Tuesday, October 19, 2010

Cinta Bukan Milikku - 7

Bergegar duniaku. Aku segera keluar dari kereta. Ya allah! Kereta aku. Kenapa boleh ajdi macam ni. Aku menghampiri Toyota ViOs yang melanggar keretaku. Seorang pemuda keluar dengan menghulurkan beberapa not rm50. Tanpa meminta maaf dariku.

“Alah… Setakat kembara aje, bukannya teruk pun.”
“Saya tak kira! Saya takkan ambil duit awak. Jom kita selesaikan hal ni kat balai polis.”

Lantang aku bersuara. Entah kenapa aku sebodoh itu. Mengheret seseorang ke balai. Sedangkan aku tidak tahu apa-apa tentang semua ini. Nombor keretanya ku catat. Kemudian aku memandu ke Jalan Kamarudin untuk melaporkan kejadian berkenaan. Sebelum masuk ke balai. Ku cuba menelefon Along, untuk mendapat sokongan. Ternyata hampa. Apa aku nak buat ni?! Aku cuba menelefon Azlan.

“Apalah Angah ni, Lan tengah date ni. Apesal akak bawak kes tu sampai ke balai.”

Angin aku mendengar kata-kata Azlan. Sebaik melangkah masuk ke balai, jantungku berdegup kencang. Aku ke kaunter untuk memberi kenyataan. Tiada pegawai Polis yang menyambut kehadiranku. Pelik. Mentang-mentang ini bulan Ramadhan, takkan polis pun rehat. Aku menanti. Hinggalah. Kedengaran riuh suara beberapa orang pegawai yang masuk.

“Assalamualaikum Cik. Maaf. Boleh saya Bantu.”
“Waalaikumsalam.”

Aku mengangkat muka. Pegawai yang beruniform di depanku tersenyum. TIba-tiba aku ternampak kelibat seseorang yang aku kenali.

“Encik Zamri….”
“Apa dia Cik?!”
“Hah?!”

Aku terpinga-pinga. Aku cuba menarik nafas lega.

“Boleh panggilkan saya Encik Zamri?!”

Pintaku dari pegawai berkenaan. Pegawai yang memakai tag Rosli itu masuk menghampiri Encik Zamri. Zamri mendapatkan aku di kaunter.

“Kenal lagi tak?!”
Zamri terpinga-pinga memandangku.
“Zayed…Ika…”
“Subhanallah! Sungguh-sungguh saya tak dapat cam Ika. Buat apa kat sini?”
“Alhamdullillah, syukur Ika jumpa Encik Zamri kat sini. Saya nak buat report, tadi kereta kena langgar dekat Sabasun sana.”
“Ooo…Mari ke bilik saya.”

Aku akur, syukurlah aku kenal seseorang di sini. Alhamdullillah. Sebaik mausk ke bilik Encik Zamri, aku di suruh duduk sebentar. Sementara dia mendapatkan seorang pegawai untuk mengambil keteranganku tentang kejadian tersebut. Macam-macam prosedur perlu aku ikuti. Hampir 2 jam lebih aku menapak di Balai tersebut. Seketika selepas selesai prosedur berkenaan, Encik Zamri mendapatkan aku kembali.

“Ke mana menghilang? Lepas hari tu, Ika hilangkan diri. Tak contact saya ataupun Azim.”
“Iyalah…. Saya lupa, macam-macam perkara saya kena settlekan. Lupa saya, mana Azim sekarang ni? Dah 2 tahun lebih kan? Maaf sangat-sangat, bukan tak sudi nak berkawan. Tapi sememangnya banyak perkara saya kena settlekan. Zayed dah jadi anak saya. Saya yang jaga dia sekarang ni.”
“Dah kahwin ke?”

AKu tersenyum, soalan cepumas lah tu.

“Belum ada jodoh lagi, ingatkan nak besarkan Zayed dulu.”
“Jangan tunggu lama-lama, nanti jadi anak dara tua. Hahaha!”

