Tuesday, October 5, 2010

Takagi Sayang - 9

"Hi! Saya Azizan.. panggil Nor pun boleh Azizan pun boleh.. tapi Aznil selalu panggil Izan je.."

Aku terkaku. Wanita kecil molek berambut paras bahu itu kurenung lama. Manis.. memang manis, mukanya bulat bersih, ada sebutir tahi lalat di atas bibir kiri. Tubuhnya kecil molek.. ada la separas bahu aku sahaja, sangat menarik memakai sepasang kebaya pendek.


"Err.. hello?"Aku tersedar. Rupanya huluran tangannya belum bersambut.

"Err.. siapa tadi?"soalku.

"Izan,"gadis itu tersenyum.

"Dian,"Dia tersenyum menjeling tanganku yang masih bersisa inai di kuku.

"Err.. isteri Aznil ke?"soalnya. Aku angguk. Takkan kakak dia pulak..

"Dah berkenalan dah?"soal Aznil di belakangku.

Nampaknya dia sudah selesai memunggah barang-barang milik kawan baiknya itu. Hmmm… mana tak terkejut beruk aku. Aku sangkakan lelaki, rupa-rupanya perempuan… lawa pulak tu.

"Teruklah you Aznil.. I ingat wife you nie cousin you.."

"Ehh.. inilah permaisuri hidupku.. Diana Adurah.."

Izan Cuma tersenyum melihat Aznil memelukku mesra.

"Well.. Izan, barang-barang you I dah hantar ke bilik, kalau you nak guna computer ada kat bilik bacaan.. tanya saja Dian kalau you perlukan apa-apa.."

"Well.. rasa rugi pulak I tak attend wedding you.. mesti Dian lebih cantik masa tu.."Izan bersuara sambil merenungku tunak.

"Hmm.. kenapa you tak datang? Satu hari suntuk I call you tak dapat.."Izan Cuma tersenyum dan menjinjing note booknya.

"Cantik rumah you Aznil… patutlah you tak nak terima tawaran kerja kat KL.. kat sini pun you dah ada everything.. berapa ekar you buat projek ternakan udang harimau tu?"soal Izan

"ada la.. so far I dah ada 20 buah kolam.."

Aku Cuma memerhatikan saja mereka berbual-bual. Ina dan Fina sedang sibuk mengisi kuah laksa ke dalam mangkuk di dapur. Sejak pagi tadi mereka berdua sibuk di dapur.

"Along, tu ke bestfriend abang? Kata lelaki.."Ina memuncungkan mulut.

"Manalah along tau perempuan.. dah cepat hidangkan..”Gesaku sambil mencapai sepotong kek buah.

"Along nie.. macammana la tak tembam.. pantang nampak makanan…"Fina menggeleng kepala.

"Tak apa.. abang kau memang suka aku gemuk.. so biarlah aku gemuk sikit.. " sahutku selamba membuatkan Ina dan Fina menjuih bibir. Aku tersengih. Segera aku membawa sedulang minuman sementera Ina dan Fina membawa hidangan laksa ke ruang tamu.

"Ini adik-adik ipar I.. ini Ina, adik Dian nombor tiga dan ini Fina, yang nombor dua.."Ina dan Fina tersenyum sopan menghulur tangan.

"Jemputlah makan Izan,"pelawaku. Izan Cuma mengangguk.

"You memang tak lupa favourite I ye?"soal Izan sambil menyenduk kuah ke dalam pinggan.

"Mana boleh lupa.. Yan tak nak makan sama?"soal Aznil. Aku Cuma menggeleng, yang sebenarnya aku la tukang rasmi laksa itu tadi. Ina dan Fina Cuma tersengih melihatku.

"Kak Izan nie asal mana?"soalku.

"Johor, Johor Bahru, tapi keluarga menetap di Selangor sekarang.."gadis itu tersenyum manis.

"You bila lagi nak naik pelamin Izan?"soal Aznil. "Ala.. I baru 29 tahun.. releks la.."sahut gadis itu sambil tergelak.

