Friday, October 15, 2010

Pencari Cinta - 4

REZEKI

"Er.., sebenarnya saya ada masalah pakcik, eh, bukan kawan saya yang ada masaalah, eh.., bukan sebenarnya saya tak ada kawan. Maksud saya tak ada orang yang nak tolong saya angkat tong ni." Pak Su tersenyum sendirian ketika teringatkan kata-kata Mukhriz tadi.

"Ya Allah.., semoga apa yang aku lakukan tadi semuanya Kau kira kerana Kaulah ya Allah. Aku kasihan dengan dia, lalu aku bantu dia. Aku tahu dia menipu, berkat ilmu guruku aku dapat lihat dan tahu yang dia menipu. Tapi guruku pesan kita tidak boleh berburuk sangka. Dia juga makhluk ciptaanMu. Dia juga berhak mendapat kemuliaan dariMu, ampunkanlah segala dosa-dosa kami ya Allah, maafkanlah segala kekurangan dan kelemahan kami. Ya Allah jika Kau berikan kami itu semua.. kebesaranMu tetap tidak terjejas dan kedudukan kami tetap juga tidak berubah, kami tetap juga hambaMu. " Pak Su bermonolog sendirian ketika menuju ke keretanya. Di tangan kanannya kelihatan satu beg plastik besar barang-barang runcit yang baru dibeli di pasar. Dia pun memasukkan barang-barangnya itu di belakang kereta. Tutup sahaja pintu kereta tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.. Sempat Pak Su masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin, kemudian baru dia menjawab panggilan tersebut.

"Hello, Assalamu'alaikum.."

"Wa'alaikummussalam.." sambil menghidupkan 'air cond' kereta.

"Pak Su ya?.."

"Ya saya, siapa yang bercakap tu?.."

"Ini sayalah Pak Su, Hussin.."

"Hussin.. Hussin mana pulak ni?.."

" Hussin.. Hussin P.D lah Pak Su.."

"Oh.. Hussin.., minta maaflah Pak Su terlupa pula kat kamu.. Apa khabar sekarang?.. Keluarga semua sihat?. Macamana dengan masaalah kamu tu, dah selesai ke?.”

"Itulah saya telefon Pak Su ni, saya nak ucapkan terima kasih."

"La.. terima kasih pasal apa pulak?."

"Sebenarmya Pak Su.., saya dan isteri saya dah tinggal sama." Perlahan sahaja suaranya tetapi jelas. "Pak Su kan kenal ayah saya Datok Azman dengan ayah isteri saya Datok Naim..”

"A'ah, ya.."

"Jadi dulu saya ingat mereka tu jodohkan kami atas sebab perniagaan mereka.. saya rasa macam saya ni barang dagangan pulak, mentang-mentanglah mereka tu berniaga, mereka boleh buat kita sesuka hati mereka je.. " emosinya terkeluar. " Tapi sekarang ni kami dah belajar sesuatu, kami dah faham dah apa itu erti perkahwinan menurut Islam. Selama ni kami cuma faham perkahwinan tu ikut fahaman kami sahaja, tapi sekarang ni.."

"Oh.., begitu, Alhamdulillah.. bersyukur kita ke hadrat Ilahi. Ye lah, Pak Su tahu masaalah rumah tangga kamu tu.. tapi apa kena mengenanya dengan Pak Su pula.."

"Ai, Pak Su tak ingat ke nasihat-nasihat yang Pak Su bagi kat saya tu.. Oh, saya pun lupa.. Pak Su ni jenisnya kalau Pak Su buat baik kat orang.. Pak Su suka lupa-lupakan.. tapi kalau Pak Su ada buat yang tak baik kat orang.. Pak Su ingat sampai bila-bila walaupun salah tu kecik aje."

"Eh, mana ada.." Pak Su tersenyum.

"Betul.. ayah saya sendiri cakap.."

"Eh, ayah kamu apa khabar?.." Dia cuba mengalihkan pandangan perbualan.

"Alhamdulillah Pak Su, dia kirim salam kat Pak Su.."

"Wa'alaikummussalam.."

"Err.. Pak Su sebenarnya saya ni ada hajat.."

"Eh, hajat apa pula tu?.."

"Saya dan ayah dah berbincang semalam.., kami nak bagi hadiah kat Pak su."

"Eh, hadiah apa pula ni?.."

"Saya dah masukkan RM 10 000 dalam akaun Pak Su." Muka Pak su yang ceria terus berubah tiba-tiba. Termenung sekejap dia sambil dahinya berkerut. 'Air cond' kereta mula tidak terasa, peluh-peluh kecil mula keluar dari liang-liang roma dan dari celah-celah jarinya. Jantungnya mula berdebar-debar, degupnya tidak keruan.. Suasana diam seketika.

