Sunday, October 17, 2010

Cinta Bukan Milikku - 5

"Buuu!!! Buuu....."

Suara Zayed bergema di segenap wad bila terpandangkan aku. Tanganku di capai dan dicumnya. Azim dan Zamri kuperkenalkan pada mama dan abah.

"Sayang anak ibu."

Pipi Azim kucium berkali-kali. Rindu benar aku pada anak kecil ini, airmataku menitis bila Zayed berpaut erat ke leherku. Tangan kecilnya menyapu airmataku yang menitis.

"Tengok, sedih Che Ngah bila Zayed sakit-sakit macam ni. Kita balik ya."
"Buuu...Buuu...."

Sayu Zayed memanggilku. Aku meminta izin doktor membawa Zayed keluar mengambil angin pantai. Zayed kelihatan sihat di sampingku. Aku membawa Zayed menemani Azim dan Zamri makan di cafe terdekat. Tak puas-puas Zamri mengagah Zayed, lansung tidak kisah dengan keadaan Zayed.

"Biar pakcik dukung Zayed pulak. Kesian Ibu tu."

Zayed menggeleng. Zamri memujuk lagi.

"Pakcik beli coklat kalau Zayed dukung dengan pakcik."

Barulah Zayed menghulur tangan, pipiku dicium Zayed. Zayed didukung Zamri. Gembira benar Zayed di dalam dukungan Zamri. Kesian Zayed, abahnya membuangnya. Sedangkan orang luar boleh menerima Zayed seadanya.

“Ika…Ni contact number saya. Kalau awak perlukan apa-apa. Awak bagitahulah.”
“Insyaallah. Terima kasih pasal tadi tu.”

Aku menyambut huluran kad dari Azim.

“Biasa saja. Comel Zayed tu, tapi saya tak biasa dengan kanak-kanak. Saya takut saya berkasar dengan kanak-kanak.”
“Maklumlah, polis…. Emcik Zamri ok je.”
“Dia lain, dah ada anak 3.”

Aku tergelak, ternyata Azim bimbang untuk mendukung Zayed. Selepas mengambil Zayed dari Zamri. Mereka terus meminta diri. Azim pula yang belanja kami semua.

“Panjang umur kita jumpa lagi ya.”
“Insyaallah.”
“Ika… Boleh saya minta phone number Ika?”

Aku tersenyum memandang Azim.

“Nanti saya mesej awak. Insyaallah.”

Selepas Azim dan Zamri menghilang, aku membawa Zayed kembali ke wad. Petang itu setelah diperiksa doctor. Zayed mulai dibenarkan pulang.

“Zayed rindukan ibunya, dan saya rasa Zayed dah anggap Cik Ika ibunya. Jagalah dia baik-baik. Walaupun dia istimewa, Zayed ada banyak kelebihan lain berbanding kanak-kanak normal.”

Aku mengangguk faham. Selepas seminggu di kampong, aku tekad membawa Zayed ke Kuala Lumpur. Biarlah aku menjaga Zayed sepenuh hati dan kasihku. Gembira Zayed membantuku berkemas. Semua permainannya dikumpul untuk dibawa bersama. Sekotak permainan Zayed serta dua beg pakaian Zayed ku bawa bersama. Begitu juga kelengkapan kanak-kanak lain. Alangkah terhiburnya aku sepanjang pengalaman dengan kaletah Zayed. Beberapa kali aku singgah berhenti di mana-mana persinggahan. Bimbang Zayed mula bosan berada lama-lama di dalam kereta. Sesampai di rumahku di Kuala Lumpur.

“Kita dah sampai, sayang!”

Mengekek-ngekek Zayed ketawa, suka benar Zayed bertatih-tatih di rumah sewaku. Mungkin kerana adanya Zayed, aku hilang penat dan lelahku. Seluruh rumah, aku kemaskan untuk kesenangan dan keselamatan Zayed berada di rumah sewaku. Selepas berkemas, aku siapkan Zayed untuk keluar membeli keperluan dapur dan makanan untuk Zayed. Dapat kulihat kegembiraan Zayed, apabila aku membelikan kolam mandi kecil, patung beruang dan kerusi makan khas untuknya. Malah dengan sedikit duit yang maish berbaki aku membeli sebuah computer mini untuknya. Ke sana ke mari Zayed membawa laptop kecilnya, walaupun langkahnya pincang. Zayed berusaha membimbitnya. Malam itu selepas makan malam, Zayed tertidur di ribaanku. Ku dukung Zayed ke bilik tidurku. Perlahan-lahan kuletakkan Zayed di katil kecilnya, ditemani beruang putih yang baru kubeli tadi. Bahagiakah Zayed bersamaku?

1 comment:

  1. nak tanye nih, novel cinta semusim dah tamat erk?

    ReplyDelete