Sunday, November 7, 2010

Pencari Cinta - 20

KANTIN


Suasana agak sibuk juga dikantin menyebabkan murid-murid terpaksa berbaris panjang untuk membeli makanan. Iman juga terpaksa berhimpit-himpit didalam barisan-barisan tersebut. Ada barisan nak beli mee goreng dan ada yang nak beli kuih-muih. Ada lebih kurang enam barisan. Mereka semuanya beratur untuk tujuan yang sama.

" Eh, kau ni budak baru ya? " Tiba-tiba Iman ditegur oleh budak disebelah barisannya.

" A'ah. "

" Tingkatan berapa? " Lagi seorang kawannya menegur Iman.

" Tingkatan empat. "

" Empat? Empat apa? " Yang mula bertanya tadi inginkan kepastian.

" Er.. empat pipit. " Tiba-tiba kedua budak itu tergelak secara spontan, tetapi mereka menahan gelak mereka dengan kedua belah tangannya. Tersembur-sembur air liur dari celah-celah jari, buruk sungguh akhlak mereka.

" Eh, kenapa pula ni? "

" Eh, tak ada apa-apa, selamat menjamu selera. " Mereka terus berpaling dari Iman dan melepaskan gelak mereka yang mereka tahan tadi. Kening Iman berkerut kehairanan, " gila ke diorang ni " Iman berlagak macam biasa. Macam tak ada apa-apa yang berlaku.

" Bagi saya mee goreng dengan karipap tu tiga, " apa yang dipesan Iman pun diberikan oleh penjaga kantin " Aa.. oh ya dengan air sekali. "

Selepas memesan Iman pun melilaukan matanya untuk mencari tempat duduk. Jauh di satu tempat Iman lihat kuncu-kuncu Dino sedang duduk menjamu selera. Di belakang meja mereka kelihatan Dino pula sedang duduk disebuah meja bersama sekumpulan pelajar perempuan. Tiba-tiba Iman terpandang seorang perempuan yang sangat cantik duduk berhadapan dengan Dino.

Rancak betul Iman lihat Dino berbual manakala perempuan itu hanya mendengar sahaja perbualannya. Dikiri kanan budak perempuan itu pula duduk beberapa orang pelajar perempuan yang lain. " Cantiknya makhluk Tuhan ni... Ni mesti awek dia ni. " Iman membuat andaian. Pandangan masih lagi terpaku pada perempuan itu, tiba-tiba perempuan itu terperasan yang Iman terpandang dia, lalu dia pun memandang Iman.. Iman pun tersenyum kepadanya, tanpa diduga dia pun membalas senyuman Iman. Dengan secara spontan juga senyuman Iman menjadi semakin lebar hingga terserlah kesemua barisan gigi hadapannya dan hujung-hujung bibirnya pula seolah-olah hampir mencapai ke cuping telinga, itu membuatkan perempuan itu tergelak kecil dengan perangai Iman.

Dino seperti ingin tahu apa yang sedang berlaku lalu dia pun menoleh kebelakang, dia lihat Iman sedang memandang kearah gadis yang sedang berbual dengannya. Lama juga Dino perhatikan gelagat Iman. " Alamak Dino.. " Tiba-tiba Iman tersedar dari lamunannya. Serentak dengan itu juga lengan Iman dipaut dari belakang dan terus dibawa menuju ke sebuah bangku. Rupanya yang menariknya itu ialah Razif dan seperti biasa bersamanya ialah Salim.

" Eh, korang. "

" O.k buat macam tak ada apa jadi. Dia masih tengok sini. " Tenang sahaja Razif memberikan arahan dan mereka pun patuh tanpa ada bantahan. Selang beberapa minit selepas itu dia pun bersuara lagi " O.k ' line clear '. "

" Kau ni dah gila ke? " Salim tiba-tiba menyampuk.

" Eh, kenapa pula? " Iman cuba meminta kepastian.

" Kau kenal tak perempuan tu siapa? "

" Mana aku tahu.. aku baru je dua hari kat sini. " Ikhlas Iman menjawab.

