Saturday, October 16, 2010

Takagi Sayang - 16

DIAN memegang tanganku erat. Perlahan-lahan dia meletakkan kepalanya ke ribaanku. Aku kaku di kerusi, tambahan pula berdepan dengan mak, abah, mak mertua, pak mertua dan adik-adik iparku yang telah lama sampai tadi.

Suasana malam itu benar-benar hening.

"Abang.. Yan tahu abang sangat-sangat percayakan Izan. Yan tahu abang amat menghormatinya sebagai kawan…"Aku menarik nafas.

"Tadi pun Izan datang sini jumpa Yan.."Apa?

"Bila dia datang?"soalku cepat.

"Abang.. sebagai seorang isteri, Yan sedar sekarang.. bukan senang nak membahagiakan seorang suami. Yan tahu abang tersepit antara perasaan Yan dan antara simpati abang pada seorang kawan.."Dian merenungku dengan mata yang berkaca-kaca.

"Kalau la menolong Izan dapat memberi kepuasan abang sebagai seorang kawan dan melaksanakan tanggungjawab pada seorang kawan.... Yan izinkan abang berkahwin dengan dia,"Aku ternganga menatap wajah lembut Dian. Apa sudah jadi pada isteriku?

"Yan.. abang tak mahu melukakan hati Yan.. sebab Yan tak pernah melukai hati abang.."balasku segera. Mak dan mak mertua aku saling berpandangan. Mungkin tak percaya apa yang Dian katakan agaknya. Aku sendiri tak percaya dengan apa yang aku dengar tadi.

"Yan.. Yan dah fikir masak masak ke?"soal mak aku.

"Dah mak.. tahap paling tinggi seorang isteri apabila dia dapat membahagiakan suaminya.. Yan tahu bermadu itu memang pahit.. tapi lebih pahit kalau Yan gagal menggembirakan abang.."Aku lihat ke dalam matanya. Dian.. oh Dian.. Mak dan mak mertuaku turut mengalirkan airmata terharu.

"Yan.. abang Cuma cintakan Yan seorang saja.. Cuma Yan di hati abang.."bisikku ke telinganya. Dian mengangguk.

"Yan tahu.. demi cinta Yan pada abang.. Yan izinkan.."Dian senyum sambil mengesat airmatanya.

"Tapi Yan nak minta izin abang.."aku angguk.

"Yan nak balik rumah mak sehari dua ni.. lagipun Yan rasa tak sedap badan.. sementara abang uruskan perkahwinan abang.. biarlah Yan balik rumah mak.."Airmatanya terjun laju melafazkan ayat-ayat itu membuatkan hatiku benar-benar tersentuh. Ya Allah.. betapa mulianya hati isteriku ini!!

"Nanti abang hantarkan Yan..”

"Tak payah.. Yan nak balik dengan abah jer.. nanti bila senang.. abang telefonlah Yan.."pintanya sambil mengucup tanganku. Fina segera mendapatkan alongnya yang berusaha bangun untuk berdiri. Sambil mengesat pipinya yang basah Fina sempat memeluk kakaknya erat.

"Yan.. " aku bangun dan meraihnya ke dalam pelukan. Kami beriringan menuju keluar rumah diekori kedua mertuaku.

"Yan minta abang jangan ketepikan Yan nanti, Yan tahu susah nak berlaku adil tapi abang jangan abaikan anak kita nanti.."Aku tak tahu apa yang harus kukatakan. Yang mampu aku buat hanya memeluknya buat kali terakhir sebelum dia masuk ke dalam van.

"Abah balik dulu Nil, fikirlah masak-masak.."bapa mertuaku menepuk bahuku lembut. Aku angguk. Enjin van dihidupkan dan aku menghantar mereka dengan ekor mata sehingga van itu hilang di balik selekoh.

"Nil,"Abah berdiri di belakangku.

"Jangan sampai kau hilang permata yang kau genggam dalam tangan.."kata-kata abah penuh bermakna itu membuatkan aku terfikir sesuatu..

--------------------------------------------------------
IZAN tersenyum sambil membetulkan selendang yang sedang menutupi kepalanya. Sesekali dia membetulkan butang baju melayuku. Aku menatap wajahnya lama sebelum turun dari kereta.

"Izan.. " Izan senyum sambil mengangkat kening.

"I janji I akan jumpa Yan dan ucapkan terima kasih.."dia memegang tanganku.

"I janji akan jadi isteri yang baik untuk you.."sambungnya lagi.

"Izan, sebenarnya.. I dah fikir masak-masak.. I tak boleh mengahwini you..”

"Aznil!"Izan merenungku lama.

"Sorry Izan.. memang I berhak kawin lagi. Tapi I sangat-sangat mencintai Dian. I boleh kawin dengan you sekarang, tapi tak ada gunanya kalau cinta itu tiada dalam hati I, nanti you akan kecewa dan I akan menanggung rasa bersalah yang amat sangat pada Dian.."Izan memandang ke arah luar. Kelihatan air jernih turun laju membasahi pipi.

