Saturday, October 16, 2010

Cinta Bukan Milikku - 4

**Perpisahan itu selalu terjadi...Kepada insan yang bercinta...Sungguh sedihnya rasa...Apabila ianya terjadi...Perpisahan bermula dari dua hati...Yang kehendaknya tak dituruti...Ataupun manusia....Yang berperasaan benci"


Kosong?! Sunyi dan sayu... Aku masih di sini, masuk hari ini hampir 5 hari berturut-turut aku termenung di sini. Kosong sekosong-kosongnya, sayu hatiku bila mengenangkan mereka telah tiada lagi. Tanah yang menimbus jasad adik-adikku. Sedihnya!! Aku ingin menangis, namun. Semuanya sia-sia, betapa mereka disayangi oleh Allah s.w.t. Kerana dijemput pergi terlebih dahulu. Azril...Aziah... Akak rindu. TIada lagi airmata yang tumpah. Semuanya telah habis kuhamburkan di dalam kereta abang Lan tempoh hari.

"Bila nak balik ke KL, Ika?!"
"Ika tak nak balik lagi, Kak."

Jawapan itulah mematikan kata-kata Kak Nur. Aku tahu, walaupun adik-adikku telah tiada. Aku mesti teruskan hidup. Mereka telah aman bersemadi di sana.

"Sabarlah...Allah lebih sayangkan mereka. Teruskan hidup kau Ika."

Senangnya mereka berkata-kata. Tahukah apa yang aku tanggung?! Mereka adik-adikku. Darah dagingku, kemanjaanku. Aku masuk ke kereta, kemudian memandu pulang. Setibanya di rumah, Zayed terkial-kial berjalan mendapatkanku. Anak saudaraku yang malang. Di tinggalkan adikku, Aziah yang baru melansungkan perkahwinan setahun lepas. Sudahlah ditinggalkan ibu, abahnya pula membuangnya jauh-jauh. Zayed anak istimewa, Zayed tempang sebelah kaki. Malah Zayed ada masalah otak. Zayed tidak boleh berkata-kata, cuma menangis, ketawa dan mengangguk-ngangguk faham.

"Yea, sayang. Rindu Che Ngah ya. Mari peluk Che Ngah. Zayed duduk ngan Che Ngah ya. BIar Che Ngah jadi ibu Zayed. Sayang, anak buah Che Ngah."

Aku mengagah Zayed di ribaanku, mengekek Zayed ketawa.

"Buu...Buu..."
"Hah?!"

Terkejut aku, Zayed memanggilku. Sebak aku mendengar panggilan Zayed. Mama dan abah turut menangis. Kesian Aziah, tak sempat mendengar perkataan pertama Zayed. Malam itu seperti malam-malam sebelumnya. Akulah bertanggungjawab untuk menidurkan Zayed. Permata hati mama dan abah.

"Angah, biar abang dan Kak Min jaga Zayed. Lagipun Amira dan Aiman pun belum ada adik."

Aku terdiam. Mama dan abah juga. Abang Long masih menunggu jawapanku.

"Angah pergilah kembali bekerja. Mama dan abah pun dah ok sikit. Walaupun rumah ni sunyi tanpa adik ngan Ziah."
"Mama..."

Ada linangan airmata bertakung di mata mama. Abah hanya mendiamkan diri. Azril anak bongsu. Aziah pula adik selepas aku. Mengharapkan Azlan dan Azman, tahun depan baru mereka tamat pengajian di luar negara. Majlis pengebumian arwah, pun tidak dapat dihadiri oleh mereka memandangkan mereka mempunyai masalah kewangan.

Aku sendiri sedia maklum dengan situasi ke dua adikku yang berusaha keras menghabiskan pengajian di Harvard dan Melbourne.

"Abang boleh jaga Zayed, Angah. MInggu depan kamu baliklah dengan Kak Nur. Mereka pun akan balik untuk berkahwin. Lagipun dah lama sangat kamu tinggalkan bisnes kedai buku kamu tu. Jangan harapkan sangat budak-budak kat sana tu, Angah."

Aku akur, mengangguk perlahan. Aku masuk ke bilik selepas meminta diri untuk tidur. Perlahan aku melabuhkan tubuh di sisi Zayed yang lena tertidur.

"Sayang anak ibu."

Perlahan ku bisikkan ucapan tersebut ke telinga Zayed. Sejak petang tadi beria benar dia memanggilku ibu. Kaletah Zayed menghiburkan aku. Aziah.... Aziah.... Kesian Zayed. Dahi Zayed ku cium perlahan. Kuambil wuduk dan beberapa surah Al-quran kuhadiahkan pada arwah Aziah dan Azril. Adik-adik kesayanganku. Selepas solat sunat 2 rakaat, aku terlelap di sebelah Zayed.

Sekali lagi aku kehilangan, sebaik aku letakkan barang-barang di rumah sewaku. Aku terhidu bau busuk, bangkai iguanaku yang telah mati. Sedih aku. Lepas satu-satu aku kehilangan. Akhirnya aku tanamkan bangkai tersebut di belakang rumah sewaku. Kak Nur hanya menggeleng kan kepala.

"Esok Ika akan terus ke kedai, lagipun ada kelas Ika ponteng."
"Okaylah tu. Akak suka tengok Ika dah ok macam ni."

2 minggu di Kuala Lumpur, sengaja aku sibukkan diri dengan kerja dan kelas-kelas ku yang banyak tertangguh. Biarlah aku tiada kehidupan sendiri. Sesekali aku mulai merindui Zayed. BIla mengingatkan Zayed pasti aku mulai sibukkan diri dengan bermacam-macam kerja. Kak Nur telah berpindah ke rumah Abang Lan. Alhamdullillah. Sampai juga jodoh mereka. Satu hari aku mendapat berita dari mama tentang Zayed yang sedang sakit-sakit. Anak buahku yang baru mencecah setahun itu masih terlalu kecil untuk menerima semua ini. Kehilangan ibu dan dibuang ayah.

Demi kasihku pada Zayed, terburu-buru aku balik ke kampung bila, mama menelefonku memberitahu tentang Zayed.



"Zayed sakit, demam. Kadang tu dia meracau-racau mahu mama carikan ibunya. Baliklah kejap Ngah. Mama dan abah dah tak tahu macam mana lagi kami nak buat."
"Tengoklah mama, sebab Kak Nur tak boleh temankan Angah. Banyak kerja nak diuruskan kat kedai tu. Lagipun Angah tak biasa nak drive sorang-sorang. Teruk sangat ke mama?
"Semalam abah dan bawa ke klinik. Sekarang Zayed kat HBKT. Balik, Ngah."
"Ya allah! Memang teruklah tu, apakata doctor, mama? Angah cuba balik nanti, mama. Insyaallah. Angah terus ke hospital mama. Apa-apahal pasal Zayed mama call Angah ek?"
"Hati-hati bawa kereta, Angah. Biar lambat asal kamu selamat sampai."
""Hmm...Assalamualaikum."

Gagang kuletak. Zayed... Rindukah Zayed pada ibunya? Sabar, sayang. Che Ngah balik ya. Nanti Che Ngah bawa Zayed tinggal dengan Che Ngah. Che Ngah janji sayang. Selepas berkemas beberapa keperluan penting. Aku terus bertolak ke Terengganu. Di lebuhraya aku berhenti untuk solat dan berehat. Letih bila memandu sendirian tanpa teman. Aku melepaskan rehat di dalam kereta untuk beberapa minit, letih habis seluruh badan-badan. Maklumlah seharian aku berkejar ke sana ke mari.

"Tok....Tok...Tok..."

Ketukan di cermin kereta membuatkan aku terkejut sakan, hilang penat lelahku. Mamat manalah yang giler sangat ni. Seorang pemuda yang agak berusia, tersenyum memandangku. Cermin kereta kuturunkan separuh. Bimbang, mana tahu orang jahat nak apa-apakan aku.

"Assalamualaikum..."
"Waalaikumsalam, boleh saya bantu Encik?!"

Aku cuba berbasi-basi, maklumlah aku sendirian. Lelaki ni berdua. Mahunya orang jahat. Mati aku. Aku melihatnya dari atas ke bawah. Kemas, segak dengan jeans dan jersi. Takkanlah orang jahat kot. Agak-agaknya 'bapak ayam', lelaki di belakangnya kulihat agak kelakar dengan gigi yang tersembul, dan botak. Mesti pengikutnya, apalah ada pada aku ni. Kalau dia nak jual akupun belum tentu laku. Bimbang aku.

"Maaf, saya Azim. Dari tadi saya tengok Cik..."

Aku terdiam, malas untuk memperkenalkan diri. Aku cuba tersenyum. Walaupun kat hati aku ni bukan main takut lagi.

"Haa.... Cik nak ke mana?"
"Hah?! Saya... Saya.... Nak balik Terengganu."

Kenapalah aku beritahu mamat ni, cabulnya mulut aku ni. Aku memandangnya pelik, Azim tersenyum. Di rabanya poket seluarnya. Aku menaikkan cermin kereta, manalah tahu kot-kot dia nak acukan pistol ke, pisau ke? Sekurang-kurangnya sempat lagi aku nak mengucap. Hehehe!

