Thursday, October 14, 2010

Hanya Untuk mu - 1

Suasana riuh rendah di halaman rumah. Hiruk pikuk suara Mak Bedah jelas kedengaran di ruang dapur mengarahkan itu dan ini. Emak pula sibuk melayan kerenah tetamu yang hadir. Hari ini hari yang penuh debaran buat aku yang bakal bergelar seorang isteri pada seorang suami. Namun, saat yang ditunggu masih juga belum tiba.

Debaran di dadaku masih lagi belum reda. Jam sudah hampir menunjukkan ke angka empat. Sudah sejam aku menunggu bersama yang lain-lain untuk majlis akad nikah berlangsung, namun kelibat bakal suamiku masih belum kelihatan. Berkali-kali aku meminta Anis menghubungi telefon bimbit Faris namun tiada jawapan yang di terima. Hatiku resah dan gelisah, terasa baju yang aku pakai sudah basah disimbahi peluh. Anis menggenggam tanganku, memberikan semangat untuk aku terus bersabar.



“Nis..” sahutku dengan nada perlahan.

“Sabarlah Nurul, sekejap lagi sampailah Faris.” Ujarnya seakan mengerti perasaanku. Matanya tepat memandang anak mataku. Makin gelisah aku dibuatnya.

“Aku takut apa-apa terjadi pada dia.” Airmata mula bergenang, hanya menunggu saat ianya gugur membasahi pipi.

“InsyaAllah, Nurul. Tak ada apa-apa yang berlaku. Dah jangan fikir yang bukan-bukan, ok!” pujuk Anis, namun kerisauan semakin menjalar dihati bila aku terfikir perkara buruk yang mungkin terjadi padanya. Ya, Allah. Lindungilah dia untukku, bisikku perlahan-lahan.

Puas duduk, aku berdiri. Emak, Anis, Pae dan mereka yang hadir bergilir-gilir mententeramkan hatiku yang kian resah. Berbagai-bagai andaian bermain-main di ruang fikiran. Dada terasa sebak, jantungku seakan mahu luruh rasanya. Aku meramas-ramas tanganku sendiri, menghilangkan rasa tidak keruan yang melanda di lubuk hati. Aku beristighfar beberapa kali. Emak memelukku erat, hangat kasih sayangnya mengalir ke tubuh ku. Terasa tenang seketika. Tiba-tiba, pintu bilik terkuak. Ku lihat Pak Teh melangkah masuk perlahan-lahan dengan wajah yang sugul.

“Temah, tok kadi bagitahu aku. Kalau setengah jam lagi pengantin lelaki tak sampai dia nak balik, sebab ada urusan kat tempat lain pulak.”
Mendengar sahaja kata-kata Pak Teh, terus badanku menjadi lemah. Semangatku hilang tiba-tiba. Ke mana Faris, jerit hatiku. Airmata mula menitis satu demi satu, bercucuran membasahi pipi.

“Mak..” raungku sambil memeluk emak. Aku menjadi hilang akal. Anis meluru mendapatkan aku. Dari raut wajahnya dia kelihatan bimbang.

“Nurul, jangan macam ni, aku pasti sekejap lagi dia sampai.” Pujuk Anis.

“Betul nak, mak yakin. Faris akan sampai.” Lembut emak menyeka airmata di pipiku. Aku hanya mengangguk, tidak tahu apa akan berlaku selapas ini.

Seketika kemudian, telefon bimbitku berbunyi. Aku hanya memandang dengan pandangan yang kosong. Jiwaku saat itu hilang keyakinan. Lantas Pae menyambut panggilan yang entah dari siapa. Dalam pelukan emak, hatiku meratap sayu, memikirkan nasib aku jika Faris tidak juga sampai dalam masa yang terdekat ini. Aku menatap Anis, dia hanya tersenyum pahit sambil melurut-lurut tanganku menenangkanku.

“Kak, abang Faris!” Pae menghulurkan telefon bimbit padaku. Di wajahnya terukir satu senyuman. Lantas terus ku capai telefon bimbitku lalu ku lekapkan ke telinga.

“Hello..” suaraku seakan tidak kedengaran.

“Hello, sayang..abang ni..” sahut si pemanggil di dalam talian.

“Ris..” tangisanku kedengaran. Anis dan emak saling memandangku tidak mengerti.

“Sayang..dengar apa yang abang nak cakap ni, ok?” aku hanya mengangguk seolah-olah Faris dapat melihatku.

“Sepuluh minit lagi abang akan sampai. Maaf ye sayang, sebab terlewat. Jam tadi kat lebuhraya, sebab ada kemalangan. Abang terpaksa ikut jalan jauh. Maafkan abang kerana buatkan sayang tertunggu.” Aku mengesat airmataku.

“Habis, kenapa Nurul telefon tak dapat tadi?”

“Kan abang dah telefon ni. Tadi tak ada line. Ok, sayang. Abang dah nak sampai ni. Dah jangan nangis. Siap-siap, ok sayang? Assalamualaikum”

“Waalaikumsalam..” talian terputus. Aku hulurkan telefon bimbitku pada Anis. Termangu-mangu Anis melihat aku. Aku tersenyum memandang Anis dan emak. Pak Teh yang berdiri di sebelah Pae terkulat-kulat tidak tahu hendak buat apa.

