubah. Tiada lagi Dino dan kawan-kawannya. Dia lihat ramai orang sedang memerhatikannya. Bila dia memandang kedepan, dia lihat seorang perempuan sedang berdiri melihatnya. Tangan kirinya sedang mencekak pinggang manakala tangan kanannya sedang memegang sesuatu yang tak jelas.

" Bangun! " Tiba-tiba perempuan itu menengkingnya. Iman pun bangun perlahan-lahan. Iman seperti tersedar sesuatu. Lalu hatinya terdetik

"Aku mimpi rupanya."

"Hei, awak ni kenapa..? Kenapa awak tidur dalam kelas? Malam ada buat 'part time' ke sampaikan awak mengantuk ketika saya mengajar? "

"Maafkan saya cikgu.." Semalam saya lewat tidur,sebab saya 'study'.

" Oh.., 'study' ya.., maklumlah nak periksa penggal kedua kan. Takpe lah,lepas ni awak jangan buat lagi ya. Saya harap awak beri perhatian bila saya mengajar, o.k? "

" Baik cikgu. "

" Bagus. Baiklah sekarang sila berdiri atas bangku, kemudian buka buku teks awak. " Iman seolah pelik dengan arahan cikgunya itu.

" Tapi cikgu.. "

" Jangan buang masa saya, kalau tidak saya akan suruh awak cerita mimpi awak tadi. " Nada cikgunya bertukar menjadi ugutan. " Baiklah kelas.., kita tutup buku, mari kita dengar..."

" E'eh, cikgu baiklah saya bangun sekarang. "

" Ha, sekarang bangun. "

Lega hati iman bila cikgu berkata begitu.Nasib baik cikgu tak tanya apa yang dimimpikan. tergelak iman didalam hati.

No comments:

Post a Comment