Monday, November 8, 2010

Bersaksikan Bulan dan Bintang

"Mama.." Shahira Jazrina meminta simpati. "Mama tak tau. Cakap dengan papa kamu!" Datin Zahara menjeling suami di depan.

"Papa.." Sasarannya pula pada Dato' Zahrin

"That's my decision!" Kata-katanya tegas.

"It's your's, but not mine!" Air dikelopak mata cuba ditahan daripada terus mengalir. Dia masih lagi terkejut dengan kata-kata papanya tadi.
"I know you'll be happy my dear!"

"Papa..macam mana papa tahu sedangkan tangkai hati anak papa ni masih belum dipetik lagi olehnya."

"Come onlah Shira. Papa tahu what's good for you! Mana ada ibu bapa yang tak mahu melihatkan anaknya bahagia. Tipulah kalau ada ibu bapa yang sanggup melihat anak mereka sendiri menanggung derita dari hasil perkahwinan. Believe me honey, you'll be happy. Even more happier than now!"

"Papa..please understand me will you! I'm only 26 papa. I'm not ready yet!" Dia pasti alasan itu kukuh untuk dia lari dari kenyataan ini.

Kenapa perlu dia dipaksa berkahwin dengan orang yang tidak dikenalinya. Dia tak mahukan semua tu.

"Bersedia atau tidak..itu bukan pucuk pangkalnya Shira. Anak papa akan belajar segalanya setelah berkahwin kelak. Shira pasti akan gembira..percayalah kata-kata papa."

"Well..mama! Please say something."

"Mama takkan komen apa-apa sebab mama tahu papa kamu buat keputusan yang baik." Datin Zahara menjungkitkan bahu. Dia tersenyum manis. Dia tahu suaminya tak pernah buat kesilapan.

"By the way..who is he sehingga papa beria-ria benar nak jodohkan dia dengan Shira?" Shahira masih lagi memberontak.

"Well..get to know him. You'll meet him soon."

"Cepatnya?"

"Ialah. Perkahwinan kamu pun tak lama lagi. Kalau dihitung balik cuma tinggal 4 minggu dari sekarang. Aha 4 minggu je tepat 28 hari." Datin Zahara mula membuat perkiraan. Entah apa-apa barang yang dikeluarkannya dari dalam almari belakang tadi.

Sekarang dia tengah sibuk mengelap perkakas-perkakas silver Queen Anne, membantu Mak Mah orang gajinya itu. Rajin benar dia menyiapkan segalanya untuk perkahwinan anak perempuan bongsunya ini. Esoknya pula, dia akan mengikut Datin Anna untuk membeli
perkakas untuk bilik pengantin. Dia perlu segera bersiap.cuma tinggal 28 hari saja lagi.

"Papa you should not do this to me!"

"Segalanya dah terlambat." Dato' Zahrin bersuara.

"Shira.jangan macam tu sayang. Ikutlah cakap papa kamu tu. Mama dulupun, masa nak kawin dengan papa dulu.tak pernah pun mama bantah cakap tok wan dengan tok mama kamu. Masa tu pun mama tak pernah kenal papa kamu sehinggalah saat papa kamu menyarungkan cincin perkahwinan untuk upacara membatalkan air sembahyang. Masa tu, barulah mama tahu siapa suami mama. Begitu juga papa. Tengok, betapa bahagianya hidup kami. Masih kekal sampai sekarang!"

Ya Allah! Lagi teruk dari dirinya sendiri. Sekurangnya dia masih ada peluang untuk berjumpa dengan lelaki itu. Bukan seperti mama dan papanya dulu, hanya bersua setelah diijabkabulkan.

Sepatutnya aku bersyukur, bukannya bersungut! Telahnya sendiri dalam hati. Kesedaran mula menyelinap ke dalam jiwanya. Semakin lama, gundah dihati semakin pulih. Lama dia mendiamkan diri,cuba mencari jawapan yang paling sesuai untuk dituturkan.

"Well..as u assume. Get to know him first! Mama, mama tak perlu risau. Shira akan cuba menyayangi dirinya!" Dato' Zahrin dan Datin Zahara tersenyum riang. Tanpa perlu bertekak dengan lebih panjang, akhirnya anak itu bersetuju walhal dia baru sahaja nak ditunangkan.

Sengaja cincin arwah ibunya ditunjukkan pada Shahira agar anak itu tahu yang dia benar-benar serius. Dato' Zahrin tersenyum kelegaan.

***

Emm,.rasa macam tak percaya je dia kena tipu bulat-bulat dengan mama dan papa tempohari. Rupanya cincin tu pemberian arwah nenek kepada ayah sewaktu nenek meninggal dua tahun yang lalu.

Gembira ke dia? Malam semalam dia selamat ditunangkan dengan bakal suaminya, Nazman Affandy. Tapi sampai sekarang ni dia masih tak kenal bakal suaminya itu. Mama kata, masa kecil-kecil dulu mereka selalu bersama. Masa tu umur dia baru 3 tahun. Manalah nak ingat pada umur macam tu. Masih terlalu kecil untuk mengingatinya. Tapi, bakal bapa dan ibu mertuanya itu orang yang baik. Mereka mudah mesra dengannya walaupun sudah hampir 24 tahun tak bertemu.

Dia tersenyum sambil membelek-belek cincin emas putih bertakhtakan sebutir diamond diatasnya. Ringkas sahaja pemberian mereka tapi menampakkan keharmonian pada rekaannya. Entah kenapa dia rasa sayang pada cincin tu. Mungkinkah aku akan menyayangi lelaki ini sepertimana aku mula menyayangi cincin ini? Dia menelah hatinya sendiri.