“Macam mana ni?” soal Pak Teh sambil menggaru-garukan kepalanya. Lucu pula ku lihatnya. Pae membisikkan sesuatu ke telinga Pak Teh, lantas terukir senyuman di bibir Pak Teh. Seakan mengerti Pak Teh terus bergegas ke luar untuk menyambut pengantin lelaki. Aku memeluk emak, aku memeluk Anis. Debaran hatiku kini bertukar kepada debaran yang bakal menjadikan aku seorang isteri.
“Harap bersabar uncle, kami sudah sedaya upaya menyelamatkan keadaan abang Faris. Namun takdir Allah kita tak dapat menolaknya.” bicara Dr. Ismail menggoncang naluri ku. Pelukan mama Faris semakin kuat kurasakan.

“Maksud kau?” tanya papa Faris kurang mengerti.

“Uncle…..erm…Abang Faris sekarang berada dalam keadaan koma selepas menjalani pembedahan tadi. Kami tidak tahu bila dia akan sedar dari koma, tapi melihatkan keadaannya sekarang, kami rasa dia mengambil masa yang lama untuk sedarkan diri. Kemungkinan juga bila dia sedar nanti dia akan hilang ingatan, kerana otaknya telah mengalami gegaran yang kuat semasa kemalangan tersebut.” Terdiam seketika Dr. Ismail apabila melihat airmata bapa saudaranya itu mengalir membasahi pipi. Ibu saudaranya sudah terjelepok di ribaku. Aku pula sudah kekeringan airmata, hanya hati yang menangisi apa yang terjadi.



Kenapa semua ini terjadi pada aku? Kenapa? Kenapa? Batinku ini menjerit, meraung, menangisi apa yang terjadi pada hidup ku. Terasa beban yang aku tanggung semakin berat. Aku seperti kehilangan tongkat, yang dulu menjadi petunjuk jalan hidupku, yang sering menolong aku, yang menjadi harapanku selama ini. Tapi sekarang, keadaan sudah berbeza. Belum pun sempat aku bergelar isteri, Faris di timpa musibah. Sepuluh minit menunggu di dalam bilik pengantin aku di beritahu oleh Pak Teh, Faris di timpa kemalangan sejurus keluar dari keretanya. Dia diseret oleh sebuah van sehingga lima meter jaraknya dan pemandu van tersebut dikatakan melarikan diri. Oh Tuhan, dugaan apakah ini? Mengapa aku diduga sebegini?

"Sepatutnya kita menerima dan bersyukur segala apa yang terjadi. Jangan sesekali menyalahkan takdir. Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya” Teringat kembali akan pesanan arwah ayah, aku beristighfar beberapa kali. Rasa berdosa kerana menyalahkan takdir dan qada qadar Allah sedangkan Dia tahu apa yang aku mampu dan apa yang aku tidak termampu aku tanggung. Namun terselit jua rasa kepayahan dan kesusahan dalam menghadapai semua ini.

Bip..bip..bip..telefon bimbitku berbunyi. Anis, getus hatiku. Taliannya ku sambut dengan nada yang sedih.

“Waalaikumsalam” ku sambut salam dari Anis untuk memulakan perbualan.

“Nurul, Faris macammana? Serius ke? Kau ok tak ni? Mak kau ada ni, dia nak cakap dengan kau. Sekejap, aku pass kat mak kau telefon ni.” Belum sempat aku berkata apa-apa, talian kini bertukar suara.

“Nurul, mak ni, Nurul.” Suara emak seakan risau.

“Mak…” hanya itu yang mampu aku sebut. Senduku tertahan-tahan.

“Nurul, Faris macammana nak? Dia tak ada apa-apakan?” terus airmata yang ku tahan tadi mengalir membasahi pipi. Mujurlah emak tidak nampak, jika tidak dia akan kerisauan.

“Nurul, bagitaulah mak.” Ujar emak lagi.

“Mak, abang Faris sekarang koma. Nurul tak tahu bila dia akan sedar.”

“Apa?” Sebentar kemudian suasana di talian sana hingar bingar. Aku mula tidak sedap hati.

“Mak…” Panggilan ku tidak bersahut. Kedengaran suara Pae menangis memanggil emak, Anis seakan kalut dan sebentar kemudian talian terputus begitu sahaja.


Setelah melihatkan keadaan Faris yang terbaring kaku di katil hospital, mama dan papa Faris mahu aku pulang dan mereka tidak mahu aku risaukan Faris di sini. Kata mereka, Faris tidak akan apa-apa di sini kerana Dr. Ismail ada dan apa-apa yang akan berlaku nanti mereka akan menelefonku dengan segera. Aku merasa lega mendengar semua itu, sekurang-kurangnya walaupun Faris berada dalam keadaan koma namun dia ada Dr. Ismail dan keluarganya untuk menjaganya. Kak Laila beria-ria mahu menghantar aku pulang ke kampung apabila mengetahui keadaan yang kecoh petang tadi. Tapi aku tidak mahu menyusahkan dia. Aku akan pulang dengan menaiki bas.

“Aku datang lagi ye Ris. Assalamualaikum.” Bisikku ke telinganya sebelum aku melangkah keluar dari bilik tersebut dengan langkah yang berat.

No comments:

Post a Comment