Terkedu aku, Encik Zamri ni memang tak sayang mulut.

“Kejap ya.”

Encik Zamri menelefon seseorang. Kemudian kami kembali bersembang.

“Apa lagi yang kau nak?!! Aku sibuk lah, kau ni tak habis-habis susahkan aku.”

Kasar. Seseorang masuk menganggu perbualan kami. Aku tersentak dan menoleh.
“Kenapa tak bagitahu kau ada tetamu?!”
“Kau kenal lagi tak Azim?!”

Azim memandangku sekali lagi. Kemudian tersenyum. Mungkin Azim sudah tidak mengenaliku lagi.

“Tak sangka saya. Kita berjumpa semula, Ika lama ke kat sini?”
“Kejap lagi dah nak balik, tadi datang buat laporan. Kereta kena langgar dekat Sabasun tadi. Kebetulan nampak Encik Zamri, teruslah tegur. Ingatkan awak dan ditukarkan ke tempat lain. Tak snagka lepas 2 tahun lebih. Kita jumpa semula.”
“Maaflah Ika, saya sibuk. Ada kes nak kena settle. Sorry, Zamri. Aku chow dulu.”

Azim bergegas untuk berlalu. Aku tahu kesibukan Azim sebagai seorang Inspektor bahagian Jenayah.

“Ika ni masih macam dulu. Tak berubah Azim. Takkan nak terlepas lagi kot.”
“Hah?!”

Giler ke?! Apa yang tak berubahnya?! Aku dah jadi mak budak lah.. Dah nak masuk 28 tahun pun. Kenapa pulak ngan Zamri ni? Malukan aku macam tu. Aku cepat-cepat meminta diri. Ya allah! Sebaik pintu dibuka, aku terkejut dengan keadaan Balai Polis yang dipenuhi dengan budak-budak lumba haram. Dekat mana laluan tadi? Macam mana nak keluar ni? Isk..isk…isk… Takut aku.

“Kenapa…”

Hampir-hampir aku tercium dada Azim, macam mana mamat ni boleh tercongok kat sini. Kalau tak kurus puasa aku buat dosa free bulan-bulan baik ni. Keadaan semakin sesak. Macam mana aku nak keluar kalau macam ni. Semua pemuda-pemuda yang diheret bergari di tangan. Panik aku melihat perkara sebegitu. Teruknya.

“Ika nak keluar ke?”

Terasa sukar aku menelan air liurku sendiri bila berhadapan dengan situasi sebegini. Semua kawasan di penuhi dengan lelaki.

“Boleh ke saya keluar?!”
“Saya pun nak ke sana. Jom.”

Aku cuba melangkah di celah-celah manusia yang kelihatan agresif. Azim sudah jauh meninggalkanku. Ya allah! Macam mana nak bergerak kalau macam ni.

“Hai kak… Nak pergi mana tu?”
“Peewitt….”

Ya allah! Sempat lagi budak-budak ni, kalau aku ada pistol. Satu-satu aku tembak mulut budak-budak ni. Sesak dadaku dengan pengalaman begini. Situasi yang agak teruk bagiku. Macam mana ni? Takkan aku ingin berpatah kembali ke bilik Encik Zamri. Semua jalan di penuhi budak-budak yang menakutkan.

“Ika…”
“Hah?!”

Azim di depanku dengan wajah peliknya. Aku terpinga-pinga. Dadaku semakin kuat debarannya.

“Kenapa?!”
“Saya…saya….”
“Takut?! Jom ikut saya. Maaf sebab tinggalkan awak.”

