Monday, October 18, 2010

Cinta Bukan Milikku - 6

Hampir 2 tahun lebih Zayed tinggal bersamaku. Setiap hari-hari yang kulalui bersama Zayed amat membahagiakanku, melihat beberapa perkembangan Zayed yang mulai membesar. Dia mulai boleh menyebut beberapa perkataan mudah. Menurut doctor, Zayed boleh bertutur sekiranya di latih setiap hari.

“Ibu….Ibu…Atang!”
“Lapar…. Bukan makan.”

Zayed tersenyum, menampakkan lesung pipit di sebelah kanan pipinya. Manis, anakku. Anak kesayangan ibu. Bila melihatkan senyuman Zayed teringat aku pada arwah Aziah. Satu-satunya adikku yang degil, kerana turutkan cinta. Aziah mengahwini Yusman. Tana sempat menanti keputusan SPM keluar, mereka sudah selamat diijabkabulkan. Aziah mengandungkan Zayed selepas 2 bulan mengahwini Yusman. Azril menyambung pengajian, kerana mereka saudara kembar, Azril dan Aziah sentiasa bersama. Malah segal-galanya dikongsi dengan adik kembarnya. Yusman lelaki yang baik pada mulanya, walaupun usia Yusman jauh lebih tua berbanding Aziah. Namun panas tidak sampai ke petang, Zayed lahir dalam keadaan tidak normal. 8 bulan dalam kandungan Zayed terpaksa dikeluarkan kerana Aziah mengalami banyak masalah kesihatan. Zayed mengalami masalah akal dan tulang.

Sebaik mengetahui keadaan Sayed, Yusman hiang membawa diri. Entah mengapa, Aziah ditinggalkan sendirian dengan Zayed. Hanya nafkah Aizah yang sentiasa diberikan oleh Yusman. Zayed dibenci seolah-olah Zayed bukan anaknya. Kesian Zayed. Ditinggalkan ibu dan ayah dalam usia yang muda. Patutlah Zayed mesra dengan semua orang, hanya senyuman dan tawa yang menghiasi hari-hari Zayed. Betulkah Zayed bahagia? Bagiku Zayed bukan lagi anak buahku, namun anak ku. Anak yang amat aku sayangi. Zayed kuangkat ke ribaan.

Sejak Zayed tinggal bersamaku, hidupnya sentiasa ceria. Malah kaletah Zayed bersama laptop kecilnya yang tak pernah lekang darinya membuatkan aku terhibur. Di mana aku pergi dan heret laptopku, di situlah Zayed akan membimbit laptopnya. Zayed mulai aktif berjalan. Akulah insan gembira dengan setiap perkembangan Zayed. Kak Nur mulai renggang denganku sejak dia mengandung, dia tak mahu aku membawa Zayed ke rumahnya. Bimbang malang Zayed terkena anak dalam kandungannya. Gusar andai kecacatan Zayed terkena pada anak sulongnya. Aku hanya mampu menangis mendengar kata-kata Kak Nur.

“Kak Nur, tak mahu anak dalam perut ni cacat macam Zayed. Akak harap Ika faham. Kak Nur tak setabah Ika nak jaga anak cacat macam Zayed.”
“Cukuplah kak, Zayed tu anak saya. Kakak kutuk Zayed, hati saya terasa kak. Sampai hati akak. Apalah salah Zayed pada akak.”

Aku mendukung Zayed, dan membawanya keluar dari rumah Kak Nur. Abang Lan menghalang. Namun, semuanya tak dapat memadamkan kelukaan hatiku dengan kata-kata Kak Nur.

“Orang mengandung Ika, janganlah ambil hati. Kak Nur memang macam tu. Maafkan dia, dik. Abang wakil Kak Nur. Maafkan kak Nur, dik. Zayed anak papa. Jaga diri baik-baik sayang. Tak lama lagi Zayed dapat adik. Mama dah mengandung, sayang.”

Abang Lan mencium pipi Zayed. Kasih abang Lan banyak tertumpah pada Zayed. Sebab Zayedlah yang menjadi penghibur bagi Abang Lan dan Kak Nur satu tika dulu. Aku terus membawa diri dari rumah Kak Nur dan abang Lan. Banyak yang menimpaku sepanjang Zayed di sisiku.

“Saya tak suka budak-budak kak, lebih-lebih lagi budak macam Zayed. Saya takut.”
“Zayed tak buat apa-apa pada Ana. Kenapa Ana nak takut?”
“Zayed suka tarik-tarik muka saya. Tarik-tarik kain saya bila nak cakap. Saya takut Zayed…”
“Nauzubillah… Zayed tu budak, Ana. Jangan jadi bodoh. Akak berhentikan Ana kerja. Akak tak nak tengok muka Ana lagi kat kedai akak ni.”

Entah apa nak jadi dengan masyarakat hari ini, ramai yang berfikiran jijik terhadap anak cacat seperti Zayed. Apa salah Zayed. Dilahirkan istimewa? Bukan nya untuk dihindari atau dikeji, tapi untuk menumpang sedikit kasih sayang. Begitu juga nasib malang yang menimpaku bila keluarga yang merisikku, lari bila ternampakkan aku punyai anak istimewa seperti Zayed. Biarlah Zayed, Ibu takkan kahwin kalau mereka tak boleh terima Zayed. Entahlah, nasib ada kawan-kawan seperti Cindy, Carol dan Meenachi. Merekalah yang banyak membantuku, begitu juga Linda dan Asmira. Merekalah yang memahami situasiku. Beberapa kali kawan lelaki yang kutemui menolakku mentah-mentah bila mengetahui tentang Zayed. Hinggalah suatu hari. Carol memperkenalkan aku dengan seseorang.

“Nak ke dia terima saya, Carol? Awak tahu kan?”
“Sebab handsome ni ke?”

Zayed terkekek ketwa di ribaan Carol. Kemanjaan Zayed buatkan Carol suka bermain dengannya.

“Malam ni kau bawalah Zayed sekali, tengok apa reaksi dia. Aku gerenti, Ika. Dia ni memang baik.”
“Betul ke?”

Seperti dijanjikan aku keluar dating ditemani Zayed. Irfan memang baik.

“Saya pun suka budak-budak, awak tahu Ika. Saya ada 5 orang adik beradik. Saya yang sulung. Jadi saya tak kisah budak-budak macam Zayed ni. Kan Zayed kan?”

Aku tersenyum mendengar pengakuannya. Zayed mengecilkan badan di sisiku, tanda memprotes. Irfan agak kolot, dengan spet besar, berkemeja dan berseluar slack. Dan yang teruknya, aku yang terpaksa keluarkan duit membayar dinner kami malam itu.
“Bosan lah mama. Dah puas Angah cari, tapi tak dapat-dapat juga. Kalau ada jodoh Angah kahwinlah.”
“Azman dah kahwin, lepas tu Azlan pulak esok lusa dah nak bertunang. Kamu ni bila lagi?”
“Nantilah mama.”

Aku keluar ke Bandar, mencari keperluan untuk mengadun kuih raya. Tidak lama lagi Syawal akan menjengah. Zayed kutinggalkan bermain dengan sepupu-sepupunya. Sedang asyik aku mencari parking.

“Burp!!”

No comments:

Post a Comment