Atas pemintaan dia, dia hanya ingin berjumpa dengan bakal suaminya itu hanya pada hari ijabkabul mereka nanti. Dia nak merasa apa yang mamanya rasakan dulu. Dia nak alaminya sendiri. Dia dah buat keputusan tu semalam semasa mamanya mengunjukkan gambar Nazman semalam dalam sekeping sampul surat. Sampai hari ini, gambar itu masih dalam laci meja soleknya. Dia berbaring di atas katilnya. Memandang ke siling yang cantik berukir dengan plaster putih yang ditempah khas dari Eropah.

"Termenung?"
"Eh..mama! Bila mama masuk?"
"Hah..sampai mama masuk pun kamu tak sedar Shira. Macam berjalan atas angin pulak ye mama ni. Dah, pergi bersiap!" Sengihannya mati disitu sebaik sahaja Datin Zahara menyuruhnya bersiap.

"Bersiap? Nak pergi ke mana?"
"Nak pergi beli barang kahwin kamu lah. Apa pun tak beli lagi ni. Kejap lagi auntie Anna kamu sampai."

"Mama pergi ajelah dengan auntie Anna."

"Siapa yang nak kahwin. Mama ke kamu."
"Kenapa pulak?"
"Ialah. Nak suruh mama yang ukur badan untuk majlis perkahwinan kamu ye!"
"Kan kita sama saiz."
"Jangan nak ngada. Badan mama ni sama saiz je dengan kamu, tapi tak sefit kamu. Kamu tu anak dara lagi. Mama ni dah jadik tok dara kamu tau tak! Dah, cepat siap. Mama tak nak auntie Anna kamu tu tunggu nanti!"

Dia melangkah malas. Apalah perlunya pergi ke sana untuk mengukur baju.
Tak boleh ke ajak saja tailor tu ke rumah ni untuk ukur baju aku. Cheh! Macam lah anak raja, teringin itu ini. Dia tersengih seraya terus melangkah laju untuk ke tandas.

*** ***

Emm..tak sangka. Keputusan papa dia terima dengan hati yang terbuka tanpa bantahan. Mama pun nampak happy semacam je bila dia telefon 2 hari lepas. Kini dia dalam perjalanan ke airport Heathrow. Malaysia.

Tunggukan kepulangan aku nanti. Nazman Affandy tersenyum puas. Dia ingat lagi tunangnya itu. Ketika itu usianya baru mencecah 7 tahun dan Shahira pula baru masuk umur 3 tahun. Kecil lagi dia tika itu.

Kenangan lalu mencuit tangkai hatinya seraya membuatkan dia tersengih sendirian. Malam tu macam biasa mereka akan makan bersama keluarga papa Shahira, Dato' Zahrin. Entah kenapa malam tu mood dia agak kurang baik setelah mamanya memaksa dia untuk turut serta sekali tanpa abangnya Nazril Affandy. Dia terasa bosan sangat pada malam itu.

Tiba-tiba Shahira turun bersama-sama anak patungnya. Matanya mula bersinar. Dia tersenyum penuh kenakalan apabila Shahira mula mengajaknya untuk bermain. Tanpa berlengah, segera dia mengatur langkah membontoti Shahira.

"Awak..bak sini benda tu." Shahira menjulurkan lidahnya tanda tidak akan memberi dia meminjam anak patung kesayangannya itu.

"Eeee..sombongnya. Orang nak pinjam je..!" Nazman semakin berkeras.

"Eeeeee..tak malu. Ni mainan orang pompuan je lah!" Shahira menjulurkan lidahnya sekali lagi.

"Eeeeee..tak malu. Ni mainan orang pompuan je lah!" Nazman mengajuk kepelatan bahasa Shahira.

"Bagilah orang pinjam sekejap. Sekejap pun jadilah." Nazman cuba memancing sekali lagi.

"Tak bolehlah. Shira tak nak kasi kat abang." Dalam kepayahan dia menuturkan ayat itu. Nazman semakin bengang kerana apa yang dikehendakinya tidak diberikan. Segera dia menghampiri Shahira. Patung ditangan Shahira cuba dirampas. Shahira tidak mahu melepaskan pelukan. Nazman masih berdegil, cuba merampas patung tadi dari tangan Shahira.

"Lepaslah." Nazman bersuara.
"Tak nak." Dalam kepelatan Shahira bersuara. Mereka masih menarik anak patung tu. Nazman menarik tangan sebelah kiri dan Shahira pula menarik kaki sebelah kanan.

Prak!!!!!!!!!!!!!! Kedengaran bunyi koyak. Habis semua isi-isi kacang hijau didalam patung itu bertaburan ke lantai. Shahira menangis. Nazman jadi tak tentu arah.

"Jangan lah nangis." Dalam nada kegeraman Nazman cuba memujuk. Tangisan Shahira semakin galak. Nazman jadi panik. Dia tak tahu bagaimana harus dia meminta maaf pada Shahira dan memujuk budak kecil itu supaya diam.

Akhirnya, tanpa berlengah terus Nazman keluar dari bilik dan mengunci Shahira didalam. Sebaik sahaja dia keluar dari bilik itu, Datin Zahara sudahpun memanggil mereka semua untuk makan. Segera dia berlari mendapatkan mama dan papanya.

"Naz mana Shira?" Mamanya menyoal.
"Aha mana Shira?" Papanya pula menyampuk.
"Tak tahu." Dia menjawab ringkas.
"Lah mana pulak perginya Shira ni." Dato' Zahrin bersuara membuatkan dia rasa seperti hendak terkencing pada saat itu.

"Bibi.tolong panggilkan Shira." Datin Zahara mula mengarahkan pembantu rumahnya untuk memanggil Shira. "Makanlah dulu. Biarkan Bibi yang cari Shira. Ada dia tu. Mungkin kat atas kot." Datin Zahara membuat telahan sendiri.