Azim tergelak kecil. Sampai hati dia, gelakkan aku. Takpe…Takpe… Hari ni hari dia. Lemahkah aku andai aku katakan yang sebenarnya aku takut. Takut dengan situasi sekarang. Senyuman Azim membuatkan aku terasa diperkecilkan. Entah mengapa aku membiarkan Azim menarik tanganku mencari jalan keluar. Pegangan tangan Azim kupegang erat, bimbang takut tertinggal lagi. Sebaik sampai di luar, aku terus mendapatkan keretaku. Pedih rasa mukaku. Takut dengan situasi sebentar tadi.

“Maaflah… Saya tak tahu Ika takut. Sejuk tangan Ika tadi.”

Aku cuba mengawal perasaan. Cuba bertenang. Beberapa kali nafasku tarik. Gagal untukku membuka pintu kereta. Azim masih di belakangku. Kunci kereta gagal kucari dari tas tanganku. Serik! Sungguh selepas ini aku takkan sesekali melangkah ke Balai Polis lagi. Sumpah!

“Ika ok ke?”

Berterabur barang-barangku dari tas tanganku jatuh. Azim berdehem.

“Saya tak tahu kenapa saya jadi macam ni? Rasa macam nyawa hujung tanduk je. Saya tak biasa. Maaflah, saya susahkan awak. Saya kena balik. Berbuka, sekarang dah nak masuk jam 6 lebih.”
“Berbuka dengan saya, boleh?!”

Terkejut aku. Azim membantuku memasukkan kembali barang-barang yang berterabur dari tas tanganku. Tak pernah-pernah aku gugup borak ngan manusia macam ni. Isy! Memang memalukanlah.

“Saya tahu Ika dah tak boleh drive kalau macam ni. Nanti saya hantarkan.”
“Hah?!”
“Tutup mulut tu, saya tengok Ika macam teruk sangat. Sekarang diorang dah dalam lokap. Kita masuk, saya nak salin baju kerja saya. Lepas tu kita keluar berbuka.”
“Masuk?!”
“Gulp!”

Aku telan air liurku dengan payahnya. Azim ketawa, kelakarkah dengan keadaan situasiku seperti ini?

“Masuk dengan saya. Saya lindungi Ika. Saya janji.”

Gelaklah kau Azim. Aku tahulah, aku penakut. Nak ambil kesempatan lah tu. Mentang-mentang td bleh tarik free. Aku puasa lah, bukan nak menambahkan dosa.

“Hah?! Saya tak berani lagi. Maaflah. Saya tunggu kat luar aje.”
“Kejap lagi trak kedua sampai, lagi bahaya kalau awak tunggu kat luar. Jomlah. Jangan takut, saya ada.”

Giler ke? Takkan aku nak harung keadaan tadi tu sekali lagi. Azim menunggu jawapanku. Mungkin mukaku membuatkan Azim faham, aku sudah serik untuk masuk sekali lagi.

“Ok! Saya tak paksa. Kejap aje. Ika tunggu dalam kereta, kejap lagi saya datang. Kita pergi dating Ok!”

Aku mengangguk. Cepat-cepat aku masuk ke kereta. Seketika kemudian Azim keluar dengan t-shirt dan jeans nya. Aku tersenyum.

Dating konon?! Cerminlah muka tu nak ajak aku dating. Ni bukan sebab aku lawa sangat. Tapi sebab dia ngan aku cam langit ngan bumi. Maunya orang tengok nanti, orang ngumpat kat belakang.

“Kita naik kereta saya, lagipun kereta Ika perlu dibaiki. Nanti saya suruh orang tolong baikikan. Jom.”

Aku menurut. Tas tangan kucapai. Aku mengekor langkah Azim ke keretanya. Moden juga mamat ni. Honda Civic, boleh tahan. Siap modified. Cun giler. Aku menurut Azim berbuka di sebuah gerai makan di pinggir Bandar.

“Ya allah! Saya terlupa nak bagitahu mama. Kejap ya.”

