Friday, November 5, 2010

Pencari Cinta - 18

SALAH LANGKAH

Kereta Pak Su membelok perlahan dan berhenti tepat di pintu pagar masuk ke sekolah Iman. “ O.k Pak Su saya pergi dulu. “ Iman terus membuka pintu dan berjalan menuju masuk ke sekolah. Pak Su hanya tersenyum dengan gelagat Iman.

Iman berjalan dibelakang bangunan kerana itu adalah jalan pintas untuk pergi ke kelasnya. Jalan belakang menuju ke kelas Iman itu agak sunyi kerana kelas Iman berada di hujung kawasan. Sampai sahaja di satu selekoh Iman terdengar suara bising. Bunyi suara orang menengking-nengking.

Iman sekarang berada di dalam lorong antara dua bangunan. Langkahnya tiba-tiba terhenti. Dia seolah-olah mengamati suara-suara tersebut. " Aduh.. aku benci betullah sekolah ni. Menyesalnya aku ikut jalan ni. Ish, lebih baik aku cabut sebelum mereka nampak aku. " Hati Iman merasa tak senang. Seolah-olah dia tahu siapa dan apa yang sedang berlaku.

Tiba-tiba ada seorang budak tergolek-golek tercampak keluar dari belakang bangunan. Kemudian muncul lagi dua orang budak pergi kearah budak itu, selepas melepaskan penumbuknya, mereka pun menyeret budak itu kembali kebelakang bangunan tanpa belas kasihan.

Iman tergamam menyaksikan peristiwa itu didepan matanya. Jantungnya mula berdegup kencang. Dia pun berundur ke belakang secara perlahan-lahan. Tiba-tiba bahunya disentak kasar “ Kau nak kemana budak baru, jom lah kita berbual-bual sekejap, kan kita baru jumpa semalam.. kau kata nak bawa hadiah untuk kami kan? " Beberapa orang budak tiba-tiba muncul dari belakang. Salah seorang dari mereka yang berbadan besar terus memeluk leher Iman dengan sebelah tangannya dan mengheretnya dengan kasar. Iman cuba juga meronta untuk melepaskan diri, tetapi ternyata budak itu sungguh kuat. Mereka terus membawa Iman kebelakang bangunan ketempat budak-budak tadi.

" Oh, kita ada tetamu pagi ni. " Belok sahaja Iman terus disapa oleh salah seorang dari mereka yang duduk diatas sebuah meja. lagaknya seperti ketua disitu. Manakala yang lain sedang sibuk mengerumuni dua orang budak, sambil tangan-tangan mereka menampar dan menumbuk mereka. Kasihan sungguh budak-budak itu dikerjakannya.

Dalam suasana itu sempat juga Iman mengira jumlah mereka. Kesemua yang terlibat ada sepuluh orang, seorang yang sedang duduk, lima orang sedang membelasah dua orang budak. Manakala empat orang lagi baru sampai bersama Iman.

" Korang 'cek' beg duit dia. " Yang sedang duduk tadi terus memberi arahan. Dengan berkaca mata hitam lagaknya tak ubah seperti seorang komander askar.

" Eh, apasal korang ni!!? " Iman cuba berkeras dan menepis tangan-tangan mereka yang cuba menyeluk saku seluarnya.

Tiba-tiba mukanya disiku, Iman terkejut dan terus menekup mukanya sambil menahan kesakitan. " Arghh!! Aduh!! " Ketika Iman menekup muka, tiba-tiba lututnya pula ditendang dari belakang hingga dia pun jatuh melutut dan dari celah-celah jari Iman lihat dengan jelas sebatang kaki melayang menuju ke arah mukanya lagi.

No comments:

Post a Comment