Monday, November 8, 2010

Pencari Cinta - 21

TANYA

" Apa guna pandai tapi jahat. " Iman teringat-ingat kata Razif siang tadi.

" Hem.., betul juga kata dia. Surat khabar tadi yang aku baca pun menggambarkan yang sama. Budak-budak sekolah asrama bergaduh sampai menyebabkan kematian hanya kerana pemanas air elektrik. Itu bodoh tu namanya, bukan pandai. " Iman tersengih sendirian dalam hatinya. Pak Su tetap tenang mengawal 'steering' kereta.

" Eh, tapi kenapa pula orang hari ni makin pandai, makin ganas ya? Eh, iya tak ya juga kan? Baru aku perasan, perangai orang hari ni hancur betul. Banggunan makin tinggi, tapi akhlak makin rendah. " Berkerut kening Iman memikirkan persoalan yang bergolak dalam jiwanya. " Macamana pula boleh jadi macam tu kan? Kalau pemimpin hari ni pula.., nampak baik, tapi lagi ramai orang yang mati ditangan mereka. Tapi mereka tetap juga tak bersalah. Malah dapat perlindungan dengan undang-undang hari ini. " Iman mula mengusap-usap dagunya macam orang yang sedang mengusap janggut. Kerut wajahnya seolah-olah sedang memikirkan sesuatu. Kemudian pandangannya dilontarkan keluar tingkap. Dia pun menikmati panorama senja.

" Macamana sekolah hari ni Man? Ada apa-apa masaalah ke? " Tiba-tiba soalan Pak Su memecah sunyi.

" Hah? " Iman tersentak dan terus mengalihkan pandangannya kedalam. Dia lihat wajah Pak Su tenang mengawal 'steering' kereta.

" Oh, ya.. tak ada apa-apa Pak Su biasa je. "

" Kalau tak ada kenapa bibir bengkak? " Lembut suaranya tapi jelas.

" Hah? Eh, tak adalah.., ni kena masa senaman tadi, biasalah dah lama tak main bola. Eh, Pak Su.. saya ada soalanlah. " Cepat-cepat Iman mengalihkan tajuk.

" Iya? Ha, tanyalah. "

" Pak Su kenapa orang hari ni ramai pandai tapi ganas? " Pak Su diam sejenak. Soalan Iman seolah-olah membuat dia terfikir. Di sebalik wajahnya yang tenang itu tiba-tiba dia mengorak senyuman. Iman hanya menanti dengan seribu tanda tanya. Selang tidak berapa lama Pak Su pun bersuara.

" Sebab hari ni manusia jahil, belajar bukan kerana Tuhan. Makin banyak ilmu.. makin tak kenal Tuhan. "

" Maksudnya? "

" Sepatutnya semakin banyak ilmu, makin dekat dan kenal kita dengan Tuhan. Apa pun yang kita buat, secanggih mana sekalipun ciptaan yang dicipta.., tapi terpisah dari Tuhan, tak rasa ada campur tangan Tuhan di situ.., itulah dia yang dinamakan jahil. Jika didalam kelompok yang ramai dipanggil masyarakat jahilliyah. " Iman termenung sejenak dengan kata-kata pakciknya itu. " Peh, canggih betullah pakcik aku ni. " Detik Iman.

" Baiklah, Iman dengar ni.. " Iman pun memasang telinganya. " Di dalam kecerdikan dan kepandaian ada kebodohan, yang sepatutnya tak ada tapi ketara. Di masa ilmu banyak.. ada ilmu yang lebih banyak yang tidak ada pada manusia. Ertinya manusia itu telah menjadi bodoh didalam kepandaian... Maksudnya disini, ciptaan Tuhan itu diketahui tetapi 'Pencipta' ciptaan itu tidak diketahui.. iaitu Tuhan yang Maha Esa. Ini adalah sesuatu yang aneh. Bahan-bahan yang lahir mahupun yang tersembunyi.. dapat diketahui, tetapi 'Pencipta' bahan itu manusia tak jumpa. Yang paling malang tak ada seorang pun yang nak kaji siapa yang menciptakan bahan-bahan tersebut. Manusia kagum dengan ciptaan Tuhan.. tetapi langsung tidak kagum dengan Tuhan. " Tiba-tiba sebuah kereta mewah memotong kereta mereka. " Seperti kagum dengan kereta, tetapi tidak kagum dengan perekanya. Manusia hanya mabuk dan terpesona dengan ciptaan Tuhan, tetapi langsung tidak terpesona dan mabuk dengan Tuhan. Hari ini manusia mengiktiraf pakar-pakar ciptaan Tuhan dan diiktiraf keilmuannya. Mereka diberikan ijazah, Degre serta berbagai-bagai gelaran. Mereka juga dikagumi dan dihormati, padahal mereka ini jahil. Jahil terhadap Tuhan dan ilmu ketuhanan. Bagi orang yang beriman.. mereka ini ialah 'cerdik pandai yang bodoh.' Mereka pandai terhadap perkara yang tidak utama tetapi bodoh terhadap perkara yang utama. Dalam Islam.. cerdik yang macam ni tak ada nilainya. Apalah yang hendak dikagumkan.. Betul tak Iman? " Iman hanya mengangguk tanda setuju. " Begitulah kalau manusia yang lemah, hanya menggunakan akal sahaja tetapi jiwanya tak berfungsi langsung. "

Kereta membelok perlahan memasuki perkarangan masjid. Petang itu Iman telah mendapat lagi penambahan ilmu baru. Jam menunjukkan pukul 6.45 p.m, lagi 15minit azan maghrib akan berkumandang.

" Ya Allah, barulah sekarang terbuka fikiran aku. Betul juga kata pakcik aku, selama ni tak pernah pulak aku terfikir macam tu. "

No comments:

Post a Comment