"Emm.. abang makanlah dulu, kak Izan jangan malu-malu okey? Yan masuk dulu.."

Aku berlalu ke dapur. Di situ Ina dan Fina sedang menikmati laksa penang yang enak. Aku membuka peti sejuk dan mengeluarkan sebesen tebu yang sudah siap dikupas kulit.

"Along.. cantiklah kawan abang tu.."

"Iye la.. lawa betul.."sampuk Fina. Aku Cuma tersenyum. Memang tak kunafikan Azizan memang cantik, tak jemu mata memandang.

"Along, Ina rasa baik along control sikit makan.. along dah naik sikit sekarang ni tau.."adikku melahirkan kerisauan.

"Betul tu.. tengok along baru umur 23 dah macam 35 nanti.. baru padan muka.."

"Macammanalah badan along nie tak naik.. along nak kerja abang tak kasi.. kalau dulu tolong-tolong abah kat kedai okeylah juga.. ni duduk rumah jer.. makan tidur makan tidur la kerja along.."ujarku.

Memang Aznil yang suruh duduk diam-diam di rumah. Dua minggu selepas bernikah dulu memang aku ada mendapat tawaran bekerja di Kuala Lumpur. Tapi dah jadi isteri peladang terpaksalah aku menolak tawaran. Takkan aku nak tinggalkan dia kat kampung ni. Parah nanti menanggung rindu. Sudahnya aku jadilah macam sekarang ni. Mujur Aznil jarang membawa Kembaranya. Kalau bosan aku keluar ke rumah mak atau rumah mak mertua aku. Kadang-kadang aku membantu abah di kedainya. Sejak dua bulan menjadi suami isteri aku cuba sedaya upaya menjadi yang terbaik. Terkenang peristiwa-peristiwa sebelum melangkah ke alam perkahwinan dahulu.

Aku bingkas bangun dan mengeluarkan daging ayam dari peti sejuk. Tadi Aznil meminta buatkan gulai lemak ayam.

"Along.. kami balik dulu la.. tadi mak kata nak pergi kenduri kat masjid.. nanti bising pulak dia kita orang tak pergi.."

"La.. ingatkan nak tidur kat sini.."

"Lain kalilah.. lagipun esok nak pergi sekolah, ada kadet polis.."Ina dan Fina sudahpun melangkah keluar dari dapur dan menujuk ke arah motor.

"Iyelah.. kirim salam kat mak dan abah.."pesanku sebelum keduanya memecut meninggalkan halaman rumah.

Hari sudah beransur gelap. Aku segera masuk menyiapkan hidangan malam. Udang harimau kubuat masak sos, ayam gulai lemak cili api, kangkung goreng belacan dan salad timun. Sebelum kedatangan Azizan Aznil sudah memberitahu Izan tak makan daging dan telur. Dia juga alah kacang panjang. Hmmm.. nampaknya aku kena berhati-hati nak menyediakan makan minum cik puan sorang tu!

"Wahh… mesti sedap ni. Pandai Dian masak.."pujinya sambil melabuhkan punggung di atas kerusi.

"Ala biasa punya masakan je kak.. jemputlah makan.. Aznil lambat balik, dia pesan tadi makan dulu.."pelawaku sambil menghulurkan pinggan berisi nasi. Izan menyambut. Tadi Aznil memang ada menelefon ada masalah sikit di kolam udangnya dan mungkin balik lewat.

"Sorry la kalau kak Izan susahkan Dian.."pintanya.

"Eh tak apa.. asal akak selesa dah cukup bagi Dian,"mendengar itu Izan tersenyum. Kami sama-sama menikmati makanan.

"Dah lama Dian kenal Aznil?"soalnya tiba-tiba.

"Dari kecil lagi.. tapi tak adalah rapat.."jawabku jujur. Izan mengangguk dan meneruskan suapan.

