Thursday, October 21, 2010

Cinta Bukan Milikku - 9

“Ika…”
“Zayed… Mana Zayed?!”

Seingat aku semasa aku memandu pulang ke Terengganu, kereta yang aku naiki terbabas. Tapi di mana aku sekarang. Kenapa Azim jaga aku dalam pakaian kerja?!

“Alhamdullillah, Zayed sihat. Dia ada kat rumah. Dengan mama.”

Aku cuba bangun, namun dihalang Azim. Rasa berat ngan ngilu dipinggangku. Lagi sebulan majlis perkahwinanku dan Azim akan dilansungkan. Aku balik ke kampung pun sebab ingin memaklumkan pada mama dan abah agar membatalkan majlis perkahwinan kami.

“Mana mama?! Mana abah?!”

Aku mulai rasa sebak, dengan keadaanku seperti ini. Mama dan abah serta adik-beradikku tiada di sisi. Tapi Azim yang kubenci aje yang menemaniku.

“Dah 3 hari awak tak sedarkan diri. Risau saya.”
“Saya nak mama, kenapa dengan kaki saya. Sakit…”

Rasa ngilu di pinggangku membuatkan airmataku merembes keluar. Kemas genggaman Azim memegang tanganku, aku teresak. Terasa diri begitu lemah dan longlai.

“Syyy… Sabar sayang. Nanti saya panggilkan ‘nurse’.”
“Kenapa dengan saya?!”
“Sabar,ya. Ika cedera masa ‘accident’ tu.”
“Ya allah! Sakitnya pinggang saya, Azim.”

Kedua-dua belah tanganku menggenggam tangan Azim. Kejap. Rasa ngilu di pinggangku seolah-olah dihiris oleh pisau yang tajam. Deras airmataku mengalir. Tak pernah aku rasa selemah ini, Ya allah! Betapa sakitnya derita yang kau berikan ini Ya allah! Seorang ‘nurse’ datang dan menyuntikku. Selepas itu jiwaku kosong dan pandangan mataku kabur. Seterusnya gelap.

“Alhamdullillah. Nanti kalau Ika sihat saya bawa balik ke rumah mama.”

Sayup-sayup suara Azim berbual dengan mama. Rasanya badanku semakin lemah. Aku cuba membuka mata perlahan-lahan. Aku meraba-raba kepala yang tidak beralas. Mana tudung ku?! Ya Allah! Apa aku dah buat ni?! Aku cuba bangun, namun kudratku tidak begitu kuat untuk bergerak mencari tudung. Lumpuhkah aku?!

“Azim… Azim…”

AKu hanya mampu melihat Azim, suaraku tersekat di kerongkong. Apa dah jadi sebenarnya. Kenapa Azim tidak menghiraukan aku. Azim kelihatan ingin berlalu. Aku cuba memanggil, namun hampa.

“Azim...”

Aku meronta-ronta. Hinggalah, suaraku keluar jua.

“Azim!!!”
“Ika?! Kenapa Ika?!”

Tersentak aku, Azim masih di sisiku dengan uniformnya.

“Jangan tinggalkan saya sorang-sorang.”
“Hmm… Saya tetap akan temankan awak Ika.”
“Azim… Maafkan saya.”

Lafaz itu terlalu sukar bagiku. Azim tersenyum. Banyak silapku pada Azim selama ini, andai aku mati sebelum sempat aku memohon maaf. Pasti aku akan bawa kesalanku itu hingga ke kiamat. Aku mencium tangan Azim. Tanda aku ikhlas dengan kemaafanku.

“Kalau saya mati…”
“Syy… Apa cakap mengarut ni?!”
“Jika ditakdirkan macam tu, tolong maafkan saya, Azim. Banyak dosa saya kat awak.”
“Saya tak pernah ambil hati dengan awak. Tidurlah.”

Sukar untukku lelapkan mata lagi.

“Azim…”
“Hmm…”
“Apa dah jadi dengan saya, sebenarnya?!”
“Takde apa-apa, awak cedera ringan aje. Insyaallah, awak akan cepat sembuh.”
“Majlis tu…”
“Syy… Rehatlah, mama dan abah awak tengah sibuk uruskan majlis tu. Awak jangan fikir banyak, tidur ya.”

Entah kenapa aku jadi terkilan dengan abah dan mama. Kenapa majlis itu yang disibukkan mama dan abah. Tinggal beberapa hari lagi majlis tersebut. Azim jadi peneman setia aku, kadang-kadang aku tersedar di tengah malam, Azim tidur dibirai katilku. Alangkah terharunya aku, jika benar Azim jodohku. Aku terima seredhanya.