Kelihatan Bibi terkocoh-kocoh melangkah ke ruang hadapan untuk naik ke atas mencari Shahira. Sedang mereka enak menikmati juadah, datang Bibi dalam keadaan kelam-kabut. "Ibu, Shiranya enggak ada dalam kamarnya bu. Di merata tempat jugak sudah dicari, tapi enggak bisa ketemu. Gi mana ni bu?"

Mendengarkan begitu, Datin Zahara mula panik.

"Mana pula Shira ni bang." Kelihatan muka Datin Zahara pucat.
"Tak apalah, kita cuba cari dulu. Lepas tu kalau tak jumpa kita report sahaja pada pihak polis tentang kehilangan Shira." Mendengar sahaja nama polis disebut, dia terasa bagaikan ingin terberak. Ketakutan mula menyelubungi. Dia terduduk sebentar. Yang lainnya sudah mula sibuk mencari. Dia semakin takut apabila mereka betul-betul tak terjumpa Shahira. Kenapalah mereka ni biol sangat, kenapa tak dicari sahaja dalam bilik Bibi.

Dia ternampak Dato' Zahrin mula duduk di tempat menelefon. Datin Zahara pula menangis teresak-esak. Dia pasti papa Shira pasti akan menelefon pihak polis. Segera dia menghampiri Datin Zahara.

"Sebenarnya auntie, Naz tahu Shira kat mana." Dalam ketakutan dia bersuara. Segera dia mengatur langkah menuju ke bilik Bibi sambil menarik tangan Datin Zahara. "Dia ada kat dalam ni." Tuturnya ketakutan.

"Shira." Datin Zahara mula melaungkan nama Shahira dari luar pintu yang berkunci itu. "Mama." Shira membalas.
"Cari kunci pintu ni cepat." Segera Bibi berlari untuk mendapatkan kunci spare yang berada di dalam almari di ruang tamu.

Seketika kemudian pintu telahpun dibuka. Serta-merta Shahira memeluk mamanya.

"Macam mana boleh terkunci kat dalam tu?" Datin Zahara mula menyoal Shahira.
"Abang ni yang kunci." Nazman terkedu. Mama dan papanya sudah mula mentalakan mata kearahnya.

Malam tu, dia ingat lagi. Dia di marah teruk dengan mama dan papa. Mama dan papa Shahira pun taklah marah seteruk tu, malah turut memihak padanya kerana bagi mereka itu bukan salahnya.

Disebabkan terlalu malu dengan keluarga Dato' Zahrin, papa dan mamanya tidak kerap ke rumah mereka lagi. Dan akhirnya, mereka berpindah ke London kerana papanya dihantar untuk bertugas disini.

Sejak itu, mereka tidak pernah bertemu lagi. Kedengaran pengumuman penerbangannya ke Malaysia. Khayalannya mati disitu. Segera dia mengangkat punggung terus berjalan menuju ke pintu 5 dimana pesawatnya sedang menanti. Dia tersenyum puas. Selamat tinggal Heathrow. Malaysia, here I come.

Segala persiapan telahpun tersedia. Mama memang cekap kalau bab-bab menyiapkan perkakas perkahwinan ni. Teringat lagi masa abang Nazril kahwin dulu. Mama sanggup balik ke tanah air untuk mengambil tepak sireh arwah neneknya dulu. Ialah, kalau nak cari kat negara jiran tu, mati hidup semula pun, belum tentu mereka boleh jumpa. Kini, tepak sireh tu akan menjadi salah satu dari hantaran dia kepada pihak perempuan nanti.

Malam tadi, masa dia tiba dirumah seisi rumah semua terkejut dengan kehadirannya. Katanya nak balik minggu depan tetapi sebabkan dah tak sabar nak pijak bumi Malaysia, tempat kelahirannya ini, dia terus menempah tiket untuk pulang ke Malaysia. Pada abangnya telah diingatkan supaya tidak memberitahu mama akan kepulangannya nanti. Abangnya pula akan pulang minggu hadapan sepertimana yang mereka rancang sebelum ini.

"Kenapa balik awal?" Datin Farhana, mamanya menyoal. "Saja ma. Bolehlah Naz tolong sesikit apa-apa yang perlu. Lagipun, saja nak ambil berkat tanah kelahiran sendiri."

"Berkat apanya kamu ni Naz. Berkat ke, atau dah tak sabar nak tengok bakal isteri." Mak Long Farahin mula bersuara. Tangannya ligat mencucuk bunga bunga untuk gubahan. Kalau bab gubah-menggubah ni, berikan sahaja pada Mak Long Farahin, pasti cantik mengalahkan penggubah-penggubah yang ada kat tanahair ni. Kalau tak masakan orang semua memuji gubahan-gubahan Mak Long yang terdahulu.

"Mak Long ni ada jelah."
"Apanya pulak. Betul apa yang Mak Long kamu katakan tu." Mak Su Farhani pula menyampuk.

"Tak adalah."
"Tengok tu, malu-malu kucinglah tu. Usah kamu fikir nak jumpa dengan si Shira tu Naz.

Dia tak nak jumpa dengan kamu." Datin Farhana mula bersuara kembali setelah melihat anaknya terkulat-kulat menahan malu diusik oleh adik-beradiknya.

"Lah..kenapa pula?" Nazman menyoal. Melepaslah peluang aku nak jumpa dengan dia. Apalah angin budak ni agaknya sampai tak nak jumpa dengan aku, telah Nazman dalam hati.