` " Hish! Kau ni.. gila betullah. Kau ni betul-betul cari pasal tahu tak? Kalau kita orang tak datang selamatkan kau tadi.. kau tahu apa jadi kat kau? " Iman jadi semakin serba salah. Dia cuma diam kerana tak tahu apa nak jawab. Dia seolah-olah tak faham dengan situasi yang sedang berlaku.

" Kan dia kata dia baru je dua hari kat sini.. takkan tu pun kau tak faham. Kau lah sepatutnya terangkan kat dia siapa sebenarnya perempuan tu. " Sekali lagi Razif bersuara dengan memberikan arahan yang terang dan jelas.

" O.k lah. " Tiba-tiba Salim pun merendahkan intonasinya. " Budak perempuan tu sebenarnya anak datuk, jadi dia tu anak orang kaya. Ayah dia ialah pegawai daerah kawasan ni. Bisnes bapak dia banyak. Dia tu budak paling cantik dalam sekolah ni tahu tak? " Berkerut dahi Iman mendengar penerangan dari Salim. Tersenyum Razif melihat perubahan wajah Iman, kemudian dia pun menyampuk.

" Apa yang kau cakap ni... Bukan macam tu, macam ni.. Nama budak tu Latifah, dia tingkatan lima enggang. Kau tadi nampak kan Dino duduk berbual dengan dia? " Iman pun mengangguk kerana soalan itu ditujukan kepadanya. " O.k, di situ kita dapat agak yang Dino sukakan dia, betul? " Sekali lagi Iman mengangguk soalan yang ditujukan kepadanya. " Sebab tu kami tak mahu kau ambil risiko, faham? " Razif memberikan penerangannya dengan begitu bersahaja sambil menikmati makanannya. Iman tersenyum lalu mengangguk, dia seolah-olah faham dengan maksud Razif.

Mereka pun makan sambil berbual-bual, tiba-tiba Iman seperti teringat sesuatu.

" Eh, tadi ada orang tanya aku.., kau ni dari tingkatan empat apa? Aku pun jawablah tingkatan empat pipit. Tiba-tiba je diorang gelakkan aku.. apasal ha? "

" Hampir tersembur makanan dari mulut Salim kerana menahan gelak. " Razif hanya menjeling melihat gelagatnya. Kemudian dia pun memandang Iman. Wajah Iman sedikit tercengang. Tiba-tiba Salim pun berkata dengan gelaknya yang sudah sedikit reda.

" Kau tahu tak kenapa dia gelakkan kau... Sebenarnya kelas empat pipit tu ialah kelas untuk budak-budak yang lemah dalam pelajaran, yang periksa dapat nombor 'corot'. Dalam sekolah ni, siapa yang lemah dalam pelajaran merupakan suatu perkara yang amat memalukan. " Kemudian Salim pun menyambung kembali gelaknya. Iman hanya tersengih, " Cis, padanlah diorang gelakkan aku.. aduh malunya. " Iman berkata didalam hati. Tiba-tiba dia pun bertanya kepada Salim.

" Engkau tingkatan berapa? "

" Aku dengan Razif satu kelas dengan Latifah. "

" Kalau.. kelas paling pandai tu.., kelas apa? "

" Kelas kami lah, kelas Enggang. " Agak bangga juga intonasi si Salim.

" Oh, ye ke? "

" Alah Man.., kau jangan risau.. jangan rasa rendah diri. Apa guna pandai tapi jahat. Hari ni kalau kita tengok.. berapa ramai orang pandai.. tapi dalam masa yang sama berapa banyak negara musnah ditangannya.., berapa juta pula orang yang terkorban? Betul tak? Itu pandai ke? Macam tu ke pandai? Kalau macam tu apa guna jadi pandai, kalau kepandaian kita hanya untuk memusnahkan. Sepatutnya makin pandai, masyarakat terbela, ini tak, makin banyak pula yang mati. Orang pandai yang sebenarnya.., malah cerdik, ialah orang yang sentiasa mengingati mati. Ha, itu baru betul . " Sambil makan Razif bercakap. Walaupun dengan nada bersahaja, tetapi cukup memberi kesan kedalam jiwa Iman.

" Betul juga cakap dia, hebat betullah dia ni. " Hati Iman membuat kesimpulan, kagum dia dengan kepintaran Razif.

No comments:

Post a Comment