Saturday, November 6, 2010

Pencari Cinta - 19

PERTAMA KALI

" Kau budak baru ke? "

" A'ah. " jawab Iman sambil mengambil beg duitnya yang jatuh diatas rumput.

" Kesian kau kan, nama aku Salim, " sambil menghulur tangan kanannya kepada Iman.

" Oh, aku Iman. "

" Itu kawan aku Razif. " Iman lihat Razif agak teraba-raba mencari cermin matanya yang jatuh, ternyata rabun Razif agak teruk juga. Selepas Razif menyarungkan cermin matanya barulah kelihatan mukanya yang sebenar. " Oh.. dia ni budak baik rupanya, " Iman berkata dalam hatinya " padanlah dia kena buli. " Iman lihat razif membersihkan badannya, mengusap bengkak-bengkak dimuka kemudian mengemas bajunya yang agak tidak terurus. Razif ni agak pendiam orangnya tidak seperti Salim yang suka bercerita.

" Eh, aku tanya kau ni, dah berapa lama kau kat sini? "

" Ha? " Tiba-tiba Iman tersentak " oh, ya baru dua hari. " Rupanya Iman tak perasan yang Salim sedang bercakap dengan dia.

" Kesian kau kan, baru-baru masuk.. dah kena macam ni. Macam kami.. kami dah biasa. "

" Hah! Dah biasa? Apa maksud korang? Kenapa diorang buat macam ni? Diorang tu sebenarnya siapa? " Bertalu-talu soalan yang Iman berikan menyebabkan Salim berasa serba salah.

" Biar aku ceritakan. " Tiba-tiba Razif bersuara menyebabkan suasana kembali tenang. Dia pun mencangkung dan terus duduk ditepi longkang kecil sambil kakinya melunjur lurus merentas parit itu. Dengan tidak semena-mena Iman dan Salim pun turut serta duduk kerana ingin mendengar cerita Razif.



DI DALAM KELAS

Iman terus masuk ke dalam kelasnya.. Iman duduk di kerusi yang kedua dari belakang bersebelahan tingkap jauh dari pintu masuk… Ramai dalam kelas itu. Semasa Iman masuk tiada guru. Iman hanya duduk dan buat halnya sendiri, langsung tidak menegur rakan-rakan didalam kelas, sambil matanya merenung keluar tingkap. Iman masih teringatkan kisah yang baru sahaja Razif ceritakan kepadanya sebentar tadi.

" Sebenarnya mereka itu digelar 'geng dua belas' dalam sekolah ni. Ketua mereka yang kita nampak tadi sedang duduk diatas meja. Nama dia Nordin, tapi orang panggil dia Dino. Dia tingkatan lima Helang. Dia jadi macam ni.. mungkin sebab abang dia yang berada di tingktan enam atas disekolah ini merupakan ketua pengawas. Ayah dia pula pengasas sebuah seni silat, yang mana beliau juga adalah jurulatih rasmi disekolah ini. Selain itu persatuan mereka juga luas dan masuk kesemua tempat dikawasan ini terutama kesekolah-sekolah menengah. "

Pandangan Iman masih lagi berada diluar, fikirannya masih lagi mengelamun. "Oh, jadi bapak dan abang dia merupakan orang yang berpengaruh di sekolah ni. " Iman berkata didalam hati. Kemudian dia teringat lagi sambungan kata-kata Razif kepadanya.
" Tiada orang yang berani mempertikaikan tindakannya, kerana.. dia boleh bertindak hingga keluar sekolah. "

Iman tersentak dengan bunyi kecoh secara tiba-tiba, " Eh, macamana mereka boleh masuk sini? " Iman melihat tiba-tiba sahaja kuncu-kuncu Dino masuk dan terus meminta wang daripada setiap pelajar yang berada didalam kelasnya.