"Aik..kan dah kata. Niat dia balik awal tu nak jumpa dengan tunang le tu." Mak Long Farahin mengusik lagi. Usikan Mak Long Farahin memaksa dia untuk melupakan jawapan kepada pertanyaannya tadi. Biarlah..mungkin Shahira ada sebab-sebabnya yang tersendiri.

"Biasalah tu kak long. Orang, kalau dah gatal nak kahwin memang macam tu." Mama pula menyampuk membuatkan dia rasa darahnya sudah mula merembas ke seluruh mukanya menahan malu yang teramat sangat. Mak Su Farhani pula hanya tergelak kecil menahan kelucuan.

"Mama ni ada jelah." Dia menghampiri seraya memeluk Datin Farhana. Mencium pipi mamanya itu berkali-kali.
"Amboi, manjanya dia dengan mamanya." Dato' Hisham yang tiba-tiba muncul di belakangnya menepuk bahu dia perlahan. Segera badan dipusing untuk memeluk papanya pula.

"Awal Naz balik."
"Saja je pa. Dah lama sangat rasanya tak jejak kaki kat Malaysia ni. Papa pinjam kereta boleh tak?"

"Kamu nak kemana? Lagipun tau ke kamu jalan-jalan kat KL ni?"
"Mama signboard kan banyak. Saya bukannya tak pandai membaca mama!"

"Naz nak kemana?"
"Naz ingat sesaja je nak makan angin. Manalah tau kot-kot terjumpa bidadari ke kat pekan tu nanti."

"Amboi-amboi. Tengoklah tu. Dah jadi tunangan orang pun masih lagi nak menggatal. Eh cik abang, ingat sikit yang awak tu dah nak menikah dua minggu lagi. Jangan ngengada nak buat pasal pulak ye." Dia tergelak kecil dengan leteran Mak Long Farahinnya. Mak Long memang macam gitu.

Tengok sajalah masa Maisara nak kahwin dulu. Mama kata, jangan haraplah nak keluar rumah seminggu sebelum diijabkabulkan. Alamat tak berserilah hari pengantin nanti. Sudahnya, terperuklah Maisara dirumah tanpa dibenarkan menjejak tanah kat luar tu langsung. Mak Long ni banyak pantang larangnya. Semuanya ikut keturunan mama lah ni.

Nazman masih tersenyum mengingatkan perkahwinan Maisara dulu. Itupun, dia hanya dapat melihat melalui videocam sahaja kerana tak dapat pulang ke tanahair.

"Mak Long, saya taulah jaga diri."
"Suka hati kamulah Naz." Dan Nazman telahpun hilang dari pandangan mereka.
"Naz nak kemana?" Papanya mula menyoal.
"Naz ingat sesaja je nak ambil angin kat KL ni. Dah lama sangat Naz tak kesini."

"Emm oklah. Nah. Naz pakailah kereta mama ni. Kereta papa kat dalam garaj, susah nak keluarkan sebab kereta Pak Long Amin kamu ada kat depan pintu garaj tu." Nazman tersenyum sebaik sahaja papanya menyerahkan kunci kereta BMW 328i milik mamanya.

"Hati-hati ye Naz. Mama kamu tu, kalau calar sikit pun dia mesti mengamuk bagai tak jumpa noktah. Maklumlah"

Nazman sudahpun hilang dari pandangan matanya. Dato' Hisham hanya mampu menggelengkan kepala. Kata-katanya tergantung di situ sahaja tanpa sempat dia menghabiskan ayat itu tadi.

*** *** *** ***

"So terimalah lagu seterusnya permintaan khas dari Linda di Setapak.
Dengarkanlah De Ja Vu dari kumpulan KRU" Kedengaran DJ bersuara. Siaran apa dia sendiri kurang pasti. Tak kisahlah dah lama sangat tak dengar lagu melayu.
Oh wajahmu
Beri gementar pada seluruh pelusuk badanku.
Tak percaya wanita dalam mimpi didepan mata
Ini masa dan tempatnya kau dan aku kan jatuh cinta.
Jangan cuba nafikannya kau rasa yang kurasa.
Walau tak pernah kita bertemu
Ku rasa kau dan aku Dejavu
Bagai dah berlaku kaulah wanitaku
Cinta dan asmara dejavu

Gedegang.tetiba kedengaran satu bunyi yang ganjil datang dari arah
belakang kereta milik mamanya. Segera dia keluar dari perut kereta dan
memeriksa bumper kereta itu.

Dalam kesamaran, kelihatan gadis di dalam kereta itu masih menekup mulut. Dia mendepakan tangan seolah meminta jawapan yang pasti dari gadis tersebut.

Segera gadis itu membuka pintu dan melangkah keluar dari kenderaannya.

"Dejavu" Nazman memulakan bicara. Terpegun dengan kecantikan asli gadis didepan matanya itu. Sudahlah cantik, tdudung dikepala menambahkan pula seri wajahnya. Nazman terpaku sementara.

"What did you say?" Gadis itu mengerutkan keningnya. Mengembalikan Nazman ke bumi nyata.

"Nop saya tengah sesedap dengar lagu dejavu kat radio tadi tetiba awak langgar kereta saya pula. So..macam mana ni?" Nazman mengangkat keningnya.

"Emmm..macam mana ek? Kereta saya pun kemek teruk juga." Gadis itu bersuara sambil menoleh ke keretanya. Bumper depannya hampir tertanggal. Maklumlah, hanya kereta Perdana V6 buatan Malaysia jadi taklah sekukuh kereta milik pemuda ni. Telah hati gadis tersebut.

"Kereta awak?" Nazman menyoal.
"Aha kenapa?" Gadis itu menjawab.
"Sendiri punya ke?" Nazman menyoal lagi.
"Ye kenapa? Ada masalah ke?" gadis itu semakin kehairanan dengan telatah Nazman.