Aku menelefon mama di rumah. Sepenuh hati mama meleteri aku. Namun leteran mama berhenti bila aku memberitahu mama aku bersama Azim. Lega agaknya. Kemudian di suruhnya aku mendapatkan beberapa barang keperluan rumah. Sakit ke mama ni? Walaupun berkali-kali aku memberitahu keretaku rosak, mama tetap memaksaku mendapatkan barang-barang tersebut.

“Kenapa?!”
“Mama suruh saya belikan barang-barang tu jugak-jugak. Mama ni macam-macamlah.”

Aku menyambung menghirup sup tulang yang masih berbaki. Azim hanya menanti. Tak merokok ke mamat ni? Takkan dia tengok aku makan kot. Aku ni pelahap, Kak Nur selalu tegur macam tu, tapi cara aku makan boleh mempengaruhi orang lain. Hehehe… Azim….Azim…. Takkan pelik kot tengok aku makan. AKu mengangkat muka.

“Kenapa tengok macam tu? Ada sesuatu tak kena ke? Saya memang macam ni, awak tengok sampai putih mata pun. Saya akan tetap macam ni. Hehehe!”

Azim tersengih, malulah tu. Padan muka sapa suruh malukan aku dulu. Nak sangat kan?! Ambik ajelah.

“Lepas ni saya tak masuk balai lagi, apakata saya temankan awk carikan barang-barang tu nanti. Lepas solat, saya temankan. Amacam? Lagipun saya nak gak tahu apa barang yang perempuan beli bila nak menyambut Syawal ni.”
“Awak tak balik kampung ke?”
“Takk… Saya kena bertugas di pagi raya.”
“Takkan sampai macam tu?”
“Sedihnya, tak boleh saya nak manja dengan mak saya di pagi Syawal nanti. Kat sini pun saya takde sapa-sapa.”
“Hehehe….Datanglah rumah saya. Sambut Syawal kat sana.”
“Boleh ke?”
“Boleh saja, lagipun mama dan abah dah kenal awak. Mesti Zayed pun seronok tengok awak.”
“Insyaallah!”

Aku tersenyum, begitulah kerja sebagai anggota pakaian seragam. Tidak pulang menyambut Syawal bersama keluarga disebabkan tugas. Nasiblah, sapa suruh diorang jadi macam tu. Padan muka. Isy! Isy! Berdosanya aku.

“Jom. Perut dah penuh. Kita pergi solat dulu.”
“Hmm…”

Aku menurut, kami singgah solat Maghrib di Masjid Terapung. Syok juga kalau boleh tarawih di sini. Azim memintaku menyimpan kunci kereta, jam tangan, handphone dan walletnya. Aku tergamam. Takkanlah Azim mempercayaiku sampai macam ni.

“Peganglah, simpan dalam handbag Ika. Saya takde handbag.”

Azim berlawak. AKu hanya ketawa mendengar jawapannya. Selesai solat aku mencari-cari Azim. Mana pulak dia ni. Nak call tak tahu nombor handphonenya. Nasiblah.

“Maaf, lambat. Kenyang sangat. Jadi membuang lah sikit.”

Aku menghulurkan kunci kereta padanya. Begitu juga dengan barang-barang lain. Namun kunci kereta dan wallet saja yang dicapai Azim.

“Pegang dulu, nanti saya ambil.”
“Takpe ke?”
“Awak ni, macam lah awak boleh lari. Saya drive tau.”

Aku ketawa. Senang aku dengan perangai gila-gila Azim. AKu semakin akrab dengannya. Mungkin kerana sikapnya yang humble. Sebaik sampai di Sabasun. Keadaan benar-benar menyesakkan. Azim membantuku membawa keperluan yang aku belikan. Sebaik sampai di kaunter.

“Saya bayarkan.”
“Mana boleh?! Ni barang rumah saya. Kenapa pula awk nak bayar?”
“Takpelah Ika, sesekali.”
“Takyahlah. Saya bayar ya. Tadi awak dah bayar masa berbuka.”