"Helo, Pak Su, Pak Su?.."

"Ya, ya.."

"Eh, kenapa Pak Su?, macam tak suka je dengan hadiah yang kami beri.. kan Pak Su yang bagitahu saya.. sedekah Pak Su tak ambil, tapi hadiah Pak Su terima.."

"Memanglah.., betullah tu.. tapi hadiah tu banyak sangat, tak pe ke kalau Pak Su ambil." Pak Su memberi alasan.

"Ha, ha, ha.." Husin tergelak spontan, gelihati sungguh dia hinggakan tak tahan gelak.. dia menutup mulutnya dengan tangan, itu pun dengar juga ketawanya masih keluar. Sesudah reda dia pun menyambung kata-katanya.. "Pak Su, Pak Su.., Pak Su tahu tak.. kalau nak ikutkan saya, tahu tak apa yang saya nak beri pada Pak Su sebagai hadiah.."

" Ha, apa dia?.."

"Saya nak hadiahkan Pak Su sebuah kereta 'Mercedez S280' dengan duit RM 100 ribu."

"Eh, nak buat apa.. banyak sangat hadiah tu.." dengan nada yang sangat terkejut.

"Ha.. tu lah ayah bagitahu saya, tak perlulah bagi hadiah yang macam tu.., bukan apa, takut Pak su tak nak nanti.. Pak Su tu bukan macam orang lain.. Pak Su ni lain sikit orangnya.. " Sesekali dia tergelak kecil. " So.. macamana Pak su?, sudi tak Pak Su terima hadiah kami yang tak seberapa tu.. Kalau Pak su tak terima, terus teranglah saya katakan, saya kecewa.."

"Eh, Pak Su terima, takkan lah Pak Su tak terima.."

"Hai.. kalau begitu legalah hati saya.. O.k lah Pak Su, itu je yang saya nak bagitahu.. Kalau senang nanti telefon-telefonlah kami.. Sampai hati Pak Su lupakan kami.." Pak Su tersengih dengan usikan si Hussin.

"Ye lah.. Insya,allah.. Pak Su akan cuba telefon-telefon kamu jika ada kelapangan.. Err.. kirimkan salam pak Su sekali kat ayah kamu ya.."

"Baiklah Pak Su.. O.k lah Pak Su Assalaamua'laikum.."

"Wa'laikummussalam.."

Perbualan tamat. Enjin sudah lama hidup tapi Pak Su masih lagi belum bergerak. Diamnya seolah-olah sedang memikirkan sesuatu. Kemudian Pak Su pun memasukkan 'gear' dan menekan 'paddle' minyak. Kereta pun bergerak perlahan..

"Nah ni hadiah daripada saya.. ambillah." Pak Su teringat kembali peristiwa yang baru berlaku di pasar sebentar tadi ketika dia memberikan sekeping not RM 100 kepada Mukhriz kemudian dia teringat pula kata-kata Hussin sebentar tadi " Saya dah masukkan RM 10 000 dalam akaun Pak Su. " Kemudian dia teringat gurunya pernah membacakan sebuah Hadis Nabi kepadanya.. " Barang siapa yang memberi 1 kebaikkan kepada saudaranya, maka Tuhan akan membalas dengan 10 kebaikkan.." Semua kata-kata itu silih bergantti bermain didalam fikiran Pak Su..

"Ya Allah.. bukannya aku menafikan, bukannya aku ingin menolak rezekiMu.. Aku bersyukur Tuhan diatas pemberianMu sebentar tadi.. malah aku berasa sangat gembira diatas rezekiMu yang tidak diduga.. Cuma satu sahaja yang aku masih keliru.., Kau berjanji akan memberikan sepuluh kali ganda kepada sesiapa yang memberi satu kepada yang lain, tetapi.. Kau telah memberikan aku lebih daripada itu, kau telah memberikan aku seratus kali ganda. Aku takut Tuhan.., aku bimbang jika kau memberinya secara 'istidraj', aku takut kalau-kalau kau memberinya secara murka. Hari ini sudah banyak contoh-contoh yang Kau tunjukkan berlaku didepan mata.. Orang yang Kau anugerahkan harta kekayaan yang melimpah ruah, keretanya besar menjalar, rumahnya besar dan mewah, kaya raya tapi mati didalam tidak menyembahMu ya Allah, mati kafir, mati dalam kemurkaanMu.. Aku takut jika 'ini' berlaku keatas ku. Aku sedar aku banyak dosa, aku sedar aku banyak kelemahan dan kekurangan.. Aku tak mampu untuk menghalang sesuatu yang berlaku ke atasku, aku hanyalah seorang hamba ya Allah.. maafkanlah aku, ampunkanlah aku.. selamatkan aku..." perlahan-lahan air mata Pak Su mengalir dari kelopak matanya " ya Allah Kau dengarlah rinithanku ini.."