"Ini kad kerja saya, nampak macam Cik macam takut-takut nak berborak dengan saya."
"Hah?!"


Aku menurunkan cermin kereta kembali. Tergelak besar aku bila melihat kad yang dihulur Azim. Inspektor... Aku meneliti gambar di kad tersebut, kemudian menyamakan dengan wajahnya. Selepas benar-benar pasti, aku tersenyum lega. Aku keluar dari kereta.

"Saya Ika, maaflah saya nak balik Terengganu. Pasal tadi tu...Maaf ya."
"Saya faham, semua orang kalau di tempat Cik Ika pun akan jadi takut bila saya tegur macam tadi. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran Zamri yang macam penjahat ni."
"Hmm...."

Zamri menghulur tangan untuk berjabat, aku mengangguk. Takkan aku nak sentuh lelaki. Aku ni pompuan Melayu terakhirlah. Bukan senang nak pegang-pegang tangan orang. Zamri tersengih, seolah-olah faham.

"Mari saya belanja Cik Ika minum. Nampak Cik Ika macam letih."
"Ops! Panggil Ika aje."
"Marilah Ika, bukan senang Azim nak belanja ni."

Zamri mengusik Azim. Aku melihat jam tanganku yang hampir mencecah jam 4 petang. Bimbang andainya terlewat untuk sampai ke Terengganu. Lebih-lebih lagi bila mengingatkan keadaan Zayed yang baru dimasukkan ke hospital.

"Maaflah En Azim, Zamri... Saya bimbang takut-takut terlewat sampai ke Terengganu. Lagipun saya ada hal."
"Ooo...Nak balik Terengganu, samalah kita. Kitorang pun nak balik Terengganu, Ika."
"Iya ke? Terengganu kat mana?"

Tanyaku ramah, mana tahu aku boleh bersaing balik dengan mereka. Tentu lebih selamat, lagipun mereka polis.

"Jalan Kamaruddin, Kuala Terengganu."
"Ooo...Dekatlah, saya kena terus ke hospital. Anak tak sihat."
"Hah?! Ika dah kahwin ke? Mana ‘husband’?"

Zamri terburu-buru mengajukan soalan cepumas padaku. Aku ketawa. Kulihat Azim dan Zamri terkejut memandangku. Kenapalah mulut aku ni laju sangat berlawak dengan mereka.

"Maaflah...Anak buah tak sihat."
"Oooo..."
"Oklah, saya pergi dulu. Takut lewat sampai Terengganu nanti. Apa-apa pun terima kasih."

Aku meminta diri. Ketika aku cuba ingin masuk ke kereta.

"Ika...Ika..."
"Hah?!"

Panik aku bila Zamri menghampiriku. Pelik pulak mamat ni. Kenapa ni?!

"Kita bersaing balik sekali, lagipun kita sehala. Kalau Ika tak keberatan, Azim boleh temankan Ika drive. Lagipun bahaya perempuan macam Ika ni drive sorang-sorang."
"Takpelah....Encik Zamri. Terima kasih. Saya tak nak menyusahkan Encik Azim. Terima kasih. Saya boleh drive sendiri. Saya ikut kereta Encik Zamri nanti."

Aku menolak bantuan dari Zamri memandangkan Azim hanya terdiam.

"Alah... Takde apa-apalah Ika. Biar saya 'drive', lagipun awak nak cepat kan? Saya racing 'Formula One' dulu."

Aku tergelak dengan kata-kata Azim. Tanpa membantah, aku terus ke kerusi penumpang. Lagipun aku perlu simpan tenaga, malam ini aku kena temankan Zayed di hospital. Sepanjang perjalanan, bermacam-macam cerita di ceritakan oleh Azim. Seperti yang dijanjikan. Aku sampai ke Terengganu jam 8 petang. Sebelum ke wad Zayed, aku mengajak mereka bersolat maghrib terlebih dahulu. Azim dan Zamri menghantarku terus ke hospiital.

"Terima kasih, banyak-banyak Azim. Serba salah saya rasa kalau tak belanja awak makan. Encik Zamri sekali."
"Tapi Ika kena tengok anak buah dulu kan? Saya temankan Ika naik."

Takkanlah sampai macam tu. Nanti apa kata abah dan mama. Aku tersenyum. Zamri dan Azim beria-ia mahu menemui Zayed. Akhirnya aku akur, aku naik ke wad kanak-kanak. Aku mencari-cari katil Zayed.

No comments:

Post a Comment