"Senanglah ni kereta mama saya. Teruklah saya kena bebel ngan mama saya malam ni. Anyway, saya Daniel." Nazman membebel kecil. Entah kenapa dia membohongi gadis ini, dia sendiri tak tahu akan tujuannya.

"OhoI can see. I'm Zanura." Kereta mama rupanya. Ingatkan kereta sendiri tadi. For sure dia ni mesti anak orang kayakan. Kalau tak, takkanlah kereta mama dia BMW 328i latest series. Si gadis menelah.

"Tinggal kat mana?"

"Why don't we move our car to any other spot. Orang dah marah tu sebab jalan dah jammed ni." Nazman mengusul.

Anggukan dari gadis itu melajukan langkahnya untuk masuk ke dalam kereta. Gadis itu mula memandu apabila Nazman
mengisyaratkannya supaya mendahului. Dia berhenti betul-betul di tepi kereta Nazman.

"Kita nak kemana?" Gadis itu menyoal.
"Kita ke mana-mana sahajalah. Saya ikut awak." Gila nak usul. Dia bukannya reti jalan kat KL ni. Karang, kalau usul karang ada yang tak jumpa jalan balik karang.

"Ok just follow me ok." Hon dibelakang semakin galak berbunyi. Gadis itu mula bergerak dan Nazman mengikut sahaja dari belakang. Seketika mereka telahpun berada di Restoran Coffee Bean Jalan Ampang dan gadis itu meletakkan kenderaannya betul-betul di depan café tu. Tempat kosong didepannya segera ditunjukkan kepada Nazman dan Nazman segera memandu, memasukkan keretanya kedalam petak kecil itu. Tanpa menunggu Nazman, gadis itu telahpun masuk ke dalam café itu.

Seketika, dia keluar menatang dulang berisi dua air kopi dan mengarahkan Nazman supaya duduk di meja tepi sekali. Dan malam itu, mereka mengahbiskan masa bersama sehingga jam 2 pagi.

*** *** *** *** ***

"Shira wake up. Apa ni anak dara tidur lagi waktu hari dah meninggi." Suara Kak Long Shakila terdengar.

"Along bila sampai?" Dia menyoal seraya memeluk kak long tersayang.

"Malam tadi. Ingatkan nak minta kamu jemputkan kamu pula keluar entah kemana." Kak long mula membebel.

"Saja je keluar jejalan. So mana semua anak sedara Shira."
"Ada kat bawah tu tengah main dengan tok wan mereka. So apa perasaan adik akak ni?"
"Perasaan apa?"
"Ialah apa perasaan kamu. Bakal pengantin barulah katakan."
"Macam mana along rasa dulu?"
"Along lain"
"Kenapa lain pulak?"
"Ialah along kahwin dengan pilihan along sendiri. Kamu ni dengan pilihan orang tua."
"Entahlah along. Terlalu payah untuk Shira jelaskan segalanya. Mungkin dah tertulis yang Shira akan kahwin dengan pilihan keluarga agaknya."
"Adik along tak happy?"
"Shira akan happy kalau mama and papa happy along. Shira taknak kecewakan mereka. Lagipun, dah dua kali Shira tolak pinangan orang.

Orang tetua kata, kalau kali ketiga menolak juga alamatnya pakat tak kahwinlah Shira." Ada getar pada nada suaranya walaupun dia cuba berlawak. Kak long memeluknya seakan memahami.
"Along tak sangka adik along yang sorang ini tabah orangnya. Along ingatkan Shira ni lemah orangnya." Kak long tersenyum perli.

"Dah lah. Along yakin yang Shira pasti akan bahagia."
"Insyaallah along. Berkat doa semua Shira yakin Shira pasti akan bahagia."
"Dah pergi bersiap. Turun bawah pergi sarapan."

"A-ai Maam." Dia berseloroh. Mungkin untuk menutup kedukaannya tadi.
Kenapa perlu dia berduka?Dia gembira dengan pertunangan ini dan dialah orang yang paling gembira dengan persiapan perkahwinan yang hampir siap itu. Ya dah hampir 75 peratus semua kelengkapan telah tersedia. Cuma tinggal baju serta kelengkapan perhiasan badan saja yang perlu lagi.

Yang lain, semuanya dah settle. Kalau dihitung balik cuma tinggal 13 hari saja lagi. Emm cepat benar masa berlalu pergi. Rasa macam baru semalam dia ditunangkan. Dia mula melangkahkan kaki kedalam bilik air.


*** *** *** *** ***


"Naz Naz." Tubuh Nazman digoncang perlahan. Kantuknya masih berbaki.
"Awal lagilah mama."
"Awal kamu kata. Ni dah dekat pukul 2 petang tau. Jangan nak mengada.
Bangun cepat."
"Ialah." Dan dia menyambung balik tidurnya sebaik mamanya hilang dari pandangan matanya.
"Nazman Affandy." Suara mamanya keras menjerit dari bawah. Hah sudah,pastinya dia sudah tahu kejadian malam tadi. Nazman segera bangun dan meninggalkan katilnya yang berselerak. Langkah segera diatur laju menuruni tangga.

"What happen?"
"What happen you ask me? Sepatutnya mama yang tanya kat kamu apa dah jadi."
"Sorry."
"Mama dah agak dah. Kamu pergi mana malam tadi. Pukul 3 baru balik. Belajar-belajarlah duduk kat rumah. Awak tu darah manis, nanti terganggu payah. Kalaulah mak long kamu tahu yang kamu balik lewat malam tadi, pastinya dia membebel tak berhenti.

Kamu kena ingat sikit, jangan asyik nak merambu je. Umur dah 30, sikit pun masih tak boleh nak fikir. Mama bukan nak marah, cuma nak menasihat je. Kamu bukannya kecik lagi Naz. Dah besar panjang dah. Papa kamu tu dulu, umur kamu ni dah dapat Serina, adik bongsu kamu tu tau tak?"

"Mama"
"Ha..tengoklah tu. Ada sajalah yang dia nak cakap. Kalau dengar mama membebel, kalau tak menyampuk tak sah. Dari kecik sampailah ke besar, kamu ni memang suka bercakap. Kereta mama tu, macam mana boleh jadi macam tu. Kamu ni reti ke tak bawak kereta?"

"Semalam, masa Naz bawak tu ada seorang adik tu langgar."
"Adik? Perempuan ke?" Nazman mengangguk lemah. "Ha kan. Perempuan. Kamu jangan nak memain Naz. Kamu tu nak nikah dah. Tinggal lagi 13 hari je lagi. Kamu jangan fikir perkara ni memain. Habis tu, budak tu ganti ke?"

"Mama..takkanlah nak minta ganti kot. Diapun bukannya banyak sangat duit."

"Amboi kamu ingat mama ni cop duit ke? Mana kamu tahu dia tu orang tak banyak duit. Sempat menerumah dia pulak ke?"

"Mana taknya, dia ajak pergi minum."
"What Nazman. Are you out of your mind? Kamu jangan nak buat lawak antarabangsa dengan mama ye, mama tak suka. Kenapa kamu keluar minum dengan dia?"

"Dah orang ajak mama." Dia berbohong. Padahal dia yang ajak Zanura minum sama malam tadi. Kalau tak takkan sampai 2 pagi mereka bersama.

"Takkan kamu tak boleh nak menolak. Bukannya susah nak menolak. Ni tak lain tak bukan ni mesti budaknya lawa ni."

"Lawa ma. Macam bidadari mama. Bidadari yang selalu hadir dalam mimpi-mimpi indah Naz mama."
Dia mula berkhayal membuatkan Datin Farhana kegeraman. Segera tangan Nazman dikutil membuatkan jejaka itu mengaduh kesakitan.

"Dah kamu jangan nak berangan. Shahira tunang kamu tu pun apa kurangnya. Lebih cantik dari gadis tu mama yakin. Sebab Shahira memang yang tercantik dan pasti akan menjadi menantu yang paling cantik dalam rumah ni. Dah, pergi bersiap. Mama nak pergi bawak Serina pergi ambil bajunya untuk majlis tu."

Dia masih lagi duduk disitu walaupun mamanya dah berlalu pergi. Kan dah kata semalam, mama mesti mengamuk sakan punya. Nasib baik bebelnya kali ni pendek, tak macam selalu. Teringat masa di London dulu, ada jiran mat saleh datang mengetuk pintu bila terdengar bunyi-bunyi bising disebelah. Siap kena sound lagi dengan mat saleh tu supaya jangan bising-bising sangat, mengganggu jiran lah kononnya.

Kat sana kehidupan memang berbeza sikit dari kat sini. Bising sikit pun, jiran dah sibuk datang ke rumah meminta supaya kita diam sikit. Kalau kat sini, usahkan bising, kamu nak berperang pun orang tak kisah. Itulah keistimewaan Malaysia. Tak ambik port sangat, pendek kata tak kacau kain orang.

"Astagafirullahhalazim.apa lagi tu!" Dan dia segera bangun sebelum bantal hiasan yang mama campak tak mengena tubuhnya.

*** *** *** *** *** ***

Tup tap tup tap pejam celik pejam celik tinggal lagi dua hari je lagi dia akan diijabkabulkan. Tak sangka dia akan bergelar suami dalam masa beberapa hari saja lagi. Emmmkalau difikirkan, gila juga rasanya. Tapi sampai bila dia nak hidup membujang. Abang Nazril pun dah ada sepasang anak. Suhana pun dah kahwin dengan pilihannya sendiri dan kini sedang sarat mengandung. Serina pun dah kahwin dengan kawan baiknya,
emmm entahlah. Kawan baik sendiri pun boleh jadi suami macam manalah agaknya.

Bercerita pasal kawan baik, teringat pada Zanura. Entah kenapa dia rasa rindu pada gadis itu. Sepanjang minggu lepas dihabiskan masa bersama gadis itu. Dia menyenangi segalanya tentang Zanura. Nama Zanura sedikit sebanyak telah mula bertakhta dihatinya.

Sejak malam itu lagi dia telah jatuh hati pada Zanura dan dia yakin pastinya Zanura juga begitu terhadapnya. Malangnya dia telah mempunyai tunang. Dia pasti Zanura faham kerana masa mula-mula perkenalan lagi dia telah menerangkan duduk perkara yang sebenarnya pada Zanura agar gadis itu tidak salah anggap dengan perhubungan ini.

Tapi, setelah setiap hari bersama Zanura, perasaan ini tidak dapat ditipu lagi. Dia telah mula jatuh cinta dengan Zanura. Gadis itu telah berjaya membuka pintu hatinya. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia membatalkan perkahwinan yang akan berlangsung nanti. Tapi mengenangkan kedua mama dan papanya terlalu gembira, dia terpaksa menyembunyikan rasa cinta itu jauh ke dasar hatinya.

Telefon disisi berbunyi nyaring. Segera tangan mencapai sebelum ada yang mengangkat.

"Hello Daniel." Kedengaran suara itu, sayu.
"Za kenapa ni?" Nazman cemas.
"Za nak jumpa dengan Dany boleh tak?" Ada getar pada nada Zanura.
"Bila?"
"Sekarang."
"Kat mana?"
"Kat tempat pertama kali kita jumpa dulu."
"Kat Coffee Bean Jalan Ampang tu ke?"
"Aha."
"Ok.Dany datang sekarang."
"Sekarang tau."
"Iya." Dan talian dahpun terputus.