“Azim… Saya minta maaf. Banyak perkara yang saya buat boleh menyakitkan hati awak. Bolehkah saya jadi pengantin awak nanti? Saya tak sempat dan pulih. Awak tengoklah kaki saya ni, tempang agaknya. Dah macam Zayed.”

Aku tergelak, walaupun ada getar di dada.

“Ika, mama dan abah tangguhkan semua tu. Kita bersanding lepas awak pulih ya. Doktor kata awak akan kembali macam dulu.”
“Hmmm…”
“Ika… Macam mana semua ni boleh terjadi?!”
“Saya tak ingat apa-apa, Azim.”

Aku terdiam, seingat aku. Aku dan Zayed dalam perjalanan balik ke Terengganu. Aku nekad untuk putuskan semua ni dengan Azim. Seperti biasa aku memandu sendirian. Mungkin kerana aku tertekan, aku hilang kawalan semasa memotong sebuah kenderaan. Aku cuba melindungi Zayed, sebelum kereta terbabas. Mungkin sebab itulah aku cedera sebegini.

“Zayed mana, Azim?!”
“Mama dah bawa dia pulang ke kampung, dia tak apa-apa. Tapi awak yang tak sedarkan diri berhari-hari. Awak tak pakai ‘seatbelt’ ke?”
“Alhamdulillah, saya nak selamatkan Zayed.”
“Tapi awak kena ingat diri awak tu. Bahagian kanan awak cedera parah.”
“Saya tak kisah asalkan Zayed selamat.”
“Lainkali, awak kena bagitahu saya kalau balik kampung. Kita balik sama-sama.”

Aku terdiam, benarkah Azim sanggup menemani aku pulang? Siapa perempuan yang selalu menemaninya selama ini. Layakkah aku memohon perhatian Azim, walhal gadis yang mendampingi Azim selama ini jauh lebih sempurna dariku.

“Azim, mana tudung saya?”

Segan?! Memang segan, namun ini auratku. Aurat yang kupertahankan selama ini. Mana mungkin semudah ini Azim melihatku berhari-hari tanpa tudung.

“Takkan awak nak pakai tudung lagi? Tiap hari saya tolong sanggulkan rambut awak.”
“Astaghfirullah. Takkan sampai macam tu?! Saya dah sihat, Azim. Boleh saya minta tudung saya semula? Rimas kalau macam ni.”
“Orang rimas bila pakai tudung, awak rimas bila macam ni?! Esok saya bawakan, nak ‘color’ apa?”
“Awak ambilkan dekat rumah sewa saya, saya tak kisah ‘color’ apa. Asalkan bertudung.”
“Ni bukan KL, jadi semua keperluan awak saya kena beli baru.”
“Iya ke?! Kat mana kita ni?”
“Kuantan lah.”
“Ooo, awak guna duit dalam handbag saya. Saya tak nak guna duit awak. Nanti banyak hutang saya kat awak. Mana handbag saya?”
“Kat dalam kereta saya.”
“Ingat tau, guna duit saya.”
“Iyalah, tuan puteri.”

Berani Azim mencuit hidungku. Tak sedar ke orang tua ni, kita ni bukan muhrim. Alhamdullillah,keadaanku semakin pulih. Setiap hari aku menjalani latihan berjalan, untuk menguatkan otot-otot kaki kananku. Azim lah yang menemani aku setiap hari.

“Awak tak kerja ke?”
“Takk, saya cuti sampai awak sembuh.”
“Iya ke? Senang awak dapat cuti.”
“Ika, saya nak awak janji dengan saya. Lepas awak keluar wad. Kita kahwin. Terus kahwin tau. Saya tak nak bertangguh lagi. Nanti saya tak sempat nak hidup bersama awak dan Zayed.”
“Kenapa pulak? Awak nak kahwin lain ke?”
“Kesitu pulak. Hari ni ada seseorang nak jumpa awak.”
“Siapa?!”
“Adalah, seseorang yang ‘istimewa’.”

Aku tersenyum, mesti Zayed. Tak sabar aku nak jumpa Zayed. Azim membawaku ke wad. Sementara memerhatikan Azim mengemaskan locker ku. Aku terlelap. Hinggalah terdengar bunyi Azim sedang bergurau dengan seseorang. Aku membuka mata, mungkin Zayed sudah sampai. Terkejut aku melihat Azim yang begitu mesra melayani gadis yang kutemui tempoh hari. Sampai hati Azim. Dalam keadaan aku seperti ini, Azim membawa perempuan itu untuk menziarahi diriku yang malang. Aku cuba memusingkan badan, membelakangkan Azim. Airmataku mulai bergenang. Azim masih tidak mempedulikanku.

