Tuesday, November 2, 2010

Pencari Cinta - 15

KELUARGA SAYA


" O.k, o.k.., kalau begitu senanglah kerja kita. Saya tak tahu yang En. Alim dah tahu perkara ni. Oh.., mereka telifon tadi. Hm.., baiklah kalau begitu kita jumpa kat tempat biasa. Baik, baik saya jumpa sekarang. Memang betul saya pun dah meluat tengok budak tu. Hm.., o.k saya pergi sekarang. " Pak Seman mengakhiri perbualan telifonnya dengan En. Alim.

" Eh, Pak Seman.., nak kemana pula ni? "

" Ntah Pak Seman, kami tengah bincang ni nak naikkan Pak Seman jadi pemimpin ni. "

" Ha.., eloklah kamu bincang-bincang dulu. Tapi aku kena pergi sebab aku ada urusan lain. Aku kena selesaikan masaalah orang ni. "

" Ha.., baru nama pemimpin. " Pak Seman hanya tersenyum bangga kerana dipuji begitu. Jalannya dikawal persis seorang wakil rakyat. Senyuman meleret hingga terbawa masuk kedalam kereta 'Volkswagon' nya.

" Ingat, kata-kata aku tadi. Perjuangan mesti diteruskan. " Sempat juga Pak Seman meninggalkan kata-kata terakhirnya.

Kereta Pak Seman bergerak tenang dan perlahan. Wajahnya dikawal supaya kelihatan berwibawa. Maklumlah seorang pemimpin. Dalam hatinya berkata-kata.

" Bagus juga kalau aku jadi pemimpin. Buat apa aku berjuang selama ni kalau tidak ada apa-apa imbuhan. Boleh tahan juga pengaruh aku ni.., sampai semua orang kagum bila dengar aku bercakap. " Selang tidak berapa lama kemudian semua kenderaan bergerak perlahan.

" Ish, ni eksiden lah ni. " Pak Seman membuat andaian. " Dah lah jalan sempit... Tapi kalau akulah pemimpin, dah tentu aku besarkan jalan ni. " Kereta mula berderet-deret. Tidak lama kemudian Pak Seman pun tiba ke tempat punca kesesakan.

" Oh.., patutlah.., mat rempit eksiden rupanya. " Sebuah motor melekat dengan sebuah kereta dari arah yang bertentangan. Penumpang dan penunggang sudah tidak kelihatan lagi.

" Hei.., apalah nak jadi dengan kau ni mat rempit, betul-betul menyusahkan hidup orang lain. " Pak Seman meluahkan perasaan marahnya didalam hati. " Mereka ni tak tahu erti perjuangan yang sebenar. "

Marah betul Pak Seman dengan apa yang berlaku. Tiba di jalan yang agak lapang dia pun memecut keretanya.

Sementara itu di warung Pak Seman, mereka masih rancak lagi berborak-borak, tiba-tiba datang sebuah motor dengan dua orang diatasnya dalam keadaan laju dan brek mengejut. Yang dibelakang terus membuka helmetnya.

" Mak Lijah mana? "

" Kau apa hal ni Mid, apa dah jadi ni? Kau orang buat apa dengan berdarah-darah ni. " Salah seorang yang sedang duduk mewakili semua orang yang ingin tahu apa yang sedang berlaku sebenarnya.

" Cepatlah.., tak ada masa lagi ni. "

" Eh, ni apa hal bising-bising ni? Ya, Allah kau ni apahal pulak Mid berdarah-darah ni? " Tiba-tiba anak perempuan Pak Seman muncul dari dapur.

" Macam ni cerita dia kak. " Budak itu pun menceritakan kisah yang sebenar kepada anak Pak Seman. Sementara itu Mak Lijah yang sedang memasak didapur pun terperasan dengan apa yang sedang terjadi, dia pun tertinjau-tinjau.

" Ni apa ke hal nya ni? " Mak Lijah tak puas hati dia pun datang kepada mereka. Dia lihat anak perempuannya menangis, manakala yang lain pula hanya tertunduk diam.

" Eh, ni apa cerita sebenarnya ni? " Mak Lijah pun bersuara. Agak tinggi juga suaranya.

" Anak Mak Lijah eksiden... "

" Hah! Eksiden? Teruk ke? Kat Mana dia sekarang !? "

" Teruk Mak Lijah.., sekarang ni dia kat hospital. " Tiba-tiba Mak Lijah menjerit kuat.

" Ya Allah Boy..! Anak aku...! " Mak Lijah pun jatuh pengsan.

" Mak, mak, ya Allah mak... " Semua orang kelam kabut.


69

" Tapi percayalah dengan abang, abang nak bawa Liza dan keluarga kita semua ke jalan yang benar. Liza.., berilah abang peluang. "

" Liza bukan apa bang, dah banyak kali kita cuba, tapi tak berjaya. Abang terlalu kasar dalam mendidik. Dengan Kak Su dulu pun begitu. Abang kasar dengan dia sampai dia pun lari dari abang, bukan sebab dia cemburu dengan saya sebagai isteri kedua.., tapi kami sebenarnya dah lama tak tahan dengan sikap dan perangai abang. Saya ni manusia bang, bukan haiwan yang abang boleh pukul sesuka hati. Sekarang ni hidup saya lebih aman bang, saya harap abang jangan ganggu saya lagi. "

" Tapi Liza... "

" Cukup bang, saya dah bosan. Abang jagalah Johan tu baik-baik. " Liza terus meletakkan ganggang telifon menamatkan perbualannya malam itu bersama En. Alim..

" Aduh... Apa dah jadi dengan aku ni? Kenapa keluarga aku porak peranda macam ni... Isteri pertama aku lari, isteri kedua aku pun lari.., kini tinggal aku dengan Johan anak aku yang sulong. Anak aku lagi empat orang pun tak mahu tinggal dengan aku, semua ikut mak dia yang pertama. Apalah nasib aku ni. " En. Alim merintih didalam hatinya. Lama juga dia duduk termenung. Tiba-tiba fikirannya teringatkan Mukhriz.

" Tapi lepas ni kau tidak akan terlepas lagi. Berani kau curi duit masjid. Budak liar macam tu mesti diajar. Berlakon pandai, sembahyang konon, pura-pura baik, tapi sebenarnya setan bertopengkan manusia. " Tiba-tiba En. Alim terdengar bunyi pintu rumahnya dibuka. Dia lihat jam menunjukkan pukul 1 a.m. "

" Baru balik Johan. Jumpa kawan ya. "

" Ya ayah. Ayah tak tidur lagi? " Lembut suara Johan ketika bercakap dengan ayahnya menandakan dia seorang anak yang baik.

" Oh, tak.., belum lagi. Johan tidurlah dulu ya. "

" Baik ayah. "

En. Alim tahu anak dia Johan yang membuka pintu tersebut. Hanya dari atas tangga sahaja dia menegur Johan tanpa perlu dia bertemu dengannya.

" Aku tahu mendidik keluarga aku. Kalau aku berkasar pun atas sebab-sebab tertentu. Tapi memanglah aku pukul bini aku tu kuat. Tapi sebenarnya itu untuk pengajaran mereka. Tapi kenapa aku selalu pukul mereka?... " En. Alim terfikir sejenak. Lama juga dia termenung. " Ah..! Kenapa mereka tidak melihat contoh yang ada?... Sekarang ni Johan dah pun 20 tahun, berpelajaran. Maka Johan adalah bukti kejayaan aku mendidik.., dan besok aku akan ajar budak samseng yang kat masjid tu pula. " Bentak En. Alim didalam hatinya.

No comments:

Post a Comment