Saturday, October 23, 2010

Pencari Cinta - 12

REZEKI

Waktu Maghrib menjelang, Mukhriz sudah pun siap membersihkan diri. Tetapi dia masih lagi memakai baju semalam. " macamanalah aku ni nak beli baju?. " Rupanya dia pun sedar akan keadaannya. " Ah, selagi aku tak berubah, selagi tu aku tak akan keluar dari sini. Biar aku tak berbaju tak apa, buat apa aku berbaju kalau aku masih macam dulu lagi. Apa nak jadi pun jadilah, pecah kepala pun aku akan tetap duduk sini sampai aku betul-betul berubah. " Dikuatkan tekadnya.

Selepas sembahyang Maghrib Mukhriz kembali ke tempat yang biasa dia duduk. Dia duduk dibahagian belakang di tiang masjid. Di hadapannya tersergam indah mimbar yang diukir cantik dengan kayu, manakala kubah masjid pula melangit tinggi dengan ukiran tulisan khat di sepanjang dinding bulatan kubahnya. Kemudian di bawah kubah pula duduk sekumpulan orang-orang berjubah yang mempelawanya tadi. Di sebelah kanan pula duduk sekumpulan orang-orang tua yang bersongkok tapi tidak berjanggut. Disebelah kirinya pula duduk beberapa orang tua juga, tetapi ada yang berjubah putih, berbaju melayu, tetapi rata-rata mereka berkopiah putih. Mukhriz tidak tahu apa yang sedang mereka bincangkan.

Mukhriz lihat dihadapannya sekarang ada tiga kelompok kumpulan besar, termasuk dia.. semua ada empat kumpulan, bezanya cuma dia tidak ada pengikut. Tapi dia dapat mengagak.. bentuk perbualan antara satu kupulan dengan kumpulan yang lain tidak sama.

Selepas Isyak Mukhriz terus ke tempat tadi juga, disitu jugalah tempat tidur dia semalam. Dia duduk dengan tasbih ditangan hingga semua orang semua hilang dari pandangan. Jam menunjukkan sudah pukul 9.30am.

" Hai, tak balik lagi ke? " Terkejut Mukhriz ditegur dari belakang. Dia menoleh rupanya pakcik yang membersihkan masjid siang tadi menegurnya. Mukhriz tidak menjawab tetapi hanya tersenyum memandangnya.

" Hmm, takpa lah.., jaga masjid ya. " Pakcik itu seolah-olah faham dengan masaalah Mukhriz.

" Eh, nah ni ada beberapa helai baju dan seluar orang bagi tadi. Saya pun tak tahu nak bagi siapa, nah ambillah.. kalau awak muat pakailah, dia siap bagi dengan beg sekali ni. Beg ni pun nampaknya.. masih elok lagi ni.., nah ambillah. "

" Terima kasih pakcik. " Entah kenapa Mukhriz terus sahaja mengambil beg yang berisi pakaian itu tanpa banyak soal. Kemudian pakcik itu terus berlalu. Kini Mukhriz benar-benar tinggal keseorangan didalam masjid yang besar dan indah itu. Mukhriz pun membuka beg itu dan memeriksa pakaian-pakaian barunya.

Cantik, baru, beg yang diberikan pun masih elok lagi. Mukhriz mula termenung dan berfikir. " Aku baru nak cari baju, sekarang baju dah datang kat aku, tak payah aku nak keluar pergi beli. Aku yakin ini bukan kebetulan.., ini memang kerja Tuhan. Wah, siap kain pelikat dua helai, " Mukhriz pun membuka lipatan kain tersebut " alamak, baru lagilah kain ni.. eh, ini siap dengan kopiah sekali ni.. wah, badan barulah aku besok.., takde lah aku nak pakai baju ni lagi. Ya Allah terima kasih. Alhamdulillah.. syukur Alhamdulillah. " Mukhriz pun menadah tangan. Berulang kali dia mengucapkan syukur.

" Eh, jam baru pukul 10.00pm, elok juga kalau aku membaca dulu sebelum tidur." Mukhriz pun bangun menuju ke rak kitab lalu mengambil salah satu kitab disitu. " Himpunan Solat-Solat Sunat. Hmm, bagus juga buku ni. " Dia pun menyelak dan membaca tajuk-tajuk didalam buku itu. " Qiamulail " ( Solat malam ) Dia pun membuka bab sembahyang malam. Dia duduk di bawah rak kitab sambil mentelaah di lampu yang memang sengaja dipasang. Suasana masjid itu masih lagi terang walaupun tidak ada orang. Setelah agak lama menatap kandungan buku itu, akhirnya dia pun meletakkan kitab itu kembali ketempat asal. Dia juga kembali ke tempat asalnya.

" Malam ni aku nak sembahyang Tahajjud lah.. " Dia menanam niat didalam hatinya.

" Hari ni selesai sudah episod pertama dalam hidup aku yang baru. Banyak yang dah aku belajar, tapi banyak lagi yang aku kena belajar... Aku tak tahu apa akan jadi besok, terima kasih Tuhan kerana Kau telah menyelamatkan aku. Aku harapkan esok adalah hari yang lebih baik dari hari ini. " Kemudian dia pun merebahkan badannya dan terus melelapkan mata.

SABAR

" E'eh, siapa pulak yang kejut aku tadi pagi ya. " Selepas bersembahyang suboh Muhkriz duduk termenung di tepi tangga, sambil teringatkan peristiwa dia dikejutkan oleh sesuatu yang misteri.

" Dia sentap ibu jari kaki kanan aku, lembut, tapi jelas.., sampai aku terjagalah... Tapi bila aku bangun tak ada pula orang tu.. dan aku pun tak ada pula rasa takut dan terkejut. Ish, musykil, musykil. Pukul empat pagi pulak tu.. tapi... " Mukhriz cuba memikirkan hal itu dengan lebih mendalam " sebab itulah aku dapat bangun Tahajjud, hmm.., bukankah semalam aku kata nak sembahyang Tahajjud. Aku rasalah.., ini semua memang Tuhan punya skrip la... Aku tak tahulah benda tu apa, tapi aku yakin ini kerja Tuhan. Kalau begitu, aku akan laksanakan apa yang telah aku niatkan pagi tadi. Hari ni aku nak tebus dosa dengan kutip sampah. "

Hari kedua Muhkriz berjalan dengan penuh tenang dan sempurna. Selepas habis pungut sampah dia tidur khailullah, kemudian bangun solat zohor, kemudian dia mentelaah kitab-kitab dan menimba ilmu, Asar pula dia sambung balik kerja-kerja mengutip sampah, selepas Isya' dia membaca sedikit sebelum tidur, manakala ditengah malamnya pula dihiasi dengan sembahyang-sembahyang sunat dan berzikir hingga menjelang suboh.

Tapi masuk hari ke tiga Mukhriz mula menjadi buah mulut ahli-ahli qariah di masjid. Mereka sibuk memperkatakan tentang Mukhriz. Ada yang suka, ada yang tak suka.

Ketika maghrib, ada seorang ahli qariah asyik memerhatikan tindak tanduk Mukhriz. Dia duduk bersama kelompok belah kiri. Ada lebih kurang tujuh orang duduk sekali dengannya, tapi semua sibuk buat hal masing-masing, hanya dia sahaja yang sibuk memerhati gelagat Mukhriz. Tiba-tiba dia bersuara,

" Aku pelik betullah... "

" Pelik apanya Pak Seman, " Salah seorang melayan..

" Cuba kau tengok gelagat budak tu, "

" Alah, biarlah dia Man, " tiba-tiba seorang kawan yang sebaya dengannya pula menegur.

" Tidaklah.., aku ni pun berwirid juga, tapi tak adalah sampai begitu sekali.., sampai menangis-nangis. Kau tengok tak tadi, tiap kali berdoa lepas sembahyang, mesti dia menangis. "

" Itu tanda dia menghayati.."

" Kalau betul nak menghayati pun takkan sampai begitu sekali Cik Din. " Ada juga yang sependapat dengan Pak Seman, En. Alim namanya. Manakala Pak Seman hanya tersenyum sinis, puas hati kerana ada orang yang menyokongnya.

" Apa kena dengan kamu ni.., " Seorang yang agak berumur dan dihormati tiba-tiba menyampuk. Selepas menutup kitab yang dibacanya dia pun bersuara lagi. " dulu kamu mengadu, mengeluh, sibuk menyalahkan pihak-pihak tertentu tentang keruntuhan akhlak remaja-remaja sekarang. Sibuk merungut remaja-remaja sekarang dah tak tahu nak ke masjid, tak tahu nak menghormati masjid, berpeleseran tak tentu hala, bercampur gaul lelaki dan perempuan, membuat maksiat di sana sini, pihak itu salah, pihak ini salah dan macam-macam lagi... Tapi sekarang apa dah jadi ni, apa maksud kamu yang sebenarnya? "

" Bukannya apa pak imam, cuba pak imam perhatikan betul-betul gelagat budak tu, kan pelik, tengok tu, ha, cara dia berzikir.. lagak macam wali-wali. " En. Alim tiba-tiba menjawab, cuba untuk menerangkan pendapatnya.

" Apa masaalahnya, aku tengok tak ada masaalah pun. Yang aku rasa bermasaalah tu anak engkau. Naik kereta ke hulu ke hilir dengan perempuan, pakaian pelik, akhlak tak ada. Tapi yang lagi pelik bapaknya pula Bendahari masjid, seorang pejuang politik Islam. Ini apa cerita ni.., sepatutnya kita malu dan berbangga ada remaja yang lebih baik dari anak kita, ini tidak, silap orang diintai, silap sendiri buat tak nampak. Biarlah cakap kita tu serupa bikin. "

Manakala kelompok tengah juga sedang sibuk memperkatakan tentang Mukhriz.

" Ana pun tak tahulah apa yang dia nak. Tapi ana rasa dia tu cuma nak pahala iktikaf je tak. Ataupun dia sedang lari dari masaalah dunia. "

" Ana pun rasa macam tu juga. Kira banyak juga pahala dia kalau dia beriktikaf di masjid ketika di luar sekarang ni macam-macam maksiat yang sedang berlaku. "

" Tapi kalau dia ikut kita lebih besar fadhilat yang dia dapat. Tapi kenapa dia tak mahu ikut. Mesti dia ada agenda lain yang dia nak buat dalam masjid ni. "

" Eh, mungkin juga ya. Entah-entah dia nak curi duit dalam masjid ni tak?Maklumlah, dalam masjid ni kan banyak duit. "

Sementara kumpulan yang ketiga yang duduk disebelah kanan pun begitu juga.

" Eh, budak tu siapa ya. Dah beberapa hari I tengok dia kat masjid ni. You kenal ke dia. " Seorang lelaki separuh umur menyapa kawan disebelahnya.

" Entahlah nampak macam budak samseng je. "

" Ah, I tak kisahlah, biarlah budak tu, kita sembang pasal masaalah kita lagi baik. Asalkan dia tak mengganggu sudahlah. Macamana tanah yang kata nak jual tu? " Orang yang ketiga menggulung bicara.

Begitulah keadaannya. Ada tiga kelompok yang berbeza tetapi membincangkan sesuatu yang sama. Mukhriz menjadi tajuk perbualan mereka ketika ini. Tindak tanduknya sudah mula dikesan. Dia kini dalam perhatian.

No comments:

Post a Comment