“Argh!”

Darah mulai mengalir ke wayar di tanganku.

“Ika?! Kenapa ni?”

Azim membetulkan wayar ditanganku, alhamdullillah. Taklah teruk sangat. Aku memejam mata. Benci aku memandang Azim.

“Ika?! Abang nak kenalkan Ika dengan seseorang.”
“Ika nak tidur, kepala Ika sakit.”

Aku beralasan. Aku sakit hati bila perempuan itu mendampingi Azim. Hati aku seperti dihiris-hiris. Sakit. Awak tahukah apa saya rasa, Azim?

“Takpelah, bang. Kak Ika tak sihat. Nanti Maya datang lagi.”

Maya?! Kak Ika?! Nak jadi madu aku ke? Aku membuka mata, menangis ke aku ni? Jangan menangis sebab lelaki. Jangan, Ika. Hati aku bermonolog sendiri. Aku membetulkan dudukku. Maya tersenyum, cantik dan manis. Patutlah Azim sayangkan dia lebih dari aku, Azim membantuku, namun aku menepis. Takyah nak tunjuk baiklah. Maya menghulurkan tangan. Aku tersenyum, menyambut huluran tangan Maya bersahaja. Azim membiarkan aku dan Maya sendirian, untuk apa?

“Akak, Maya ada bawakan anggur. Akak nak? Nanti Maya basuhkan ya.”
“Takpelah, akak dah makan.”
“Kak, pasal hari tu. Maya nak minta maaf. Tak sangka sampai jadi macam ni.”
“Hah?!”
“Secret Recipies tu? Akak ingat tak?”
“Hmm, akak nak cepat masa tu. Sebab tu akak balik awal.”
“Akak tak marahkan Maya, kan?! Maya dah lama kenal abang. Masa sekolah menengah lagi. Kami rapat sangat, malah rahsia Maya. Rahsia abang juga.”

Kenapa bagitahu aku. Kalau kau rapat dengan Azim, kahwin ajelah dengan dia. Jangan sakitkan hati aku. Aku takde dosa kat korang. Janganlah buat aku macam ni.

“Kami pernah ‘couple’. Dan kami merancang untuk berkahwin.”
“Pang!”

Berdengung telinga aku. Berputar-putar kepala aku. Kenapa tak kahwin, tapi ceritakan perkara ni kat aku. Aku terdiam. Dapat kulihat bibir Maya yang bergerak-gerak. Maya bersalaman denganku, kemudian berlalu. Duniaku terasa gelap. Maya berlalu. Entah mengapa aku boleh menangis. Kecewakah aku?! Sampai hatimu Azim. Azim memohon diri menghantar Maya. Aku hanya mengangguk. Tiada kata yang mampu aku luahkan.

“Ika?! Cantik Maya tu kan?!”

Jangan mulakan semua ini lagi. Semalaman aku menangis sendirian. Tanpa pengetahuan Azim. 1001 Perasaan benci yang lahir dari diriku. Untuk apa kau mulakan semua ni, Azim. Untuk sakitkan hati aku lagi, Azim?! Aku bangun dari katil menggunakan tongkat, entah dimana silapku. Aku terjatuh di bilik air. Sayu bila mengenangkan diriku yang lemah tidak bermaya.

“Jangan sentuh saya! Saya benci awak!”
“Kenapa ni?!”
“Awak mainkan hati saya, awak berpakat dengan Maya kenakan saya. Apa dosa saya pada awak Azim?! Adakah sebab saya ni ‘anjing kurap’ awak boleh mainkan saya macam ni?! Saya benci awak!”

Semua barang-barang disekitarku lontarkan pada Azim. Biar dia tahu aku membencinya. Sebaik aku bangun dari tidur, pakaianku telah ditukar ganti. Azim kah yang buat semua ini. BIla aku melihat Azim, lantas ingatanku mengingatkan aku tentang Maya.

“Awak dah salah faham. Saya dan Maya takde apa-apa.”
“Cukup!! Cukup!! Saya tak nak dengar semua ni. Saya benci awak.”

Aku teresak, tubuhku mulai lemah. Tiada apa yang mampu aku lakukan selain menangis. Berkali-kali aku muntah. Terasa diri bodoh.