Segera dia menyarungkan sweater kegemaran. Tak pedulik dengan kemarahan mak long dan mama. Dia akan keluar sekejap je, bukannya lama.

Lagipun, mungkin Zanura ada masalah kot. Tu sebablah dia nak jumpa. Kunci SLK220 Compresser pemberian papa sebagai hadiah perkahwinannya disambar. Berjengket-jengket dia cuba keluar dari rumah. Dan akhirnya dia selamat keluar dalam kesibukan rumah
itu tanpa disedari leh semua yang ada. Dia melepaskan keluhan lega.

*** *** *** *** *** *** ***

Sesampainya di Coffee Bean Jalan Ampang, terlihat Zanura sedang duduk di sudut tempat pertama kali mereka duduk dulu. Segera di mencari parking dan meletak keretanya dalam keadaan selamat. Dia melangkah penuh yakin bila sudah pasti keretanya terkunci. Punggung dilabuhkan betul-betul di sebelah Zanura. Mata gadis itu memandangnya sayu.

"Kenapa Za minta Dany datang?"
"I have something to tell you Dany."
"What is it?"
"Uhhh.." Zanura mengeluh berat. Bagaimana harus diterangkan pada Daniel yang dia telah mula jatuh cinta pada lelaki itu sedangkan lelaki itu akan berkahwin tidak lama lagi. haruskah dia memberitahu pada Daniel tentang hasratnya ingin berjumpa dengan lelaki itu.

"Cakaplah Za."
"Uh I miss you Dany. I miss you so much! Za tak tahu kenapa tapi Za rasa tertekan sangat bila tak dapat berjumpa dengan Dany." Airmata Zanura berguguran.

Kenapa harus dia menitiskan airmata. Kalau keluar airmata darah sekalipun, dia tahu dia pasti tak akan memiliki jejaka ini.
Terlalu pasti kerana untuk memiliki Daniel adalah sesuatu yang mustahil. Jejaka itu bakal menempuhi kehidupan yang baru. Kehidupan yang akan membahagiakannya.

"Me too Za." Tangan Zanura diraih kedalam genggaman. Diramas-ramas dengan penuh kelembutan. Tepat sekali dugaannya. Dia memang pasti. Dari sinar mata Zanura, dia tahu gadis itu pasti menyimpan perasaan padanya sejak pertemuan pertama dulu.

"Bukan itu sahaja Dany. Za cuba tipu diri Za selama ni. Za selalu cakap pada diri Za bahawa Za tak pernah cintakan Dany. Tapi, semakin hari perasaan itu semakin memakan diri Za. Za dah tak dapat nak tipu diri Za lagi." Dan tangisannya berubah menjadi sendu yang teramat.

"Za Dany juga macam Za. Tapi, Za taukan yang Dany akan melangsungkan perkahwinan Dany hujung minggu ni."

"Dany batalkan perkahwinan tu."
"No way Za. Dany tak sanggup nak lukakan hati mama dan papa Dany. Lagipun, cuma tinggal dua hari saja lagi. Dah terlalu lambat untuk Dany batalkannya Za. Za fahamkan."

"Aha Za faham."
"Bukan niat untuk melukakan hati Za, tapi"
"Za faham Dany. Mungkin kita tak ditakdirkan untuk bersama."
"Za jangan bercakap begitu sayang. Bersaksikan bulan dan bintang pada malam ini, jika ada ruang untuk kita nanti kita pasti akan tetap bersama."

"Ya Dany maafkan Za. Za kena balik. Ada urusan yang perlu Za selesaikan.
Za keluar ni pun curi-curi je."

"Kenapa?"
"Berpantang." Dan gadis itu semakin hilang ditelan kegelapan malam.
Maafkan Nazman, Zanura.

*** *** *** *** *** *** *** ***

"Naz dah siap ke belum?"
"Dah mama."
"Cepat turun. Kita dah lewat dah ni."
"Ok."

Gambar tunang tercinta dimasukkan kedalam poket baju melayunya. Boleh tahan juga tunangnya ini. Benar kata-kata mama, Shahira memang cantik. Tapi, kalau nak dibandingkan Zanura dengan Shahira, Zanura lebih cantik dari Shahira.

Tapi pelik, sejak pertama kali dia menatap gambar itu sekejap tadi, dia dapat rasakan sesuatu. Sesuatu yang sama diantara Zanura dan Shahira. Mata, mulut dan hidung mereka seakan-akan sama.

Ya memang sama sangat. Ah apa perlunya lagi dia memikirkan tentang Zanura. Gadis itu telah pun hilang kerana dirinya sendiri.

"Naz" Kedengaran suara papa pula membuatkan lamunannya mati disitu. Segera langkah diatur penuh hati-hati. Sesampainya sahaja dia di tangga, semua orang memandangnya penuh terpegun.

"Hensemnya abang Ina." Serina yang berdiri disisi suami tercinta memecah keheningan yang tiba-tiba. Malaikat lalu agaknya tadi.

"Aha abang ngah kan memang dah lama hensem. Ina je yang tak perasan."
Dia berseloroh membuatkan semua orang tertawa kelucuan dengan pengakuan dia sendiri. Angkat bakullah pulak. Dia cuba menghilangkan rasa gabra dihati.

"Semua dah ok ye. Marilah kita bertolak sekarang." Dato' Hisham mula mengusul.
"Papa kalau tolak pakat tak sampailah kita malam ni." Nazman cuba berseloroh lagi. Entah kenapa dia rasa gabra sangat malam ni. Terdengar ketawa semua orang memecah lagi.

