Sunday, October 17, 2010

Pencari cinta - 6

PULANG


" Pak Su tadi masa kat masjid tadi ada seorang pakcik tu, dia ambil air sembahyang dengan saya tapi dia siap dulu, kemudian bila saya habis.. saya tengok dia jalan biasa je.. saya pun potonglah dia... Masa sembahyang pula, saya sempat baca Fatihah tapi masa kita rukuk dia pun tiba-tiba masuk sebelah saya.. dia pun rukuk sekali.. " Pak Su tersenyum mendengar masaalah Iman.

" Kemudian.. "

" Kemudian, bila kami habis sembahyang dia pun habis juga, muka dia bersahaja seperti tiada apa-apa yang berlaku. Kami berdoa, dia pun berdoa juga... Kalau macam tu.., macamana tu Pak Su, boleh ke macam tu.. " Semakin lebar senyuman Pak Su..

" Oh.., macam tu. Hmm.., Iman, Iman, memanglah kalau imam dah mula sembahyang dan kita terlewat, tak perlulah kita berlari-lari.., jalan tenang-tenang. Bukannya apa takut kita terjatuh, lagipun kalau nak mengadap Tuhan tak elok tergopoh-gapah, kita mesti bertenang-tenang. "

" Oh.., macam tu ke... Habis tu dia tak baca Fatihah tapi terus rukuk sahaja, takpa ke? "

" Itu dipanggil masbuk. Dia dimaafkan kerana dia lewat, dia kena juga ikut rukuk dan itu dibolehkan sebab Fatihahnya dikira imam yang tanggung. Kalau dia tak sempat rukuk bersama imam.., dia dikira tertinggal satu rakaat dan dia kena ganti rakaat yang ditinggalkan . Tapi lewat bersebab takpa, tapi kalau sebab sengaja.. itu kurang adab dengan Tuhan namanya, itu tanda orang yang cuai dan tak peka. "

" Lepas tu Pak Su, selepas habis sembahyang saya nampak ada orang masih meneruskan lagi sembahyang, kalau macam tu macamana tu Pak Su>"

" Itupun dipanggil masbuk juga.. yang awal tadi dia sempat rukuk pada rakaat pertama bersama imam, jadi dia tak perlu ganti atau tambah rakaat, tapi yang bila orang dah habis sembahyang dan dia masih lagi sembahyang, itu maknanya dia dah tertinggal beberapa rakaat dan dia kena ganti setiap rakaat yang ditinggalkannya. "

" Jadi masbuk tu maknanya kita masuk sembahyang lewat, "

" Betul. "

" kalau kita sempat rukuk dengan imam.. kita tidak perlu ganti rakaat tu. "

" Betul. "

" Walaupun tak sempat baca Fatihah? "

" Betul."

" Tapi kalau tak sempat, kena gantilah..?"

" Kena gantilah. "

" Kalau tertinggal dua rakaat, kena ganti dua rakaatlah..? "

" Hmm, kena ganti dua rakaatlah. "

" Oh.., baru saya faham.. "

Perbualan mereka tamat disitu. Semua persoalan Iman terjawab, dia pun duduk bersandar sambil menikmati pemandangan malam diluar tingkap. Pak Su pula terus memandu tapi fikirannya masih terkenangkan peristiwa siang tadi semasa dipasar. Wajah Mukhriz, wajah Hussin, wajah Datok Azman dan perbualan tentang duit sepuluh ribu silih berganti didalam kotak pemikirannya. Wajahnya seperti muram tapi dia tetap tenang..

GADUH

Mukhriz duduk mencangkung sambil menekup mukanya, “ Hai.., apa aku nak buat ni. Duit tinggal RM20.. stok pulak tinggal sikit, mana aku nak ‘cekau’ duit untuk besok... Aduh.., masaalah-masaalah.. “

Mukhriz bangun melangkah longlai. Rupanya-rupanya dihadapannya bergelimpangan beberapa tubuh diatas jalan. Mereka seolah-olah sudah tidak pedulikan alam sekeliling lagi, ada yang terbaring, ada yang sedang duduk dengan muka yang layu. Rupanya ramai yang tidak tahu rahsia dilorong itu. Lorongnya gelap berserta penghuninya. Lorong itu perlukan cahaya seperti penghuninya.

Mukhriz sedang berjalan keluar dari lorong, dilangkah sahaja tubuh-tubuh yang menghalang jalan. Ia merupakan fenomena biasa baginya. Sudah bertahun- tahun dia hidup di lorong itu. Ada pula yang sudah berpuluh tahun hidup disitu.

Mukriz sedang berdiri dihujung lorong, silau lampu jalan pun memaksa Mukhriz menggosok-gosok mata. Hingga agak-agak matanya sudah mesra dengan suasana, barulah dia berhenti menggosok.