“Ika… Jangan ikut perasaan awak. Maafkan saya, saya tak patut bawa Maya jumpa awak. Tapi, jangan macam ni. Saya merayu.”
“Saya benci awak.”

Airmataku mengalir laju, hanya bibirku yang mampu berkata-kata. Tubuh badanku lansung tidak bermaya. Hampir 2 hari aku tidak makan apa-apa. Biarlah aku begini. Hinggalha satu hari aku ditimpa demam panas. Maya sekali lagi menziarahiku. Tanpa Azim.

“Maafkan saya, saya tak maksud nak lukakan hati awak. Saya dah berkahwin Ika. Saya sayangkan Abang Azim tak lebih macam abang saya. Saya tak sangka awak boleh jadi seteruk ni, saya tahu awak sayangkan Azim. Abang merayu-rayu dengan saya untuk kembali menemui awak. Dia tak boleh kehilangan awak, Ika.”

Maya memelukku. Lapang dadaku. Alhamdulillah. Maya berjaya membuatkan aku derita dan ketawa. Bodohnya aku ni?!
“Abang minta maaf. Abang silap, abang buat salah. Maafkan abang ya.”
“Saya benci awak. Tak serik-serik awak menyakiti hati saya, Azim.”

Hanya itu yang mampu kuluahkan. Azim telah menjadi suamiku yang sah. Semuanya majlis telah dirancang dan diuruskan oleh mama dan abah. Selepas aku kemalangan tempoh hari, mama dan abah banyak menemaniku. Azim pula terus menghilangkan diri.

“Sikit aje abang minta, Ika berikan cinta Ika tu pada abang.”
“Tiada apa yang boleh saya beri untuk abang. Maaf. Bila abang nak balik KL?”
“Esok abang dah kena balik bertugas. Cuti tak banyak sayang.”
“Saya tahu.”



Azim menarikku ke sisinya. Cuma majlis akad nikah yang sempat diadakan, memandangkan suamiku, tidak mempunyai cuti yang banyak. Zayed lah insan yang paling gembira. Dapat ayah baru. Malam itu bermulalah episod cintaku dengan Azim yang telah sah menjadi suamiku. Segala-galanya sudah diterangkan oleh Azlan seminggu sebelum majlis akad nikah ini. Hampir 4 bulan aku menjauhkan diri dari Azim, tanpa mendengar sebarang penjelasan darinya. Aku tersenyum sendirian mengenangkan cemburuku dengan hubungan Azim dan Maya.

“Terima kasih, abang.”

Aku membisikkan kalimah tersebut ke telinga Azim. Azim mengeratkan pelukannya. Aku bahagia, cintaku telah disambut.

“Ika akan cintakan abang sepenuh hati Ika.”
“Terima kasih.”

Azim membalas. Akhirnya kebahagiaan jua kutemui. Malam itu kami sama-sama menganyam impian dan harapan.

“Bangun solat Subuh, sayang.”

Malas aku bangun menuju ke bilik air. Aku membersihkan diri kemudian mengambil wuduk. Sama-sama aku berjemaah. Bahagiakah aku, sudah 3 hari tidurku ditemani Azim. Hari ini Azim akan bertolak ke Kuala Lumpur. Selepas solat, aku mengemaskan barang-barang Azim.

“Ini hadiah untuk isteri abang.”
“Apa lagilah abang ni. Abang hati-hati bawa kereta ya.”
“Iya, sayang. Kalau sempat, nanti abang pulang ambik Ika dan Zayed. Kita sama-sama duduk KL. Insyaallah, sayang.”

Tak sanggup aku berpisah dengan Azim. Ketika aku menyalami Azim sebelum masuk ke kereta.

“Jaga diri baik-baik, abang cintakan Ika dulu dan selamanya. Cinta abang, abang serahkan untuk Ika. Apa-apahal bagitahu abang ya.”
“Insyaallah! Sampai sana abang call Ika ya.”
“Anak ayah, jaga ibu baik-baik. Ayah pergi dulu.”

Azim memeluk Zayed. Sayu bila aku melihat kemesraan Azim dan Zayed. Keluarga bahagiaku. Azim selamat bertolak ke Kuala Lumpur. Aku meneruskan rutin ku. Membantu mama dan melayani karenah Zayed. Hinggalah suatu masa yang agakterluang, aku membuka hadiah pemberian Azim.

“Buat kau isteriku…..
Satu-satunya insan yang abang sayang dan cintai…. Jaga dirimu baik-baik. Tasbih ini abang hadiahkan agar kau sedar, Allah swt sentiasa bersama kita sayang. Walaupun bermacam dugaan menimpa kita sekeluarga, ingatlah Allah swt bersama kita. Terima kasih diatas balasan cintamu pada abang. Terima kasih, sayang.