"Tentang masalah you tu.. I dah bercakap dengan Adnan.. I dah ganti balik duit RM15,000 yang you guna tu.. you jangan bimbang, dia tak akan ambil apa-apa tindakan sebab dia sepupu I,”

"Sepupu you?"aku tersenyum.

"Ya.. sebelum dia offer you kerja di syarikat dia tu, dia dah offer I dulu.. tapi I tolak dan suggestkan nama you.. saja I malas nak ceritakan pada you.. " kata-kataku itu membuatkan Izan tunduk.

"Izan, selama ini I menganggap you kawan yang terbaik yang pernah I jumpa. I tahu you memang menaruh hati pada I, tapi you Cuma seorang kawan pada I, dan I tahu you menolak lamaran orang lain semata-mata kerana you masih berharap akan memiliki I,"aku menarik nafas panjang.

"Dalam hidup I, I Cuma inginkan sebuah kehidupan yang cemerlang. I nak menjadi anak yang baik pada orang tua I, menjadi orang yang berguna pada masyarakat, memiliki rezeki dan kejayaan atas usaha I sendiri, dan membentuk keluarga I sendiri dengan wanita yang paling I cintai di dunia dan akhirat.. iaitu Dian, isteri I,"Izan mengangguk perlahan. Kemudian dia tersenyum.

"I faham Nil.. I tahu I yang bersalah dalam hal ini. I kagum dengan isteri you.. I tahu dia memang isteri yang baik pada you. Kalau tak masakan dia izinkan you kawin dengan I kan?"aku senyum.

"Hmm.. memang I cintakan you.. I sanggup lakukan apa saja untuk memiliki you.. tapi memang cinta you pada dia kuat.. dan I mengaku I kalah.. thanks a lot kerana tolong I, nanti kalau I ada duit I bayar balik duit you tu.."Aku mengangguk.

"Kita masih kawan kan?"Izan meminta kepastian.

"I tak pernah membuang you dari hidup I, you tetap kawan I sampai bila-bila.."Izan senyum dan keluar dari kereta.

"Thanks Aznil.."dia melambai pendek. Aku angguk dan melarikan Kembara ke arah kampung. Sudah dua hari dua malam aku memikirkan tentang hal ini dan akhirnya aku memilih keputusan ini. Ini semua berkat kesabaran dan keikhlasanmu Dian! Tiba di rumah aku lihat pintu tertutup rapat. Ehh.. mana pula orangnya?

"Assalamualaikum! Yan! Yan!"Aku berlari ke dapur.

Pintu juga terkunci. Seketika Nokia Blue Screenku menjerit.

"Hello!”

"Hello abang! Rina ni.. abang.. along kat hospital ni.. dia dah nak bersalin,"suara adikku yang bongsu kedengaran.

"Apa? Kenapa tak call abang?”

"Tak dapat la.. abang datang la cepat.. semua orang dah ada kat sini.."pintanya. Aku segera menghidupkan enjin kereta. Ya Allah.. selamatkanlah Dian!

AKU segera menerpa masuk bila doktor muda itu memberi keizinan. Sudah
dua jam kami menanti di luar akhirnya saat yang ditunggu tiba jua. Yan tersenyum lesu melihat kedatanganku dan ahli-ahli keluarga yang lain. Dahi dan tangannya kukucup lembut.

"Yan okey?"soalku. Dian mengangguk.

"Abang macammana? Dah selamat?"soalnya berat. Aku senyum.

"Abang dah janji tak akan ada orang lain selain Yan kan.. tentulah abang akan kotakan janji abang tu.."jawabku.

"Maksud abang?"soalnya.

"Abang dah selesaikan masalah Izan, tanpa perlu kawin dengan dia.."Yan tersenyum sambil menyeka airmatanya.

"Betul ke ni?"soalnya.

"Abang Cuma sayangkan Yan seorang saja.. tak ada orang lain dah..”

"Err.. Encik Aznil, bolehlah encik azankan anak-anak encik sekarang..."seorang nurse mengganggu perbualan kami.

"Anak-anak?"soalku hairan. Lupa pula aku tentang anak yang telah lahir itu.

"Iye.. kamu dapat anak kembar.. lelaki.."jawab mak sambil tersenyum simpul.

"Apa? Kembar?"Aku rasa macam tak percaya aje. Dian di katil mengangguk mengiyakan sambil tersenyum gembira.

Sebentar kemudian datang dua orang nurse membawa anak-anak kami. Aku menyambut sambil mengucup dahi anak- anakku itu. Selamat datang anak-anak abah..

"Dah tu Nil.. pergi ambil wuduk.."abah bersuara.

"Macam tak percaya pulak.. kan mak?"soalku.

"Itulah.. mengidam macam-macam.. buah nangka sulunglah.. telur ikan baunglah.. dah dapat hero!"semua yang ada di situ tertawa. Yan Cuma tersengih malu.

Aku sempat menggenggam tangan dan membisikkan sesuatu.. Terima kasih Yan.. kerana melahirkan dua putera untuk menceriakan hidup kita.. dan abang akan pastikan kita akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. ini janji abang!

2 comments:

  1. I Luv u lah Nil.... Kebahagiaan akan menjadi milik insan yg bertaqwa.

    ReplyDelete