Mereka memintanya dengan begitu kasar sekali. Semua pelajar-pelajar berasa begitu takut dan terpaksa menyerahkan wang saku masing-masing. Ada juga diantara pelajar-pelajar itu telah dilempang dan ditumbuk kerana enggan menyerahkan wang mereka. Entah macamana Iman terpandang cikgu kelasnya. " Eh, bila pula dia masuk kelas? " Detik Iman didalam hatinya. Tapi sayang cikgu itu sedang tidur. " Tak guna punya cikgu, pergi tidur buat apa. " Sekali lagi hati Iman mendengus. Tiba-tiba Dino masuk dengan dua orang lagi kuncu berjalan mengiringinya dari belakang. Dengan berkaca mata hitam, lagaknya tak ubah seperti ketua kongsi gelap didalam filem cina.

" Eh, kenapa dia menuju kesini. " Iman mula cemas, masuk sahaja kelas, Dino terus sahaja menuju ke mejanya.

" Bangun. " Iman hanya diam dan tercengang memandang tepat kearah Dino.

" Bangun! "

" T..tapi kenapa? " Agak gugup sedikit suara Iman ketika menjawab. Tiba-tiba Dino mengangkat tinggi kedua belah tangannya lalu menghentak kuat keatas meja Iman. Bunyinya sungguh kuat hingga membingitkan kedua belah telinga Iman. Iman tersentak kebelakang, kedua kakinya terangkat naik keatas kerusi secara spontan, manakala kedua belah tangannya menutup kepala sambil matanya terpejam.

" saya kata bangun, bangunlah awak ni tak faham bahasa ke? Hah! " Sekali lagi Iman diherdik. Dia pun membuka matanya perlahan-lahan. Tetapi kali ni dihadapannya bukan lagi Dino, dia pun menggosok matanya beberapa kali. Memang betul dihadapannya kini ialah cikgu kelasnya.

" Berani awak tidur dalam kelas saya, ha! " Terjegil mata cikgu Iman ketika memarahinya.

" Aduh, aku tertidur rupanya.. bodoh betullah aku ni. " Iman menyesal didalam hatinya. Kini Iman benar-benar sedar. Dia nampak tanda nama cikgunya dengan jelas. Sulaiman namanya. Iman pun bangun berdiri.

" Baru masuk sekolah dah nak buat hal ya. "

" Saya minta maaf cikgu. "

" Diam, siapa suruh awak cakap, hah! " Sekali lagi Iman diherdik. Iman melihat sekeliling, semua murid diam dan semua mata tertumpu kepadanya. Wajahnya mula bertukar menjadi kemerah-merahan. Iman mula mengangkat sedikit kepalanya memandang cikgunya yang sedang marah. Mukanya juga sedang kemerah-merahan, misainya lebat, orangnya pendek dan perutnya pula buncit. Tetapi Iman hanya melihatnya sekali imbas sahaja, kemudian cepat-cepat Iman tundukkan pandangannya kembali.

" Sekarang awak berdiri atas kerusi. " Iman pun terkial-kial mengangkat kakinya.

" Cepat! bawa buku teks awak sekali. Baiklah kelas, semua lihat buku teks masing-masing, saya nak soal apa yang telah kita baca sebentar tadi. Siapa yang dapat jawab sila angkat tangan, jangan buat bising faham. "

Semua mata tertumpu memandang buku teks masing-masing. Tetapi Iman masih lagi terkulat-kulat dengan buku teksnya kerana tidak tahu muka surat berapa yang perlu dia buka.

" Baiklah.. soalannya, dari manakah asal makna perkataan 'ekonomi asas'? " Tiba-tiba Iman terus sahaja mengangkat tangan. Semua orang memandangnya, ada yang tersenyum perli, ada juga yang tergelak kecil. Manakala pandangan cikgu Sulaiman pula terus tertumpu ke arah Iman. Beberapa saat kemudian dia pun bersuara.

" Ha, jawab. "

" Er.. dari bahasa 'sanskrit'. "

" Apa dia? "

" 'Oiku' dan 'nomus'. "

" Maknanya? "

" Ekonomi rumah tangga. "

" Dari mana awak tahu? Kan masa kami baca bab ni tadi awak tidur? "

" Sebenarnya saya dah baca buku ni cikgu. " Semua kelas tergelak kecil melihat gelagat Iman.

No comments:

Post a Comment