Jagalah dirimu dan anak kita sebaik mungkin, andai satu hari abang tiada di sisimu… Pasrahlah, sayang. Hadir abang bukan untuk mengecewakanmu.. Tapi abang yakin, Allah swt menemukan kita kerana kita ditakdirkan sebagai satu pasangan, dan andai Allah swt memisahkan kita. Itu jua kerana setakat itu pertemuan yang Allah swt tentukan untuk kita sayang.

Bacalah surah Yassin ini ketika kau dilanda gundah, dan kecewa… Tiada manusia yang Allah swt ciptakan untuk derita sayang. Jaga dirimu dan anak kita Zayed sebaik mungkin. Abang sayangkan Ika selagi nyawa di kandung badan.

Abang”

“Abang ni memang kaki jiwang.”

Tasbih dan Yassin pemberian Azim kucium perlahan. Aku keluar ke ruang tamu. Azlan, Abah, Along dan Mama serentak memandangku. Mungkin mereka pelik dengan sikapku yang kerap keluar masuk ke bilik.

“Angah…. Sini kejap.”
“Kenapa ni?! Pelik aje.”
“Tadi ada berita, Angah.”
“Berita tentang apa, bah.”

Keadaan sebeginilah yang aku lalui ketika pemergian Azril dan Aziah dulu. Aku mencari-cari Zayed. Ada debaran di dadaku.

“Zayed mana?! Abah, mana Zayed?!”
“Ada… Tidur, dari tadi meragam. Jadi mama tidurkan dia.”
“Kenapa ni, mama?!”
“Azim ada call Angah tak?”
“T…Ta…Tak… Kenapa?!”

Aku mengambil hpku, mendail nombor Azim. Luar kawasan?! Aku terus mendail.

“Mama…Tak dapat.”
“Kak Ngah….Tadi dalam berita, ada kemalangan kat Lebuhraya Karak.”
“Ya allah!”
“Abang…..Abang Azim dah takde.”
“Allahuakbar!! Allahuakbar!!”

Berkali-kali aku beristighfar. Abang….

“Sabar, Angah. Duduk dulu, takde berita lagi yang Azim terlibat. Kita tunggu lagi nanti.”

Aku menanti berita untuk Buletin Utama. Sebelum Buletin Utama bermula, hp ku berbunyi. Abang?!
“Alhamdullillah…. Mama, abang call.”

Semuanya mengucap syukur. Aku kembali reda. Suamiku selamat.

“Assalamualaikum…..”
“Waalaikumsalam, abang. Takut Ika….”
“Puan…. Maaf, saya ASP Azman. Suami Puan terlibat dengan kemalangan. Maaf Puan….”

Duniaku gelap. Segala-galanya berubah. Cinta itu bukan milikku. Aku tak layak untuk memberi cinta pada sesiapa pun. Aku insan malang kerana cinta.

C.I.N.T.A
Benci aku dengan ungkapan itu….
Kerana ungkapan itu aku jadi begini….
Pergilah engkau dari menghampiriku….
Biarkan aku begini….
Tanpa cinta yang melukakan….
Cinta yang pasti bukan milikku…

Ya allah!
Sekelip mata kau merampas dia dariku…
Kau bawa ia pergi dariku…
Semalam aku menyemai cinta….
Hari ini cinta itu dirampas, lantaran kuasaMu…
Aku gagahi diri untuk pasrah….
Berkali pun aku belajar bercinta….
Berjuta kali pun aku cuba dicintai….
Cinta itu tetap bukan milikku….
Kematian penyudah cintaku…

Benar kata orang cinta pada manusia tidak kekal….
Biarlah Cinta itu menjadi milikku…
Dengan menyintaiMu Yang Maha Esa…
Aku redha dengan kuasaMu….

Amin….

“Abang… Amanlah abang di sana. Berbekalkan cinta dan doa dari Ika. Selamanya Ika menyintai abang. “

Nisan putih yang terukir nama seorang insane yang aku cintai kutinggalkan perlahan. Pergilah abang, cinta Ika… Ika serahkan padaNya yang Esa. Bawalah cinta Ika ke sana, insyaallah janjikan Ika di sana. Ika sayangkan abang selagi nyawa dikandung badan. Tiada lagi cinta milik Ika. Aku pasrah dengan kuasaMu Ya allah.

No comments:

Post a Comment