TANGGA LAGI

Iman bingkas bangun kesakitan.. "Aduh.. pening pulak kepala aku ni." Iman duduk mencangkung sambil memandang ke arah tangga di hadapannya " Peh, nasib baik aku tak apa-apa.. " kemudian Iman pun berdiri " tapi macamana pulak nasib dia ya? "Iman pun mendaki tangga...

"Fuh.., nasib baik kau selamat, kalau tidak sia-sia aje aku tergolek.." Setan yang daripada tadi mengekori Iman pun mula bengang dengan Iman lalu memarahinya..

"Kau ni bodohla Man, kalau kau dari tadi lepak kat internet kan bagus, tak payah kau nak tergolek macam ni. Tu la.. lain kali ikut pepatah aku ' buat baik jangan sekali buat jahat banyak kali..' Ahaa haaha ahaa ha.."

Tapi Iman buat tak tahu sahaja dengan hasutan syaitan itu. Dia seolah-olah puas dengan apa yang telah dia lakukan.. Setan bertambah geram dia pun memaki Iman macam-macam.

" ^$%%*^&*)(**/+&^&%%$ "

"Assalammua'laikum dik.." tiba-tiba Iman ditegur oleh dua orang pemuda yang tidak dikenali.

"Wa'laikummussalam."

"Eh, adik tak apa-apa ke?"

"Ye la, adik tak apa-apa ke ?"

"Bukannya apa dik, tadi kami nampak adik jatuh teruk betul, sampai kami ingat adik ni dah mati, tak pun mungkin patah riuk. Kami pun berkejar la nak tolong adik.. sekali tu tiba-tiba je adik bangun, aik? Panik la kita orang..."

"Ya betul tu dik.. tadi kami nampak adik buat satu aksi yang menggerunkan, tapi bila kami tengok adik bangun je.. kita orang pun pelik la, tu yang kita orang datang nak cek adik ni tak apa-apa ke. Tadi ada seorang makcik dengan anak dia nampak adik jatuh.. tapi bila dia tengok adik bangun balik je.. terkejut la dia orang, dia orang pun cabut la apa lagi."

"Yang paling 'best' anak dia panggil adik ni 'Robocop'.. ha ! ha ! ha!"

"Sebenarnya bang, saya tergolek sebab saya tak mahu langgar seekor semut."

"..??!!" Terkejut kedua-dua orang tersebut..




KECOH

"Wei, lamanya korang pergi!.."

"Ntah orang suruh tanya je, bukannya suruh dengar kuliah.."

"Dia o.k takde apa-apa."

"Dia kata dia tergolek sebab dia elak makhluk Tuhan."

"Wei.., korang biar betul sikit, jangan la main-main."

"Kenapa tak percaya ya ?"

"Takde la.. tapi korang sendiri tengok kan macamana dia jatuh. Tak lojik la sebab makhluk Tuhan dia sanggup buat macam tu."

"Lojik, lojik, lojik.. memang betullah budak tu kata orang hari ni suka bergantung dengan akal, hari hujan pun nak fikir lojik jugak, habis tu Tuhan nak letak kat mana ? Kan Tuhan yang ciptakan seluruh alam ni.. sekarang lojik tak..?!"

"Ye la tu.. tapi mesti ada sebab kenapa dia sanggup tergolek sampai macam tu."

"Sebab dia elak semut.."

"Apa ?"

"Elak semut..?!"

"Ha! Ha! Ha! Bodoh, langgar je la semut tu ahhaa haha aha ha..!"

"Ya lah, bodoh, tak pandai, ntah apa-apa punya budak dan macam-macam lagi.. Itulah ayat yang sebelum kau orang guna aku dah guna dulu kat budak tu..Kenapa tak langgar je semut tu kan? Kenapa perlu bersusah-susah betul tak? Kau tahu apa dia jawab, Dia kata bang, saya sedar saya ni bodoh, saya sedar saya tak pandai.. Tapi walau macamana pun saya sangat bersyukur yang abang ni bukan seorang pemimpin, presiden, atau pun perdana menteri.. Aku tanya balik, e'eh apasal pulak kau cakap macam tu? Dengan selambanya dia menjawab.. kalau nyawa seekor semut pun kita tak boleh nak hargai.. macamana kita nak hargai nyawa manusia yang lain. Bayangkanlah kalau abang ni jadi presiden.. agak-agak apa jadi? Saya rasa nyawa ni abang buat macam gula-gula je.."

No comments:

Post a Comment