"Aznil tu seorang yang menarik. Masa di universiti dulu ramai yang tergila-gilakan dia.. tak tau la kenapa dia boleh jatuh hati pada orang kampung.."

Suapan aku terhenti. Izan tersengih-sengih sendiri sambil meneruskan ceritanya.

"Dulu ada anak Dato’ sampai sanggup tukar course semata-mata nak sekelas dengan Aznil.. cantik budak tu.."

"Kiranya suami saya nie memang hebatlah masa di universiti dulu?"soalku.

"Memang hebat.. untung Dian dapat Aznil.."Aku rasa seleraku mati serta merta. Izan yang sedang asyik menikmati makanan kurenung lama. Apa tujuannya mengungkit kisah lama?

"Takkan anak Dato’ je kak.. anak Tan Sri tak ada ke?"soalku. Izan Cuma tersenyum.

"Cemburu ke?"soalnya selamba sambil menceduk kuah lemak.

"Setahu akak Aznil cukup tak suka perempuan kuat cemburu.. akak kawan dengan dia dah lama…"Aku menarik nafas.

"Kalau saya ni kuat cemburu tentu akak tak ke sini… terpulanglah apa saja anggapan kak Izan pada saya.."jawabku setenang yang boleh. Nasi yang kutelan terasa seperti pasir. Suasana di meja makan disambar sepi. Izan kulihat tidak serancak tadi menyuap nasi. Seleraku pula terbang melayang entah ke mana. Di fikiran cuma terbayang-bayang wajah Aznil yang masih belum pulang.

"Err.. akak ada kerja sikit.. akak masuk dulu ye?"Izan bersuara sambil membasuh tangan dan bangun meninggalkan meja makan.

Aku mengeluh perlahan. Langkah Izan kuhantar dengan pandangan kosong. Terngiang-ngiang di telinga kata-katanya sebentar tadi. Apa hina sangatkah aku sehingga dia berkata begitu? Jika benar Aznil menyukai gadis lain kenapa dia menerima aku sebagai isteri?

"Awak tak main-mainkan saya kan?"Aznil senyum sambil menanggalkan sampingnya.

"Takkan tak percayakan saya lagi.. baru tadi awak dengar tak saya lafaz ‘aku terima nikahnya Diana Adurah bt Haji Azmin dengan mas kawinnya RM22.50 tunai…’, takkan main-main lagi.."dia lantas melabuhkan punggung diatas katil yang berhias cantik.

"Kenapa awak tak pakai inai?"soalnya sambil membelek jariku yang bersih.

"Saya takut awak main-main.. sekali tak kawin malu saya je berinai macam pengantin.."jawabku.

"MasyaAllah.. sekarang nie kan kita dah sah jadi suami isteri.. kalau tak mau mengamuk ayah awak biar kita berdua dalam bilik ni.."Aznil tertawa kelucuan.

"Nil, awak kena janji dengan saya, jangan sakitkan hati saya dengan kerenah awak tu lagi, okey?"pintaku.

"Tak faham.."Aznil mengurut dagu.

"Saya tak kisah tau kalau hal-hal lain.. tapi jangan hal perempuan..satu lagi jangan menipu.."

"InsyaAllah.. sekarang nie awak tanggungjawab saya, sebagai lelaki saya akan melindungi awak.. selagi saya bernyawa.."aku tersenyum kecil.

"Jom tidur.."dia mula menepuk2 bantal yang bersarung kuning diraja.

"Apa? Tidur? Amboi.. banyak cantekk.. mana boleh! Kenduri tak habis lagi.. jap lagi saya nak pakai inai.."Aznil Cuma tertawa mengusik.

"La.. pakai je la.. saya tidur kat sini awak tidurlah sambil tadah amin kat situ.."Wah.. wah.. sedapnya mulut.. Lamunanku terhenti bila jam berbunyi 12 kali.

Meja makan segera kukemaskan. Selesai aku segera melangkah ke kamar kerana aku tahu Aznil akan pulang lewat..

1 comment: