Thursday, November 4, 2010

Pencari Cinta - 17

PAGI


“ Iman bangun.., dah subuh ni.., bangun mandi sembahyang kemudian bersiap untuk pergi kesekolah... ” Mak Su menjerit perlahan sambil mengetuk bilik Iman..

Namun tiada jawapan. Iman masih lagi tidak sedar. Mak Su meninggikan sedikit suaranya agar Iman bangun, dan akhirnya Iman pun bangun…Iman terus kebilik air untuk membersihkan diri.

Selepas solat dan berdoa Iman duduk termenung sekejap, kemudian hatinya pun berbisik “ Aduh, malasnya aku nak pergi sekolah. Kan seronok kalau aku tak payah sekolah. Tapi.., walau macamana pun aku kena juga pergi sekolah. Aku tak suka betullah sekolah baru aku ni. “ Iman mula menongkat dagunya sambil bersila. Tiba-tiba Mak Su mengetuk pintu biliknya

“ Man, dah siap Man? “

“ O.k, siap. “ Ringkas sahaja jawapan Iman.

" Ah! Tak kisahlah, pergi je lah. " Akhirnya dia berjaya memujuk hatinya walaupun terpaksa. Iman pun bingkas bangun masuk ke bilik air. Selepas sembahyang dia pun mengenakan pakaian seragam sekolah. Kemudian dia pun menyiapkan beg, menyandangnya ke bahu dan terus keluar bilik dengan muka yang agak mendongkol.

“ Selamat pagi Mak Su, Pak Su. ” Iman memberi ucapan selamat pagi dengan nada yang agak hambar sambil melintas dihadapan mereka. Sungguhpun begitu loghatnya kini sudah bertambah baik. Kini dia berjaya membiasakan dirinya dengan suasana.

“ Ha, selamat pagi, cepat sikit makan.. kita dah lambat ni. ” Jawab Pak Su.

Iman hanya membisu sambil makan Bihun Goreng yang tersedia untuk bersarapan. Iman buat muka malas nya nak pergi kesekolah, tapi apa kan daya nak tak nak terpaksa juga dia pergi kesekolah.

“ Barang-barang keperluan sekolah sudah masukkan dalam beg? nanti tertinggal susah pula nak belajar?” Mak Su tanya dengan penuh prihatin,

“ Sudah.., semalam lagi saya dah siapkan. Tapi.., Mak Su saya malas la nak pergi sekolah... Saya mengantuk. ” Jawab Iman cuba memberikan alasannya

“ Hish, budak ini... Mana boleh macam tu… Awak baru masuk sekolah dua hari, dah tak nak pergi sekolah. Mula-mula memanglah mengantuk.., tapi nanti bila dah biasa nanti.. o.k lah tu... Lagi pun itu kan ilmu.., Rasulullah paling suka umatnya menimba ilmu, jadi kamu kenalah bersabar, faham. ” Pujuk Mak Su.

No comments:

Post a Comment