Thursday, November 11, 2010

pencari Cinta - 24

SEKOLAH LAGI

" Man. Woi Man! " Iman menoleh, rupanya Salim yang memanggilnya.

" Wah, laju je kau jalan, macam takut je.., kau ingat Dino panggil ya? " Salim gelakkan Iman sambil menolak sikit badan Iman. Iman tersengih seolah setuju.

" Otak kau. " Perlahan Iman menjawab. Baru sahaja melangkah masuk kepintu pagar sekolah pagi itu, terus Salim panggil.

" Aku bukan apa, Razif yang suruh aku tunggu kau kat sini. Sebab dia tak nak kau salah jalan lagi, faham tak. "

" Razif mana? "

" Jom aku bawa kau. " Iman pun memandang jam tangannya.

" Jangan risau.., loceng lambat lagi. Ikut je aku dulu. " Salim terus sahaja menarik tangan Iman. Selang tidak berapa lama kemudian mereka pun tiba di perpustakaan.

" O.k sekarang ni dia ada kat dalam. Kau duduk tunggu kat luar ni dulu.. aku masuk pergi panggil dia keluar. O.k? " Iman hanya mengangguk. Kemudian dia pun melabuhkan punggungnya diatas bangku panjang diluar perpustakaan. Salim terus masuk kedalam perpustakaan. Tidak berapa lama tiba-tiba Razif pun muncul.

" Ha, Iman bila kau sampai? Mana Salim? "

" Eh, Razif. Dia kata kau kat dalam, jadi dia pun masuk panggil kau. Kau dari mana pula ni? "

" Oh.., aku pergi buang air. " Razif pun terus duduk sebelah Iman.

" Apa cerita zif? "

" Macam ni... Yang pertama aku taknak kau salah jalan lagi. Bukannya apa, Dino ni kalau dia dah ambil barang kat seseorang tu.. seminggu lepas tu baru dia akan jumpa orang tu balik, faham tak? Cuma oleh kerana kau ni orang baru.., jadi kau mesti tak tahu tentang hal ni.., oleh sebab itu aku takut kuncu-kuncu Dino pula ambil kesempatan. Faham tak? "

" Hm.., tapi sekolah ni tak seronoklah kan? Dua hari aku masuk sini.., aku dah kena dah. Aku ingatkan sekali je.., rupanya itu baru permulaan. " Iman menongkat dagu.

" Jangan risau kau tak sorang kat sini. Aku berjanji mulai hari ni selagi aku ada kat sini aku takkan benarkan walau sorang pun dikalangan mereka menyentuh kau..kau faham maksud aku kan? " Iman mengangguk lemah, dia hanya meraikan kata-kata Razif.

" O.k lah Razif aku tak kisah. " Jawab Iman perlahan. Tiba-tiba salim muncul.

" kau kemana salim lamanya? " razif menegur salim.

" oh, 'sorry'.., tadi sebenarnya aku jumpa latifah. " muka iman tiba-tiba berubah.bagaikan bunga yang layu disirami air, segar secara tiba-tiba.

" kau bincang apa dengannya. " razif menyambung. iman hanya diam memasang telinga.

" aku bincang pasal 'study group'. "

" dia nak buat apa? "

" dia kata,dia nak buat balik 'study group' sebab cikgu sakinah nak kita semua buat 'study group' macam dulu,tapi dia nak pelajar tingkatan empat pipit 'join' kita sekali. Sebab.., he... " Salim tidak meneruskan kata-katanya. Tetapi sempat juga dia menoleh ke arah Iman.

mendengar perbualan razif dan salim,iman seolah-olah mendapat satu suntikan semangat yang baru,mukanya yang layu jadi ceria tiba-tiba.ini lah peluang iman untuk mengenali latifah lebih dekat.

'' iman,apa kata kau join 'study group' kitaorang sekali. " kata razir kepada iman. bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Iman tersipu-sipu.

" ok gak,menarik cadangan korang tu,sekurang-kurangnya aku yang bodoh ni boleh jadi pandai macam korang ni. " iman merendah diri.

" kalau macam tu, aku dah boleh 'inform' kat latifah yang 'study group' dah cukup 'corum'. mungkin esok atau lusa kita dah boleh mulakan 'study group' kita.kata salim pada iman.

" Razif!! adik kau kena kacau dengan Black S.T." Tiba-tiba muncul seorang budak dengan tergesa-gesa.

" ish,dorang ni tak abis2 buat onar kat sekolah ni." ikutkan hati aku.. nak je aku hempas sorang-sorang geng 12 ni,baru dorang berakal sikit,tapi tak elok pulak,tuhan marah menyakiti sesama makhluk. sebab islam ni agama yang penuh kasih sayang. " Kata Salim secara melawak. "

" siapa Black S.T tu? " Tanya iman kepada razif.

" nanti aku cerita,dah takde masa ni,adik aku tengah ada masalah."

razif terus berlari bersama budak pembawa berita. Mereka terus menuju ke belakang sekolah. dia lihat adiknya sedang dikacau olah Black S.T dan beberapa kawan-kawannya.

" hei Black,jangan kacau adik aku! "

" peduli apa aku dengan kau!! apa kau leh buat dengan aku, lembik!!!!! "

" aku memang takleh nak buat apa dengan kau,tapi tuhan leh balas perbuatan jahat kau ni... "

" kurang ajar! mantol gak kau ni ya.. " gedebuk,sebiji penumbuk sampai kat perut razif.

" Ya Allah!! sakitnya! " tiba-tiba mereka dikejutkan oleh bunyi loceng menandakan waktu kelas akan bermula.

" nasib kau baik lah razif,loceng dah berbunyi. kalau tak.., teruk kau aku kerjakan. "

" bukan kau menentukan nasib aku, tapi tuhan. " Tenang sahaja Razif menjawab, ini menyebabkan Black S.T semakin terbakar

" kurang ajar!! " sekali lagi Black S.T melayangkan tangannya, tumbukkannya tepat mengenai rusuk kiri razif.

No comments:

Post a Comment