Azim akhirnya mengalah. Alhamdullillah. Tak perlulah aku terhutang budi dengannya lagi. Azim meminta izin untuk menghantarku sampai ke rumah. Sesampainya di rumah, sekali lagi Azim meluangkan masa menjenguk mama dan abah. Zayed sudah lama terlelap di bilik.

“Terima kasih”
“Lainkali kita keluar lagi ya. Kereta awak siap nanti saya telefon awak. Ok!”

Aku mengangguk. Azim terus menghilang di sebalik kepekatan malam. Aku terus masuk ke bilik membersihkan diri, bersolat kemudian terlelap di sisi Zayed. Sedang asyik dibuai mimpi. Satu bunyi aneh kudengar dari handbag ku. Aku mencapainya malas. Ya allah! Handphone Azim, kenapalah aku boleh terlupa. Aku mengangkat panggilan tersebut.

“Assalamualaikum, dah sahur ke?”
“Waalaikumsalam, awak tertinggal handphone dengan saya. Kenapa tak patah ambil semula?”
“Saya terlupa. Maaflah.”
“Esok saya hantarkan. Nanti susah kalau orang balai polis call.”
“Esok kita berbuka puasa lagi ya, kita pergi tarawih dekat Masjid Terapung. Ok tak?!”
“Saya….Saya nak berbuka kat rumah. Maaflah. Tapi handphone awak ni.”
“Takpelah, bukan penting sangat pun. Ika pergilah sahur. Nanti tak sempat. Lainkalilah bagi handphone tu. Senang saya nak call awak. Nak harapkan nombor handphone awak, bertahun saya tak dapat-dapat.”
“Iyalah tu, saya penatlah. Lainkali kita borak lagi. Maaflah.”
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”

Pelik aku dengan perangai mamat nan sorang ni. Ntahlah. Aku keluar ke dapur, mama telah terkejut melihat kelibatku.

“Kejutkan abah, Ngah. Ajak sahur, adik-adik tu sekali ya.”
“Ok! Mama.”

Selepas bersahur, dan solat Subuh aku kembali menyambung tidur. Hinggalah Zayed merengek-rengek di sisiku. Mengejutkan aku. Zayed kelaparan, bingkas aku ke dapur membancuh susu untuknya.

“Ngah, hari ni camner? Ada pepe plan tak? Kalau takde Lan nak ajak Angah gi umah Pak Uteh.”
“Hmm…Ok gak. Lagipun sejak balik ni, Angah tak jenguk lagi Pak Uteh tu.”
“Ajak Zayed sekali, Ngah. Mak Uteh dah pesan semalam, kalau kamu datang bawak Zayed. Mereka nak sangat jumpa Zayed tu.”

Mama menyampuk. Seharian aku di rumah Pak Uteh. Zayed pula gembira bukan kepalang bila ramai kanak-kanak berkawan dengannya. Malah merayu-rayu minta aku biarkan dia tidur di rumah Pak Uteh. Sebaik tiba di rumah. Handphone Azim berbunyi nyaring dari bilikku.

“Dari tadi lagi handphone tu berbunyi, entah apalah penting sangat tu. Man nak angkat, tapi bilik Angah terkunci.”

Aku tersengih, kunci ku keluarkan dari poket. Entah kenapalah aku boleh terkunci pintu bilikku.

“Assalamualaikum….”
“Waalaikumsalam, kenapa tak angkat call? Pergi mana? Tak bagitahu pun.”

Lain benar suara Azim. Pelik aku. Nadanya seolah-olah merajuk. Aku terdiam, benci aku layan lelaki kuat merajuk ni.

“Ika….”
“Hmm…Saya nak mandi ni. Nak tolong mama masak. Esok saya pulangkan handphone awak. Assalamualaikum.”

Tanpa sempat mendengar respon darinya, aku meletak gagang. Padan muka. Tak kuasa aku nak pujuk-pujuk.

1 comment: