Thursday, October 21, 2010

Pencari cinta - 10

TERIMA KASIH

Mukhriz tiba di masjid yang tak jauh dari tempat tadi. Rupanya pintu pagarnya berkunci, dia pun memanjat pagar. Masjid itu besar dan cantik, kawasan dalamnya tidak berpintu dan terbuka, orang boleh masuk dari mana-mana sudut. Masjid itu kelihatan mewah. Mukhriz pun pergi membersihkan diri. " Ini masjid, jadi aku kena jaga supaya tak kotor. " Kemudian dia pun mencuci tangannya yang luka, walaupun pedih dia tetap juga mengambil air sembahyang. Dia jalan masuk ke dalam masjid.

" Fuyoo, cantiknya masjid ni. " Dia melewati tempat carta-carta dilekatkan, dia pun membaca nama-nama ahli jawatan kuasa masjid. Tiba-tiba pandangannya tertarik dengan sajak yang terlekat disebelahnya. Dalam suasana yang agak kelam digagahi juga membaca sajak tersebut.

' Marilah kepadaKu, wahai hamba-hambaKu
Bersegeralah pulang, ke pangkuanKu
Aku tetap menerimamu percayalah padaKu
Kamu hamba ciptaanKu, lemah dan lalai adalah watakmu
Aku mahu kau akuilah kelemahan itu
Setiap kali bersalah kamu datanglah kepadaKu
Mengakulah bersalah menangislah didepanKu
Tanda penyesalan yang tidak sudah
Ketahuilah wahai hambaKu rintihan orang yang berdosa
Lebih aku cintai daripada tasbih para Auliya'
Jangan bertangguh-tangguh lagi
Siapalah yang tidak bersalah, kamu adalah hamba
Aku suka orang mengaku salah, Aku cinta pada orang yang bertaubat
Wahai hamba-hambaKu minta ampunlah kepadaKu
Aku tetap menerimamu bukankah Aku Tuhanmu
KasihKu kepadamu melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya.
Begitulah pesanan Allah kepada hamba-hambaNya
Mengikut keterangan Al-Quran dan As-Sunnah.'

Terjelepuk mukhriz ketika itu juga. Menggigil kepala lututnya, air matanya berderai mengalir deras. Mukhriz pun menangis dan meraung semahu-mahunya. " Aku minta ampun ya Allah.. maafkan aku, aku tahu aku berdosa, aku tahu aku buat salah, ampunkan aku.. Tolonglah.. aku tak nak buat lagi dah.. aku bertaubat, aku nak berubah ya Allah.. Aku memang tak guna, aku memang tak guna!.. Ampunkanlah hambaMu ini.. Selamatkanlah aku!.. Aku bersalah padaMu, kesal diriku meninggalkanMu, jujur ku ingin denganMu, maafkanlah aku ya Allah, aku bodoh ya Allah.." Mukhriz meraung bagaikan budak kecil. Tapi itulah luahan hati dan perasaanya. Kelihatan dia benar-benar ingin berubah.

Mukhriz masuk kedalam masjid, badannya yang sejuk kembali hangat. Dia pun bersolat. Habis bersolat dia pun menangis lagi. Lama juga, kemudian baru dia mengangkat tangan dan berdoa.

" Ya Allah, aku terasa Kau telah memanggil aku kembali, Maha Suci Engkau Tuhan dari membuat kesilapan.. Terima kasih Tuhan atas kesusahan yang telah Kau timpakan, sesungguhnya ianya sangat bermakna bagiku. Aku tidak menyesal ya Allah, kini aku jelas dengan maksudMu, aku terasa Kau masih sayangkan aku lagi.. " air mata Mukhriz masih lagi mengalir " setelah apa yang telah aku lakukan selama ini.. Kau masih sudi lagi menerima aku.. " dia pun memejamkan matanya erat-erat, tiba-tiba perasaaanya bertambah sebak, dia tidak dapat meneruskan kata-katanya. Lama juga dia tidak dapat meneruskan kata-katanya. Setelah kembali reda dia pun menyambung. " terima kasih, terima kasih, terima kasih ya Allah.. Ampunkanlah aku, aku berjanji, aku taknak buat lagi.. " Mukhriz menekup muka dengan kedua-dua belah tangannya.

Malam itu berlalu dengan penuh kesyahduan. Hubungan seorang hamba dengan Khaliqnya kembali bertaut. Tembok pemisah yang Mukhriz bina selama ini telah dirobohkan dengan air mata penyesalannya, lopak-lopak dosa kini tertutup dengan taubatnya. Mukhriz kini seperti orang baru, putih dan bersih kerana bertaubat, tali yang dipegangnya tak mungkin dilepaskan kembali.. dia kembali hidup. Dia bukan lagi bangkai bernyawa. Tekadnya bulat, dia akan berubah.

" Aku berjanji pada diriku.. kali ini aku akan berubah. Wahai diri," Mukhriz bercakap dengan diri sendiri " maafkan aku kerana telah memudaratkan kalian selama ini, kali ini aku Mukhriz akan berjanji dengan kalian aku akan menjaga kalian sepertimana yang telah Tuhan amanahkan. Dengar sini semua.. selagi aku tak berubah.., aku tak akan keluar dari sini. Aku hak Tuhan, begitu juga kalian.. jadi aku Mukhriz akan menjaga kalian dan akan menggunakan kalian kali ini untuk Tuhan. " Mukhriz berjanji pada dirinya sendiri. Diangkatnya tangan kanannya, kemudian dipeluk dan diciumnya, begitu juga dengan tangan kiri. " Maafkan aku tangan.. aku telah berlaku zalim terhadap kalian yang telah berjasa pada aku.. Kali ini aku tidak akan menzalimi kalian lagi. "

" Aku tak akan keluar dari sini, ini adalah rumah baru aku, apa orang nak kata, katalah.. aku tak peduli. Selagi aku tak punya kekuatan, aku akan terus tinggal di sini. Kalau orang nak marah.. aku yakin Tuhan tak akan marah.. Ya Allah, kau belalah aku yang nak berubah ini.. "

Mukhriz menghabiskan malam yang selebihnya dengan berzikir didalam hati, " ampunkan aku ya Allah, ampunkan aku ya Allah.. " begitulah seterusnya sambil badannya tersandar ditiang tepi masjid.. hingga dia terlelap dan dia tak sedar yang dia terlelap.

No comments:

Post a Comment