"Tu cuba nak hilangkan nervous la tu papa." Abang Nazril mula bersuara.
Ada senyuman sinis pada wajahnya membuatkan Nazman rasa macam nak belasah je dia. Nasib baiklah dah lawa-lawa pakai baju melayu, kalau tak naya je. Senyumannya dibalas dengan jelingan tajam Nazman.

***

"Dah sedia aaa. Pengantin lelaki dah tiba dah tu. Duduk Shira, jangan risau ok. Buat selamba je." Kak Long menasihati menghilangkan sedikit rasa gelisah dalam hatinya.

Ahhh macam manalah agaknya rupa Nazman bakal suaminya itu ye. Salah dia juga gambar yang diberikan padanya sebelum ini hilang pula disaat dia teringin sangat untuk menatapnya. Entah kemana perginya gambar tu agaknya. Saja je nak buat dajal supaya dia tak dapat tengok gambar suaminya itu. Penyesalan mula menyelubungi. Kalau dijaga dengan baik gambar tu, pastinya dia dah dapat tengok wajah bakal suaminya itu.

Kedengaran bait-bait doa dibacakan diluar. Getar dihatinya semakin terasa. Sedikit nasihat untuk panduan kehidupan suami isteri diberikan oleh kadi yang hadir. Dia juga mendengar dengan penuh ketelitian melalui corong pembesar suara yang dipasang.

Debarannya semakin hampir. Kini, tiba saat yang ditunggu.

"Aku terima nikahnya Shahira Jazrina Binti Zahrin dengan mas kahwinnya.." dan selebihnya sengaja dia tak nak dengar. Debaran semakin terasa. Dengan hanya sekali lafaz, dia kini telahpun bergelar isteri kepada tunangnya Nazman Affandy Hisham.

***

Dia melepaskan nafas kelegaan. Selepas selesai berdoa tadi, dia diberikan sedikit penerangan tentang cara-cara untuk mengajar isteri demi kehidupan nanti.

Sebelum akad itu tadi juga ada diterangkan panduan kehidupan sebagai suami isteri. Debarannya semakin terasa.

Sejadah yang dihulurkan untuknya menunaikan sembahyang kesyukuran dibawa bersama ke dalam bilik home teater seperti yang diarahkan.

"Amacam.ok tak along?" Nazman menyoal selepas selesai bersembahyang.
"Apa yang ok?"
"Ialah lafaz tadi. Ok tak?"
"Oklah tu. Bagus apa sekali je." Nazman tersenyum mendengar pujian dari Nazril.
"Naz cepat. Dah siap ke?"
"Dah ma."
"Ha cepat. Upacara pembatalan air sembahyang. Ni mama dah bawakan cincinnya. Mari mama ikut sekali."
"Saya ke kena sarungkan?"
"Ialah takkanlah abang long kamu pulak yang nak sarungkannya."
"Boleh juga ma." Nazril berseloroh.
"Usah nak mengada. Dah cepatlah. Isteri kamu dah tunggu dah tu."
"Ialah." Dan debarannya bermula lagi.

Dia mengatur langkah membontoti mamanya ke dalam bilik pengantin itu.

Dengan lafaz bismillah dia melangkah kakinya masuk kedalam bilik. Kelihatan isterinya sedang duduk bersimpuh dilantai. Wajahnya agak terlindung di sebalik tudung. Pakaian ala Amy Mastura ketika bernikah menjadi pilihan Shahira, bezanya dia bertudung. Debaran Nazman kian memuncak. Perlahan dia bertenggong untuk menyamakan paras kedudukan dengan Shahira.

"Assalammualaikum." Dia memulakan dengan memberi salam.

"Waalaikummussalam." Kedengaran Shahira membalas dan suara itu.

Ya suara itu. Seakan suara Zanura. Tangan Shahira diraih perlahan. Cincin emas bertakhtakan lima butir berlian disarungkan kemas ke jari manis Shahira. Dagu Shahira diangkat dan..

"Za." Terkeluar ayat itu spontan dari mulutnya. Terkejut bukan kepalang melihat gadis tercinta berada didepan mata. duduk bersimpuh di tempat isterinya. Eh...Zanura dan Shahira...orang yang sama.

"Dany" Airmata gadis itu merembas keluar. Shahira juga terkejut. Tak sangka lelaki yang dicintai adalah tunangnya...suaminya sendiri.

"Tapi dalam gambar ni." Cepat Nazman mengeluarkan gambar dalam poket baju melayunya dan mengajukannya kepada Shahira. Seraya itu terdengar tawa Shahira pecah membuatkan semua yang ada turut kehairanan seperti Nazman juga.

"Ini gambar Kak Long Shakila lah.kakak Shira yang dah ada 3 orang anak pun." Dan ketawa semua orang pecah tatkala mendengar duduk perkara yang sebenarnya.

"By the way the Zanura thing. Kenapa tak kasik nama betul." Nazman mengangkat keningnya.

"Macam Nazman juga, Daniel konon." Tawanya pecah lagi.

"Za eh Shira isteri abang bersaksikan bulan dan bintang malam ini, kita telahpun bersatu dalam ikatan yang suci sekali."

"Aha Shira cintakan abang." Dan semua orang telah hilang seakan memahami mereka.

"Abang juga begitu sayang." Shahira diraih ke dalam pelukan yang erat.

Pipi dan dahi Shahira dicium penuh kesyahduan. Termeterailah kisah cinta pilihan keluarga. Tapi.sebenarnya dalam rahsia.cinta mereka bersatu sebelum perkahwinan ini. Semoga bahagia dan kekal selamanya.

No comments:

Post a Comment