Wednesday, October 20, 2010

Cinta Bukan Milikku - 8

Giler ke aku ni?! Takkan aku nak salin baju lain. Lantaklah apa Azlan ngan Azman nak kutuk aku. Buat derk je. Tapi… Kalau mama ngan abah perasan gak. Camner?! Tulah, sapa suruh pergi beli baju raya sama-sama ngan mamat tu. Bodoh?! Berkali-kali aku mengutuk diri sendiri. Lantaklah, kakiku melangkah ke ruang tamu. Memaniskan muka.

“Maaflah. Ada sms tadi. Dari kawan-kawan.”
“Duduklah dulu, makanlah apa-apa yang patut.”
“Angah, suruh Azim makan nasi minyak ni. Hari ni Azim duduk sinilah, lagipun kesian mama tengok. Beraya kat negeri orang.”
“Dah biasa mak cik. Bestnya lauk-lauk ni, makcik masak ke?”
“Hmm…Makcik buat Nasi Minyak je, yang ni Angah yang masak. Resepi baru. Spagetti.”
“Saya makan makcik, lagipun tak makan pepe lagi dari tadi.”
“Makan…Makan…. Jangan malu-malu. Buat macam rumah sendiri ya.”
“Hmm…”

Sporting giler mama dengan Azim. Agak-agak akulah Azim dah guna-gunakan mama dan abah agaknya. Petang itu Azim dan adik-adikku berpakat untuk membakar lemang. Mama bukan main lagi gembira. Zayed seolah-olah tidak mengenaliku. Gembira Zayed dengan kehadiran Syawal. Dengan rakan-rakan yang ramai. Dan kehadiran Azim yang melayani karenah nakalnya. Sesekali Zayed datang kepadaku bila perutnya mulai lapar. Zayed…Zayed…

“Angah!!! Oooo Angah!!!”

Panggilan mama mengejutkan aku.

“Yup! Ape dia mama?”
“Apesal duduk kat atas lagi, pergilah tolong budak-budak tu bakar lemang. Hah! Ni bawak turun ke bawah. Mesti budak-budak tu lapar. Zayed pun ada kat sana.”
“Hmm…”

Dulang minuman kuambil dari tangan mama. Mama…Mama…. Tak pernah-pernah rumah aku bakar lemang, tup…tup…malam ni gian bebudak ni nak bakar lemang. Mimpi agaknya.

“Angah… Giliran Angah plak jaga, Lan nak naik solat Isya’.”

Pengepit bertukar tangan. Aku menghampiri Azim yang dari tadi berpeluh-peluh cuba mengawal api. Kemudian segelas sirap air kuhulurkan padanya.

“Penat ke? Ni airnya. Kena raging ke? Hehehe… Tulah sapa suruh keluarkan idea nak bakar lemang. Ni first time rumah saya bakar lemang. Seksa betul nak masak lemang ni ya.”
“Takpe, saya dah biasa. Rasa tak lengkap Syawal kalau tak bakar lemang.”

Air sirap disambut Azim. Zayed kulihat bukan main lagi gembira di laman rumah, berlari-lari melihat pelita yang terpasang. Seronok aku bila Zayed gembira seperti itu, walaupun lariannya pincang tiada siapa yang boleh menghalangnya dari terus gembira.

“Zayed!! Mari sini, sayang… Minum air ni.”
“Hmmm…”

Zayed hanya menjawab panggilanku selamba. Gembira benar anakku itu? Seketika kemudian Zayed mendapatkanku.

“Seronok benar ya. Tak makan, tak minum. Perut Zayed tak lapar ke?”

Aku memeluk Zayed erat, kucium pipinya. Zayed menghabiskan segelas air sirap, kemudian meronta-ronta untuk kembali bermain. Erat aku memeluknya, menyekat keinginannya untuk kembali bermain.

“Ibu tak nak kasi… Hahaha! Biar Zayed dengan ibu aje.”

Rontaan Zayed semakin kuat. Aku hanya ketawa mengusik. Biar Zayed duduk menemani ku. Erangan Zayed membuatkan aku semakin kuat menyakat. Zayed menolakku hingga aku jatuh terduduk. Zayed melepaskan diri, aku pura-pura menekup muka. Membuat esakan kecil, mengusik anak kesayanganku.

“Haa…Ibu Zayed nangis. Nanti Pak cik bagitahu nenek. Kesian ibu Zayed sakit.”

Azim turut menyakat. Terasa tapak tangan Zayed menggosok bahuku perlahan.

“Haaa!!! Anak ibu kena tipu!”
“Ibuuuu….”

Zayed ketawa lagi. Azim turut ketawa bila aku bertubi-tubi mencium Zayed. Seronok aku melayani karenah Zayed. Dialah racun dan dialah jua penawar hidupku. Ibu sayang Zayed. Selepas letih melayani karenah Zayed, aku hanya membiarkannya bermain-main. Penat aku melayani Zayed.

“Seronok tengok awak usik Zayed.”
“Hehehe…. Biasa je. Saya suka usik Zayed macam tu. Syok tahu.”
“Iyalah tu, merah muka Zayed bila awak pura-pura nangis tadi.”
“Padan muka! Nakal sangat.”

Selepas siap lemang dibakar, aku membantu Azim membawa lemang-lemang ke atas rumah. Rumah sudah sunyi sepi, semua orang sudah terlelap menunggu lemang. Perlahan-lahan aku menyusun lemang di dapur.

“Nak mandi ke? Kejap ya.”

Kesian aku tengok Azim yang berpeluh-peluh. Azim menanggalkan baju melayunya, menyerahkannya padaku. Dengan bersinglet tanpa lengang dan berkain pelekat. Azim mengambil angin di luar rumah. Aku masuk mencari tuala dan sehelai t-shirt milik Azlan untuk diserahkan pada Azim.

“Pergilah mandi.”

Sementara menanti Azim mandi, aku memakaikan pampers untuk Zayed yang tertidur keletihan. Kemudian aku cuba mengangkat Zayed ke bilik. Berat. Sejak akhir-akhir ini, berat badan Zayed semakin bertambah. Maklumlah, senang hati.

“Allahuakbar! Beratnya anak ibu.”
“Ika…”

Suara Azim membuatkan aku terhenti seketika. Azim mengambil tugasku mengangkat Zayed. Aku tersenyum.

“Kat mana nak letak ni?”

Azim masuk ke bilikku, menghantar Zayed. Lantaklah, bukan ada apa-apa pun. Zayed diletakkan perlahan di atas katilku. Lena benar Zayed tidur. lansung tak terusik.

“Dah nak tidur ke?”

Soalan apa Azim ni, memanglah nak tidur. Maksiat memalam buta duduk berdua ginilah. Tak padan polis.

“Iyalah, dah pukul 2. Takkan nak berjaga lagi kot. Syy… Nanti Zayed bangun. Awak keluar dulu, nanti saya keluarkan bantal dengan tilam.”
“Nak keluarkan tilam mana?”

Azim cuba membantuku mengambil tilam dari atas almari bajuku. Kemudian Azim keluar. Aku memberikan Azim 2 biji bantal beserta kain selimut. Azim tersenyum.

“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam, nanti mimpikan saya ya.”

Azim ni dah buang tabiat agaknya. Aku masuk ke bilik, menyalin baju dan mandi. Seterusnya aku berbaring di sebelah Zayed. Seperti biasa, aku tertidur dengan mendakap Zayed.

“Ibu…Ibu…”

Aku terpisat-pisat bangun bila terdengar rengekan Zayed, hp kucapai. Baru jam 5 pagi. Kenapa dengan Zayed ni.

“Buu…La…Parrr….”

Kesian anakku, terjaga di tengah-tengah malam sebab lapar. Aku bangun menuju ke dapur. Sambil mendukung Zayed. Sementara menanti aku memasak bubur nasi, Zayed memakan lemang yang dimasak semalam. Bila teringatkan lemang, bergegas aku masuk ke bilik mencapai tudung. Nasib Azim lena di tilamnya. Alhamdullillah. Zayed sendawa, sebaik menghabiskan satu mangkuk bubur nasi. Azan subuh mulai bergema. Aku terus mengambil wuduk. Zayed kembali terlelap setelah menghabiskan semangkuk bubur dan segelas susu. Aku terus mengerjakan solat Subuh, kemudian mengejutkan mama dan abah. Abah mengejutkan Azim yang masih lena di ruang tamu. Kemudian aku menyambung tidur.

“Ngah…Bangunlah, dah siang ni. Dah pukul 11 pun. Anak dara apa tidur sampai siang ni.”

Azlan mengejutkan aku. Malas aku bangun menuju ke bilik air, selepas bersiap-siap aku ke dapur. Bersarapan.

“Kenapa baik sangat ni? Takkan dalam rumah pun bertudung.”

Sindir Azlan. Bukankah Azim ada dalam rumahku.

“Dia dah balik pagi-pagi tadi lagi. Dia kerja hari ni.”
“Ooo…”

Aku menanggalkan tudung kepala, bukan baik sangat pun aku ni. Alim-alim kucing je.

“Betul Angah! Baliklah, hujung minggu ni keluarga dia datang meminang.”
“Tak maulah, mama.”
“Bertuah punya budak. Kamu tu dah tua. Bukannya muda lagi. Lagipun Azim tu baik. Bertuah kalau kamu kahwin dengan dia.”
“Kalau Angah tahu dia ada niat macam tu, takdelah Angah buat baik ngan dia.”
“Kamu ni! Ada ke situ pulak. Dah lama dia berkenan kat kamu.”
“Buta ke? Mama betul ke dia tu. Angah rasa dia silap tengok. Takkan lah katak hodoh cam Angah ni dia nak buat bini. Tak maulah mama. Mama nak sangat, mama jelah kahwin ngan dia.”
“Kamu baliklah dulu. Bawa Zayed sekali, mama pun dah rindu kat dia.”
“Malaslah, ma. Lagipun kalau Angah kahwin, sapa nak jaga Zayed?”
“Azim tak kisah, nak.”
“Mana mama tahu, lelaki ni bukan boleh percaya mama. Masa ni dia mmglah tak kisah. Nanti kalau kahwin macam-macam perangainya.”
“Kamu bertunang dulu, kenal dulu hati budi. Kamu tu bukannya pandai nak bercinta pun. Umur dah setengah abad, tapi fikiran macam budak. Balik ajelah. Kalau bertunang tak ok, mama tak kisah kalau kamu tak nak kahwin ngan dia.”
“Betul ke? Mama janji tau.”
“Iya. Balik dulu.”

Aku ketawa, susah untukku percayai lelaki lagi. Banyak perkara yang menyakitkan aku bila teringat tentang lelaki. 1001 macam perangainya. Maklumlah lelaki ada 9 akal, jadi macam-macam cara diorang gunakan akal tu. Sampai tak sedar cara diorang guna akal tu menyakitkan orang lain. Cukup hujung minggu, aku mulai bertolak balik ke kampong. Cukuplah balik kampung dengan bas. Letih untuk aku memandu sendirian. Zayed lah insan gembira bila berada dalam bas. Maklumlah pengalaman pertama. tiga helai baju sejuk kubekalkan untuknya. Sebaik pukul 6 pagi, aku sampai ke negeri kelahiranku. Aku memaklumkan pada mama tentang ketibaanku. Zayed masih tertidur dalam pelukanku, tak tergamak aku mengejutkannya, memandangkan kesejukan yang dialami sepanjang berada dalam bas. Dengan susah payah, aku menarik beg pakaianku.

“Ika…”

Aku berpaling. Azim tersengih dengan jaketnya. Mamat ni datang dari mana? Mana tahu aku balik? Ni mesti mama yang bagitahu, pandailah mama ni. Ingat aku boleh cair ke dengan mamat polis ni. Tapi ok gak dia muncul pepagi ni, Zayed ni pun berat bukan main lagi. Nasiblah Azim, Azim mengambil Zayed dari dukunganku. Pandai ke dia nak dukung Zayed? Dulu tak nak, takut berkasarlah. Apalah. Maklumlah lelaki.

“Saya nak solat kejap ya.”
“Saya bawa Zayed ke kereta. Saya tunggu Ika kat sana.”
“Ok!”

Aku hanya menurut, macam tak percaya plak yang Azim nakkan dengan aku yang takde apa-apa ni. Rasanya aku ni dahlah kecoh tak tentu pasal. Aku tersengih, Azim tak kenal lagi sapa aku. Kalau dia kenal. Mahunya lepas ni menghilang tanpa berita. Aku dah bahagia dengan kehadiran Zayed, cukuplah hanya Zayed dalam hidup aku. Lantak kaulah Azim, nanti jangan menyesal dahlah. Selesai solat, aku mencari-cari kereta Azim. Sunyi. Mana Azim bawa Zayed ni? Aku mendail nombor hp Azim.

“Ika!! Sini.”

Azim melambai sebelum sempat aku mendial no hp nya.

“Zayed masih di ribaan Azim, menghirup teh ais. Aku tersenyum. Azim menyuapkan nasi lemak untuk Zayed.”

Bimbang aku takut-takut, Azim menyuapkan tumis pedas nasi lemak pada Zayed. Perut Zayed sensitif dengan makanan pedas. Lebih-lebih pada waktu pagi macam ni.

“Lapar sangat Zayed ya. Tak sempat-sempat paksa Pakcik belanja ya.”
“Sye…dap…”
“Ooo…Sedaplah, duduk atas Pakcik, lepas tu minta Pakcik suapkan.”
“Budak-budak… Tadi dia sejuk nak duduk atas kerusi sendiri.”
“Pandai anak ibu. Awak tak makan ke?”
“Hehehe…. Sambil suap, saya makan tumis, saya suapkan nasi dengan telur untuk Zayed ni. Yang baki-baki tu saya habiskan. Order lah. Saya belanja.”
“Betul ke? Saya makan banyak tau.”

Azim hanya tersengih, aku order nasi dagang dan segelas air suam. Lantaklah. Sesekali Zayed menyuakan mulutnya padaku. Minta disuapkan.

“Sedap ke nasi dagang tu?”
“Hmm… Nak rasa ke?”

Tanpa segan aku menyuakan sudu berisi nasi dan lauk ke mulut Azim. Azim hanya akur mengangakan mulutnya. Dalam hati Tuhan aje tahu, bodoh nya aku. Tunjuk-tunjuk romantik. Giler betul.

“Nasi dagang ni sedap bila Ika suap aje.”

Aku mencebik. Selesai makan. Azim menghantarku ke rumah.

“Esok saya nak ajak awak keluar, cari barang-barang. Boleh ke? Saya tak bertugas esok.”
“Insyaallah, nanti saya mesej. Bawa Zayed sekali ya.”
“Ok! Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam… Terima kasih ya.”

Kepulanganku di sambut mama di muka pintu. Sukalah mama tu, bila tengok Azim. Bukan aku tak tahu, mama ni terlebih ‘excited’ dari aku sebenarnya. Aku ketawa besar bila tengok rumah yang siap di hias dengan mini pelamin.

“Takkanlah macam ni kot. Angah malas nak duduk tengah-tengah macam ni. Tak malu ke?”

Mama dan abah bukan main lagi meyakinkan aku. Esoknya Azim datang menjemputku. Mama berkeras untuk menjaga Zayed. Seperti yang aku jangka. Azim mengajakku memilih cincin.

“Saya nak letak bunga mawar segar. Tak nak bunga plastik punya. Boleh ke? Cincin ikut awak nak pilihlah mana-mana pun. Saya takde mood lah. Awak ni dah silap orang. Saya rasa awak silap tengok orang. Pilihlah orang lain. Saya anggap awak macam kawan-kawan aje. Kita takyah lah serius sampai nak kahwin.”
“Ika… Saya nak Ika pilih sendiri.”

Tak dengar ke apa aku cakap tadi. Buat derk aje. Takde respon pun.

“Awak ni, bukan ke awak yang nak bertunang? Awak pilihlah. Saya ikut je.”
“Ika…”

Aku menjeling, bencinya. Dagu kulabuhkan di atas tangan di atas meja. Biarlah. Azim memlilih beberapa cincin. Dan aku hanya membiarkan tukang kedai mencubanya ke tanganku. Betul ke aku ni? Masuk ni dah 8 kali, jenis cincin ditunjukkan padaku. AKu hanya mengikut. Azim memilih cincin seorang diri. Lantaklah. Akhirnya, Azim memutuskan untuk membeli seutas gelas tangan dan sebentuk cincin.

“Buat apa banyak-banyak?! Belum tentu lagi saya kahwin dengan awak, tak menyesal ke?”
“Lagi 3 hari kita nak bertunang. Saya tak nak dengar apa-apa alasan dari awak, hal kahwin tu. Kalau ada jodoh kita kahwin, Ika. Semua tu ketentuan Allah swt.”
“Hmm… Jom kita ke sana, saya nak cari jam tangan untuk Zayed.”
“Ok. Saya ikut aje.”
“Awak ni tak malu ke? Jalan dengan saya macam ni? Awak ni ada masalah mental kan?!”

Azim terdiam, langkahnya perlahan. Berkasar kah aku dengan Azim? Gugup aku. Itulah mulut cabul sangat. Lantaklah. Aku terus melintas jalan. Masuk ke kedai jam. Biarlah Azim tu. Aku berkenan dengan seutas jam kartun ‘Ultraman’. Mesti Zayed suka.

“Saya bayarkan.”

Aku bertegas. Baru dia tahu perangaiku. Aku mencari beberapa barang keperluan. Tegas aku untuk membawanya sendiri tanpa pertolongan Azim. Sebelum balik, Azim membawaku ke pantai.

“Buat apa datang sini? Saya tak sukalah macam ni?”
“Kita bukan buat apa-apa Ika, kita bincang hal ni. Hal kita. Saya tak nak bertunang tanpa persetujuan awak. Tiada guna kalau saya saja yang beria-ia. Saya sedar siapa saya Ika?”