Kedengaran bunyi siren kereta polis dari jauh.. hiruk pikuk bandar pun kedengaran. Deruman kenderaan yang bermacam-macam menghangatkan lagi suasanan malam. Inilah setiap malam yang berlaku. Mukhriz meneruskan perjalanan.

Bandar itu agak besar juga dengan kadar penghuninya sekitar 80000 orang. Pelbagai prasarana disediakan. Pelbagai jenis perniagaan yang dijalankan. Di siang hari padat dengan penghuninya yang sibuk bekerja, dimalamnya pula sibuk dengan kerenah manusia yang mencari hiburan malam.

Bandar ini sudah sebati dengan Mukhriz, bandar ini adalah rumahnya. Dia rasa bebas di bandar ini, dia rasa sepi di tengah-tengah bandar yang sedang sibuk siang dan malam. Bandar ini seolah-olah tidak pernah mati, sentiasa hidup tetapi sentiasa juga merintih.

Bandar ini seolah-olah minta dilepaskan dari sesuatu, terjemahannya terlalu seni hingga tiada bahasa yang tepat untuk menyatakan kehendaknya. Mukhriz faham apa sebenarnya yang bandar ini inginkan, kerana Mukhriz menjiwainya, kerana Mukhriz juga inginkan yang sama.., tiada seorang pun yang mengetahuinya kerana ia adalah bahasa jiwa.

Mukhriz masih lagi meneruskan perjalanannya. Dikanannya jalan raya, dikirinya pula deretan pusat-pusat hiburan, manakala diatas pusat-pusat hiburan itu adalah pusat-pusat hiburan yang lain, kerana bangunan itu semuanya dikuasai oleh pusat hiburan.

Tiba-tiba dihadapan Mukhriz sebuah pintu terbuka bagaikan diterjah, seorang lelaki keluar dengan tergesa-gesa, sementara ditangannya tergenggam sebuah botol. Air yang tumpah keluar dari botol itu tidak dipedulikan lagi. Mukhriz tahu botol apakah yang sedang dipegang oleh lelaki itu. Keadaannya sunguh kelam kabut.

" Eh, dia ni apahal pula ni.. macam kena kejar je.."

Tepat sungguh rasa hati Mukhriz, dengan tidak semena-mena beberapa orang keluar dari pintu yang sama mengejar lelaki tadi, lelaki yang dikejar itupun membaling botol yang sedang dipegang kearah kumpulan lelaki yang sedang mengejarnya...

' Prang!! ' Botol itu bersepai apabila mengenai kepala salah seorang daripada mereka yang tidak sempat mengelak. Dia pun terbaring mengerang sambil memegang kepalanya yang berdarah.

Tiba-tiba.. ' bang! bang! ' bunyi tembakan jelas kedengaran. Dari jauh Mukhriz nampak lelaki yang dikejar tadi jatuh tersungkur. Semua yang mengejar tadi mengerumuni lelaki itu, ' bang! 'sekali lagi tembakan dilepaskan dari jarak dekat.

" Gila ah ni.., ini sudah lebih ni.. baik aku cabut. "

Mukhriz membelok ke sebuah lorong yang lain. Angin bertiup agak kuat, menerbangkan beberapa helaian surat khabar terbuang hingga tersangkut salah satunya di kaki Mukhriz.

Mukhriz cuba membuang surat khabar itu dengan menggoyang-goyangkan kakinya. Tiba-tiba dari jauh Mukhriz terdengar kecoh-kecoh. Ada sekumpulan budak berkepala botak, memakai but tinggi manakala seluarnya pula tergantung, mereka baru selesai membelasah seorang budak..

" Ini hari nasib kau baik, tapi kalau kau kacau lagi Latifah.. nahas kau aku kerjakan! '" Salah seorang dari mereka memberikan amaran kepada budak yang mereka baru belasah. Tapi nampak gayanya mereka macam belum habis lagi membelasah budak itu.

" Mungkin sebab mereka terdengar bunyi tembakan agaknya.. itu yang dia orang cabut tu... " Mukhriz mengagak didalam hatinya...

Tiba-tiba budak yang baru kena belasah tadi bangun.. Dia pun membersihkan luka di tangannya yang terlekat habuk dan beberapa tempat yang lain, akhir sekali dia menepuk habuk-habuk di baju dan seluarnya. Tiba-tiba dia berteriak kuat..

" Wei!! Gua punya suka la beb!! " Sambil kepalanya mengarah kepada kumpulan yang membelasahnya tadi.. Mukhriz yang secara kebetulan tiada jalan lain pun semakin menghampiri.. Tiba-tiba budak itu terperasan Mukhriz..

" Wei mat!! Lu tengok apa! Lu macam tak puas hati dengan gua je!.. " Sambil menggenggam penumbuk dia datang ke arah Mukhriz.

" Eh, takde la gua cuma nak lalu je.. nak pergi makan.. "

" Nah lu makan ni dulu.. " Buk! sebiji penumbuk hinggap ke mulut Mukhriz.

No comments:

Post a Comment