Aku mengeluh. Nak berdrama lah, aku tak layak untuk kau! Kau faham tak?! Biarlah aku luahkan apa yang aku rasa.

“Saya benci awak! Saya benci semua pasal awak!”

Entah mengapa aku boleh menangis, bila dapat tahu Azim bertugas satu daerah denganku. Setiap petang Azim menjemput Zayed di Taska.

“Awak tunang saya, saya tak nak awak susah.”
“Saya boleh buat sendirilah! Sebelum ni pun saya hidup sendiri. Tanpa awak ataupun sesiapa pun.”
“Sekarang… Awak kena belajar menerima saya, sebab jari awak dah tersarung cincin milik saya. Dan saya telah ikat pergelangan tangan awak dengan gelang tu.”
“Kalau awak nak balik… Ambillah!”


Aku melontar gelang dan cincin pertunangan yang kupakai ke kaki Azim. Biar dia membenciku.

“Ika…Bertunang adalah tempoh kenali hati budi pasangan. Saya hantar pembantu rumah tu sebab tak nak awak susah jaga Zayed. Jangan macam ni.”
“Saya tak suka, ambil balik pembantu rumah tu. Saya tak suka rumah saya diuruskan olah orang lain. Zayed anak saya, biarlah saya uruskan dia. Awak tak payah susah-susah pasal saya.”
“Ika…. Ika Ashrima!”

Suara tegas Azim menghentikan tindakanku. Takut aku bila mendengar Azim meninggikan suara seperti itu.

“Pakai semula ni. Kalau tak saya pakaikan.”
“Tak nak…”
“Ika!”

Aku mengambil gelang dan cincin di atas meja. Kemudian berlalu membawa Zayed. Biarlah. Aku benci dengan Azim. Azim bukan lelaki baik. Semalam aku menemui Azim bersama seorang gadis di shopping complex. Malah Zayed pun ada menyebut nama perempuan tu setiapkali balik dari nursery. Azim pun lelaki yang bakal melukakan aku, lelaki yang akan tinggalkan aku bila aku mulai menyayanginya. Aku benci lelaki!! Aku benci!

“Assalamualaikum Ika.”
“Waalaikumsalam.”
“Kita keluar malam ni ya, abang nak kenalkan seseorang.”
“Saya tak suka awak bahasakan macam tu. Saya benci!”
“Ok! Ok! Saya tunggu awak dekat Secret Recipies yang selalu kita pergi tu ya. Jam 9 malam.”

Aku menurut, malam itu aku mengenakan jubah beserta selendang panjang. Biarlah. Sesekali aku melaram, maklumlah jumpa tunang yang dibenci. Seperti dijanjikan aku sampai di Secret Recipies. Aku mencari kelibat Azim. Terkejut aku bila melihat Azim bersama gadis yang kutemui sebelum ini yang berkepit dengan Azim. Mesra bergurau. Jahanam kau lelaki! Aku benci kau!! Aku benci!!! Azim melambai padaku, namun terasa pijar wajahku. Sakit bila dipermainkan seperti itu. Aku berlari keluar, walaupun Azim memanggil. Airmataku laju mengalir. Terus aku memandu meninggalkan tempat tersebut.

“Giler! Aku benci kau! Aku benci lelaki! Aku benci!”

Hp ku capai untuk menelefon mama. Sambil teresak-esak aku ceritakan semuanya pada mama. Aku nekad! Nekad untuk berpindah dan lari dari Azim. Sebaik sampai di rumah. Aku teresak di sisi Zayed yang terlena. Terdengar pintu rumahku di ketuk berkali-kali. Untuk beberapa hari aku menyepikan diri dari Azim. Aku membawa Zayed bercuti, aku benci dengan Azim. Dan aku benci semuanya tentang Azim. Cincin dan gelang ku tinggalkan di rumah. Azim sudah ada penggantiku. Aku benci untuk terluka lagi. Aku benci!!!

“Azim cari kau, Ika.”
“Jangan sebut nama dia. Aku benci!”
“Ika… Azim sayangkan kau. Aku tak tahu apa yang terjadi antara kau dan Azim. Tapi aku tengok kau terlalu bekeras dengan lelaki. Dari dulu lagi Ika. Kau lansung tak memberi peluang pada lelaki. Azim tu baik.”
“Sekali lagi kau sebut pasal dia, bermakna kau bencikan aku, Carol.”
“Ika…”

Semua teman hanya mendiamkan diri. Biarlah. Mama dan abah juga tidak berani untuk memberikan sebarang nasihat padaku. Sejak hari itu, tiada lagi cincin atau gelang pertunangan di tangan kananku. Biarlah.

No comments:

Post a Comment